Assalamualaikum.. tadi ana baru je buat perjumpaan dengan lujnah ana. Hmm.. ana merasakan kehilangan sesuatu. Sesuatu yang amat ana rindui yang telah terbina di awal penubuhan lujnah yang ana sayangi ini. Tapi, ape ye? Hmm.. biasenyer sesuatu yang menjadi pemula itu memang banyak dugaan nyer, tetapi apabila dikenang kembali ianya menjadi kenangan yang manis dan amat bermakna buat ana. Dugaan yang datang telah mematang kami semua yang merupakan perintis. Bukan ingin membawa ideologi seniority atau rase hebat ke ape. Tetapi kemanisan dalam bergerak kerja bersama itu semakin pudar nampaknye. Hmm..
Ana muhasabah kembali. mungkin salah ana sendiri yang tidak mengukuhkan tarbiah ahli itu sehingga saat ini ana masih dapat membawa ahli-ahli yang terbaru ini merasai kemanisan dan bezanya lujnah yang merupakan qalbu proksi setakat ni. tadi terdetik di hati ana, sudah sampai masanya untuk ana bertegas dan mungkin juga salah satu bentuk tarbiah yang agak keras perlu dikenakan dalam pentarbiahan ahli kali ini. Bukan gah yang ana cari, tetapi ruh, yakni ruh tarbiah islam itu didalam diri setiap ahli yang mampu menjadi ahli da'e yang benar2 menghayati gerak kerja islam itu. Yang sememangnya sangat penting. Lujnah tarbiah tak sama dengan persatuan bahasa melayu. Hmm.. selalu ditekankan tentang itu, tetapi ana tidak tahu mereka memahami atau tidak. Huhu.. Mungkin salah ana yang masih tidak memahami mereka.
Hmm.. tak mengapalah, ana rasa sesuatu yang lebih efektif perlu digerakkan sekarang. Hmm.. semoga Allah memberikan kekuatan buat kami untuk melahirkan generasi da'e yang berkualiti. Rantai perjuangan ini perlu diteruskan. Pentarbiahan ahli itu penting. Bukan main2. Huhuhu.. Buat semua rakan seperjuanganku, ayuh kite membuat perubahan dan jangan mundur. kita perlu memikirkan caranya untuk teruskan pentarbiahan disini. Menjadi da'e bermakna, kita menjadi ahli pemikir untuk kejayaan islam bersama. insyaAllah.. semoga terus istiqamah semua.. Allahu Akbar!!
No comments:
Post a Comment