Assalamualaikum…
Alhamdulillah
diri ini masih lagi mahu menulis walaupun tidak serancak dahulu. Tapi bukan
bermakna cinta kepada penulisan ini terkubur begitu sahaja. Mungkin diri saya
sendiri yang banyak berusan dengan manusia di alam sebenar menyebabkan saya
agak terputus hubungan dengan dunia maya khususnya di blog ini.. di facebook
masih aktif lagi atas urusan persatuan dan ukhwah dengan sahabat-sahabat..
Alhamdulillah
dan tahniah juga diucapkan kepada sahabat-sahabat yang berjaya membina baitul
muslim masing-masing dan semoga anda semua berbahagia di dunia dan akhirat
bersama pasangan masing-masing. InsyaAllah.
Disini
saya ingin kongsikan sesuatu yang menjadi pergolakan di dalam diri setiap insan
dan juga kepada diri saya sendiri. Sukar bukan untuk istiqamah dalam
melaksanakan sesuatu kebaikan seandainya diri kita jarang melaksanakannya? Begitu
juga dengan diri ini yang lemah ini. Sangat sukar juga untuk berpegang janji
dengan Allah swt bahawa kita mahu berubah dan memohon keampunan dariNya.
Sewaktu solat taubat kita berjanji sungguh-sungguh sehingga menitis air mata
bahawa kita menyesal atas segala dosa dan kemaksiatan yang kita lakukan. Namun begitu
adakalanya dan mungkin selalunya kita lupa akan janji kita sendiri.
Astaghfirullahalazim.. Mujurlah Allah masih menghadirkan rasa keinsafan di
dalam diri.. mujurlah Allah menyibukkan diri di dalam perjuangan islam hingga
membuatkan diri muhasabah diri sendiri.. mujurlah Allah masih kurniakan sahabat-sahabat
yang menjadi cerminan diri.. mujurlah Allah masih sayang walaupun dalam waktu
itu masih lagi bertatih-tatih dalam meluruskan diri sendiri yang pernah
bengkok..
Hakikatnya proses meluruskan diri itu mengambil masa yang panjang dan memerlukan pengorbanan.. seorang bayi tidak akan berjaya berjalan dan berlari sebelum mereka tidak jatuh dan rebah sewaktu berusaha untuk pandai berjalan dan berlari.. begitu juga diri manusia yang diuji dengan dosa sendiri.. di mata manusia jika seorang yang tampak baik kemudian melakukan maksiat itu seorang yang munafiq dan menunjuk-nunjuk. Sedangkan kita tidak tahu ujian dan pahit getir yang sedang dihadapinya dalam bermujahdah melawan keinginan dan kemaksiatn yang dilakukan. Dan bagi mereka yang mengalaminya pula bukanlah satu tiket untuk dia berterusan melakukan kemaksiatan apabila masyarakat memandang baik apa yang berlaku ke atas dirinya. Kedua-dua pihak perlu melakukan satu tindakan yang mendekatkan diri kepada Allah swt. Dan sesungguhnya apa yang dinilai oleh Allah swt adalah sejauh mana ketaqwaan seseorang..
Tertarik
dengan satu hadis yang memujuk diri sendiri agar bersemangat dalam memperbaiki
diri sendiri. Rasulullah s.a.w dalam sabdanya :
“ Semua anak Adam itu
bersalah dan paling baik orang yang melakukan kesalahan ialah mereka yang
bertaubat (daripada kesalahannya)” -
Hadith riwayat at Tirmidhi dan Ibn Majah-
Kesimpulannya,
buat semua sahabat-sahabat yang disayangi.. sesungguhnya pintu taubat itu masih
terbuka luas dan masih sempat untuk kita pulang ke pangkal jalan.. Kita doakan
semoga kita tabah dan tetap istiqamah dalam menuju ke arah kebaikan demi
redhaNya insyaAllah… amen..
No comments:
Post a Comment