expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

28 September 2012

MAKHLUK YANG BERNAMA THESIS




Assalamualaikum…

Tinggal dua hari atau kurang daripada tu nak masuk bulan Oktober dan saya semakin gelisah dengan timbunan kerja yang banyak. Cuma saya tidak menampakkan kegelisahan dan jiwa kacau itu di depan semua. Biasalah dunia sebagai seorang student dan lebih-lebih lagi student tahun akhir macam saya ni. Timbunan kerja yang banyak dan juga program dan meeting persatuan yang tidak boleh ditinggalkan sepanjang hayat membuatkan saya kadangkala jadi blur nak buat kerja yang mana satu. Semua kene buat tetapi nak mana satu? Bukan saya tak mencatat kerja-kerja saya tu tapinye… mungkin kesilapan diri sendiri la yang tak pandai manage masa sedangkan tools semua dah ade… itu la kelemahan kita sebagai manusia yang selalu memberi alasan sedangkan semua tu dah ada depan mata..

Tengahari tadi saya dan kawan saya yang mesra lagi cantik ke kuliah helwi dan Alhamdulillah saya memang perlukan motivasi dari Puan Yani yang dikasihi merangkap kaunselor di KIPSAS ni.. penah je pergi bilik beliau mengadu sebab kerja MPP bertimbun dan dengan study lagi, persatuan lagi.. huhu… Selalu juga bincang program dengan beliau.. Puan Yani bagi pengisian tentang persediaan untuk exam.. bagi saya sendiri bukan itu yang saya risaukan… Exam itu biasa.. modus operandi yang biasa untuk setiap institusi pendidikan untuk mengetahui tahap pembelajaran pelajar.. bukan saya tak takut exam, Cuma saya lagi bimbang tentang momentum saya untuk study dan buat kerja-kerja untuk belajar ni.. kadang-kadang saya semacam terdengar echo di kepala saya menjerit.. THESIS!!.. MOCK TRIAL!!.. ASSIGNMNET!!.. EXAM!!.. walau bagaimanapun  saya bukanlah pengidap skizo tapi mungkin hanya psiko..

student life.. huhu.. Banyaknye cacing...
Tadi sempat bertanya camne dengan problem saya ni.. kerja banyak tapi tak tahu nak buat mana satu, tak tahu nak buat mana satu dan akhirnya tak buat.. hehe.. tapi saya bukanlah jenis yang pressure bila kerja tak siap. Bila banyak kerja saya lebih suka bergembira dan menggila dengan kawan-kawan  atau buat usrah yang best dengan adik. Tak pun mengacau orang-orangan di bilik saya... Huhu.. tapi dalam minda masih memikirkan camne nak settle kerja ni.. Puan Yani pun bagi la suggestion macam supaya listkan semua kerja dan susun ikut kepentingan.. heheh.. bukan saya tak buat… saya dah buat.. Cuma tak buat aje… hehehe.. Tapi saya tulis juga balik dan jadikan ia seperti dalam gambar bawah ni..


cantik tak???

Dalam talk Puan Yani tadi pun beliau ada bagitahu supaya seimbang dalam semua benda bila jadi student ni.. Psikologi, Mental, Fizikal, Rohani… Betul..betul dan betul.. saya setuju sangat-sangat.. sebenarnya nak dapatkan semua ni kan kita kene lah settlekan hubungan dengan Allah tu macam mana. Persoalan aqidah kita macam mana. Sebab aqidah yang sohih dan sihat ni akan melahirkan diri kita sebagai individu yang sihat juga dalam bab pemikiran dan perbuatan kita.. Ha.. bagi adik-adik usrah saya, ingat tau benda ni.. jangan sedih-sedih sangat.. Allah ada bersama kita.. Bila kita kenal Allah, kita akan taat padaNya dan taat rasulNya.. kemudia kita laksanakan ibadah pun kerana Dia dan setiap perkara kita buat kerana  Allah itu akn diberi pahala ibadah.. Apabila ibadah kita sempurna, akan membina hati yang sihat dan akhirnya membuahkan akhlak yang baik dimana akhlak ni memainkan banyak perkara dalam kehidupan kita.. kan?? Jadi Aqidah islam ni sempurna tak adik-adik?? Yee… sempurna.. bagus adik-adik..^^.. Alhamdulillah kita dilahirkan di dalam islam..Jadi sama tak dengan apa yang Puan Yani sampaikan dengan apa yang islam ajar?? Sama… itulah bestnye Islam..

hidup bersyariat.. hadiah bermanfaat..

Ape-ape pun saya kene berazam untuk siapkan kerja-kerja saya ni secepat mungkin.. huhu… sempat juga minta kebenaran Puan Yani untuk hantar kerja kelas next week.. Arigato Puan Yani.. hehe… Ok la ye.. sampai sini dulu ye… wallahualam.. selamat hari jumaat..


P/s : malam ni khabarnya ada ceramah ustaz don dekat padang kipsas sempena karnival kemerdekaan tak silap.. jom pegi jom.. ^^

24 September 2012

IMPIAN KORBAN IMPIAN


Assalamualaikum…

Dah hampir 2 minggu saya tidak update apa-apa disini.. saya andaikan bahawa blog saya ini adalah kayu ukur tahap muhasabah saya dengan Allah swt. Apabila saya jarang menulis dan bermonolog dengan diri sendiri, bermakna saya kurang muhasabah diri saya. Moga Allah ampunkan diri saya ini. Di tengah kesibukan belajar dan berpersatuan kadangkala membuatkan saya lupa untuk memikirkan tentang diri saya. Moga Allah swt sentiasa memberikan hidayah kepada saya seiring dengan kesibukan sebagai seorang pelajar. Moga diri saya juga sempat untuk memikiirkan dosa, kemaksiatan yang saya lakukan walaupun sedikit kesedaran yang hadir supaya saya tidak terus leka.. itulah kehidupan seorang manusia yang sentiasa bermain tali diantara kebaikan dan kemaksiatan. Yang mana imannya kadangkala naik dan adakalanya jatuh.. namun diharapkan jatuhnya kita bukanlah sehingga tidak mampu bangkit lagi.. nauzubillah.. teruskan berjuang wahai diriku dan sahabat.. berjuang untuk kehidupan yang lebih baik di akhirat kelak.


Kali ini saya hanya ingin berkongsi tentang kehidupan saya dan diri saya yang punya impian. Impian yang terpaksa dikorbankan dengan impian juga. Melihat kejayaan seorang sahabat yang berjaya bergraduasi sebagai pelajar degree membuatkan saya menangis kerana dua perasaan yang berbaur. Pertamanya, terharu melihat sahabat yang sering bersama bergraduasi dan segak bersama jubah dan scroll yang diperolehi. Segala titik peluh, jerih, payah beliau terubat. Ayah sahabat saya tu pun turut menangis di sepanjang majlis konvo berlangsung. Bangga dengan percampaian anaknya. Dan perasaan kedua saya ialah.. bila saya akan memperolehi kegembiraan seperti beliau.. saya menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi untuk berjuang sehabis-habisan demi impian saya dan juga membanggakan kedua mama dan abah.. mungkin bagi sesetengah orang menganggap belajar hanya sekadar untuk segulung ijazah itu bukanlah apa-apa. Benar.. tapi saya bukanlah sekadar mahu mengajar segulung ijazah itu.. saya juga mahu memperolehi ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk digunakan di lapangan ummah. Cuma itu adalah satu kejayaan buat saya sekiranya dapat mencapai tahap yang tertinggi dalam kehidupan saya. Satu kepuasan.




Saya katakan bahawa impian saya perlu kepada pengorbanan impian yang lain kerana sememangnya di dalam diri setiap insan ada impian di dalam hidup yang diinginkan dan saya fokuskan disini adalah sebagai seorang gadis, wanita atau perempuan. Adalah impian saya sendiri yang saya terpaksa korbankan demi mencapai kejayaan di dalam pelajaran terlebih dahulu. Sebab saya melihat untuk memegang semua tanggungjawab serentak itu tidak mudah bagi saya. Cumanya say berserah kepada Allah yang mengatur hidup saya. Cuma yang mampu saya katakan ialah saya tidak mampu untuk memiliki pelbagai tanggungjawab dalam masa yang sama walaupun hati kecil saya rasakan bahawa saya mampu. Cumanya di alam reality saya bimbang saya tidak mampu untuk melunaskan semua perkara. Akhirnya yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.. namun, Allah swt punya kuasa untuk memampukan saya..  Kita hanya merancang..

Buat adik-adik saya yang masih belajar dan menuntut ilmu seperti saya, jangan mudah putus asa di dalam menuntut ilmu. Teruskan belajar dan jangan buang masa. Saya teringat kata-kata mama                 “ "belajarlah selagimana mama dan abah masih mampu cari duit untuk ika belajar” . Buat adik-adik juga, manfaatkan masa muda dengan perkara yang bermanfaat dan jangan pernah leka dalam menuntut ilmu. Tinggi darjatnya disisi Allah orang yang menuntut ilmu.. selamat menuntut ilmu semua.. wallahualam.

p/s : moga dipermudahkan Allah untuk siapkan THESIS..


08 September 2012

Perkahwinan bukan kisah dongeng


Assalamualaikum…

Saya masih kepenatan dengan kesibukan waktu siang tadi menjadi driver dan juga berniaga untuk persatuan kami. Namun saya gagahkan jua diri ini untuk menulis sesuatu yang menjadi perkara yang saya bimbangkan sekarang dan mungkin juga bukan saya bahkan mereka yang mengerti erti perkahwinan dan telah melaluinya dengan penuh mencabar.

Saya teringat kata-kata seorang murobbi saya yang juga seorang senior saya, seorang peguam dan juga seorang isteri. Dunia perkahwinan itu tak seperti yang kamu bayangkan. Itu katanya. Saya rasa saya mengerti maksud ustazah itu tapi saya tak tahu orang lain. Apa yang saya dapat tangkap ialah ustazah menujukan kata-kata itu kepada golongan yang menganggap perkahwinan itu selalu indah. Bersuami, punyai anak, hubungan yang halal, kemanisan dalam berumah tangga. Hakikatnya saya memandang perkawinan itu jauh lagi. Perkahwinan itu ada sedikit kemanisan pada awalnya, kemudian gelora yang kadang-kadang kecil dan kadang-kadang besar yang boleh menyebabkan berlakunya konflik apabila dua pandangan atau sikap yang berbeza tidak dapat disatukan, kemudian disertai dengan tanggungjawab yang sangat berat, sehingga kita boleh terlupa bahawa kita harus mencintai pasangan kita, dan sedikit kemanisan lagi bila sesuatu masalah dapat diselesaikan bersama. Sekiranya perkahwinan itu seperti yang dianggapi oleh ramai pemuda dan pemudi zaman sekarang ini, pada pendapat saya ramai yang akan jemu kerana si isteri asyik mahu dibelai, sang suami pula pening kepala nak melayan kerenah si isteri, kemudian asyik berpegangan tangan, bahagia dan sentiasa seronok dalam rumah tangga. Berkejar-kejaran bak pelakon Hindustan. Demi Allah itu semua khalayan. Sedar tak sedar diri sendiri sudah terkasima dengan semua itu lalu jiwa memberontak mahu kahwin awal walau assignment sendiri tidak mampu dilunaskan.

Saya terkasima dan terkejut melihat satu gambar di facebook berkenaan dengan ruang-ruang di antara jari seorang wanita. Disitu ditulis bahawa kenapa Allah jadikan ruang-ruang itu adalah untuk dipenuhi dengan jari jemari suami kita nanti. Lalu buat sang teruna dan dara dan juga mereka yang beragama mula berkhayal. “Saya mahu ruang jari saya dipenuhi oleh bakal suami” “ saya menanti seseorang yang bakal memenuhi ruang antara jari saya” Subhanallah.. mudah benar ya kita terperangkap.. Di waktu sahabat saya menambah “ mane hadis kate macam tu?” dan respon saya pulak “rasenye penah dengar pasal ruang antara jari ni cuma pasal anggaran jarak hari kiamat dengan zaman nabi dulu.. itu ade le..” adakah sahabat-sahabat semua pernah terkena? Berfikirlah secara rasional  wahai sahabat yang saya sayangi.

Maaf jika saya seperti menentang fitrah anda semua yang ingin dicintai dan sebagainya dalam keadaan yang halal. Tetapi saya tidak menolak fitrah itu, saya cuma menyampaikan satu pencerahan yang sekadar saya mampu supaya sahabat saya sedar akan keadaan ini. Saya berbincang dengan seorang teman yang sudah berkahwin yang melaluinya sendiri. Bukan dengan membuat penilaian saya sendiri.

Iye.. bukan tak ada kenikmatan dan kemanisan dalam perkahwinan.. tetapi berpadalah dalam membayangkan atau mengimiginasikannya. Dan ditambah pula dengan pelbagai ayat provokasi yang hanya akan menambahkan lagi bunga-bunga cinta kemaksiatan di taman larangan. Sedar diri dari khayalan dan cuba mengkaji apakah perkahwinan itu sebenarnya. Dan saya sarankan buat semua yang bakal mendirikan rumah tangga agar memahami psikologi seorang wanita dan lelaki. Jika kita tak kenal siapa itu wanita atau jejaka, masakan kita dapat mengenali pasangan kita dan belajar memahaminya. Pemikiran seorang lelaki atau wanita itu adalah perkara asas yang perlu diketahui sebelum kita menerokai pelbagai lagi pemikiran pasangan. Dan saya juga menyeru agar sahabat-sahabat menyelami diri adakah diri sendiri itu bertanggungjawab untuk diri sendiri. Cuba juga selami erti perkahwinan yang sebenar. Bukan hanya asyik bercinta dan bercinta sehingga terlupa dalam melayari bahtera ada jerung yang menunggu mangsanya. Hasil perbincangan dengan sahabat saya tadi juga saya membuat kesimpulan secara saintifik bahawa konflik rumah tangga adalah pengstabil dalam keharmonian rumah tangga yang mana perlu diadunkan dengan mengikut kebijaksanaan setiap pasangan. Dan hasilnya insyaAllah bahagia hingga ke syurga.  Wallahualam.

Dari diri yang belum berkahwin tetapi cuba memahami  dan belajar dengan mereka yang melaluinya.

Tenangnya Bila Taat


Assalamualaikum…

Alhamdulillah jari- jemari ini masih mampu digerakkan dengan kehendak Allah swt. Alhamdulillah masih diberi nikmat oleh Allah swt untuk bernafas dan menikmati nikmat iman, islam dan ihsan.




Semalam sebelum tidur saya begitu risau andai nyawa ini diambil oleh Allah swt sehingga membuatkan air mata ini menitis dengan sendirinya. Menangis kerana saya bimbang saya tidak mampu untuk menebus kesalahan saya. Bimbang jika saya tidak pergi, amalan saya tidak mampu menyelamatkan saya dari azab Allah swt. Saya bimbang jika saya pergi dari dunia ini dengan sia-sia sedangkan Allah telah memberikan masa 11 tahun sejak saya baligh untuk beramal demi mendapatkan keredhaaNya. Lalu hati saya teringat akan mereka-mereka yang saya sayangi. Saya menghantar satu pesanan ringkas kepada keluarga saya setiap seorang. “ ika sayang mama, ika sayang abah dan ika sayang adik-beradik ika” Dan dengan satu pesanan itu telah membuatkan ibu saya telah menelefon saya kerana kebimbangan. Lantas saya menyembunyikan perasaan saya dan bercakap dengan nada gembira. Ibu  saya pada waktu telah tidur dan terbangun bila mendpat pesanan seperti itu. Maafkan ika mama. Setelah itu saya mendengar lagu Ratu Hatiku dari kumpulan AlarMe. Air mata terus jatuh ke pipi. Rindu pada family.


Setelah itu saya menghantar pula pesanan kepada adik-adik dan sahabat yang tersayang. Memberi peringatan selagi masih bernyawa. Minta ampun kepada Allah dan berdoa agar dipanjangkan umur agar dapat menebus dosa dan beramal untuk akhirat kelak. Mungkin itu sahaja yang termampu saya lakukan andai nyawa saya pada saat itu adalah yang terakhir. Dan saya menghantar satu pesanan lagi kepada seorang teman yang banyak membantu saya dan mungkin paling banyak dosa saya dengannya.“ maafkan ana dari hujung rambut hingga hujung kaki” kemudian saya terus menangis mengharapkan esok masih ada untuk saya beribadah kepadaNya. Saya insan penuh dosa.


Sudah lama saya tidak merasa setenang ini. Tenang bila taat kepada perintahNya. Tenang apabila sentiasa ingat padaNya. Tenang apabila saya merasakan kosong yang mendamaikan di dalam hati. Tiada lagi keserabutan yang melanda. Hanya tenang, sabar, dan postif sahaja. Alhamdulillah. Moga Allah sentiasa memberikan hidayah ini buat saya dan sahabat-sahabat semua
.

Tenang apabila mengikut syariat dan taat pada perintahNya. Rasa tenang  apabila semuanya terkawal. Rasa tenang yang telah membuatkan satu gelombang yang mengalir antara saya dan Dia dan juga dia. Dia memberitahu saya bahawa dia dalam keadaan yang baik. Dia yakni Allah yang sentiasa meyakinkan saya bahawa Dia menjaga dia. Dan saya tahu dia juga merasakan begitu. Subhanallah seronok betul dengan perasaan ini. Namun Ya Allah jangan dibiarkan kami lalai dan leka lagi. Kami serahkan kepadaMu untuk mendidik kami dengan cara yang terbaik. Jangan Kau biarkan kami menentukan nasib kami sendiri. Sungguh saya menyerahkan sebulatnya kepada Allah swt.


Buat sahabat-sahabat saya ingin mengajak semua untuk tetap patuh dan taat dengan perintah Allah. Ianya sangat menenangkan bukan menyusahkan. Tiada yang lebih indah apabila hati kita itu bersama-sama Allah. Hiudplah di dunia ini sebagai hamba yang taat selagi masih bernyawa. Taat dengan ilmu, taat dengan mengenali siapa Allah. Allah itu pencinta kita yang abadi. Jangan biarkan hidup kita berlalu dengan sia-sia. Tinggalkan kemaksiatan segera kerana kita tidak tahu bila ajal menjemput kita. Wallahualam.


p/s : bagaimana dengan temuduga teman saya tadi ya.. semoga Allah memberikan yang terbaik untuk kamu. Allah bersamamu. insyaAllah.

06 September 2012

Rezeki, Jodoh, Ajal


Assalamualaikum…

Hujan rintik-rintik diluar jendela menemani kepekatan malam yang hitam lagi pekat.. teringat satu perumpaan bagi orang-orang yang jahil itu adalah seperti mencari semut hitam di dalam gelap.. bermaksud tiada cahaya buat dirinya.. tiada hidayah dari Allah buatnya..  Jahil yang dimaksudkan bukan lah orang yang sememangnya tidak mengetahui tentang islam.. tetapi orang yang tidak mahu mendengar tentang islam sedangkan islam itu telah sampai kepadanya.. maka Allah tarik hidayah daripadanya untuk selama-lamanya.. nauzubillah.. moga kita semua tidak tergolong di dalam golongan tersebut.. mereka mendengar tetapi buat-buat tak dengar dan mereka itu lebih hina daripada binatang.. astaghfirullahalazim.. moga Allah masih mengurniakan hidayah buat sahabat-sahabat yang masih terleka dan juga tidak melupakan diri saya untuk sentiasa berada di dalam naunganNya..

Rezeki, Jodoh dan Ajal..

Ketiga-tiganya telah ditetapkan oleh Allah swt kepada kita sejak azali lagi.. namun begitu terdapat juga ketentuan yang boleh diubah seperti rezeki dimana sekiranya kita berusaha lebih maka Allah akan memberikan ganjaran mengikut usaha kita tersebut.. saya Cuma mahu relatekan ketiga-tiga perkara ini dengan kehidupan saya sendiri.


Rezeki..

Sudah menjadi ketetapan Allah swt bahawa kehidupan hambaNya ini penuh berliku-liku dan kehidupan orang lain juga begitu.. Setiap orang bakal diuji olehNya. Namun mengenai rezeki diri saya dalam menempuhi  kehidupan ini, bagi saya sangat unik.. Jika norma kehidupan biasa bagi seorang individu itu akan belajar di sekolah, kemudian sambung ke uni dan akhirnya bekerja.. Ya.. itu norma kebiasaan bagi adat atau uruf manusia di dunia. Dan sudah semestinya ada ujian di setiap fasa kehdiupannya. Dan kehidupan saya mungkin berbeza daripada norma-norma masyarakat di sekeliling saya. Alhamdulillah Allah menguji saya dengan membuatkan saya terpaksa u-turn setelah saya hamper-hampir berada di fasa terakhir sebagai seorang penuntut di ipt.. namun begitu saya bersyukur kerana dengan u-turn ini membuatkan saya menimba begitu banyak pengalamn hidup.. Guru yang terbaik adalah pengalaman hidup.. Saya mulai percaya bahawa kehidupan itu tidak semudah yang disangka.. bukan semua kehidupan itu diatur satu persatu mengikut fasa, dan tingkat yang tertentu seperti mana kita di sekolah dahulu.. selepas masuh darjah satu, akan masuk darjah dua dan seterusnya.. tidak sama sekali.. ada kemungkinan kita perlu u-turn dan mengulangi kembali fasa yang kita telah lepasi. Itulah aturan dan rezeki kehidupan buat saya untuk kali ini. Yang kini membentuk siapa diri saya sekarang. Alhamdulillah..

Moga kaki ini terus melangkah demi ilmu dan keredhaanNya


Jodoh..

Soal jodoh itu juga merupakan sesuatu yang menjadi konflik yang rumit dalam kehidupan saya. Tetapi mungkin di peringkat pemilihan jodoh. Saya dipermudahkan oleh Allah tentang itu tetapi  disusahkan sedikit olehNya dalam fasa untuk membentuk baitul Muslim idaman. Saya terkejut di saat bapa saudara saya mengucapkan syukur apabila sudah mengetahui bahawa saya mempunyai pilihan hati yang insyaAllah yang terbaik untuk saya.  Baik dari akhlak dan agamanya. Mungkin ada kelemahan pada dirinya tetapi itu semua adalah pinjaman Allah sahaja. Saya tidak memandang semua itu. Cukup dengan doa dan istikharah saya yang memberikan ketenangan dalam hati saat memilihnya. Berbalik kepada ucapan syukur bapa saudara saya tadi, baru saya mengerti mengapa begitu. Saya berkongsi cerita dengan sahabat-sahabat yang masih tidak bertemu dengan calon bakal zauj dan dihimpit dengan tekanan family dalam memilih calon suami. Rumit kata mereka. Sukar sekali. Saya kehairanan. Kenapa begitu?? Kemudian saya bermuhasabah diri.. Itulah ketentuan Allah swt. Tak semua orang memiliki jalan yang sama dan Allah menguji setiap orang dengan kemampuannya sendiri. Itulah jodoh. Bukan mudah utnuk mencari  seseorang yang memahami perjuangan , pengorbanan, jihad dan sebagainya. Bukan mudah mencari  seorang lelaki yang bertanggungjawab pada keluarga. Bukan mudah mencari seorang bakal suami yang mampu menggalakkan isterinya berjuang. Bukan mudah mencari seorang lelaki yang sanggup bertegas dengan seorang wanita yang dikasihi supaya kuat dalam mengahadapi dugaan dalam hidup. HAKIKATNYA BUKAN MUDAH MENCARI SEORANG LELAKI YANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP AGAMANYA!!


comel kucing ni..


Ajal..

Saya merenung ke langit sambil merasai udara dingin malam yang baru sahaj disimbahi hujan.. terfikir sejenak, bila ajal saya akan tiba.. dapatkah lagi saya merasainya esok, lusa atau hari-hari seterusnya?? Saya terbayangkan tubuh saya yang kaku dan dikafankan. Dikuburkan. Bagaimana diri saya ketika itu? Adakah di dalam keadaan berbahagia atau sebaliknya. Adakah kematian itu kerehatan buat saya atau pintu neraka buat saya. Satu persatu dosa terbayang di mata. Ya Allah ampunkan dosa hambaMu ini.. Ampunkan dosa sahabat-sahabatku, ibu bapaku. Hakikatnya hidup ini sementara dan akhirat kekal abadi. Dunia adalah ladang ternakan bagi akhirat nanti. Biarkan dunia ini hanya berada di tangan dan bukan di hati dan jiwa. Mengapa tidak mahu melaksanakan perintahNya sedangkan aku tahu siksaan yang bakal menunggu. Moga Allah ampunkan dosa kita wahai sahabatku.




Cukuplah saya bercerita sampai disitu. Moga penulisan ini mampu memberikan semangat untuk kita menjadi lebih baik. Moga Allah jadikan hati kita hati yang diperisai oleh iman dan taqwa. Moga segala titik hitam itu pergi jauh dan sejauh yang mungkin dari hati kita. Kita hanya mahukan hati yang bersih untuk dipersembahkan kepada Allah swt.. Allah swt sedang melihat hati-hati kita.. wallahualam..

p/s : Moga Allah limpahkan rezeki dan mempermudahkan urusan kami jua..

05 September 2012

Nikmat!!! TAPI...??


Assalamualaikum… kali ni saya update lagi.. Alhamdulillah.. semakin hari semakin diberi kekuatan oleh Allah swt untuk menulis disini..

Nikmaaaat.. tapi… tak semua orang mahukannya.. Hm2.. macam mana tu ye? Bila kita menyebut perkara yang berkaitan dengan nikmat sudah semstinga terbayang difikiran kita nikmat makan, nikmat kerehatan, nikmat syurga, nikmat tidur dan semua jenis nikmat tu pasti memberikan kesenangan dan keselesaan pada kita.. tapi nikmat yang saya ingin bicarakan bukanlah nikmat yang menjanjikan keselasaan tetapi nikmat yang nak tempuhinya perlu bersakit-saki dan penuh ujian..

Itulah nikmat yang saya rasakan sekarang.. Bukan mahu berbangga dengan apa yang saya ada tetapi hanya mahu berkongsi sebenarnya Allah swt itu bersikap adil kepada makhlukNya. Saya rasa nikmat apabila diuji dan membuatkan saya rasa sakit di dalam hati. Saya rasa nikmat bila Allah tak biarkan saya bersenang lenang di dunia ini.. saya rasa nikmat bila Allah swt membuatkan saya menitiskan air mata apabila menerima ujianNya. Kenapa nikmat?


Ianya menjadi satu kenikmatan apabila ujian yang datang di twistkan kepada perkara yang positif. Mujahadah nafsu daripada kemaksiatan di dalam hati dan tindakan dapat dilalui dengan mudah apabila segalanya ditwistkan atau diterjemahkan dalam perkara yang positif. Tatkala itu saya mampu tersenyum lebar biarpun ianya menyakitkan apabila saya dipertemukan Allah kepada kenikmatan berada di dalam jalan yang mana sunnahnya sangat mencabar..

Kadangkala saya bimbang juga jika niat saya bermujahadah ini semata-mata untuk mendapatkan imbangan daripada Allah swt.  Lalu apakah cara yan dapat saya kembali kepada niat agar ikhlas dalam jaan ini? Bermuhasabah Syuur Allah mendetikkan di dalam hati perasaan begitu..

Akhirnya, saya memohon kepada Allah swt agar memberikan nikmat yang saya perolehi ini juga kepada sahabat yang saya sayangi kerana Allah swt. Segala-galanya saya letakkan hanya kerana Allah kerana itu sahaja matlamat akhir buat kita semua sebagai hambaNya. Allah yang maha mengatur segala sesuatu. Saya kini mampu tersenyum di dalam duka dan moga Allah sentiasa memelihara hati saya agar saya tetap di dalam jalanNya. Tiada apa yang saya pinta melainkan pengakhiran yang baik.

Di saat saya gagal, saya sedih, saya berduka ataupun saya kepenatan, saya tahu itu semua tanda kasih sayang Allah buat saya..  ya Allah.. ku mohon agar diri ini tidak berpaling lagi dari hidayahMu.. sungguh!!

p/s : Moga titik hitam itu makin hilang.. T_T.. Bukan untuk saya je.. untuk awak juga.. (BZ)

Fastaqim!!


Assalamualaikum…

Alhamdulillah diri ini masih lagi mahu menulis walaupun tidak serancak dahulu. Tapi bukan bermakna cinta kepada penulisan ini terkubur begitu sahaja. Mungkin diri saya sendiri yang banyak berusan dengan manusia di alam sebenar menyebabkan saya agak terputus hubungan dengan dunia maya khususnya di blog ini.. di facebook masih aktif lagi atas urusan persatuan dan ukhwah dengan sahabat-sahabat..

Alhamdulillah dan tahniah juga diucapkan kepada sahabat-sahabat yang berjaya membina baitul muslim masing-masing dan semoga anda semua berbahagia di dunia dan akhirat bersama pasangan masing-masing. InsyaAllah.

Disini saya ingin kongsikan sesuatu yang menjadi pergolakan di dalam diri setiap insan dan juga kepada diri saya sendiri. Sukar bukan untuk istiqamah dalam melaksanakan sesuatu kebaikan seandainya diri kita jarang melaksanakannya? Begitu juga dengan diri ini yang lemah ini. Sangat sukar juga untuk berpegang janji dengan Allah swt bahawa kita mahu berubah dan memohon keampunan dariNya. Sewaktu solat taubat kita berjanji sungguh-sungguh sehingga menitis air mata bahawa kita menyesal atas segala dosa dan kemaksiatan yang kita lakukan. Namun begitu adakalanya dan mungkin selalunya kita lupa akan janji kita sendiri. Astaghfirullahalazim.. Mujurlah Allah masih menghadirkan rasa keinsafan di dalam diri.. mujurlah Allah menyibukkan diri di dalam perjuangan islam hingga membuatkan diri muhasabah diri sendiri.. mujurlah Allah masih kurniakan sahabat-sahabat yang menjadi cerminan diri.. mujurlah Allah masih sayang walaupun dalam waktu itu masih lagi bertatih-tatih dalam meluruskan diri sendiri yang pernah bengkok..




Hakikatnya proses meluruskan diri itu mengambil masa yang panjang dan memerlukan pengorbanan.. seorang bayi tidak akan berjaya berjalan dan berlari sebelum mereka tidak jatuh dan rebah sewaktu berusaha untuk pandai berjalan dan berlari.. begitu juga diri manusia yang diuji dengan dosa sendiri.. di mata manusia jika seorang yang tampak baik kemudian melakukan maksiat itu seorang yang munafiq dan menunjuk-nunjuk. Sedangkan kita tidak tahu ujian dan pahit getir yang sedang dihadapinya dalam bermujahdah melawan keinginan dan kemaksiatn yang dilakukan. Dan bagi mereka yang mengalaminya pula bukanlah satu tiket untuk dia berterusan melakukan kemaksiatan apabila masyarakat memandang baik apa yang berlaku ke atas dirinya. Kedua-dua pihak perlu melakukan satu tindakan yang mendekatkan diri kepada Allah swt. Dan sesungguhnya apa yang dinilai oleh Allah swt adalah sejauh mana ketaqwaan seseorang..

Tertarik dengan satu hadis yang memujuk diri sendiri agar bersemangat dalam memperbaiki diri sendiri. Rasulullah s.a.w dalam sabdanya :

“ Semua anak Adam itu bersalah dan paling baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang bertaubat (daripada kesalahannya)”  - Hadith riwayat at Tirmidhi dan Ibn Majah-


Kesimpulannya, buat semua sahabat-sahabat yang disayangi.. sesungguhnya pintu taubat itu masih terbuka luas dan masih sempat untuk kita pulang ke pangkal jalan.. Kita doakan semoga kita tabah dan tetap istiqamah dalam menuju ke arah kebaikan demi redhaNya insyaAllah… amen..