Iffah memandang ke luar jendela di tengah kepekatan satu pertiga malam. Hatinya begitu sakit dan dia mengurut-ngurut dadanya yang sakit. Sakit bukan kerana penyakit tetapi sakit kerana batiniahnya terganggu. Hatinya yang selama ini tenteram telah diganggu dan bukan dia sengaja minta diganggu bahkan dia tidak menyedari bilakah saatnya perasaan itu telah menyelinap masuk ke dalam hatinya yang dahulunya hanya dia yang mengetahui.
"Ya Allah.. mengapa Engkau berikan perasaan ini.. perasaan yang aku tidak mampu kawal.. jika benar perasaan ini untukku, aku tidak mampu untuk membiarkan ianya tanpa jagaanMu Ya Rabbi.. Aku bimbang Ya Allah kerana aku hambaMu yang lemah.. Aku mohon Kau ambil kembali.."
Berkali-kali juga airmata mengalir tanpa henti sambil mengurut dadanya yang semakin sakit apabila dia menyebut agar perasaan di ambil kembali. Mahu sahaja Iffah melarikan diri sejauh yang mungkin dari dunia ini. Menyembunyikan diri ke satu daerah yang sunyi. Hanya dia dan Allah sahaja menjadi saksi. Namun Iffah hanya seorang manusia biasa.
Kini perasaan itu masih bersarang di dalam hati dan adakalanya Iffah tersilap langkah kerana dia tahu dia insan lemah. Tiap kali dia tersalah langkah, dia menangis dan mengadu. YA ALLAH.. AKU LEMAH.. TOLONGLAH AKU.. Insan-insan di sekeliling tidak memahami bahkan Iffah merasakan dirinya dizalimi..
"Aku cuma mahukan satu lafaz yang menghilangkan segala resahku.. yang mengganggu ketenanganku.. Yang menjadi racun dalam tubuhku.. walaupun perasaan itu fitrah, namun aku tidak mampu menjaganya dalam keadaan ianya bukan hak mutlakku.. mohon difahami.. mohon difahami.."
Iffah bermonolog sendirian dan menangis lagi.. dia merasakan tubuhnya bukan miliknya.. hatinya sudah tidak difahami oleh dirinya sendiri.. Fikirnya andai untaian rasa itu telah tersimpul dengan namaNya, Iffah redha jika nyawa diangkat.. asalkan hatinya tenang dan gelisahnya juga lupus..Sungguh, rasa itu sangat mengganggu rohani Iffah.. walaupun saat Allah berikan nikmat, namun tak terasa olehnya nikmat itu dek rasa menanggung rasa sakitnya batin Iffah.. rohaninya..
Lalu Iffah masih mengharap dari Allah.. walaupun tubuhnya kini semakin lemah.. hatinya juga semakin lemah..
Lalu Iffah masih mengharap dari Allah.. walaupun tubuhnya kini semakin lemah.. hatinya juga semakin lemah..
"Ya Allah.. ku pinta padaMu untuk lepaskan diriku dari bebanan ini.."
No comments:
Post a Comment