expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

18 February 2011

Niat oh niat..

Assalamualaikum...




Duduk di suatu penjuru sambil memikirkan tentang diri sendiri.. Aku berjuang kerana Dia kah? Aku berjuang kerana pangkat dan harta kah? Aku seronokkah dengan pujian-pujian orang di sekelilingku? Pelajar Dekan, MPP, pelajar hebat, pelajar banyak pengalaman... Allah.. kadang-kadang tak sedar sebenarnya kata-kata orang disekeliling kita memberikan kesan negatif kepada niat kita dalam memperjuangkan islam dan menjadi model pemudi Islam yang terbaik... Kalau Saidina Umar tu, dah dicampakkan pasir kepada mereka yang memuji dirinya. Ana? mahu baling pasirkah?


Perlu sentiasa betulkan niat berjuang di atas muka bumi ini adalah kerana Allah taala.. Semua perkara yang kita lakukan di dunia ini perlulah dengan niat yang benar dan niat kerana menuntut keredhaan Allah itu adalah yang terbaik.. Belajar atau menuntut ilmu kerana Allah swt, makan, minum, bahkan dalam membina baitul muslim perlu ditetapkan niat dan matlamat yang utama adalah kerana mardhatillah.






Dalam memperjuangkan Islam, teramatlah penting dalam menjaga niat kita supaya tidak bercampur dengan perkara-perkara maksiat. Mungkin adakalanya pergi usrah kerana naqib suruh , nak masuh usrah sebab muslimin/muslimat yang berkenan di hati pun ikut usrah yang sama juga. Allah.. ini semua dapat menghancurkan cita-cita dalam memperjuangkan Islam. Bagaimana Allah mahu redha dengan setiap derap langkah serta pengorbanan kita dalam perjuangan itu andai maksiat seiring dengan gerak kerja Islam? ISLAM dan MAKSIAT tidak sama sekali bercampur dan perlu dicabut kemaksiatan itu dari akar umbinya. Jika ada maksiat di hati-hati pejuang Islam, maka segala kepenatan yang ditanggung itu adalah sia-sia sahaja. Jangan kita menjadi golongan yang muflis di akhirat kelak.Nauzubillah.. Sama juga jika kita solat tetapi tidak melaksanakan solat itu dengan sempurna.. Fikiran memikirkan sejadah yang cantik di tempat sujud, tiba-tiba seekor cicak lalu dan kita mula terfikir "aik.. cicak ni datang dari mana?" Dalam solat tuh!! maka kita hanya melaksanakan solat itu dengan sia-sia dan hanya mendapatkan penat sahaja. Dan sama juga andai kita berpuasa tetapi masih melakukan maksiat. Maka ibadah puasa itu hanyalah lapar dan dahaga semata-mata.. kan ke sia-sia tu...






Di dalam perjuangan Islam itu memerlukan roh-roh Islam di dalam diri para mujahidin dan mujahidah bukannya roh-roh kemaksiatan yang menjadi perisai diri yang hanya membawa kepada kehancuran semata-mata. Allah swt telah berfirman di dalam surah As-Saf agar umat Islam berjuang di dalam saf-saf atau barisan yang kukuh. Bagaimana ingin membina saf yang kukuh? Dengan kukuhnya binaanya yang membina saf itu. Sebuah bangunan tidak mampu didirikan dengan sempurna andai binaannya tidak berkualiti dan sebuah barisan atau saf perjuangan Islam itu tidak akan terbina andai setiap daripada individu yang membina barisan itu berkualiti jiwanya dan mempunyai ruh-ruh Islam yang mantap di dalam jiwanya. Andai salah seorang individu itu rosak ruhnya, maka itu akan mencacatkan binaan atau saf pimpinan tersebut. Maka bermuhasabahlah kita dimanakah keadaan kita. Berkualiti kah kita?? Tepuk dada, tanya iman, bermuhasabah dan bertindaklah untuk meningkatkan diri agar menjadi individu Islam yang berkualiti. Dan untuk menjadi individu muslim yang terbaik dan berkualiti adalah bermula dengan niat kita sendiri. Wahai sahabt, apakah niat kita dalam menghayun langkah sebagai pejuangNya?? Jom muhasabah diri...





p/s : Dalam membina Baitul Muslim pun kena betulkan niat. Menerima pasangan bukan kerana harta, rupa atau perkara keduniaan yang menjadi keutamaan.. tetapi... AGAMANYA.. Betulkan juga niat bahawa membina keluarga itu untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata di samping melahirkan generasi yang soleh dan solehah. Bukan membina sebuah perkahwinan kerana seronoknya hidup berdua atau menikmati cinta sehingga lupa pada yang ESA.. maka.. perhatikanlah niat-niat anda semua... (kenapa selalu sangat penulis bercerita tentang BM ye?? tranformasi diri ke alam dewasa kot).. Salam perjuangan...=)


Justify Full

No comments: