expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

11 February 2011

Selamat Hari Kekasih

Assalamualaikum...

Justify Full
"InsyaAllah pada minggu hadapan kita menantikan hari kekasih kita yang dirindui saban hari.. Setiap hari para penicinta akan menghitung hari untuk bertemu dengan kekasih yang tercinta.. Selamat Hari Kekasih semua..."

Hm? Buang tebiat kah sis Nurul Islam ni nak sahabat-sahabatnya sambut hari kekasih tu.. Pelik je.. Fahaman mana ni? Memang nak kena sis Nurul Islam kali ni!! Kami isytiharkan boikot blog sis Nurul Islam!!

Eh2.. kejap-kejap!!.. jangan salah anggap ya adik-adik dan sahabat-sahabatku.. Bukan ke kita akan sambut hari kekasih kita semua pada 12 Rabiul Awal 1432 Hijrah minggu depan? Kekasih kite semua la.. Junjungan besar Nabi Muhammad saw dan selawat ke atas baginda dan keluarganya.. Semoga baginda juga mengingati kita sebagai umatnya..



VS



Tapi minggu depan juga ada sambutan hari kekasih yang satu lagi tu kan? Hari ape ye? Ye.. Valentine's Day.. Hari Kekasih juga tu.. tapi apa bezanya? Adakah kita lebih mengingati Hari Valentine itu daripada hari kekasih kita yang sebenar? Maulidur Rasul? Nak tengok bagaimana peperangan antara dua hari kekasih ini, senang je. Cuba la kite usha-usha senarai program tv di rumah kite. Program berbentuk kasih-kekasih antara manusia yang banyak atau program berbentuk kecintaan kita kepada Rasulullah saw? Sis Nurul Islam tak dapat nak jenguk tv tu sebab tidak berkesempatan untuk membelek program tv dek kesibukkan di kampus. Tapi kita sama-sama menilai bagaimana realiti umat islam zaman sekarang. Lebih cintakan kekasih sehingga separuh mati ataupun cintakan kekasih yang bernama Muhammad bin Abdullah ini.


Sudah ditakdirkan bahawa 14 Februari itu berdekatan dengan tarikh kelahiran Kekasih kita yang dirindui yakni Nabi Muhammad saw. Mungkin ada hikmah di sebalik takdir 2 tarikh ini. Disini lah kita dapat melihat tahap kecintaan kita kepada junjungan besar nabi Muhammad saw. Sama ada cinta kepada makwe dan buaya friend itu lebih tinggi atau cinta kepada Rasul itu lebih tinggi. Hitunglah diri kita sendiri kita berada di tahap mana.


Ada juga segelintir daripada umat islam akhir zaman ini langsung tidak ambil tahu tentang bila sambutan hari kelahiran Nabi Muhammad bahkan ada juga yang langsung tidak mengenali siapa itu Nabi Muhammad.. Astaghfirullahalazim.. Ada juga apabila ditanya siapakah isteri Baginda saw, dijawabnya Siti Nurhaliza. Allahu Akbar.. Akidah umat islam semakin jauh daripada jalan yang sebenar. Semakin ramai yang jahil tentang islam walaupun di tangan mereka adanya iPhone, adanya Blackberry... Kenapa ana cakap macam tu? Semua maklumat berkenaan islam itu mudah didapati tetapi kita masih jahil tentang agama kita sendiri. Tersenyum megah orang kafir barat yang menciptakan alatan canggih buat manusia kerana satu propaganda mereka telah berjaya. Orang Islam semakin tidak mengenali agama mereka sendiri!! Sedangkan di zaman nabi dan sahabat mereka terpaksa perjalanan yang jauh bagi menimba ilmu agama. Tetapi umat akhir zaman yang berada di alaf baru serba canggih ini semakin ke belakang tentang tahap pengetahuan mereka tentang Islam. Orang kafir pula berjaya dengan rancangan mereka untuk merasuki minda umat islam dengan anasir jahat mereka melalui teknologi terkini. Sedarkah kalian???

Kita berbangga dengan doktrin dan pemikiran sekular dan pihak musuh islam tertawa berdekah-dekah melihat umat islam dipermainkan tak ubah seperti patung. Banggakah kalian dengan budaya barat yang jauh daripada islam? Banggakah kalian apabila mereka berjaya melupuskan ingatan kalian terhadap Nabi Muhammad saw dan membuatkan kalian lebih mengingati seorang paderi bernama Valentine itu? mari kita fikir-fikirkan bersama..

Ingatlah wahai sahabatku sayang...


12 Rabiul Awal dan 14 Februari...
Sambutan HARI KEKASIH..
Tetapi berbeza...
Anda fikirlah sendiri..
Sayangkan Rasulullah atau sayangkan buaya dan geli friend anda..
Pelihara akidahmu..
Jom muhasabah diri..

No comments: