Assalamualaikum...
Kaifa halukum jami'an wa kaifa imanukum jami'an??
Jawab lah mengikut diri masing-masing ye.. Moga-moga semuanya positif-positif belaka.. Hm2.. sedar tak sedar kita sudah memasuki fasa kedua dalam bulan Ramadhan Kareem yakni fasa maghfirah dimana di dalam fasa kedua inilah mereka yang berpuasa dengan penuh ketaqwaan akan mendapat ganjaran keampunan daripada Allah swt.. mengapa Nurul katakan mereka yang bertaqwa? Ini yang Nurul ingin kongsikan sedikit dalam Forum Perdana sempena majlis berbuka puasa SPI semalam. Ustaz Hazmi Dibok dan Ustaz Nazri menekankan bahawa mereka yang berpuasa dengan sebenar-benar puasa sahaja yang akan diberi ganjaran oleh Allah swt yang melimpah ruah dan juga keampuananNya.. Yakni mereka yang berpuasa dengan penuh ketaqwaan dimana mereka bukan sahaja memahami konsep puasa itu sebagai menahan lapar dan dahaga bahkan memahami puasa itu dari aspek ketahanan jiwa mereka, kepatuhan mereka terhadap perintah Allah swt..
Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah ayat 183
Lihat terjemahan surah ini dimana Allah mensyariatkan puasa ke atas umatNya agar mereka menjadi orang-orang yang bertaqwa.. Jadi.. let's ponder upon us adakah kita menjalankan ibadah puasa ini kerana ibadah semata-mata, atau kita fahami ia sebagai adat kebiasaan dimana tiap kali bulan Ramdhan kita wajib berpuasa atau kita laksanakan tuntutan ibadah itu kerana kita sebagai hambaNya yang akur dan taat atas segala perintah Allah dengan penuh ketaqwaan.. Muhasabah diri masing-masing ye..
Seterusnya tadi, Nurul keluar ke bandar sekejap untuk beli ink bagi printer Nurul.. Hm2.. Bila masuk je pasar raya tu bergema la lagu raya di sana-sini.. Actually sebelum puasa lagi dah rancak lagu raya tu.. Hm2.. sedih pun ade sebab masayarakat lebih memikirkan tentang raya berbanding Ramadhan yang mulia ini sedangkan bulan ini merupakan hadiah yang tak terhingga buat umat Islam untuk memperbaiki diri dan berlumba-lumba untuk mendapatkan keredhaan Allah swt.. Alangkah indahnya jika masuk pasar raya yang didengari adalah tazkirah tentang keistimewaan Ramadhan, iklan tentang syoknya puasa.. Huhu.. Kena tunggu Nurul jadi pengarah stesen radio dulu la kot..
lepas tu Nurul tengok berbondong-bondong orang fastabiqul shopping.. Huhu.. duit mengalir macam air tu.. Beli baju baru ni, beli barang itu, beli perabot ini.. pakaian plak dah tak mencerminkan Islam dah.. Semuanya nak melaram sakan di hari raya nanti.. Huhu.. Benar.. Nabi Muhammad menyuruh kita meraikan 'Edul Fitri dengan memakai pakaian yang terbaik buat diri kita.. tetapi baginda juga mengingatkan kita jangan berboros dan berlebihan-lebihan.. Huhu.. Tadi Nurul tengok design jubah pun dah macam-macam.. Macam keluang pun duk ada gak.. awat la fesyen designer wat lagu tuh eik? Sebab nak menepati syarat longgar dalam berpakaian menurut Islam ke?? Kalau betul bagus la.. tapi berlebihan kot Nurul rasa.. nanti nak cedok rendang, dengan lengan baju masuk dalam rendang.. huhu.. Fesyen oh fesyen.. huhu.. Tak pasal-pasal boleh nampak ketiak.. huhu...
Tadi waktu usrah dengan adik-adik, ada sorang adik ni cakap dah serik pi bazar sebab membazir.. Haa.. elok sangatlah perkataan bazar yang membazir tu..Huhu.. Tak delah.. Boleh membeli tetapi sekadarnya.. Itulah yang dikaitkan dengan ketaqwaan yang membawa kepada kesempurnaan puasa tu tadi.. kekuatan jiwa untuk melakukan perintah Allah swt.. petua Nurul, kalau nak pi bazar bawak duit yang sedikit, kemudian pergi la lewat-lewat sket supaya kita tak banyak masa nak membeli belah sebab nak kejar waktu berbuka plak kan.. kemudian sebelum pegi bazar, buat list nak beli ape.. Dan tuju kat kedai yang nak kita nak beli kuih tu je.. pastu cepat-cepat la melangkah pulang.. Hehe.. Serius insyaAllah berjaya.. Tu cara nak kawal nafsu membeli tu.. susah la kan bila kuasa membeli tu kat tangan kita.. Sebab tu kita kena jadi pembeli yang bertaqwa.. hehe...
Okey la.. sampa disini dahulu perkongsian Nurul bersama sahabat-sahabat... Semoga ada manfaatnya dan jika ada tersalah bahasa atau tersalah fakta, silalah tegur ye.. insyaAllah semoga Ramadhan kali ini dapat menjadikan kita umat yang cemerlang.. Ingat.. Insan yang cemerlang adalah insan yang bertaqwa.. Oke ye... jom fastabiqul khairat.. wallahu'alam.. uhibbukum fillah abadan abada...
p/s : esok nak present dua subjek.. doakan ye.. syukran...

No comments:
Post a Comment