expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

28 January 2011

Tarbiyyah Baitul Dakwah

Assalamualaikum


Tarbiyyah Baitul Dakwah

Bukannya mudah untuk menempuhi satu pembinaan Baitul Dakwah yang tidak sama dengan perkahwinan yang sering kita lihat di kalangan masyarakat masa kini. Perkahwinan yang biasa-biasa hanya bertumpu kepada kehidupan kedua-dua pasangan semata-mata. Bulan madu ke luar negara, bermesra-mesra di tepi pantai, merancang anak, merancang ekonomi keluarga, isteri merajuk kerana suami pulang lewat dari kerja dan fenomena ini berlaku sehingga si suami pening memikrkan sikap si isteri yang cemburu tidak menentu. Suami sayangkan isteri sehingga berlaku dayus di kalangan suami.



Tetapi berbeza dengan Baitul Dakwah kerana semua aspek dijaga hanya semata-mata ingin mendapatkan keredhaan Allah. Mencontohi perkahwinan Nabi Muhammad dan para ummul mukminin menjadi kewajiban bagi setiap pasangan Baitul Dakwah. Kadangkala tatkala si isteri sedang sarat mengandung, si suami terpaksa korbankan masanya menjaga isteri untuk melakukan gerak kerja dakwah yang lebih penting dan pada ketika itu sikap tawakal dan pergantungan kepada Allah sangat penting. Bukan lari daripada tanggungjawab tetapi hakikatnya itulah pejuang Allah. Apabila seruan untuk gerak kerja islam itu tiba, maka disahut sebaik mungkin. Si isteri yang juga ditarbiyyah dengan amal islami dan memahami gerak kerja suami juga merelakan si suami berjuang dengan redha. Mendoakan si suami terus thabat dan istiqamah dengan jalanNya. Tidak mahu menjadi penyebab kepada lunturnya atau futurnya seorang suami dari jalan dakwah.


Memetik daripada kisah Hanzalah yang pada malam pertama pernikahannya dipanggil untuk berperang di jalan Allah. Lalu disahut seruan itu walaupun disisinya menanti seorang isteri yang cantik menawan. Si isteri yang terdidik dengan aqidah dan keimanan yang mantap dengan yakinnya membenarkan si suaminya keluar berjuang demi Allah. Lalu syahidlah Hanzalah di medan perang dan rohnya disambut oleh para bidadari syurga dan pengorbanan perasaan isterinya mendapat ganjaran di sisi Allah swt. Disinilah Allah menilai bagaimanakah cinta kita pada waktu itu. Adakah kita mencintai pasangan kita lebih daripada Allah atau cinta Allah itu mengatasi segala-galanya.



Kehidupan di dalam Baitul Dakwah, dunia bukan menjadi matlamat utama tetapi dunia ini menjadi batu loncatan untuk bahagia di akhirat kelak. Kita sedia maklum bahawa sunnah dalam perjuangan itu payah sekali. Jalannya berliku-liku dan penuh dengan pengorbanan. Dalam konteks baitul dakwah, fitrah perasaan seorang perempuan sedikit sebanyak perlu dikorbankan pada waktu-waktu tertentu. Menjadi seorang zaujah yang matang, kuat dan tabah itu perlu. Sepertimana Siti Hajar yang tabah dan kuat menguruskan anaknya yang kelaparan yakni Nabi Ismail tanpa seorang suami disisi yakni Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim akur dengan perintah Allah meninggalkan isteri dan anak tersayang ditengah padang pasir yang gersang. Lalu berlari-lari anak Siti Hajar dari Safa ke Marwah mencari air untuk diminum supaya seoarang anak yang dimuliakan Allah dapat diberi susu badannya. Begitu juga dengan situasi pada zaman ini yang menuntut seorang isteri pejuang untuk tetap sabar sepertimana Siti Hajar. Tatkala si suami sibuk menguruskan usrah para kader dakwahnya seorang ister sabar apabila ditinggalkan untuk sementara waktu. Kadangkala si isteri yang juga bergiat aktif di dalam medan dakwah perlu bersabar dengan cabaran yang dihadapinya keseorangan tanpa si suami disisi. Namun kata-kata semangat dari seorang suami tetap diingati walaupun orangnya tidak ada disisi. Tawakal dan pergantungan kepada Allah yang tidak putus-putus menyebabkan perjalanan kehidupan Baitul Dakwah ini ada barakahnya. Bukankah indah jika hidup sentiasa dihiasi dengan ingatan terhadap Allah swt?? Subhanallah..



Iulah realiti kehidupan baitul dakwah yang sebenar. Apa yang disampaikan bukan mahu diambil sebagai teori semata-mata tetapi sebagai praktikal buat diri ini dan juga sahabiah di luar sana yang bercita-cita membentuk baitul dakwah. Usahakan diri untuk membentuk jiwa mujahidah sebelum melangkah ke dunia Baitul Dakwah. Pupuk cinta kepada Allah melebihi cinta manusia yang ada di sekeliling kita. Jadikanlah Allah sebagai tempat pergantungan yang utama. Di saat mereka yang baru bernikah menikmati bulan madu di resort mewah, tetapi kita be "honeymoon" dengan usrah dan dakwah dan itulah bukti cinta yang bermatlamatkan Allah. Buktikan cinta itu kepada Allah bukan buktikan cinta itu kepada manusia kerana Allah yang mencampakkan hati-hati itu dengan cinta. Semoga setiap daripada kita membentuk Baitul Dakwah demi kelangsungan rantaian perjuangan islam yang bermatlamatkan Allah. Wallahualam.


Cintailah Allah melebihi Cinta manusia..





Nasihatlah dan peringatkanlah aku

Assalamualaikum...

Hati itu seketul daging yang sukar sekali untuk dijaga kerana jika hati rosak, maka sukarlah untuk mendapatkan solat yang khusyu'.

Sukar sekali untuk fokus mengingatiNya dan akan wujudnya satu penghadang di dalam hati Align Centeruntuk dekat padaNya.

Apabila hati itu penuh maksiat, maka ia akan menjadi bebal, menjadi keras dan semakin lama semakin hitam dan gelap sehingga sukar sekali untuk melihat cahaya yang menembusinya

Bila hati penuh maksiat dan gelap, maka jiwa akan bersahabat dengan nafsu, jiwa menjadi degil sekali untuk melakukan kebaikan tetapi cintakan kemaksiatan..

Hati itu perlukan makanan untuk jiwa-jiwa yang kelesuan

Apa makanan itu???

Tazkirah,Nasihat, Zikir , Puasa dan amal ibadah yang lain

maka... nasihatkanlah dan peringatkanlah aku


Hadis dari Riwayat Imam Nawawi


"sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging.apabila daging itu baik,maka baiklah seluruh anggota.dan apabila daging itu rosak,maka rosaklah seluruh anggota.ketahuilah,itulah hati."
...









27 January 2011

Penantian yang Berakhir..(Cerpen)


Penantian Yang Berakhir..


“Kak Nur.. pengantin lelaki dah sampai…” Aku tersentak dari lamunan yang panjang mengenangkan kenangan pahit manis yang ku telan sebelum bakal terpatrinya ikatan dua hati setelah hampir 8 tahun berpisah tanpa bertemu jasad. Tidak pernah sepanjang hidupku bertembung empat mata dengannya yang bakal bergelar suamiku dalam beberapa minit lagi. Jantungku berdegup kencang, tanganku kesejukkan. Menanti detik terpenting dalam hidupku. Ya Allah.. permudahkan semuanya. Aku menatap wajahku di cermin. Lengkap berbusana pengantin muslimah. Berjubah krim dan bertudung labuh kain satin. Allah.. tidak ku sangka akan kutempuhi saat itu setelah Engkau uji aku dengan pelbagai ujian. Terlupa aku kepada kesakitan dan tangisan yang pernah ku adu kepadaNya dahulu. Alhamdulillah.. Ku betulkan tudungku dan kulihat jari jemariku yang kemerahan dihias inai. Aku tersenyum. Tiba-tiba datang si kecil ke arahku sambil tersenyum. Anak saudaraku yang berusia setahun lebih memandangku. “Mak Ucu antek..” aku tersenyum mendengar pertuturannya yang pelat itu. “ Ain pun cantik juge…” Lalu aku menghadiahkan satu ciuman di pipi manisnya yang bulat itu. Bahagia..


“Nur… dah siap dah? Ustaz dah sedia tu. Rombongan pihak lelaki pun dah sampai” Aku tersenyum kepada ummi dan mengangguk. Terasa sebak juga mahu berpisah dengan ummi yang kusayangi. Aku mencapai tafsir biruku, temanku yang setia disisi. Aku membaca dan mentadabbur surah Ar- Rum ayat ke 21 dengan tenang. Allahuakbar.. Terima kasih ya Allah. Lalu kedua kakakku yang sudah pun berumah tangga menyingkap langsir kamarku yang tersergam indah. Aku sendiri yang menghiasnya kerana aku mahu menyambut bakal imamku sebaik mungkin. Aku menyoroti kak ina dan kak ita ke ruang tamu, tempat dimana dua hati bakal disatukan. Ayah memanggilku keluar untuk berada di tempat akad nikah dijalankan. Aku tertunduk malu melihat sekujur tubuh di hadapanku yang duduk berhadapan dengan ustaz dan ayahku. Lengkap berbaju melayu berkopiah putih. Semerbak bau minyak wangi darinya. Ya Allah betulkan niatku.. Ameen.. Lalu bermulalah sejarahnya. Hatiku semakin berdegup kencang, namun aku bertasbih dan berzikir di dalam hati semoga Allah tenangkan hatiku ini. Ayah meminta aku menandatangan dokumen pernikahan. Seusai proses tandatangan dokumen, aku mendengar khutbah nikah dari ustaz yang bakal menikahkan dua jiwa ini. Terasa panas mataku menahan air mata mendengar khutbah nikah itu. Allah.. amanah dan tanggungjawab. Semoga Kau permudahkan kami berdua.



Selesai bacaan khutbah nikah, aku masih menunduk sambil menenangkan diri. Tafsir al quran ditanganku digenggam kemas. “ Mohammad Hariz bin Ramli..” Ustaz memulakan lalu dijawab oleh si dia dengan baik. “ Saya”.. Ustaz menyambung dengan satu lafaz .. “Aku nikahkan akan dikau dengan Nurul Safiah Binti Asri dengan mas kahwinya RM 22.50 tunai”.. Lantas si dia terus menjawab.. “ Aku terima nikahnya Nurul Safiah Binti Asri dengan mas kahwinnya RM 22.50 tunai.” Ustaz bertanya kepada saksi dan ayahku. Dan dengan sekali lafaz, aku sah menjadi isteri kepada suamiku yang tercinta. Berakhirnya penantian kami.. berakhirnya kerinduan kami yang terpendam sekian lama. Aku menunduk syukur yang tak terhingga. Manik-manik jernih mula membasahi pipi. Ummi, kak ina dan kak ita memelukku. Aku bersyukur tak terhingga dengan nikmat kurniaan Allah. Sebelum saat disarungkan cincin, kami memohon untuk solat sunat pengantin sebentar. Tiba saat yang mendebarkan diriku. Kali pertama jari ini disentuh oleh seorang lelaki yang kini bergelar suamiku. Aku tertunduk malu. Dia mengangkat daguku. Katanya “ senyumlah.. jangan menangis” Pipiku kemerahan menahan malu.. terus tak jadi nangis. Aku tersenyum dan memandang ke arahnya. Lalu kuhulurkan tanganku untuk dia menyarungkan cincin ke jari manisku. Allah.. terasa seperti satu tenaga elektrik mengalir di tubuhku. Sejuk tangannya.. mungkin juga gementar sepertiku. Aku menyarung cincin ke jarinya yang kasar tetapi sejuk dengan berhati-hati. Sejuk.. mungkin gementar akad nikah tak habis lagi. Aku tertawa kecil di dalam hati. Tangannya ku sambut dan ku cium dengan taat. Bunyi flash camera tak henti-henti. Malu yang teramat aku sembunyikan walaupun terasa seperti mahu menyorok di dalam bilik. Dia angkat daguku dan terasa hangat bibirnya mengucup ubun-ubunku. Allahuakbar.. tenangnya aku di dalam hubungan yang sah sebagai suami isteri. Mahu menangis lagi tetapi ditegah oleh suamiku. “Nur.. jangan menangis ye.. nanti orang ingat Nur nikah dengan ana sebab terpaksa pulak” Ake tersenyum mendengar usikannya. Tapi masih ber “ana, enta” lagi nampaknye.



Malam itu, aku tunggu dia di penjuru katil yang tersergam indah. Masih belum hilang sifat Maluku terhadapnya. Aku tertunduk sambil memeluk tafsir dengan erat. Aku terdengar pintu dikuak dengan perlahan. Kedengaran suaranya “ Assalamualaikum sayang..” Aku tertunduk malu dengan gelaran barunya itu untukku. Mahu panggil abang kah ni?? Malunya.. fikirku.. “ Waalaikumussalam enta..eh..aaa..bang..” aku tertunduk lagi.. Mahu saja aku sorok mukaku dibawah bantal. Perlahan-lahan dia mengambil temapt di sebelahku. Aku cuba buang perasaan Maluku.. itu suamiku. Mengapa harus malu kepadanya sedangkan aku miliknya dan dia milikku. Perlahan-lahan dia memalingkan wajahku ke arahnya. Jari jemariku digenggam erat. Aku lihat senyuman bahagianya. Kami berdua tersenyum dan lantas dia mengucup tangan mulusku. “Abang cintakan sayang.. penantian kita sudah berakhir.. Alhamdulillah”.. Sekali lagi aku rasa mahu menangis tetapi tangisan kerinduan dan kegembiraan di atas nikmat Allah buat kami berdua. Ku kucupi tangan kasarnya denga penuh kasih sayang. “ Ana.. eh.. sayang cintakan abang kerana Allah.. moga baitul dakwah yang kita bina ini akan terus ke syurga..” Air mataku tidak dapat tertahan lagi dan mencurah membasahi pipi. Terasa kehangatan jarinya menyapu air mata murahku. Dia tersenyum melihat ku. Tidak semena-mena pipiku dicubit. Aku terkejut. “ udah la tu.. jangan nangis ye sayang..” Aku tersenyum malu. Dan malam itu menjadi titk permulaan kami melayari bahtera bersama. Ya Allah aku bahagia bersamanya. Semoga kami bercinta lagi hingga ke syurga..=)..

26 January 2011

Kak.. kenapa tak nak kahwin lagi???

Assalamualaikum...


Ha.. tengok tajuk kat atas tu??? Ini merupakan pertanyaan sebenar oleh salah seorang adik ana di KIPSAS dan juga segelintir adik-adik yang lain. Baru sahaja meningkat ke umur 22 sudah ada bertanya tentang nikah dan sebagainya. Lebih2 lagi ada sahaja usikan daripada sahabat yang suruh ana cepat2 mendirikan rumah tangga. Nak dirikan rumah dan tangga pun perlukan duit dan ilmu, nak bina rumahtangga, apatah lagi.. kan?? Kadang2 ana pun ada juga mengusik akhwat yang nampak macam dah bersedia ke alam itu. Tapi.. hanya gurauan semata2 sebagai memulangkan paku buah keras.. hehehe..



Jadi... ape jawapan ana bagi soalan di atas?? Berfikir juga kan.. hai.. sape xmahu nikah.. Sunnah Nabi, boleh menjaga hati.. Bila bicara tentang pernikahan tu.. perancangannya ada.. tapi tak perlulah dibicarakan di sini.. terlalu peribadi.. InsyaAllah satu masa nanti.. Jadi jawapan ana ialah... "kalau adik nak support akak, bila2 pun boleh..=)" Itu jawapan lawaknya tetapi hakikat yang sebenar masih banyak tanggungjawab yang perlu dipikul di bahu ini.. Tetapi bukan tidak merancang.. cuma bukan menjadi keutamaan.. insyaAllah doakan sahaja ye..



Di usia 22 tahun, topik pernikahan menjadi bahan perbincangan dana sampai ustaz ana sendiri pun duk tanya jugak.. adeih.. akhirnya dibalas dengan senyuman seribu makna.. huhu.. Sebenarnya semua orang mahu bernikah untuk mendapatkan keredhaaNya. Bagi yang berjiwa pejuang islam, pernikahan dapat membantu dirinya untuk mengembangkan sayapnya kerana sudah punyai kedua sayap.. Tapi kadangkala kecundang juga tatkala salah satu sayap itu atau mungkin kedua2 sayap itu tidak digunakan sepenuhnya. Akhirnya perjuangan itu mati begitu sahaja. Bukan tidak mahu bernikah di usia muda kerana begitu banyak manfaatnya. Tetapi apabila memikirkan tanggungjawab terhadap akademik dan juga gerak kerja islam, diri mula tersandar untuk menganalisa baik buruk pernikahan di waktu sekarang. Bukan tidak usaha, tetapi Allah tidak mudahkan dan kerana apa tidak dimudahkan? kerana diri ini masih belum bersedia untuk memikul beban tugas sebagai isteri, pelajar, pemimpin di kampus dan juga dalam gerak kerja islam.



Bukan mudah untuk memfokuskan diri terhadap cabang2 tugasan dan tanggungjawab tersebut. Di kala bujang ini pun masih terkapai2 dalam membawa diri. diri sibuk ke sana dan ke mari. Jika ana sudah bernikah bagaimana ya?? Question mark disitu dan jawapan itu adalah bergantung kepada tahap keupayaan masing2. Mungkin juga bergantung kepada apa yang Allah inginkan ke atas setiap makhluknya.

Ana pernah bertanya kepada seorang akhawat kenapa dia tidak menerima lamaran daripada muslimin yang mahu menjadikannya seorang isteri sedangkan dirinya sudah layak untuk kearah itu. Katanya, kerana dia takut tidak mampu untuk menyeimbangi tanggungjawabnya. Andaikata adanya ikatan hati dalam konteks bertunang , bimbang seandainnya syaitan itu memainkan peranannya. maka sedkir demi sedkit hati itu disaluti dosa yang dianggap suci. Syaitan tu sangat bijak kerana mempunya perancangan yang teliti bagi setiap orang manusia. Apabila hati sudah disaluti maksiat, bagaimana ingin menyampaikan dakwah kepada mad'unya.. nasihat itu akan sampai dari hati ke hati. Namun jika hati yang memberi itu adanya maksiat, maka nasihat itu tidak akan sampai kepada mad'u kerana dihalang oleh kemaksiatan yang dilakukan. Ibarat satu penghadang yang menghalang perjalanan nasihat itu kepada mad'unya. Jadi bagaimana mahu memahamkan mad'u jika itu yang terjadi. Ana yang mendengarnya kagum dengan pendirian muslimat yang hebat itu..=).. Peringatan itu menjadi bekalan buat ana sendiri yang mungkin dalam fasa pra perkahwinan dan bukan ana sahaja, bahkan sahabat-sahabat ana juga. Fasa pra perkahwinan yakni dalam proses membentuk diri menjadi individu muslim yang terbaik. Jodoh itu insyaAllah akan dipermudahkan jua..


Ana tidak berniat untuk membicarakan hal ini secara panjang lebar kerana bimbang tidak dapat berhenti dari mengupas isu pernikahan yang terlalu banyak cabang dan kupasan isunya.. Tetapi nasihat ana buat sahabat-sahabat ana, sebelum anda di akad nikahkan untuk menjadi seorang isteri, tunaikan tanggungjawab kita sepenuhnya. Usah kita terlalu memikirkan soal pernikahan sehinggakan apabila berusrah dengan adik2, isu pernikahan ini sering menjadi topik perbualan dan akhirnya perkara yang berkaitan dengan isu ummah dan memberi kefahaman kepada mad'u berlalu begiu sahaja. Manfaatkan waktu yang ada dengan memikirkan masalah ummah dan cara penyelesaiannya.. Jangan kita sebagai muslimah terutamanya terlalu memikirkan kebahagiaan berumah tangga sehingga menjadi lemah daya fikiran untuk membentuk pemudi berjiwa mujahidah islam. Akan sampai masanya insyaAllah dan berdoalah.. InsyaAllah akan ketemu jua jodohmu itu.. wallahualam..



p/s : Status di FB untuk cover line menjadi isu besar dikalangan adik2.. adeih...
Buat my sister kak ida yang bakal menamatkan zaman bujang pada 5hb Februari ni,
moga jadi isteri yang solehah.. =) sorang lagi bakal menyusul.. hehehe...
sangat suke buat statement kontrovesi...

25 January 2011

Ulama' Dunia vs Ulama Akhirat

Assalamualaikum...
Sudah lama ana tak post entry yang agak berat untuk dikongsikan bersama. Mungkin juga disebabkan faktor "SIBUK" yang menyebabkan otak ana tidak mampu berfikir untuk membina ayat yang sesuai di blog ni.. Semuanya kata-kata yang terucap hanya akan mengalir keluar tatkala adanya sesi perbincangan atau brainstorming. Tapi bile mahu menulis, terasa berat untuk memuntahkannya kembali.




Ulama' dunia vs Ulama' akhirat.

Sipakah mereka ini? Kenapa digelar Ulama' dunia dan Ulama' akhirat? Ulama' itu merupakan jama' daripada perkataan alim. Makna katanya, Ulama' ini merupakan golongan yang berilmu. Siapa yang berilmu?? Kita lah yang berilmu itu secara umumnya. Kita adalah golongan mahasiswa yang alim dengan ilmu perubatan, ilmu kejuruteraan, ilmu agama dan lain-lain lagi.. itulah Ulama' dan siapa ulama'? Tok Guru Nik Abdul Azizi? Ya.. beliau seseorang yang alim dalam bidang agama dan juga leadership. Dan kita ulama' dalam bidang kita sendiri.



Ulama' Dunia

Namun begitu, bagaimana ingin membezakan antara ulama' dunia dengan ulama' akhirat ni? Hm2.. hasil perbincangan ilmiah ana dan sahabat-sahabat di dalam bulatan, dapat kita ketahui, ulama dunia ini secara umumunya adalah seseorang yang melakukan sesuatu yang dia tahu tentangnya kerana inginkan keduniaan. Sebagai contoh, seorang doktor didatangi 2 orang pesakit yakni A dan B. Pesakit A merupakan seorang yang jutawan dan manakala pesakit B adalah seorang yang sederhana. Doktor tersebut memilih pesakit A kerana memikirkan pesakit B tidak mampu membayar kos rawatan yang akan dikenakan. Bimbang nanti tak terbayar, doktor pula yang rugi. Apabila dikaji, pesakit B ini sememangnya memerlukan rawatan kerana jika tidak, dia tidak dapat bekerja untuk mencari rezeki buat keluarganya. Manakala pesakit A ni plak dia mampu untuk berubat di luar negara dengan duit yang dia ada. Hasil wangnya juga tidak jelas halal haramnya. Tetapi kerana doktor itu mempunyai penyakit ulama' dunia yakni orang yang berilmu tetapi digunakan untuk kepentingan diri sendiri, maka itulah tindakannya.




Ulama' Akhirat



Bagaimana pula dengan ulama' akhirat? Ulama' akhirat adalah seseorang yang sentiasa meletakkan Allah di hadapannya. Tingkah lakunya merupakan akhlak daripada pentarbiahan islam berdasarkan al quran dan sunnah. Tidak terburu-buru dalam menghukum seseorang. Analoginya cukup mudah. Seandainya anda seorang mufti yang berpengatahuan tentang ilmu agama dan hukum hakam islam. Kemudian datang seorang pemerintah atau pemimpin yang menyuruh anda mengeluarkan fatwa halalkan arak dan anda akan diberikan ganjaran dengan nilaian yang sangat tinggi jika tidak anda akan dilucutkan jawatan. Yang mana anda pilih? Disinilah menentukan sama ada anda ulama' dunia atau ulama' akhirat. Jika anda ulama' dunia maka anda akan gunakan segala kepakaran anda untuk memutar belitkan hukum hakam islam dan anda akan dapat menikmati ganjaran daripada pemerintah dan tidak akan dilucutkan jawatan. NAMUN... jika anda seseorang yang meletakkan Allah di hadapan, maka anda sanggup untuk dilucutkan jawatan daripada anda menggadaikan prinsip hukum hakam islam yang Allah tetapkan. Anda akan memikirkan amanah yang terbeban di bahu anda yang bakal ditanya di padang masyar kelak. Situasi di atas berlaku juga kepada salah seorang imam yang digelar sebagai seorang pemelihara sunnah yakni Imam Ahmad Bin Hanbal yang sanggup dipenjara oleh pemerintah yang zalim yakni Khalifah Ma'mun daripada mengakui bahawa al quran itu adalah makhluk sepertimana yang dikatakan oleh para pengikut Mu'tazillah yang sesat. Beliau di siksa kerana tidak mengikut kehendak pemerintah. Walaupun di libas dengan cemeti, beliau tetap mempertahankan sunnah dengan menyatakan bahawa Al Quran itu bukan makhluk. Jadi?? Sanggupkah kalian menggadaikan keduniaan demi Allah atau sebaliknya?? Tepuk dada dan tanya iman masing2..





Jika dibincangkan dengan lebih lanjut lagi, terdapat banyak lagi ciri-ciri ulama' dunia dan ulama' akhirat yang dapat dibincangkan. Namun untuk post kali ni ana cume membawakan satu aspek sahaja iaitu dari keutamaan kedua2 ulama tersebut dimana ulama' dunia mementingkan keduniaan dan ulama' akhirat meletakkan Allah sebagai matlamat utama. InsyaAllah kita akan bincangkan mengenai Ulama' pemimpin tindakan untuk post yang seterusnya.. Moga perkongsian ana ini mendapat manfaat semua dan segala yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk juga dari Allah tetapi disandarkan kepada diri ana makhluknya yang tidak sempurna.. Wallahualam.. salam.. =)

24 January 2011

Family + Akademik + Gerak Kerja Islam

Assalamualaikum...


kaifa hal sahabat-sahabat ana di luar sana dan syukran ana ucapkan buat pembaca yang setia dengan blog ana yang tak seberapa. kalau dihitung-hitung rasanya dah nak dekat 3 tahun kot blog ana ni beroperasi. Alhamdulillah dan semoga ada manfaat buat kita bersama. InsyaAllah. Kali ni ana ingin berkongsi sedikit tentang kehidupan ana sejak akhir-akhir ni. Mungkin kerana peredaran usia dan juga kematangan diri yang sedikit demi sedikit bercambah di dalam diri, ana mula fikirkan tentang tanggungjawab ana yang sememangnya besar untuk dijalankan dan pastinya semua sahabat-sahabat juga mempunyai tanggungjawab yang besar dan terbeban di atas bahu-bahu anda.


Family + Akademik + Gerak
kerja Islam


Ketiga-tiga kombinasi perkara ini menerawang di dalam fikiran ana sekarang ni. Sukar untuk membahagikan ketiga-tiga perkara ni sebenarnya. Huhu.. baru je sket tanggungjawab kita. Bukan jadi isteri orang lagi tu. Baru je as seorang anak, seorang pelajar dan juga seorang da'i insyaAllah.. Tapi kita kena ikhlaskan diri kerana Allah swt dan demi mendapat redhaNya..



Family




Kini baru ana memikirkan tentang family walau dalam apa-apa sahaja perbuatan ana. Nak balik rumah pun payah walaupun belajar dekat dengan family.Huhu.. Mane tidaknya, setiap hujung minggu ada sahaja program dan rutin sebagai pelajar harus dilaksanakan. Ibu call dari rumah tanya tak balik rumah ke minggu ni. Allah.. mahu sahaja kaki ini melangkah pulang tapi apakan daya tanggungjawab di kampus masih belum settle. Family di rumah pun tidak berapa sihat. T_T... Moga Allah pelihara keluargaku.. Sekarang pula family ana sibuk dengan majlis pernikahan kakak ana yang kedua. Rasa mahu aja terbang ke rumah dan settle kan hal keluarga. huhu.. minggu lepas ana pulang ke kampung walaupun sehari semalam sahaja. Tengok mama di rumah. Terpaksa meninggalkan program Minggu Dakwah anjuran persatuan PEDAP. Terdengar juga ada yang tidak memahami apabila ana diajak ke program, ana terpaksa menolak kerana mengejar masa untuk pulang kerumah. Terdengar suara seorang hamba Allah dari belakang, "inilah manusia". Allah... mahu aja ana pusing dan berdepan dengan hamba Allah itu.. huhu.. tapi.. tak mengapalah.. Allah tahu masalah diriku.. huhu.. Kadang2 ana rasa tugas ana sebagai MPP juga telah menghalang diri ana untuk lakukan yang terbaik kepada keluarga dan juga gerak kerja islam ana yang lebih utama.. Huhuh... ana masih belum bijak dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin. Tak mampu nak gembirakan semua pihak dan memenuhi kreteria pemimpin yang baik. Tak senyum pun jadi isu.. huhu..sedangkan MPP juga manusia biasa yang ada masalah tersendiri.. bukan malaikat atau seorang yang ada kuasa untuk mengawal emosinya apabila berhadapan dengan masalah.. Allah.. terasa kehidupan dikawal oleh manusia aja.. T_T.




Akademik

Salah satu aspek yang ana amat jaga ialah mengenai akademik ana dan untuk mendapatkan kejayaan itu juga sangat sukar dan ibarat seperti makan kacang. Nak makan kacang pun susah kan? Kita kena beli kacang, buka pembalutnya, kupas kulitnya, lepas tu baru boleh makan.. susah juga tu.. huhu.. tentang akademik pula agak sukar untuk ana perform dengan baik. Namun alhamdulillah dengan adanya pensyarah yang bagus2 disini ana dapat harungi dengan baik. Kejayaan ana ini adalah untuk family ana, untuk Islam sudah semestinya. Kita sebagai seorang role model yang membawa imej mahasiswa islam dan juga merupakan duta kecil islam perlu menunjukkan bahawa Islam itu hebat!! Islam is the BEST!! Kerana apa? Realiti dunia pada zaman ini orang akan memandang sesiapa yang berjaya dan hebat maka dia akan dipandang. Bukan kita inginkan nama dan pangkat tetapi kita mahu Islam itu diangkat martabatnya di mata dunia sepertimana zaman-zaman kegemilangan islam terdahulu. Lihat bagaimana luasnya bidang ilmu di zaman Khalifah Islamiyyah, bagaimana lahirnya Ibnu Sina, Al farabi dan sebagainya. Dan kita mahu mengembalikan kegemilangan itu di mata dunia. Mengapa kita biarkan orang kafir yang menguasai bidang ilmu sedangkan umat islam zaman ini ramai yang tidak tahu arah tujuan dalam hidup bahkan tidak mahu mendalami ilmu. Lihat sahaja betapa ramai anak muda islam yang hanyut dengan keduniaan ini. Terlibat dengan dadah, arak yang mematikan akal fikiran, berzina dan lain-lain. Semuanya untuk keseronokkan. Cuba bezakan dengan anak-anak muda bangsa Eropah. Sejak dari tadika di ajar untuk mengkaji ilmu dan mendalami ilmu perubatan, matematik, teknologi dan sebagainya. Kita orang islam jauh ketinggalan. Ana menyeru anak-anak muda islam agar sedar dari lamunan dan tuntut ilmu untuk manfaat islam. Dimana pemudi seperti Aisyah ra yang banyak menghafaz hadis? Dimana pemuda sepert Imam As-Syafie yang luas bidang ilmunya. Mereka juga manusia yang Allah jadikan dan kita juga manusia yang Allah jadikan. Tidak mustahil untuk kita kuasai bidang ilmu seperti mereka. Mungkin kita tidak sehebat mereka tetapi boleh mencontohi mereka. kan?




Gerak Kerja Islam

Usrah, program Aman Club, dan lain-lain... Hm2.. Bila jadi pemimpin ni perlunya kepada pengagihan masa yang berkesan supaya perjalanan gerak kerja islam kita tak terganggu. Walau apa pun, usaha kita untuk islam itu tetap terus berjalan. Kadang2 usrahnya terpaksa ditunda kerana bertembung dengan program lain. Mahasiswa perlu proaktif dalam menggerakkan Islam di kampus. Perlu kepada strategi yang berkesan dan ana terkesan dengan nasihat sahabat tentang seorang Da'i. Seorang naqib/naqibah itu perlu membersihkan hatinya dari kemaksiatan jika mahu apa-apa yang disampaikan kepada mad'unya sampai dengan mudah. Jika hati seorang da'i itu bermaksiat, bagaimana nasihat atau penerangan itu akan sampai ke hati mad'u? betul tak? Teringat kata-kata murobbi di Ipoh dahulu. Nasihat itu akan sampai dari hati kie hati. kalau hati naqib atau naqibah sendiri bermasalah macam mana nak sampai ye?? Antum fikirlah sendiri...=)... Hm2.. gerak kerja Islam masih banyak perlu dijalankan dan semoga Allah mempermudahkan ana dan sahabat-sahabat disini dalam proses membina pentarbiyyahan di bumi Allah.. Walaupun sedikit, insyaAllah besar manfaatnya disisi Allah..





17 January 2011

22 Tahun dan 9 Bulan




Assalamualaikum.. Alhamdulillah dengan izin Allah swt telah genap umur pemilik blogger picisan ini ke usia 22 tahun dan yang sebenarnya adalah 22 tahun plus 9 bulan di dalam kandungan ummiku tersayang..

Sepanjang 22 tahun ini telah banyak perkara yang ana lalui dan telah banyak juga dosa yang telah ana kumpuli.. Allahuakbar.. Moga Allah ampunkan segala dosa yang telah dilakukan...

Menjenguk di "muka buku" ramai yang mengucapkan ucapan selamat buat ana dan syukran wa jazakumullahu khairan kathir buat sahabat-sahabat yang mendoakan kesejahteraan ana di dalam kehidupan ini.. syukran...

Sepanjang 22 tahun dan 9 bulan ini juga diri ana ini telah banyak berhutang budi kepada kedua orang tua yang tercinta.. Tak mampu untuk balas segala pengorbanan merpati dua sejoli yakni abah dan mamaku yang tersayang.. Hanya ku doakan mereka sentiasa dalam pemeliharaan Allah dan akan insyaAllah akan ku balasi dengan segenggam kejayaan buatmu..

Di usia 22 tahun juga, ana telah bergelar ibu.. ibu saudara kepada seorang anak dara yang cumel dan montel yakni Nurul Ain Najihah.. dan di usia ini juga ana bakal menerima seorang lagi abang ipar insyaAllah pada bulan 2 ini... Bila nak dapat suami pula ye?? huhu.. tungguuuu...


Alhamdulillah atas kurniaanMu ya Allah.. semoga diriku lebih tabah mengahadapi dugaanMu dan perbaikilah setiap amalanku... Moga di usia ini, ana lebih bersemangat dalam memperjuangkan agamaMu dan memperbaiki diri ini yang sentiasa alpa dan leka..


Itu saja setakat ini.. Syukran semua.. =)

Nurul Atika Binti Rosli aka Nurul Islam
17 Januari 1989 - 17 Januari 2011

13 January 2011

Erti Kedewasaan

Assalamualaikum...

Minggu ini adalah minggu terakhir ana berumur 21 tahun jika mengikut kepada perkiraan Masihi. Di dalam tempoh 21 tahun 11 bulan 3 minggu dan 6 hari ini, ana belajar erti kedewasaan dengan kaca mata ana sendiri. Dalam tempoh ini juga ana berhadapan dengan 1001 dugaan yang adakalanya sangat pahit untuk ditelan. Dengan didikan mama dan abah serta didikan daripada pengalaman hidup juga telah melatakkan ana sebagai seseorang yang mempunyai pandangan dan pendapat sendiri tentang kehidupan. Alhamdulillah, ana boleh menyatakan bahawa kehidupan dalam tempoh ini sangat indah biarpun diuji dengan tangisan air mata. Tetapi ana berani menyatakan bahawa sepanjang tempoh itu Allah swt tidak pernah sesekali membiarkan ana bersendirian. Tarbiyah dariNya membentuk diri ana sekarang.. Alhamdulillah kerana dengan hidayahNya juga ana berani untuk menyatakan YA kepada perjuangan islam dan insyaAllah tidak akan menyatakan TIDAK kepada perjuangan islam.. Terimbas kembali saat-saat diriku "bernikah" dengan perjuangan islam. Menitis air mata ini kerana tidak menyangka diri ini yang hina terpilih menjadi pendokong agamaNya.. Allahuakbar... manisnya saat itu..


Dan di dalam tempoh ini juga ana belajar mengenai erti kedewasaan. Hidup ini bukan untuk melakukan perkara yang sia-sia dan setiap manusia yang beragama islam yang Allah ciptakan ada tanggungjawab mereka kepada islam serta tanggungjawab yang lain. Alhamdulillah juga ana panjatkan kepadaNya kerana seringkali menegur ana seandainya ada perkara yang tidak disukaiNya. Ana terdidik dengan tarbiyah dan hidayah dari Allah agar meninggalkan perkara yang sia-sia walaupun kadangkala ana alpa dengan dunia namun tidak pernah dibiarkan ana terus menerus hanyut. Terlalu banyak nikmat yang diberikan olehNya sehingga tidak terhitung oleh diri ana. Ya Allah.. andai ana tidak bersyukur dengan nikmat ini maka celakalah diri ana.

Alhamdulillah kerana Allah swt telah memberikan ana hidayah untuk memahami islam itu sendiri walaupun diri ana terlalu hina dan banyak dosanya untuk menerima ilmu dan hidayah itu.. Alhamdulillah kerana sepanjang hidup ana ini Dia telah mendekatkan hati ana kepada islam.. Tidak semua orang diberikan hidayah untuk mendekati islam dan ramai juga yang diuji dengan islam itu sendiri.. Allah.. semoga ana di jauhkan dari segala keburukan itu..


Ya Allah.. sempena ana menghabiskan sisa-sisa umur ana ini.. ana mohon agar diri ana sentiasa dipeliharaMu dan jangan pernah meninggalkan diriku walau dimana sekalipun. Terus menerus tiup semangat ruhul jadid ana untuk memperjuangkan islam.. Ya Allah ana ingin menhabiskan umur ana dengan mendapat keredhaan dariMu.. Jangan dibiarkan diri ini mengahabiskan sisa umurnya dengan perkara sia-sia.. dan jadikanlah diri ana ini bermanfaat untuk orang lain demi kepentinganMu... ameen... wallahualam

03 January 2011

Blog walking..

Assalamualaikum...

Alhamdulillah masih diberi nafas oleh Allah swt untuk meneruskan perjalanan hidup sebagai pejuangNya, hambaNya...

Di kesempatan sementara nak tunggu jam 11 ni ana berjalan-jalan dari satu blog ke satu blog.. sesekali terlihat widget counting ana punye umur kat sebelah ni. huhu.. xlame lagi dah nak umur 22.. kemudian berjalan ke blog sahabat-sahabat.. Allah.. Baitul Muslim.. Dah nak dekat.. dah nak dekat.. ape yang dekat? Entah la.. Pernikahan mungkin.. Masa berlalu dengan pantas sekali.. bersediakah ana? Hm2.. fikir-fikir.. insyaAllah.. semoga Allah pemudahkan segalanya..

Kadang-kadang bila dah sibuk kita terlupa untuk mempersiapkan diri di waktu pra perkahwinan ni.. Allah.. tanggungjawab.. gerak kerja lagi.. Semoga bakal zauj ana nanti memahami pergerakkan ana dalam dunia dakwah fi al islam ini.. Ana xsempat nak pelajari banyak perkara yang berkaitan dengan ilmu rumah tangga.. kerana kesibukan dalam study dan gerak kerja kampus.. tapi insyaAllah akan mencuri masa untuk tarbiyah diri menjadi seorang zaujah.. payah tu.. teori semua orang boleh cakap.. tapi praktikalnya? semoga dipermudahkan segalanya..


Hm2.. counting my day... huhu... each day it's become close to me...


p/s : sape cakap ana tak gemuruh dengan pernikahan? nampak cool dan macam gembira je kalau cakap pasal Baitul Muslim.. Dalam hati sape tahu?? huhu.. Tanggungjawab tu..

02 January 2011

Balhum Adhal..

Assalamualaikum…

Di pagi yang hening dengan sayup-sayup bunyi hujan diluar tingkap, ana bertemankan kesejukkan di pagi hari berbicara dengan hati sendiri. Ya Allah, manusia ini pelbagai latar belakang ya. Pelbagai karenah dan kadangkala meruntun hati ana ini sendiri dengan sikap-sikap sahabat yang makin hari makin hilang arah dan panduan. Dan diri ana pula bagaimana? Ya Allah banyak sekali kesilapan yang ana lakukan. Semalam ana terlihat sesuatu fenomena yang sememangnya sebelum ini ana nak tengok dan dibuktikan Allah di depan mata ana sendiri. Ya Allah.. mataku telah menjadi saksi atas segala perkara yang anda-anda semua katakana fitnah itu. Kalian sudah dinasihati dan sudah ditegur, namun kalian menyatakan itu semua fitnah dan sebagainya. Kalian ada telinga tetapi kalian tak mendengar, kalian ada hati tetapi kalian tidak gunakan hati untuk menjaga segala tindak tanduk kalian. Kalian ada akal tetapi tidak menggunakannya dengan waras sekali. Ya Allah, pesan buat diri ini yang hina juga.


Di dalam kesuraman mendung di pagi hari ini juga entah kenapa meniti di pipi manik- manik jernih di pipi. Hm2.. mungkin terasa dengan sikap seorang sahabat yang tersayang. Tak mengapalah, ana juga penuh dosa dan terlalu banyak khilaf yang telah dilakukan. Mungkin inilah masanya Allah nak menguji ukhuwah yang terbina. Astaghfirullah.. kita tinggalkan babak sedih ana tu ye. Nak berjuang tidak boleh terlalu memikirkan hal-hal yang boleh membuatkan hati menjadi lemah, hati menjadi tidak kuat dan emosi tidak terkawal sehingga boleh membuatkan kita patah hati. Wanita harus kuat emosinya. InsyaAllah.. kata-kata semangat untuk diri Nurul Islam sendiri pada pagi ini.


Berbalik kepada isu yang ana bangkitkan tadi, ana tersangat sedih melihat sahabat seperjuangan yang telah teruji dengan Allah swt. Ana doakan suatu hari nanti Allah memimpin dirimu dan diriku ke jalan yang benar wahai sahabat-sahabatku. Dan seterusnya disini juga ana ingin menceritakan perkara yang berkaitan dengan aktiviti tahun baru yang disambut oleh majoriti umat islam di dunia ini. Ana berpeluang mengikuti sahabat-sahabat untuk bersama-sama dengan pihak JAIP untuk mencegah kemaksiatan di waktu malam tahun baru baru-baru ini. Kami hanya mengedarkan risalah-risalah yang berkaitan dengan aurat wanita dan sebagainya. Kami ditempatkan ke kawasan yang terkenal juga di sini yang juga menjadi tempat yang boleh ana katakan setaraf dan sehebat Pantai di Bali mungkin atau kurang sedikit. Malam itu begitu ramai yang berkumpul di tepi pantai itu untuk menantikan detik jam 12 malam. Kami terus membolosi mereka-mereka yang sedang asyik bergembira dengan kedatangan tahun 2011. Di waktu itu kelihatan sepasang kupu-kupu malam yang bertenggek ditepi pantai yang sedap sekali melentok ke kanan dan ke kiri. Lantas apabila diberi salam, mereka menjawab dengan baik. Hm2.. islam rupanya dan Alhamdulillah masih ingat bagaimana untuk menjawab salam.


Kemudian ramai lagi yang lalu lalang di kawasan itu tanpa sebarang tujuan. Dengan hiruk pikuk dan hilai tawa mereka yang begitu gembira sekali bergurau senda. Serentak dengan itu buih-buih disembur ke sana- ke mari. Ya Allah.. Apabila diberi salam, semuanya menjawab dengan baik sekali. Apakah maksudnya? Ya!! Ramai sekali pemuda-pemuda dan termasuk juga ibu bapa kepada pemuda-pemudi di situ adalah umat islam!!! Umat islam yang semakin hilang arah dan panduan. Ya Allah.. Ana dan seorang kakak melihat ke pantai yang aktif saja pergerakan ombaknya. Sekali ia menghempas pantai seolah-olah menyatakan kegeramannya terhadap manusia yang melakukan maksiat di pantainya. Teringat pula kejadian tsunami di kawasan peranginan yang terkenal di Indonesia. Kerana kemaksiatan yang berleluasa, Allah telah “membersihkan” segalanya. SEGALANYA!! Dan ana terfikir, suatu hari nanti mungkin tempat ini ini bakal menjadi destinasi seterusnya. Hm2.. ditambah pula pada waktu sekarang adalah musim hujan. Wahai saudaraku, mengapakah kamu tidak mahu berfikir setelah kamu melihat kejadian yang Allah timpakan kepada mereka yang mengalami tsunami itu? Ana bayangkan, kalaulah tiba-tiba Allah takdirkan berlakunya tsunami pada malam itu, memang menyedihkan sekali kerana ramai dikalangan yang berada disitu adalah umat islam yang tenggelam dengan keasyikan dunia. Dan pada malam itu juga, ana dan sahabat-sahabat lain juga mungkin akan terkorban.



Itulah realiti masyarakat kita pada masa ini sahabatku. Ada juga antara mereka yang apabila diberi risalah, dijadikan alas tempat duduk!! Ya Allah, semakin teruk hambaMu.. Sedihnya baginda Muhammad saw melihatkan umatnya begini sedangkan baginda sangat-sangat menyayangi umatnya. Inilah tindakan mereka yang melampaui batas. Diberikan mata tidak mahu melihat, diberikan telinga tidak mahu mendengar, diberikan mulut tidak mahu bercakap perkara kebaikan, diberi AKAL tidak mahu BERFIKIR!!.. Benarlah kata-kata Allah mereka ini bahkan lebih teruk daripada haiwan ternakan. BALHUM ADHAL!!


Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai.

(surah al - a'raf : 179 )

Ya Allah, ana memohon kekuatan dariMu buatku dan juga sahabat-sahabat ana untuk tetap meneruskan tanggungjawab dan amanahMu dalam menegakkan agamaMu. Kami tidak mahu umat islam semakin hanyut Ya Allah. Perelokkanlah akhlak kami dan peliharlah kami daripada kemaksiatan yang hanya menghancurkan diri kami. Sesungguhnya kami berharap kepadaMu dan Engkau tidaklah berharap kepada kami. Kami juga tidak lari dari melakukan kesilapan, namun dengan hidayahMu ini, kuatkanlah hati-hati kami ya Allah.. ameen..