expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

16 April 2009

Hari sukan yang penuh "sejarah".. huh..

Heheh.. sape nak lawan ngan muslimah ni? Bola slam dunk tue..

Assalamualaikum. Hmm.. hari sukan yang penuh "SEJARAH". Aik? nape di besar kan sejarah tu? Cam marah je.. Huh.. Bukan lah marah tapi sebenarnye ader la sket kan. It's ok innallahama ana. Eh bukan.. Allah bersama 'kita'. Sebenarnye hari ni ader sukan kat padang. Sukan atau hari berhibur? Tak tahu lah kan. Ana tak nak menjadi punca sensitiviti sesetengah pihak. Cume ingin menyampaikan rasa kurang selesa dengan aktiviti yang dijalankan sahaja. Negara demokrasi, so ana berhak untuk bagi pendapat jugak kan? Heheh.. Tak de lah, ana pening sket kat padang tadi dengan 'irama' yang penuh rentak. Ana ader migrain and tadi pun hujan rintik2 air bergelora kat padang. Bergelora? Atau iman yang bergelora? Huh.. Danger2!!

Tutup aurat.. jangan tak tutup.. menang gak aih..



Hmm.. waktu orang berlari, or waktu orang duk silat semua tadi takde plak ye yang nak berkerumun kat depan tu. Tapi, tadi ramai plak yang berkerumun yek. Macam semut yang kerumun gula. Huhu.. ape nak jadi.. Ana tak leh masuk tadi sebab ramai sangat and ana dah pening2 duk menjual dan membeli juadah dari Biro Kerohanian yang best. Tahniah kat antum semua. Biro kerohanian memang mantap and best selalu. heheh.. Kak Nora, Ima , Mashi, Laila and yang lain-lain la yang memang komited berniaga. Itulah umat islam kita . heheh.. Ikut sunnah tue.. Bagus2





Ana nak citer suasana hari sukan tu sebenarnye. Rumet ana berlari tadi, dapat nombor 3. Okeyla tu Farahin sebab hang tak berlatih dapat nombor 3. Tak ke bertuah tue. Hehe..Hang duk berlatih kat buku ja.. Tentang hari sukan tu, ape pendpat antum ye? yang tahu lah pasal kejadian or aktiviti tu. Semalam ustaz bagi cadangan, kalau biro kerohanian nak buat pun boleh jugak. kite kena cari alternatif sebenarnye kalau kita nak banteras mana yang hak dan memerangi kebatilan. Sebenanrnye kite kena salahkan diri kita yang tahu ini. Sebab ape? Ha... dakwah tak sampai. Ting!! ana pun terpana.. Huhu.. betul jugak... Haih.. Muhasabah diri dulu. Pastu cari alternatif. Waktu zaman nabi dulu pun ader pasukan sorak jugak. Yang menyorak untuk mujahidin pergi berperang. Siap dengan wanita-wanita juga bersorak sekali menggunakan kompang, and mengetuk2 untuk bagi semangat. Dengan zikrullah lagi. Huhu.. betul2..





Jadi tak salah pun aktiviti yang nak bagi semangat tu. Tapi, ape yang salah eik? Ha.. cara dilaksanakan. Kita selalu memisahkan agama dengan segala aktiviti atau gerak kerja yang kta jalankan seharian. Betui dak? Yang ni, kalau tak silap ana dipanggil inqilabiah. betul? Sila betulkan ana ye kalau salah. Hmm. Inqilabiah yakni memisahkan agama dalam kehidupan seharian. Kalau orang cakap pasal islam je, mesti kat surau, kat masjid. kat majlis meeting tak boleh, kat majlis2 yang grand2 ni tak boleh. Ape kes? huh.. jadi berbalik kepada aktiviti sorak tu tadi, kite boleh bersorak TETAPI mesti ikut landasan yang betul. Buatlah cara zikir ke, ketuk kompang ke. Islam itu bersifat syumuliah. Bukan menentang semua habis-habisan. islam tak pernah ajar tu semua. Islam tak pernah menyekat umatnya untuk meneruskan kehidupan seharian dengan mengikut waqi' atau keadaan semasa. tapi islam tak pernah ajar kita untuk mengubah hukum yang telah ditetapkan kerana hukum yang diletakkan adalah sesuai untuk semua zaman. Islam is the best way of life.





Macam wanita yang ingin berfesyen, bukan tak leh, tapi kena ikut syaratnye. wanita memang gemara pada kecantikan dan Allah juga suka pada kecantikan. Dalam berfesyen, jangan bertabarruj. Ingat tue... kat diri sendiri jugak la.. Kat depan suami tak pe.(erk..). Ok? Dan nak wish congrate jugak kat LUJNAH HELWI iaitu lujnah rumet ana yang baru je menganurkan Busana Muslimah hari ahad lepas. hehe.. Teringat plak nasyid..





Okeys, berbalik pada hari sukan tadi, lepas nie kite fikir2kanlah cara yang terbaik untuk kebaikan islam kat kampus2 kite. Jadi tanggungjawab buat kite untuk memberitahu jalan yang betul, bukan denga menyuarakan kemarahan atau mungkin berdendam ke ape. Mad'u tu.. hehe.. Nasihat untuk diri sendiri jugak nieh.. Haih.. rijal memang cepat melenting. Tapi kite nak rijal yang berkualiti. Okey, sama-sama kita koreksi diri. jumpa lagi.. heheh.. Salam..





P/s: Petang ni on the spot nak balik Shah Alam. tiket tak beli lagi. huhu.. Nak gi amek sijil kat Kisas. so, doakan hamba ya tuan2 dan puan2 sekelian. Audios.. (^_^) "Allah matlamatku"

1 comment:

Anonymous said...

kxmasuk sukan sbb ko gemuk..