Assalamualaikum w.b.t buat sahabat-sahabat ana yang disayangi. Sudah seminggu rasanya ana tidak menulis post disini. Kerana ape ye? Sebab masalah internet dan jugak ke"busy"an ana sehingga tak mampu untuk berfikir tentang apa yang ingin dimuatkan dalam post ana yang terbaru nie.
Kali ni ana ingin berkongsi dengan sahabat sekelian tentang 4 perkara yang perlu ada kepada seorang individu muslim itu. Sebenarnye 4 perkara ni fokusnya buat endividu yang berada didalam sebuah gerakan, tetapi kalau kite tengok cara perlaksanaan dakwah Ikhwan Muslimin pun bermula dengan afradul muslimin, yakni individu yang muslim. Jadi tak salah pun sebab perkara yang bakal dibincangkan oleh ana nanti adalah worldwide. Heheh...Kalau nak membentuk baitul muslim pun mesti ader 4 ciri nie.Okeylah ape kah 4 perkara itu.
Yang pertama.... FIKRAH
Apekah fikrah itu? Fikrah nie pada pendapat ana adalah suatu pemikiran kita nie. Sama ada individu itu seorang yang berfikrah sekular atau pun islam. Kite boleh tengok fikrah seseorang dengan menilai setiap tindak tanduk individu itu. Adakah dia suka melakukan perkara yang bertentangan dengan islam atau bagaimana. Kita mestilah menjadi seorang individu yang inginkan kehidupan islam bukan lah seorang yang tenang dalam kesesatan dan membiarkan diri terus hanyut dalam jahiliyah sezaman. Jika seseoranfg individu itu jenis seorang yang suke menganjurkan aktiviti yang boleh mebawa kepada kesesatan, adakah kita boleh menyatakan bahawa individu itu cemerlang fikrahnya dalam membantu memperjuangkan islam. Fikrah ini adalah juga boleh dikatakan kemahuan seseorang itu untuk memperjuangakn yang hak dan menentang kebatilan. Adakah ada dalam individu itu semangat tersebut atau hanya mengikut setiap arus kehidupan di dunia ini. ha.. antum fikirlah sendiri ye.
Yang kedua.... IBADAH
Cuba nilai diri sendiri. Bagaimana dengan ibadah kita sendiri? Kalau individu itu ada fikrah tapi tak beribadah tak boleh jugak sebab ibadah nie penting bagi kita umat islam. Sesungguhnya tidak dijadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepada Allah s.w.t. Kalau ibadah tak jaga, solat ntah kemana, tak menutup aurat, macam mane kita nak gelarkan diri kita dan seseorang itu sebagai seorang yang benar-benar menghayati islam itu sendiri? Dalam sebuah keluarga pun, kalau ibadah ni takde, boleh tak kite katakan bahawa keluarga itu keluarga yang mendapat rahmat Allah?.. hmm.. Boleh ke kite kate bahawa kita telah mewujudakn sebuah keluarga yang muslim? Hmm...
Yang ketiga.... ILMIAH
Ilmiah ini maksudnya ilmu itu sendiri. Kat sini kite boleh tengok ramai orang berilmu dan ana khususkan disini adalah ilmu agama.Ramai yang mempunyai ilmu agama tetapi tidak ramai yang mengaplikasikan apa yang dipelajaranya. Ada Individu yang ada ilmu agama tetapi tidak pulak melaksanakan ibadah yang disuruh. Ibaratnya seperti seorang saintis-saintis yeng mengkaji tentang islam. kalau kite tanye mereka tentang hukum-hukum dalam islam, rasenye mereka lagi hebat tetapi oleh sebab tidak ader fikrah dan tidak melaksanakan ibadah yang disuruh oleh Allah, maka mereka ini tidak cukup untuk manjadi individu yang terbaik. dan mereka sendiri adalah golongan bukan islam. Kite nak ikut ke? Huhu..Ada jugak yang hanya belajar ilmu agama tapi tak gunakan. Kalau berlaku kemungkaran, hatinya tidak terasa ingin mencegah kemungkaran tersebut walaupun die tahu itu salah.macam mane tu? huhuh... Hanya mengikut situasi semasa dan tidak mahu bertindah. hai.. kite ni bakal ditanye nanti tau. Apabila kita telah ditaklifkan sebagi seorang khalifah, maka wajib bagi kite untuk melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar itu walaupun sekecil mana sekalipun dan kita tidak boleh berdiam diri dengan situasi yang yang berlaku disekeliling kite.Hati terasa tenang melihat kemungkaran. nauzubillah...
Yang terakhir... SYAKHSIAH
Syakhsiah adalah contoh tauladan kite. Siapakan contoh kita? Mestilah Allah dan Muhammad s.a.w kan? Kite mesti mencontohi keperibadian dan sifat yang ada pada diri Nabi Muhammad dan juga Allah sendiri. Jika kita tidak mempunya contoh tauladan yang baik yang ingin diikuti, adakah kita mampu menjadai individu yang benar2 muslim? hmmm.. Rasulullah merupakan contoh tauladan yang terbaik untuk dicontohi. Untuk kita lebih mengetahui tentang perjalanan hidup baginda dan mengaplikasikan didalam kehidupan kita adalah dengan menghayati sirah nabi Muhammad s.a.w yang sanagt cantik.
Okeylah.. setakat itu dahulu.. ana pun takut jugak kalau2 ana tersilap tafsir atau silapa memberi pemahaman kepada sahabat semua. Ini adalah berdasarkan pemahaman diri ana yang biase sahaja. Sekadar perkongsian dan kalau ader ape2 penambahbaikan dan teguran dalam entry ana kali ini, teguran itu amatlah dialu-alukan.. Wallahua'alam
P/S : nak ucapkan selamt menduduki exam buat sahabat-sahabat ana kat uni sekarang nie. Bittaufiq wannajah.. (^-^)
Allah matlamatku"
No comments:
Post a Comment