expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

04 October 2013

Hadiah buat Mama dan Abah

Assalamualaikum.. Alhamdulillah diberi sedikit kesempatan oleh Allah untuk mencoret sedikit di blog tak seberapa ini.. Lama saya tinggalkan blog ini tanpa diusik walaupun minat untuk menulis itu masih lagi segar dan membugar di dalam diri.. Kesibukan sebagai mahasiswa membuatkan saya terpaksa membuat alasan untuk tidak menyinggah sebentar ke blog ini.. 

Alhamdulillah pada 30 September 2013 merupakan tarikh keramat dan kebahagiaan buat diri saya selepas berhempas pulas selama 3 tahun serta selepas peristiwa kegagalan yang sedikit sebanyak meragut masa depan saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang berhak mendapat pendidikan di dalam negaranya sendiri. Namun tidak mengapa.. rezeli Allah maha luas.. Alhamdulillah.. dan kini saya berjaya menyambung pengajian di peringkat ijazah di Universiti yang penuh bukit bukau ini dan mungkin agak kontroversi juga apabila tiba musim pilihanraya kampus yakni UKM.. Alhamdulillah.. 

Sekadar ingin berkongsi kenangan manis sewaktu Majlis Konvokesyen KIPSAS kali ke 12 dengan sahabat-sahabat sekalian dan moga menjadi motivasi buat diri saya yang lemah dan juga kepada sahabat-sahabat lain yang mungkin diuji lebih teruk dari diri saya sendiri... 

Sahabat.. kegagalan itu tidak bermakna kita tidak mampu bangkit untuk mencipta kejayaan yang lain.. dan ingatlah mendapat segulung diploma atau ijazah bukanlah pengakhiran proses pembelajaran dan ianya bukanlah kejayaan yang mutlak.. kejayaan yang mutlak adalah bilamana kita mampu mengamalkan ilmu yang kita ada dan memanfaatkan buat diri kita dan juga orang lain.. insyaAllah dan saya tujukan nasihat ini buat diri saya sendiri yang seringkali terlupa.. 

Buat mama, abah, adik-beradik dan juga saudara mara yang lain, terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi dan doa kalian telah membentuk diri saya yang sekarang.. Tak lupa juga buat sahabat dan khususnya para pensyarah yang sangat-sangat saya hormati.. Saya mengharapkan Allah memberkati semua yang sebutkan disini serta mereka yang mendoakan saya dalam diam.. terima kasih semua.. 

Saya tidak mengharapkan sebarang anugerah atau pujian melambung tinggi.. Tapi cukup saya dapat membuat kedua ibu bapa saya tersenyum dengan kejayaan anaknya ini. InsyaAllah saya akan cuba membahagiakan kedua ibu bapa saya selagimana Allah masih menempatkan mereka di sisi saya.. InsyaAllah...

Seterusnya.. sedikit gambar yang tidak seberapa... insyaAllah... 




















No comments: