Tarbiyyah Baitul Dakwah
Tetapi berbeza dengan Baitul Dakwah kerana semua aspek dijaga hanya semata-mata ingin mendapatkan keredhaan Allah. Mencontohi perkahwinan Nabi Muhammad dan para ummul mukminin menjadi kewajiban bagi setiap pasangan Baitul Dakwah. Kadangkala tatkala si isteri sedang sarat mengandung, si suami terpaksa korbankan masanya menjaga isteri untuk melakukan gerak kerja dakwah yang lebih penting dan pada ketika itu sikap tawakal dan pergantungan kepada Allah sangat penting. Bukan lari daripada tanggungjawab tetapi hakikatnya itulah pejuang Allah. Apabila seruan untuk gerak kerja islam itu tiba, maka disahut sebaik mungkin. Si isteri yang juga ditarbiyyah dengan amal islami dan memahami gerak kerja suami juga merelakan si suami berjuang dengan redha. Mendoakan si suami terus thabat dan istiqamah dengan jalanNya. Tidak mahu menjadi penyebab kepada lunturnya atau futurnya seorang suami dari jalan dakwah.
Memetik daripada kisah Hanzalah yang pada malam pertama pernikahannya dipanggil untuk berperang di jalan Allah. Lalu disahut seruan itu walaupun disisinya menanti seorang isteri yang cantik menawan. Si isteri yang terdidik dengan aqidah dan keimanan yang mantap dengan yakinnya membenarkan si suaminya keluar berjuang demi Allah. Lalu syahidlah Hanzalah di medan perang dan rohnya disambut oleh para bidadari syurga dan pengorbanan perasaan isterinya mendapat ganjaran di sisi Allah swt. Disinilah Allah menilai bagaimanakah cinta kita pada waktu itu. Adakah kita mencintai pasangan kita lebih daripada Allah atau cinta Allah itu mengatasi segala-galanya.
Kehidupan di dalam Baitul Dakwah, dunia bukan menjadi matlamat utama tetapi dunia ini menjadi batu loncatan untuk bahagia di akhirat kelak. Kita sedia maklum bahawa sunnah dalam perjuangan itu payah sekali. Jalannya berliku-liku dan penuh dengan pengorbanan. Dalam konteks baitul dakwah, fitrah perasaan seorang perempuan sedikit sebanyak perlu dikorbankan pada waktu-waktu tertentu. Menjadi seorang zaujah yang matang, kuat dan tabah itu perlu. Sepertimana Siti Hajar yang tabah dan kuat menguruskan anaknya yang kelaparan yakni Nabi Ismail tanpa seorang suami disisi yakni Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim akur dengan perintah Allah meninggalkan isteri dan anak tersayang ditengah padang pasir yang gersang. Lalu berlari-lari anak Siti Hajar dari Safa ke Marwah mencari air untuk diminum supaya seoarang anak yang dimuliakan Allah dapat diberi susu badannya. Begitu juga dengan situasi pada zaman ini yang menuntut seorang isteri pejuang untuk tetap sabar sepertimana Siti Hajar. Tatkala si suami sibuk menguruskan usrah para kader dakwahnya seorang ister sabar apabila ditinggalkan untuk sementara waktu. Kadangkala si isteri yang juga bergiat aktif di dalam medan dakwah perlu bersabar dengan cabaran yang dihadapinya keseorangan tanpa si suami disisi. Namun kata-kata semangat dari seorang suami tetap diingati walaupun orangnya tidak ada disisi. Tawakal dan pergantungan kepada Allah yang tidak putus-putus menyebabkan perjalanan kehidupan Baitul Dakwah ini ada barakahnya. Bukankah indah jika hidup sentiasa dihiasi dengan ingatan terhadap Allah swt?? Subhanallah..
Iulah realiti kehidupan baitul dakwah yang sebenar. Apa yang disampaikan bukan mahu diambil sebagai teori semata-mata tetapi sebagai praktikal buat diri ini dan juga sahabiah di luar sana yang bercita-cita membentuk baitul dakwah. Usahakan diri untuk membentuk jiwa mujahidah sebelum melangkah ke dunia Baitul Dakwah. Pupuk cinta kepada Allah melebihi cinta manusia yang ada di sekeliling kita. Jadikanlah Allah sebagai tempat pergantungan yang utama. Di saat mereka yang baru bernikah menikmati bulan madu di resort mewah, tetapi kita be "honeymoon" dengan usrah dan dakwah dan itulah bukti cinta yang bermatlamatkan Allah. Buktikan cinta itu kepada Allah bukan buktikan cinta itu kepada manusia kerana Allah yang mencampakkan hati-hati itu dengan cinta. Semoga setiap daripada kita membentuk Baitul Dakwah demi kelangsungan rantaian perjuangan islam yang bermatlamatkan Allah. Wallahualam.
Cintailah Allah melebihi Cinta manusia..