expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

14 August 2011

Fastabiqul Shopping??


Assalamualaikum...

Kaifa halukum jami'an wa kaifa imanukum jami'an??

Jawab lah mengikut diri masing-masing ye.. Moga-moga semuanya positif-positif belaka.. Hm2.. sedar tak sedar kita sudah memasuki fasa kedua dalam bulan Ramadhan Kareem yakni fasa maghfirah dimana di dalam fasa kedua inilah mereka yang berpuasa dengan penuh ketaqwaan akan mendapat ganjaran keampunan daripada Allah swt.. mengapa Nurul katakan mereka yang bertaqwa? Ini yang Nurul ingin kongsikan sedikit dalam Forum Perdana sempena majlis berbuka puasa SPI semalam. Ustaz Hazmi Dibok dan Ustaz Nazri menekankan bahawa mereka yang berpuasa dengan sebenar-benar puasa sahaja yang akan diberi ganjaran oleh Allah swt yang melimpah ruah dan juga keampuananNya.. Yakni mereka yang berpuasa dengan penuh ketaqwaan dimana mereka bukan sahaja memahami konsep puasa itu sebagai menahan lapar dan dahaga bahkan memahami puasa itu dari aspek ketahanan jiwa mereka, kepatuhan mereka terhadap perintah Allah swt..


Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 183

Lihat terjemahan surah ini dimana Allah mensyariatkan puasa ke atas umatNya agar mereka menjadi orang-orang yang bertaqwa.. Jadi.. let's ponder upon us adakah kita menjalankan ibadah puasa ini kerana ibadah semata-mata, atau kita fahami ia sebagai adat kebiasaan dimana tiap kali bulan Ramdhan kita wajib berpuasa atau kita laksanakan tuntutan ibadah itu kerana kita sebagai hambaNya yang akur dan taat atas segala perintah Allah dengan penuh ketaqwaan.. Muhasabah diri masing-masing ye..

Seterusnya tadi, Nurul keluar ke bandar sekejap untuk beli ink bagi printer Nurul.. Hm2.. Bila masuk je pasar raya tu bergema la lagu raya di sana-sini.. Actually sebelum puasa lagi dah rancak lagu raya tu.. Hm2.. sedih pun ade sebab masayarakat lebih memikirkan tentang raya berbanding Ramadhan yang mulia ini sedangkan bulan ini merupakan hadiah yang tak terhingga buat umat Islam untuk memperbaiki diri dan berlumba-lumba untuk mendapatkan keredhaan Allah swt.. Alangkah indahnya jika masuk pasar raya yang didengari adalah tazkirah tentang keistimewaan Ramadhan, iklan tentang syoknya puasa.. Huhu.. Kena tunggu Nurul jadi pengarah stesen radio dulu la kot..

lepas tu Nurul tengok berbondong-bondong orang fastabiqul shopping.. Huhu.. duit mengalir macam air tu.. Beli baju baru ni, beli barang itu, beli perabot ini.. pakaian plak dah tak mencerminkan Islam dah.. Semuanya nak melaram sakan di hari raya nanti.. Huhu.. Benar.. Nabi Muhammad menyuruh kita meraikan 'Edul Fitri dengan memakai pakaian yang terbaik buat diri kita.. tetapi baginda juga mengingatkan kita jangan berboros dan berlebihan-lebihan.. Huhu.. Tadi Nurul tengok design jubah pun dah macam-macam.. Macam keluang pun duk ada gak.. awat la fesyen designer wat lagu tuh eik? Sebab nak menepati syarat longgar dalam berpakaian menurut Islam ke?? Kalau betul bagus la.. tapi berlebihan kot Nurul rasa.. nanti nak cedok rendang, dengan lengan baju masuk dalam rendang.. huhu.. Fesyen oh fesyen.. huhu.. Tak pasal-pasal boleh nampak ketiak.. huhu...

Tadi waktu usrah dengan adik-adik, ada sorang adik ni cakap dah serik pi bazar sebab membazir.. Haa.. elok sangatlah perkataan bazar yang membazir tu..Huhu.. Tak delah.. Boleh membeli tetapi sekadarnya.. Itulah yang dikaitkan dengan ketaqwaan yang membawa kepada kesempurnaan puasa tu tadi.. kekuatan jiwa untuk melakukan perintah Allah swt.. petua Nurul, kalau nak pi bazar bawak duit yang sedikit, kemudian pergi la lewat-lewat sket supaya kita tak banyak masa nak membeli belah sebab nak kejar waktu berbuka plak kan.. kemudian sebelum pegi bazar, buat list nak beli ape.. Dan tuju kat kedai yang nak kita nak beli kuih tu je.. pastu cepat-cepat la melangkah pulang.. Hehe.. Serius insyaAllah berjaya.. Tu cara nak kawal nafsu membeli tu.. susah la kan bila kuasa membeli tu kat tangan kita.. Sebab tu kita kena jadi pembeli yang bertaqwa.. hehe...

Okey la.. sampa disini dahulu perkongsian Nurul bersama sahabat-sahabat... Semoga ada manfaatnya dan jika ada tersalah bahasa atau tersalah fakta, silalah tegur ye.. insyaAllah semoga Ramadhan kali ini dapat menjadikan kita umat yang cemerlang.. Ingat.. Insan yang cemerlang adalah insan yang bertaqwa.. Oke ye... jom fastabiqul khairat.. wallahu'alam.. uhibbukum fillah abadan abada...


p/s : esok nak present dua subjek.. doakan ye.. syukran...

13 August 2011

Hidayah...


Assalamualaikum...

Apabila hati menjadi gelisah dengan tiba-tiba tanpa sebab tandanya hidayah Allah telah mengetuk hati..

Namun apa yang menjadikan hati itu gelisah jika hidayah itu mahu diberi??

Ingatlah bahawa hidayah itu tidak akan masuk ke dalam hati-hati yang penuh maksiat..

maka hidayah dan kemaksiatan saling berlawanan antara satu sama lain menjadikan hati itu gelisah tidak menentu..

Maka pada waktu itu, hadapkanlah hatimu kepada Allah insyaAllah hatimu akan tenang..

Bukankah Allah telah berfirman sekiranya kita mengingatiNya maka hati akan menjadi tenang.

Akan tetapi andai kita hadapkan hati kita kepada kemakasiatan,

entah bila lagi hidayah itu akan datang ke dalam hati kita atau mungkin tidak lagi mengunjungi hati kita..

nauzubillah...

muhasabah diri bersama..

12 August 2011

Nama yang cantik.. =)



Assalamualaikum..

Tiba-tiba rasa tak sabar menanti kehadiran empunya nama diri ke dunia.. Walaupun nutfahnya walhal benihnya pun tak bercantum lagi.. Tapi tetap menantikannya.. permata hati setiap orang yang berkeluarga.. Walaupun diri ini bernikah pun belum, tak salah kan kalau bercita-cita memiliki anak-anak yang soleh kalau berkesempatan insyaAllah.. Jadi.. presenting nama mereka berdua yang comel... baby semuanya comel...





Mohd Irfan Shakirin
Nurul Iffah Sofea

Mohd Irfan Shakirin bermaksud Yang Terpuji Kebaikan kesyukuran

Nurul Iffah Sofea bermaksud Cahaya kesucian yang menawan


p/s : jangan amek tau nama ni.. hehehe...

11 August 2011

DATELINE!!!


Assalamualaikum...

Minggu ni baru je merancang nak fly naik bas ke IPOH tapi tiba-tiba lecturer satu persatu bagi dateline untuk presentation, Ujian Kemajuan untuk next week... Alahai.. Nurul tak dapat lah nak ke sana nampaknya... Kena buat prepation untuk semua kerja untuk carry mark sem ni.. huhu.. Ni la jadi student.. Nak-nak lagi semua lecturer bekejar masa sebab insyaAllah bulan 9 ni akan diadakan konvokesyen pulak.. Nurul sebagi MPP pun sibuk jugak.. Huhu.. Terasa bulan 10 sangat lambat sekali datang untuk Nurul melepaskan jawatan sebagai MPP.. Sibuuuukkk... huhu... Sabar..Sabar.. Nak tahu tak senarai list Nurul untuk dateline next week?? Haaa.. ni lah die..

UJIAN KEMAJUAN 1

Arab Li Syariah - 16/8/2011
Keluarga - 18/8/2011
Halaqah Usrah - 18/8/2011

PRESENTATION
Jenayah - 15/8/2011
English - 15/8/2011
Siasah - 18/8/2011
Keluarga - 25/8/2011

DATE DUE ASSIGNMENT

Keluarga - SIVIL : Week 10
ISLAM : Week 8
Jenayah - 19/8/2011
Probet - 27/8/2011
Siasah - Sebelum study week


Banyak kan?? Huhu.. Iniah rutin sebagai seorang pencari ilmu di kolej ni.. dengan exam, assignment dan macam2 lagi.. Tak termasuk lagi dengan program pelajar.. Hari Sabtu ni ada program Ihya' Ramadhan anjuran Sekolah Pengajian Islam dengan kerjasama AMAN's CLUB dan juga pihak masjid.. ha... yang Aman's Club tu di bold kan ye sebab nak promote.. Jom join AMAN's CLUB jom.. Lepas ni ada program Kursus Kahwin pulak.. Ingatkan tak nak pergi tapi tibe2 Madam Yusliha wajibkan pulak untuk subjek Undang-Undang Keluarga Islam sebab ada assignment katanya.. Huhu.. tak leh nak lari la... Tak pe lah.. Ilmu.. huhu... Program MPP?? huhu.. semester ni sibuk dengan konvo.. tak tahu la nak teruskan atau tidak programnye.. huuh.. boleh ke gitu??

p/s : Dah masuk fasa kedua bulan Ramadhan... =)



10 August 2011

U untuk Ujian


Assalamualaikum...

Dalam menempuhi hidup ini, adakalanya kita rasa lemah apabila berhadapan dengan ujian yang bertubi-tubi. Adakalanya juga ujian yang dihadapi itu berkaitan dengan permasalahan hati yang memerlukan mujahadah yang berterusan dan sememangnya bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Bila mahu bermujahadah, seringkali kita terjatuh dan tersungkur. Lalu hati kita sakit dan sedih sekali. Di waktu itu hanya asma' Allah sahaja yang bermain di bibir..

Ya Allah.. tolong hambaMu.. tolong hambaMu..

Ibarat kita keseorangan yang mencari-cari tangan untuk dicapai tetapi tidak ketemu.. lalu kembali kepada Allah yang memberikan ujian itu.. terasa sebab di dada dan fikiran sudah tidak tahu bagaimana dengan kehidupan ini.. hanya mengharapkan Allah sahaja yang membantu agar dikuatkan langkah dan diteguhkan azam dengan mujahadah yang utuh.. Air mata sudah tertumpah bergelen-gelen lalu bertanya di dalam hati. "Adakah aku tidak layak gembira di dunia ini?" Lalu kalimah itu ditepis jauh-jauh dan memikirkan nikmat ujian yang Allah berikan sebagai meningkatkan darjat keimanan seseorang.. Namun bukan mudah wahai kawan.. Cuma perlu berusaha walaupun terpaksa bertatih demi untuk mengejar cintaNya....

Wallahua'alam..

09 August 2011

P untuk PERJUANGAN





Assalamualaikum...

Kerja.. kerja dan kerja..

Tak pernah habis walaupun setiap hari cuba habiskan semua list to do di board.. Hm2.. Itulah hidup dalam perjuangan, tanggungjawab melebihi masa yang ada.. dan kelebihan seorang pejuang juga adalah otaknya sangat pantas dan cerdas sepanjang masa.. kenapa? Sebab dalam satu masa seorang pejuang itu perlu berfikir tentang banyak perkara.. Jika anda sebagai seorang pejuang ilmu, anda perlu memikirkan tentang assignment, waktu study, time management, ibadah exam dan sengakatan dengannya.. jika anda seorang pejuang ilmu + seorang pemimpin maka akan bertambahlah lagi tanggungjawab dan perkara yang anda perlu fikirkan.. Dan jika + lagi jika anda seorang naqibah atau naqib, seorang yang lead adik-adik untuk berfikir tentang islam, maka bertambah-tambahlah lagi apa yang anda fikirkan.. Dan semuanya perlulah diniatkan kerana Allah swt.. Usah dirisau jika tak mampu menjalankan semua tugasan kerana seandainya kita melaksanakan semua itu ikhlas kerana Allah, insyaAllah akan dipermudahkan pula urusan kita olehNya.. kan? Surah Muhammad ayat 7... Jom selak sama-sama.. =)


Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. (Muhammad:7)


Bersyukurlah andai Allah swt menjadikan anda sebagai seorang yang memahami Islam dan juga memahami tuntutan Islam agar umatnya menyeru dan menyuruh kepada kebaikan serta mencegah kepada perkara yang mungkar.(surah Al-Imran:104) Kerana apa? kerana kita tidak ada masa untuk melakukan perkara yang hanya sia-sia..




Allah telah memelihara kalian daripada hanyut dengan kenimatan dunia ini.. maka beruntunglah anda yang memilih untuk menjadi seorang yang asing di akhir zaman ini kerana telah diselamatkan oleh Allah swt.. TETAPI.. andai kalian ikhlaskan niat, sanggup berkorban demi memartabatkan Islam... Alhamdulillah kerana Allah telah memilih kalian sebagai pembeli kepada perniagaanNya yakni berjuang dijalanNya.. (surah as-saff:10,11,dan 12)..

“Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?” (as-Saff:10)




“(iaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu Mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam syurga 'Adn. Itulah keberuntungan yang besar.”
(as-Saff:11-12)

Wallahu'alam...

08 August 2011

Merindui Kakekku Ukhti Nora


Assalamualaikum...

Usai dari solat terawikh tadi entah kenapa hati Nurul terasa sebak sekali.. Teringat sahabat yang jauh di Perak.. Kak Nora dan yang lain-lain.. yang teristimewa buat kakekku Kak Nora.. Masih jelas di fikiran jika waktu-waktu begini.. di saat Nurul terasa lemah dan juga perlukan nasihat dan pelukan seorang kakak, maka Kak Nora ada disisi tak kira betapa sibuknya dia.. Rindunya Nurul pada Kakekku yang comel sorang ni..

Masihkah Kak Nora ingat macam mana kita beramai-ramai memenuhi dapur surau meyiapkan makanan?? Ya.. tanpa Kak Nora tersayang, maka kami semua tak tahu nak buat apa kat dapur yang luas tu.. Nasihat Kak Nora yang sangat berkesan di jiwa ini.. Ya Allah.. hanya Allah yang mampu membalasnya.. Di saat kami semua patah semangat maka Kak Nora tetap membakar semangat kami...

Masih ingat lagi gema suara Kak Nora di majlis ilmu Kuliah Helwi yang bersemangat.. Muslimat power!power!power!.. Subhanallah.. Kak Nora ingat tak kite sama-sama berlatih nasyid untuk Majlis Busana Muslimah tu? Kak Nora yang penat pun turun padang... Kita juga pergi rumah Kak Nora yang dekat dengan rumah "pejuang" itu kan?? hehe.. Ya Allah.. kenangan itu masih indah di fikiranku...

Tatkala adikmu ini dilanda masalah hati, maka kau hadir sebagai pengubat hati.. penasihat setia.. walaupun berderet orang menunggu untuk menerima khidmat kaunselingmu.. heee... Ku juga masih ingat di waktu kita berjalan-jalan ke Cameron Highland.. sangat comel dengan baju sejuk putihmu itu.. Mahu saja ku duduk rapat-rapat sebelah Kak Nora yang comel.. sejuk kan kat sana?


Ya ukhtiku... Kini daku amat merindui nasihatmu.. terasa lemah kaki ini untuk melangkah sebagai seorang kakak kepada mereka-mereka yang kadangkala memerlukan diriku sebagai penasihat.. ku tak mampu menjadi seperti dirimu.. Yang mampu mengikat tautan ukhuwah antara kita dahulu. Sampaikan dirimu sanggup berlakon sakit sewaktu majlis hari lahirku dan sahabat-sahabat yang lain.. Huhu.. (sangat bimbang waktu itu dan kamu pandai berlakon.. hehe).. dan diriku tidak mampu menggantikan dirimu.. walaupun di ganti dengan seribu orang kakek pun masih tidak bisa menggantikan dirimu.. Kak Nora... Rindu amaaaaaatt... huhu...


p/s : mencari waktu mahu pulang ke Taman Tarbiah di Ulu Kinta, Ipoh...

05 August 2011

Assalamualaikum...

Template blog Nurul bertukar lagi.. Hai.. asyik bertukar je tapi entry tak update-update juga.. kenapa Nurul asyik tukar template ye? Sebenarnya kadangkala penukaran itu perlu demi menjana semangat buat diri sendiri. Itu pendapat Nurul lah..

Sejak kebelakangan ini banyak sekali masalah yang dihadapi oleh Nurul.. satu demi satu dan Nurul kadang-kadang lemah semangat untuk hadapinya.. Entah berapa milimiter padu dah air mata ni menitis sejak akhir-akhir ini.. Bukan Nurul takut atau patah semangat untuk hadapi tapi kalau masalah yang datang tu sedebuk di atas kepala, terasa juga bebanannya itu kan?


Hmm..

Atok Nurul yang Nurul panggil ayah masuk hospital sejak 2 minggu yang lepas di kala Nurul berhadapan dengan masalah MPP.. Dengan masalah peribadi Nurul sendiri.. Study Nurul yang mana lecturer semakin mengingatkan supaya jaga study walaupun sibuk MPP.. Masalah library lagi.. masalah kesihatan.. Assignment tertunda.. Allah.. sampai Nurul tak tahu mana satu Nurul nak settle dahulu..


Wan dan Ayah waktu mengerjakan Haji tahun lalu..


Hakikatnya semuanya itu sangat berat untuk di atasi walaupun Nurul tahu yang Allah tidak akan memberatkan seseorang itu dengan ujian yang tidak termampu olehnya.. Tapi kadangkala kita perlukan sokongan daripada sahabat dan orang yang tersayang.. Namun apa yang terjadi bukan semua yang memahami malahan menyalahkan Nurul itu dan ini.. Allah. ujian-ujian..

Nurul perlu bangkit dari perasaan lemah ini.. Jika dulu Nurul mampu mengahadapi masalah dengan pergantungan sepenuhnya pada Allah, kenapa Nurul rasa lemah bila tidak ada yang mahu menemani Nurul hadapi ujian Nurul ini kan?Biarlah kita membuat kebaikan kepada orang lain dengan ikhlas walaupun hakikatnya agak payah juga untuk mengakui itu.. pasti akan ada satu perasaan mengapa dia tidak mahu bersamaku di waktu susah sedangkan di waktu dia susah aku sentiasa ada... Hm2.. mainan perasaan daripada syaitan supaya menghilangkan rasa ikhlas kita tu tadi kan??

Nurul juga merasakan satu kehilangan dalam diri Nurul yang Nurul ada dahulu.. kenapa ia menghilang? Nurul tak boleh salahkan orang sebab apa yang berlaku datang dari Nurul sendiri. Ya.. memang menyesal jika diikutkan hati ini dengan apa yang telah Nurul lalui tetapi Nurul anggap itu adalah satu pengalaman buat Nurul yang mematangkan diri Nurul sendiri.

Hm2.. InsyaAllah hari ni Nurul nak balik rumah setetlah lama tidak pulang.. mahu ketemu mama dan abah juga anak saudara Nurul yang sorang tu.. Hilang sedikit bebanan di dalam jiwa ni.. Masalah kesihatan Nurul pun tak berapa bagus sangat.. Kerap sakit dan cepat penat.. Ujian.. kan??

Kadang-kadang Nurul persoalkan juga adakah tidak ada sinar bahagia buat Nurul kat dunia ni? Tapi tak mengapalah sebab Nurul dunia ni memang tempat diuji dan tempat untuk berpenat lelah bagi menuai hasil akhirat kelak.. Sampaikan Nurul rasa Nurul dah tidak kisah dengan apa yang ada di dunia ini.. Manusia yang lain mahu menikmatinya, jangan sampai diri kita lalai dari mengingati Allah swt.. Nurul sedih juga melihat ramai golongan yang belajar agama tetapi ibarat buih-buih di lautan.. Masing-masing merasakan diri hebat dalam bidang agama dan sikap humble itu tidak ada.. Memang dunia sudah kacau bilau dan tidak ada keamanan lagi.. Dunia ini ibarat penjara bagi orang-orang yang beriman...

Hm2.. Nurul harap orang disekeliling Nurul bahagia selalu dan dalam keredhaan Allah selalu..

Stop sini dulu ye.. nak berkemas.. mahu pulang ke my sweet home... =)

03 August 2011

Konichiwa..!!

Assalamualaikum..

Konichiwa.. konichiwa.. kooonnnnichiwa....!!!

Saja mahu tiry bunyi ringtone msg dari hp kesayangan...

Masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Berpuasa buat semua..

Rahmat, Keampunan dan terlepas daripada azab api neraka...

Moga dapat memperolehinya ye...

Bulan puasa ini macam satu tapisan Allah swt juga kan??

Tengok suasana di masjid waktu awal-awal Ramadhan Kareem..

Wah!! Ramainya datang.. banyaknya kereta.. rasa seronol nak pegi tewarikh(upin-ipin cakap)

Tapi bila dah nak dekat raya makin kurang la plak..

Akhirnya tinggal 4 saf sahaja...

Sedangkan makin nak habis Ramadhan makin kita berlumba-lumba..

Dan yang jumpa malam Al qadar pun hanya yang istiqamah dan ikhlas dalam beribadah..

Itulah tapisan... ermmm... tanya diri sendiri plak macam mane kan..

Apa-apa pun, semoga semua sahabat-sahabat dapat mempertingkatkan kualiti ibadah kita bersama ya.. =)


RAMADHAN KAREEM.. ALLAHU AKRAM...