Assalamualaikum.. Hari ini tarikh besar bagi warga UKM dan buat julung kalinya NI(Nurul Islam) bakal mengundi untuk PRK di bumi UKM yang melibatkan dua parti yakni GMUKM (Gabungan Mahasiswa UKM) dan juga pihak Aspirasi UKM.. diharapakan semua warga mahasiswa UKM dapat membuat pilihan yang terbaik bagi memimpin mahasiswa di sini.. NI masih tak pergi turun mengundi lagi.. InsyaAllah sebentar lagi..
NI masih lagi tidak sihat dan kepala terasa begitu ringan sehingga terhuyung hayang sahaja rasenye sambil menaip di keyboard ini.. NI tak tahu kenapa dengan fizikal NI, tapi mungkin kerana ujian yang NI hadapi sekarang ini.. Adakalanya NI mahu sahaja meluahkan sakitnya hati, bebannya jiwa, sedihnya dalam diri NI ini tentang apa yang NI hadapi. Tak perlulah NI ceritakan apa yang berlaku yang mengganggu gejolak jiwa NI ini. Namun yang pasti, ianya telah terlalu lama bersarang dalam diri..
Kita selalu menganggap seseorang yang kita nampak tenang dan gembira itu seorang yang tabah dan kuat dalam menghadapi kehidupan.. Kita nampak mereka mudah sahaja menyelesaikan apa sahaja ujian yang mereka hadapi. Hakikatnya, hanya Allah yang tahu sakit,pedih, jerih dan payah yang mereka hadapi untuk mendapatkan ketenangan di kala duka.. NI pernah mendengar adik-adik yang menyatakan NI beruntung kerana dimudahkan dalam urusan belajar, tak nampak pun stress waktu belajar dan macam-macam lagi.. NI hanya mampu tersenyum dan cuba untuk memberikan respon yang postif untuk adik-adik yang masih baru untuk kenali kehidupan dan NI sendiri juga masih baru mengenal cabaran dan dugaan menghadapi realiti kehidupan..
Itulah yang cuba NI berikan kepada adik-adik yang bertanya.. Cuba memberi manfaat kepada orang lain dan berikan semangat yang positif kepada adik-adik NI.. Namun hakikatnya, bukan
mudah untuk menggapai kejayaan dalam hidup.. Banyak kegagalan perlu di hadapi.. dan adakalanya kita perlu berlawan dengan ujian dalaman yang banyak mengganggu diri dan meruntuhkan semangat untuk belajar.. Satu contoh : Apabila seseorang itu begitu gigih belajar dan menuntut ilmu, namun tiba-tiba dia diuji dengan pemergian ibu ayah serentak.. dan kita tahu dalam keadaan itu momentum dan semangat kita pasti rebah.. namun bagaimana untuk istiqamah dan kawal diri serta lawan perasaan sedih dalam diri itu?? Ditambah lagi situasi berlaku tatkala Final Exam hampir tiba.. dan untuk melawan perasaan itu, tersangatlah payah.. Yang memerlukan kekuatan jiwa.. rohani dan juga mental..
tenangnya si itik berenang.. hakikatnya betapa sukarnya kakinya mendayung di bawah air.. |
Adakalanya, ujian yang datang juga mampu merencatkan perjalanan seseorang.. Semangatnya hilang dek bertahan dengan ujian yang begitu lama.. Apa yang terhidang di depan mata, dirasakan tiada makna.. Hanya mahu baring dan menanti saat habisnya dunia buatnya.. Dan mengharapkan Allah memberikan kekuatan seluas lautan buat dirinya yang makin hilang dari dunia.. terasa asing dari dunianya...
Akhir kata, NI doakan sahabat-sahabat yang teruji dapat menghadapi ujian dengan baik dan diberikan kekuatan oleh Allah selalu.. dan moga Allah mudahkan urusan NI juga.. Aku tahu jiwamu pernah patah, pernah goyah dek diuji dengan pelbagai rintangan.. walapun wajahmu mengukir senyuman bahagia... wallahualam..
No comments:
Post a Comment