expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

08 September 2012

Tenangnya Bila Taat


Assalamualaikum…

Alhamdulillah jari- jemari ini masih mampu digerakkan dengan kehendak Allah swt. Alhamdulillah masih diberi nikmat oleh Allah swt untuk bernafas dan menikmati nikmat iman, islam dan ihsan.




Semalam sebelum tidur saya begitu risau andai nyawa ini diambil oleh Allah swt sehingga membuatkan air mata ini menitis dengan sendirinya. Menangis kerana saya bimbang saya tidak mampu untuk menebus kesalahan saya. Bimbang jika saya tidak pergi, amalan saya tidak mampu menyelamatkan saya dari azab Allah swt. Saya bimbang jika saya pergi dari dunia ini dengan sia-sia sedangkan Allah telah memberikan masa 11 tahun sejak saya baligh untuk beramal demi mendapatkan keredhaaNya. Lalu hati saya teringat akan mereka-mereka yang saya sayangi. Saya menghantar satu pesanan ringkas kepada keluarga saya setiap seorang. “ ika sayang mama, ika sayang abah dan ika sayang adik-beradik ika” Dan dengan satu pesanan itu telah membuatkan ibu saya telah menelefon saya kerana kebimbangan. Lantas saya menyembunyikan perasaan saya dan bercakap dengan nada gembira. Ibu  saya pada waktu telah tidur dan terbangun bila mendpat pesanan seperti itu. Maafkan ika mama. Setelah itu saya mendengar lagu Ratu Hatiku dari kumpulan AlarMe. Air mata terus jatuh ke pipi. Rindu pada family.


Setelah itu saya menghantar pula pesanan kepada adik-adik dan sahabat yang tersayang. Memberi peringatan selagi masih bernyawa. Minta ampun kepada Allah dan berdoa agar dipanjangkan umur agar dapat menebus dosa dan beramal untuk akhirat kelak. Mungkin itu sahaja yang termampu saya lakukan andai nyawa saya pada saat itu adalah yang terakhir. Dan saya menghantar satu pesanan lagi kepada seorang teman yang banyak membantu saya dan mungkin paling banyak dosa saya dengannya.“ maafkan ana dari hujung rambut hingga hujung kaki” kemudian saya terus menangis mengharapkan esok masih ada untuk saya beribadah kepadaNya. Saya insan penuh dosa.


Sudah lama saya tidak merasa setenang ini. Tenang bila taat kepada perintahNya. Tenang apabila sentiasa ingat padaNya. Tenang apabila saya merasakan kosong yang mendamaikan di dalam hati. Tiada lagi keserabutan yang melanda. Hanya tenang, sabar, dan postif sahaja. Alhamdulillah. Moga Allah sentiasa memberikan hidayah ini buat saya dan sahabat-sahabat semua
.

Tenang apabila mengikut syariat dan taat pada perintahNya. Rasa tenang  apabila semuanya terkawal. Rasa tenang yang telah membuatkan satu gelombang yang mengalir antara saya dan Dia dan juga dia. Dia memberitahu saya bahawa dia dalam keadaan yang baik. Dia yakni Allah yang sentiasa meyakinkan saya bahawa Dia menjaga dia. Dan saya tahu dia juga merasakan begitu. Subhanallah seronok betul dengan perasaan ini. Namun Ya Allah jangan dibiarkan kami lalai dan leka lagi. Kami serahkan kepadaMu untuk mendidik kami dengan cara yang terbaik. Jangan Kau biarkan kami menentukan nasib kami sendiri. Sungguh saya menyerahkan sebulatnya kepada Allah swt.


Buat sahabat-sahabat saya ingin mengajak semua untuk tetap patuh dan taat dengan perintah Allah. Ianya sangat menenangkan bukan menyusahkan. Tiada yang lebih indah apabila hati kita itu bersama-sama Allah. Hiudplah di dunia ini sebagai hamba yang taat selagi masih bernyawa. Taat dengan ilmu, taat dengan mengenali siapa Allah. Allah itu pencinta kita yang abadi. Jangan biarkan hidup kita berlalu dengan sia-sia. Tinggalkan kemaksiatan segera kerana kita tidak tahu bila ajal menjemput kita. Wallahualam.


p/s : bagaimana dengan temuduga teman saya tadi ya.. semoga Allah memberikan yang terbaik untuk kamu. Allah bersamamu. insyaAllah.

No comments: