Sedang mendengar lagu Kawan dari Hijjaz... bait-bait yang buat ana rasa sedih sangat-sangat.. Tak semua sahabat yang memahami jalan dakwah dan kadangkala meninggalkan kita sendirian.. Ana tak tahu di mana silapnya.. Ana lah yang bersalah dan mungkin menjauhi itu satu cara supaya tidak ada perasaan kecewa dan sedih terhadap seseorang yang rapat dengan kita.. Kadang-kadang rasa mahu pergi jauh dan sejauh yang mungkin.. Biarlah ana bersendirian tanpa sesiapa di sisi.. Biarlah pergantungan ana pada Allah semata-mata.. Ana rasa lagi tenang andai tidak ada sesiapa disisi sebagai tempat untuk ana bergantung.. Janganlah kita mengharapkan orang lain sebab apabila kita terlalu berharap kepada manusia dan apabila dikecewakan, sakitnya teramat dalam!!..
Kepada yang berkenaan..
Mungkin diriku tidak sempurna sehingga mengundang kemarahanmu.. Mungkin diriku hatinya tidak bersih sehingga apa-apa yang aku sampaikan padamu menjadi sesuatu yang menyakitkan hatimu.. Mungkin juga ada dosa yang aku lakukan sehingga Allah hijab sepefahaman antara kau dan aku.. Maafkan segala kesilapanku..
Assalamualaikum...

No comments:
Post a Comment