expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

10 September 2011

Akhirnya Yang Tersayang Pergi Jua

p

Petang Rabu... Message daripada mama masuk..

“Ika.. kalau ada masa pergilah jenguk ayah (atok) kat hospital.. Ayah masuk wad pulak semalam..”

Petang itu juga ana ada taklimat MUET dan ana pun tak tahu kenapa rasa sedih menyelubungi diri.. Rasa juga berat hati nak pergi taklimat tu.. Ayah.. Hm2.. Akhirnya ana tertidur dan tersedar jam 5.30 petang.. Dan taklimat MUET juga telah selesai.. Astaghfirullahalazim.. tapi ana dapat juga sedikit sebanyak info tentang MUET dari sahabat-sahabat yang hadir..

Malam itu ana diselubungi kesedihan dan seperti yang ana ceritakan dalam entry sebelum ini, memang ana dilanda kesedihan.. kesedihan dengan manusia.. Malam itu ana bercerita dengan sahabat bilik tentang luahan rasa hati ana.. Kemudian ana buat kad raya untuk dihantar sebagai assignment…

Pagi esoknya dalam jam 6.30 pagi, ana dapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.. Suara mama dalam tangisan di hujung panggilan.. Allah… “ Ika.. ayah kite dah xde..” Air mata menderu laju di pipi.. Rasa sedih kerana tidak dapat berjumpa dengannya buat kali terakhir semalam.. Masih terasa tangannya yang dihiasi urat tua menggenggam tangan ana sewaktu ana memohon maaf dan bersalam kerana mahu pulang ke kampus minggu sebelumnya.. memang ayah keberatan mahu membenarkan cucu-cucunya pulang.. Hati ana juga begitu.. Tetapi kerana tuntutan belajar terpaksa melangkah jua.. Sewaktu mengucapkan kata maaf, terasa itu yang terakhir ana melihat dia.. ku pandang ayah lama.. jauh dalam hati terasa sayu.. Ayah..

Ana bergegas pulang dan menunggu kak ila kakak sulongku mengambilku di kolej.. Di dalam kereta kami berdua berbual tentang ayah dengan berganti-ganti dengan tangisan.. Air mata itu mengalir dengan derasnya tapi masih kami tahan.. kaki la bercerita yang dia ada bermimpi dan dia tidak pasti sama ada ayah bercerita kepadanya atau bagaimana. Dia bermimpi pagi tadi ayah berkata bahawa malaikat datang waktu Ramadhan lagi tapi ayah suruh tunggu.. Allah… memang sewaktu bulan Ramadhan ayah sakit dan hanya berada di rumah.. Kerana penyakit kanser paru-paru tahap tiga dan pihak hospital pun menyatakan tiada harapan. Tapi kami tetap ikhtiar.. Teringat waktu hari-hari terakhir sebelum raya, ayah beriya-iya suruh kami semua tangkap ayam untuk disembelih pada malam itu juga. Kami tidak hampakan permintaan ayah dan ayah sendiri yang sembelihkan ayam-ayam itu.. masih baru kenangan itu.. Selepas berhari raya, ayah juga sempat melaksanakan semua amanahnya sebagai amil, segalanya disempurnakan dan segala fidyah telah dibayar kerana ayah tidak dapat berpuasa pada bulan ramadhan kerana sakit.. Ayah juga pernah berkata dia tak mahu tidur.. takut leka.. lalai.. hanya dia yang tahu apa yang dimaksudkan.. Ayah..

Selepas sampai dirumah, ana lihat kereta berduyun-duyun di depan rumah ayah.. katil tempat tidurnya kosong.. Ana lihat ayah terbaring tidak bernyawa lagi.. Ayah.. Tidak mahu melihat wajah ayah yang tidak bernyawa lama-lama kerana tidak mahu terkenang akan pemergiannya kerana ayah sentiasa hidup di dalam hati ini.. Ana bacakan surah yassin dan sedekahkan al fatihah buatnya.. memerhatikan jenazah ayah dibawa pergi dari rumah untuk disempurnakan di surau buat hati lagi sayu.. Ayah tidak akan kembali lagi ke rumah ini.. Dan segalanya diuruskan oleh pakcik dan sepupu lelaki ana hinggalah pengebumian ayah… terngiang-ngiang lagu Pergi Tak Kembali oleh Rabbani.. Ya.. benarlah segalanya tentang kematian yang pasti itu…

“Berpisah sudah segalanya.. yang tinggal hanyalah kenangan.. diiring doa dan air mata.. Yang pergi takkan kembali lagi..”

Malam semalam mimpi ayah datang kerumahnya.. rindunya pada ayah sehingga diriku menangis memandangnya yang tersenyum pada ana.. dirinya yang berkain pelekat dan membaluti tubuhnya dengan kain serban.. Dia memeluk ana dan ana menangis.. kemudian dia hilang.. Ayah…

Ika doakan ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan juga bersama kekasihNya.. Moga kita ketemu nanti di alam sana…


Wan dan ayah di Tanah suci... Allahyarham Haji Mamat Bin Ismail (1938-2011).. Al-fatihah..


p/s : Mama cakap kita memang dah hilang ayah secara jasadiah.. tapi batin kita tetap masih ada ayah..
Ayah Ngah cakap ayah macam tidur je waktu menghembuskan nafasnya yang terakhir.. subhanallah.. Moga Syurga buat ayah yang kami sayang...

4 comments:

syakir said...

salam semoga tabahkan hati yer....semoga Allah merahmati roh beliau....

ciksutiey said...

salam takziah..
bersabarlah atiqah..sy seolah berada di tempat atiqah, bilamna org yg sgt kita syg pergi selamanya..
mati itu pasti..n peringtan buat yg masih bernyawa..al fatihah...semoga roh ditempatkan bersama para solehin..amin ya Rabb..

(** harini sy makan roti canai utk srapan pagi..tp sepanjang hidup sy, roti canai arwah adalah yg terbaik..)

Nurul Atika Rosli said...

to Ciksutiey :

saya bersetuju dengan anda.. dulu selalu tengok ayah buat roti waktu malam dan buka kedai di awal pagi.. semuanya dah tinggal kenangan manis buat selama-lamanya...

ANGIN ANGAN said...

Al-fatihah.. semoga beliau ditempatkan dalam kalangan orang2 yg beriman.. aminn..