Assalamualaikum.. jumpa kata-kata ni daripada wall suami kepada sahabatku yang baru sahaja diuji dengan kehilangan.. Dan both of them kulihat sangat kuat menghadapi ujian itu walaupun sudah masuk kali kedua berlaku dalam kehidupan mereka.. Mahu mencontohi mereka nanti.. ameen..
Aku tiba-tiba terasa terharu dengan kata-kata ini.. Aku melihat kata-kata ini dalam dua maksud.. pertama, dalam konteks perkahwinan yakni suami isteri.. Allah mengikat cinta antara suami dan isteri dengan ikatan ujian yang diberikan kepada pasangan itu.. tetapi dengan syarat, suami dan isteri menjadikan Allah sebaik-baik tempat bergantung dan tidak mengeluh dengan ujian yang datang.. Menjadikan ujian itu sebagai pengukuh ikatan dan membina jalan ke syurgaNya insyaAllah..
Dan yang keduanya pula dari konteks individu.. Allah mengikat cinta hambaNya kepada Allah dengan memberikan ujian supaya hamba itu kembali mengharapkan pergantungan kepadaNya semata-mata.. Hasbunallah wa nikmal wakil..
Aku benar-benar mengambil ibrah daripada ujian sahabatku ini.. aku harap sahabatku ini dan suami dapat bercinta hingga ke syurga.. bertuahnya mereka kerana dua bidadari mereka sedang menanti di syurga.. Benarlah kata sahabatku itu.. Allah nak bagi suatu kegembiraan yang lebih besar dan diuji hambaNya terlebih dahulu untuk itu.. Terima kasih sahabat atas nasihat dan kata-katamu..
Untuk yang dah berumahtangga.. pasangan anda itu adalah teman yang boleh membuka jalan anda ke syurga.. jadi peliharalah rumahtangga anda sebaaiknya dan penuhi dengan ruh islami di dalam rumah tangga anda..
PEMILIK CINTAKU (HIJJAZ)
Oh pemilik cinta
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....
Oh Pemilik Hati
Sungguh Kau Maha mengerti
Lemah diri ini hidup bersendiri
Dirinya seperti cahaya yang menyinari
Indahnya bak bidadari...
Semua persoalan bertemu jawapan
Tiada lagi kebuntuan mengganggu fikiran
Kesyukuran ini melimpah di hati
Betapa agungnya kasih-Mu Ilahi(uhhhh....)
Oh pemilik hati
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....
Benar ku akui
Jarang ku lafazkan
Kata-kata penghargaan atas pengorbanan
Namun hanya Engkau Maha Mengetahui
Betapa dirinya amat ku hargai...
Kekasih...
Kau penawar duka
Menjadi penguat dijiwa
Walaupun bertalu diuji
Dirimu tetap setia disisi
Oh Tuhan...
Kau yang Maha Tahu
Cintaku padanya tak pernahku ragu
Ku pinta kekalkan cintaku
Hanya bersamanya disyurga-Mu....
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....
Oh Pemilik Hati
Sungguh Kau Maha mengerti
Lemah diri ini hidup bersendiri
Dirinya seperti cahaya yang menyinari
Indahnya bak bidadari...
Semua persoalan bertemu jawapan
Tiada lagi kebuntuan mengganggu fikiran
Kesyukuran ini melimpah di hati
Betapa agungnya kasih-Mu Ilahi(uhhhh....)
Oh pemilik hati
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....
Benar ku akui
Jarang ku lafazkan
Kata-kata penghargaan atas pengorbanan
Namun hanya Engkau Maha Mengetahui
Betapa dirinya amat ku hargai...
Kekasih...
Kau penawar duka
Menjadi penguat dijiwa
Walaupun bertalu diuji
Dirimu tetap setia disisi
Oh Tuhan...
Kau yang Maha Tahu
Cintaku padanya tak pernahku ragu
Ku pinta kekalkan cintaku
Hanya bersamanya disyurga-Mu....
No comments:
Post a Comment