expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

31 May 2010

4 Tempat yang best..^^


Assalamualaikum…

Selesai sudah satu semester ana study di Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah. Tak sabar untuk menunggu ketibaan lembaran baru bulan Julai ni. Cuti selama 3 bulan dirasakan begitu lama sekali untuk dihabiskan. Alhamdulillah bulan Jun ana sambut dengan kesibukkan aktiviti yang insyaAllah berfaedah. Tak sabar nak tunggu ketibaan Cik Jun dan tak sabar juga menantikan ketibaan orang jauh pada bulan Julai nanti. Heheh.. Selama 3 bulan lebih ana di KIPSAS ni, jiwa ana ni dah pandai dah nak pilih-pilih tempat yang disukai untuk “lepak”.Huhu.. lepak ke? Bukan lepak tapi tempat favorite ana yang bagi ana best, menenangkan dan penting untuk ana dan juga kawan-kawan ana.hehe..

Ana tak dapat nak sertakan semua gambar yang menunjukkan tempat yang ana suke tu. Tapi tak pe la ye. Lain kali ana letak. Ini lah tempat yang ana suke pergi. Jeng..jeng..jeng



  • - Masjid

Masjid KIPSAS...

Semua orang mesti suke kan pergi masjid? Pelik la kalau tak suke sebab itukan rumah Allah dan tempat umat islam bersatu dalam solat jemaah. Ana suke pergi masjid sebabnye menenangkan dan kadang-kadang tu kalau ana rasa tak sedap hati, maka carilah ana di sini. Kat masjid ni ade macam-macam kemudahan. Internet wireless kalau nak surf internet, bilik kuliyah untuk mane2 lecturer buat kelas kat sini. Tapi ana dengan kawan-kawan ana suke study kat sini juga sebab selesa. Ade penghawa dingin dang memang masyuk la stusy kat sini. Hehe.. Seepatutnye kena mintak kebenanrn dulu tau nak masuk tapi tak pe la kan. Nak study bukan nak buat ape2 yang tak baik pun. Nak guna kemudahan yang ada. Dekat masjid ni la jugak ana dengan sahabat-sahabat ana berbuka puasa sama-sama, solat jemaah sama-sama, berdiskusi dan memang best dan tenang lah duduk kat masjid ni. Sangat cantik dan luas. Tapi sayang, kadang-kadang erk bukan kadang-kadang tapi selalunya ruang safnye yang luas itu tidak dipenuhi. Huhu.. kadang-kadang tu ade je orang luar yang datang solat kat sini.


Dewan solat muslimat...

Macam-macam orang ade dan semuanye peramah-peramah belaka. Kadang-kadang tu kami borak-borak la dengan mak cik- mak cik yang datang tu. Ada jugak yang siap bagi tazkirah free, ada jugak yang ajak berusrah. Hehe.. Satu perkara yang menarik tentang sesiapa sahaja yang menjadi sahabat ana, mereka mesti lebih kurang je sikapnye. Heheh.. Suke berborak-borak dengan mak cik- mak cik, suke makan, suke pergi masjid, suke dengar majlis ilmu, dan banyak lagi lah. Lebih kurang je. Tak kira lah sahabat-sahabat kat IPIP atau UK atau pun kat KIPSAS sekarang. Heheh.. yang penting… SUKA MAKAN.. heheh.. maaf ye kawan2ku yang baca ni..=P


Beranda...


  • -Library

Ana suke pergi library sebab banyak sangat bahan bacaan yang best-best dan rasa macam nak tidur kat library je. Sejuk dan mendamaikan. Ana suke cari port yang hujung-hujung kalau nak study atau membaca. Kadang-kadang tu ana suke duduk kat celah-celah rak dengan kawan-kawan tak mahupun bersendirian. Huhu.. tabiat ini sejak dari IPIP lagi memang same je. Rasa teruja lah kalau duduk kat library ni sebab semua buku yang berkaitan dengan perjuangan, karangan Syed Qutub, Imam Hasan al Banna, tafsir surah fi zilalul Quran. Huhu.. syurga buku la ana rasa. Rasa nak je ajak kawan-kawan semua yang kat maktab and kat UK tu datang masuk library ni. Mesti terkasima sebab rujukan sangat banyak dan memang mantap la. Rase macam belajar kat uni Mesir pun ade. Tapi kan rak untuk novel cintan cintun ape ade juge. Jangan harap la ana nak pegi rak itu melainkan lalu sahaja tanpa menjeling. Heheh..Tak best la melayan perasaan sendiri dengan bacaan macam tu. Cune pergi kat rak yang best sket, yang membina minda, tentang kesufian, mencetus semangat pemuda, yang menginsafkan dan yang bina kematangan diri sebagai muslim. Hehe.. ini saranan ana ye.. jangan biar jiwa muda tu terbantut dengan ideology cintan cintun murahan. Berbalik kepada library ini, ana sangat suka sebab bila nak buat assignment memang lengkap la rujukannya. Tapi ade jugak yang kena rujuk internet ape semua kan. Ana rasa seronok nak belajar dan buat semua kerja-kerja kursus yang diberikan. Idea mencura-curah ke lading gandum. Agaknya memang ini bidang yang sangat cocok dengan ana. Ana jatuh cinta dengan Islamic Study. Huhu.. Setiap hari adalah hari yang menyeronokkan buat ana sebab dapat learn new things tentang Islam dana kita akan sampaikan pula kepada orang lain. Kadang-kadang library ni jadi tempat port ana dengan kawan-kawan untuk berbincang jugak.


Ni kat depan library.. kawasan letak beg.. tu beg ana yang coklat tu..

Sambil-sambil belek buku, kami bincang-bincang dan borak dengan nada yang perlahan. Heheh.. kadang-kadang tu kesian jugak kat student lain yang nak pergi kat rak tu sebab kami dah conquer tempat tu.. Huhu.. kami pun beredar la kan sebab kemudahan untuk semua. Kat library ni limit buku yang boleh dipinjam hanyalah 8 buah buku sahaja. Macam biasa la kena guna kad matriks kalau nak pinjam. Sape2 yang bawak keluar buku tanpa kebenaran, maka akan berbunyi la alat pengesan di pintu library. Heheh.. kalau nak pulangkan buku, boleh drop je kat book drop atau pun hantar kat kaunter depan.Nak cari buku gune kemudahan komputer pun boleh jugak. Hm2.. kat library ni ana penah menyumbangkan duit jugak sebab lewat hantar buku. Adeih.. huhu..



  • -Kafeteria Barakah/Anjung Corner

Ha.. kat sini memang tiap2 hari pergi sebab tempat membeli makanan dan jugak keperluan harian. Ade cybercafé jugak kat kafe ni. Hm2.. ana akan pergi ke sini tiap2 pagi sebelum jam 8 untuk bersarapan sebelum class start at 8.30 a.m. Selalunye ana sorang-sorang je pergi breakfast kat sini sebab kawan-kawan yang lain tak pergi. Jadinye, ana menikmati sarapan sambil mendengar radio di pagi hari di kafe. Kadang-kadang tu kalau hari hujan, memang redup je suasana. Sambil menikmati teh panas dan kuih memang sangat tenang. Ade jugak lecturer-lecturer yang menegur ana. Sorang je? Kelas pukul berape? Awalnye?.. huhu.. maka ana balas la jawapan dengan senyuman. Huhu.. Sorang je ustaz. Huhu.. macam tu lah setiap hari. Lepas dah sarapan, baru semangat nak pergi kelas. Hehe.. Itu je la pasal kafe ni. Anjung corner tu plak tempat kami membeli barang-barang keperluan dan tempat nak baiki laptop, photostate dan sebagainya. Tu je lah pasal kefe ni. Yang lain-lain mesti lah tempat membeli makanan dan kadang-kadang tempat menonton tv semasa menunggu makanan siap. Radix ais kat sini sedap. Heheh..



  • Dewan Kuliyah

Dewan kuliyah adalah tempat yang mempunyai kemudahan untuk sesi kuliyah dengan lecturer dan jugak kalau ade ape2 majlis yang melibatkan jumlah orang yang sedikit. Ada tempat duduk yang kena berhati-hati untuk digunakan sebab nanti bunyi bising akan bergema yang menyakitkan telinga. Huhu.. Kerusi yang berlipat tu. Ana suke pergi dewan kuliyyah awal sebab nak cop duduk kat tengah-tengah. Kedudukan tu sangat sesuai untuk dengar kuliyyah dari ustaz dan ustazah. Sudut pandangan yang luas dan kalau nak tengok slide kat depan pun tak sakit kepala. Seronok belajar bila suasana begitu kondusif untuk belajar dan berkomunikasi dengan lecturer. Hehe.

. Kelas Akidah bersama Ustaz Nazri...

Bilik Kuliyyah ni berpenghawa dingin juga dan kadang-kadanh dijadikan tempat untuk sesi kuliyyah Helwi yang best. Huhu.. pernah je ana dan sahabat-sahabat ana gunakan dewan kuliyyah ni untuk lepaskan gian bernasyid. Adeih.. Sebabnya dewan kuliyyah ni serap bunyi dan PA system nye juga bagus. Huhu.. kamu ingat ini tempat berjamming kah? Huhu.. ape daaa.. rasa rindu nak pergi ke dewan kuliyyah lagi. Nak dengar kuliyyah lecturer yang best

.

Ni dari pandangan atas Dewan Kuliyah.. Siap ade model lagi..huhu



Hm2.. rasenye itu sahaja tempat yang ana suke pergi setakat ni. Tak tahu la kalau sem depan ana akan jumpe dengan tempat yang lagi menarik sebagai tempat ana dan sahabat-sahabat berkumpul dan meneruskan aktiviti students life kami selama labih kurang 2 tahun setengah lagi kami di sini. Huhu.. rindunye nak start new sem. Jumpe sama kawan-kawanku yang macam-macam perangai. Heheh.. ok la.. setakat ini dulu ye.. Salam.

Pen Off..

30 May 2010

mata.. ooh mata..


Mata melihat dan tertangkap kepada sesuatu yang cantik/buruk.

Lalu ia diproses di minda untuk memperoses data.

Dalam masa yang sama hati turut mempengaruhi setiap pemikiran itu.

Jika hati yang bersih akan terucaplah kata-kata yang indah lagi menenangkan.

Namun jika hati kotor, maka terucaplah kata-kata yang penuh keaiban lagi menyakitkan.




Dan mata juga satu amanah yang sukar sekali untuk dijaga di zaman serba canggih ini. Semua perkara yang diinginkan hanyalah dihujung jari malahan jika ingin melihat sesuatu yang menyeronokkan nafsu juga bersepah-sepah di merata-rata tempat. Tak kiralah di televisyen sehinggalah kepada system yang tercanggih di abad ini sekalipun. Semuanya mudah dengan hanya satu klik.Bila sudah melihat perkara yang sebegitu walaupun dengan sekadar mencuba-cuba, akhirnya ia akan meratah iman kita satu persatu. Tidak kiralah sesiapapun sama ada berilmu agama tinggi atau yang berstatus naqib atau naqibah sekalipun. Semuanya mempunyai peratus yang sama untu terjerat dengan maksiat mata yang mampu membuatkan seseorang itu terjerumus kearah yang lebih mengaibkan. Semuanya kerana “dari mata turun ke hati”


Mata itu satu amanah

Amanah adalah sesuatu yang paling berat untuk dipikul seprtimana yang dikatakan oleh Imam Al Ghazali. Kenapa berat? Kerana ianya sukar sekali untuk dijaga dan dijalankan. Allah swt mengurniakan nikmat penglihatan kepada manusia agar kita melihat kekuasaanNya dengan melihat kejadian langit dan bumi yang diciptaNya. Open your eyes your heart and mind to see it.


Ainun,

Gunanya untuk menangis di saat kita takut azab Allah

Ainun,

Gunanya untuk membuat jiwa ini lembut tatkala menatap surat cinta dariNya

Ainun,

Gunanya sebagai petunjuk jalan untuk ke tempat yang member manfaat kepada kita dunia dan akhirat yang terutama

Ainun,

Gunanya untuk membaca buku dalam menimba ilmu pengetahuan


Tapi akibat dugaan dan godaan dunia yang sangat dasyat zaman kini, mata itu digunakan untuk memuaskan nafsu diri, memuaskan akal kotor manusia yang semakin hari semakin jahil dan jauh dari agama.


Mata,

digunakan untuk melihat tarian perempuan-perempuan yang menggiurkan.

Mata,

Digunakan untuk melihat adegan-adegan yang tidak senonoh di televisyen dan internet.

Mata,

Digunakan untuk menonton konsert-konsert artis pujaan yang membuatkan seseorang itu gila bayang hingga lupa Tuhan

Mata,

Digunakan untuk melihat segala-galanya pada perempuan murahan.


Oh, sukar benar untuk menjaga mata ini. kadangkala terasa bahawa orang yang buta itu sangat bertuah kerana dia tidak melihat segala kemaksiatan yang berlaku di dunia ini. Membuatkan mereka celik hati dan lebih mengenali Allah dan dekat denganNya.


Ya Allah pelihara mataku daripada kemaksiatan yang meragut imanku.. amen..


Mata..ainun.. eyes… Amanah yang perlu dijaga kerana dia saksi buatku akhirat kelak.. Astagfirullahalazim…

25 May 2010

Hikmah dari sebuah kegagalan...



“Keputusan final exam sudah pun keluar. Argh..aku gagal? Kenapa? Aku dah belajar betul-betul. Kenapa masih gagal? Kenapa? Argh!! Kenapaaaaaaaaaaaaaaaa!!”


Situasi di atas mungkin pernah berlaku dikalangan kita dan mungkin pada ana sendiri. Hm..memang pernah berlaku pada ana sendiri. Sudah berusaha siang dan malam untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam exam, tapi hasilnya hanya ciput dan kadang-kadang makin menurun pulak tu. Perasaan kecewa dan putus asa memang bercampur baur sahaja. Mula lah hati berprasangka itu dan ini. Syaitan berbisik di telinga. “Kau kena memberontak! Tak payah belajar sebabnya keputusannya tetap sama!!” Ana pernah hadapi situasi itu di waktu alam persekolahan dahulu. Bila belajar di sekolah yang majority pelajarnya yang bijaksana dan bijaksini membuatkan diri ini rasa kerdil dan patah semangat untuk terus belajar. Rasa rendah diri dan selalu keseorangan. Kadang-kadang habis basah bantal tu jadi peneman di kala “kehujanan”.. Argh..tension betul!!.. Bila call mak di kampong, pasti berjujuran air mata ni. “mama, ika tension dan penat..huhu.. dah buat betul-betul tapi gagal jugak” sehinggalah duit syiling habis didermakan kepada Telekom Malaysia. Huhu. Telefon awam menjadi saksi babak yang menghayat hati itu. Kalau telefon tu dapat bercakap, pasti banyak ragam students yang akan diceritakannya. Tapi nasib baik dia tak boleh cakap.Huhu..


Tetapi, cuba kita muhasabah diri dan memikirkan kembali kenapa Allah memberikan dan menghadiahkan sebuah kegagalan kepada kita yang dah berusaha sampai tak tidur malam untuk berjaya? Kenapa? Hanya satu perkara yang bermain di fikiran ana yakni kerana Allah sayang. Ya! Kerana Allah sayang dan mahu kita menjadikan Dia sebagai tempat mengadu dan meningkatkan pergantungan kita kepadaNya. Kenapa perlu bersedih hati sedangkan kita ada Allah? Bukankah kejayaan itu milik Allah dan kegagalan itu juga datang dari Allah? Adakah kita tidak bersyukur atas kurniaanya? Dan kita juga perlu berfikir bahawa setiap apa yang Allah berikan dan jadikan itu ada hikmah disebaliknya. Jika kita bersedih hati bermakna kita tidak redha dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita. Memang kita sudah berusaha dan kita mahukan sesuatu hasil yang setimpal dengan apa yang kita usahakan. What you give you get back. Right? Tapi apabila berurusan dengan Allah, maka kita akan diuji untuk menilai sama ada kita adalah hambaNya yang redha dan sabar atau sebaliknya. Bukankah Allah ada berfirman dalam kitabNya:


“Jangan kamu mengaku kamu beriman selagi kamu tidak diuji”


Jadi kenapa harus malu dengan kegagalan. Kenapa harus malu dengan kekecewaan kerana itu adalah lumrah kehidupan. Kegagalan datang mungkin sebagai balasan jika kita fikirkan secara surface sahaja tetapi jika kita kaji dengan mata hati dan memikirkan kasih sayang Allah, kegagalan itu adalah suatu teguran dan peringatan dari Allah supaya hambaNya itu kembali mengingatiNya yang telah lama dilupakan. Allah memberi peluang kepada hambaNya untuk muhasabah diri dan kembali kepadaNya. Apabila ditimpa musibah, kita menyebut innalillahi wainna ilaihi raji’un kerana segalanya dari Allah dan akan kembali kepada Allah. Masakan kita dibiar terus bersedih oleh Allah sedangkan Allah itu bersifat pemurah. Tidak dibiar hambaNya hidup menderita dan melupakan hambaNya. Hanya kita sahaja yang melupakan Dia bila senang dan mengingatiNya di waktu susah. Tetapi ada juga langsung tak ingat padaNya dikala susah atau senang dan orang seperti inilah orang yang rugi.


Usah bersedih andai diri mendapat kegagalan kerana orang yang gagal setelah berusaha itu adalah tinggi darjatnya andai dia bersabar dan redha dengan ujian Allah. Jika gagal mendapat keputusan yang bagus, maka cuba lagi dan berusaha yang disertai dengan doa. Usaha itu milik kita tetapi kejayaan itu milik Allah. Jika kita berjaya, maka bersyukurlah dengan menjadikan diri hambaNya yang terbaik. Jangan terlupa tentang siapa yang memberikan kejayaan itu. Sebuah kejayaan itu perlu diuji dengan sebuah kegagalan. Wallahua’alam..



Wahai hati…

Bila engkau memandang segalanya dari Allah…

Yang mempercepatkan segalanya…

Yang menimpakan ujian…

Yang menyebabkan sakitnya hatimu…

Membuatkan keinginanmu terhalang…

Pastinya damailah hatimu…

Kerana masakan Allah sengaja mentadbirkan segala-galanya dengan sia-sia…

Bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu…

Pecahnya hatimu…

Tapi mungkin itulah yang Dia mahu…

Kerana Dia tahu…

Hati yang sebegini lebih lunak dan lebih mudah untuk dekat denganNya


p/s : kepada sahabat-sahabatku di UK, IPGM KAMPUS IPOH, maattaufiq wannajah fi al imtihan..=)