Assalamualaikum…
Dah
hampir 2 minggu saya tidak update apa-apa disini.. saya andaikan bahawa blog
saya ini adalah kayu ukur tahap muhasabah saya dengan Allah swt. Apabila saya
jarang menulis dan bermonolog dengan diri sendiri, bermakna saya kurang muhasabah
diri saya. Moga Allah ampunkan diri saya ini. Di tengah kesibukan belajar dan
berpersatuan kadangkala membuatkan saya lupa untuk memikirkan tentang diri
saya. Moga Allah swt sentiasa memberikan hidayah kepada saya seiring dengan
kesibukan sebagai seorang pelajar. Moga diri saya juga sempat untuk memikiirkan
dosa, kemaksiatan yang saya lakukan walaupun sedikit kesedaran yang hadir
supaya saya tidak terus leka.. itulah kehidupan seorang manusia yang sentiasa
bermain tali diantara kebaikan dan kemaksiatan. Yang mana imannya kadangkala
naik dan adakalanya jatuh.. namun diharapkan jatuhnya kita bukanlah sehingga
tidak mampu bangkit lagi.. nauzubillah.. teruskan berjuang wahai diriku dan
sahabat.. berjuang untuk kehidupan yang lebih baik di akhirat kelak.
Kali
ini saya hanya ingin berkongsi tentang kehidupan saya dan diri saya yang punya
impian. Impian yang terpaksa dikorbankan dengan impian juga. Melihat kejayaan
seorang sahabat yang berjaya bergraduasi sebagai pelajar degree membuatkan saya
menangis kerana dua perasaan yang berbaur. Pertamanya, terharu melihat sahabat
yang sering bersama bergraduasi dan segak bersama jubah dan scroll yang
diperolehi. Segala titik peluh, jerih, payah beliau terubat. Ayah sahabat saya
tu pun turut menangis di sepanjang majlis konvo berlangsung. Bangga dengan
percampaian anaknya. Dan perasaan kedua saya ialah.. bila saya akan memperolehi
kegembiraan seperti beliau.. saya menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi
untuk berjuang sehabis-habisan demi impian saya dan juga membanggakan kedua
mama dan abah.. mungkin bagi sesetengah orang menganggap belajar hanya sekadar
untuk segulung ijazah itu bukanlah apa-apa. Benar.. tapi saya bukanlah sekadar
mahu mengajar segulung ijazah itu.. saya juga mahu memperolehi ilmu-ilmu yang
bermanfaat untuk digunakan di lapangan ummah. Cuma itu adalah satu kejayaan
buat saya sekiranya dapat mencapai tahap yang tertinggi dalam kehidupan saya.
Satu kepuasan.
Saya
katakan bahawa impian saya perlu kepada pengorbanan impian yang lain kerana
sememangnya di dalam diri setiap insan ada impian di dalam hidup yang
diinginkan dan saya fokuskan disini adalah sebagai seorang gadis, wanita atau
perempuan. Adalah impian saya sendiri yang saya terpaksa korbankan demi
mencapai kejayaan di dalam pelajaran terlebih dahulu. Sebab saya melihat untuk
memegang semua tanggungjawab serentak itu tidak mudah bagi saya. Cumanya say
berserah kepada Allah yang mengatur hidup saya. Cuma yang mampu saya katakan
ialah saya tidak mampu untuk memiliki pelbagai tanggungjawab dalam masa yang
sama walaupun hati kecil saya rasakan bahawa saya mampu. Cumanya di alam
reality saya bimbang saya tidak mampu untuk melunaskan semua perkara. Akhirnya
yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.. namun, Allah swt punya kuasa
untuk memampukan saya.. Kita hanya
merancang..
Buat
adik-adik saya yang masih belajar dan menuntut ilmu seperti saya, jangan mudah
putus asa di dalam menuntut ilmu. Teruskan belajar dan jangan buang masa. Saya
teringat kata-kata mama “ "belajarlah selagimana mama dan abah masih mampu cari duit untuk ika belajar” .
Buat adik-adik juga, manfaatkan masa muda dengan perkara yang bermanfaat dan
jangan pernah leka dalam menuntut ilmu. Tinggi darjatnya disisi Allah orang
yang menuntut ilmu.. selamat menuntut ilmu semua.. wallahualam.
p/s
: moga dipermudahkan Allah untuk siapkan THESIS..
No comments:
Post a Comment