expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

06 September 2012

Rezeki, Jodoh, Ajal


Assalamualaikum…

Hujan rintik-rintik diluar jendela menemani kepekatan malam yang hitam lagi pekat.. teringat satu perumpaan bagi orang-orang yang jahil itu adalah seperti mencari semut hitam di dalam gelap.. bermaksud tiada cahaya buat dirinya.. tiada hidayah dari Allah buatnya..  Jahil yang dimaksudkan bukan lah orang yang sememangnya tidak mengetahui tentang islam.. tetapi orang yang tidak mahu mendengar tentang islam sedangkan islam itu telah sampai kepadanya.. maka Allah tarik hidayah daripadanya untuk selama-lamanya.. nauzubillah.. moga kita semua tidak tergolong di dalam golongan tersebut.. mereka mendengar tetapi buat-buat tak dengar dan mereka itu lebih hina daripada binatang.. astaghfirullahalazim.. moga Allah masih mengurniakan hidayah buat sahabat-sahabat yang masih terleka dan juga tidak melupakan diri saya untuk sentiasa berada di dalam naunganNya..

Rezeki, Jodoh dan Ajal..

Ketiga-tiganya telah ditetapkan oleh Allah swt kepada kita sejak azali lagi.. namun begitu terdapat juga ketentuan yang boleh diubah seperti rezeki dimana sekiranya kita berusaha lebih maka Allah akan memberikan ganjaran mengikut usaha kita tersebut.. saya Cuma mahu relatekan ketiga-tiga perkara ini dengan kehidupan saya sendiri.


Rezeki..

Sudah menjadi ketetapan Allah swt bahawa kehidupan hambaNya ini penuh berliku-liku dan kehidupan orang lain juga begitu.. Setiap orang bakal diuji olehNya. Namun mengenai rezeki diri saya dalam menempuhi  kehidupan ini, bagi saya sangat unik.. Jika norma kehidupan biasa bagi seorang individu itu akan belajar di sekolah, kemudian sambung ke uni dan akhirnya bekerja.. Ya.. itu norma kebiasaan bagi adat atau uruf manusia di dunia. Dan sudah semestinya ada ujian di setiap fasa kehdiupannya. Dan kehidupan saya mungkin berbeza daripada norma-norma masyarakat di sekeliling saya. Alhamdulillah Allah menguji saya dengan membuatkan saya terpaksa u-turn setelah saya hamper-hampir berada di fasa terakhir sebagai seorang penuntut di ipt.. namun begitu saya bersyukur kerana dengan u-turn ini membuatkan saya menimba begitu banyak pengalamn hidup.. Guru yang terbaik adalah pengalaman hidup.. Saya mulai percaya bahawa kehidupan itu tidak semudah yang disangka.. bukan semua kehidupan itu diatur satu persatu mengikut fasa, dan tingkat yang tertentu seperti mana kita di sekolah dahulu.. selepas masuh darjah satu, akan masuk darjah dua dan seterusnya.. tidak sama sekali.. ada kemungkinan kita perlu u-turn dan mengulangi kembali fasa yang kita telah lepasi. Itulah aturan dan rezeki kehidupan buat saya untuk kali ini. Yang kini membentuk siapa diri saya sekarang. Alhamdulillah..

Moga kaki ini terus melangkah demi ilmu dan keredhaanNya


Jodoh..

Soal jodoh itu juga merupakan sesuatu yang menjadi konflik yang rumit dalam kehidupan saya. Tetapi mungkin di peringkat pemilihan jodoh. Saya dipermudahkan oleh Allah tentang itu tetapi  disusahkan sedikit olehNya dalam fasa untuk membentuk baitul Muslim idaman. Saya terkejut di saat bapa saudara saya mengucapkan syukur apabila sudah mengetahui bahawa saya mempunyai pilihan hati yang insyaAllah yang terbaik untuk saya.  Baik dari akhlak dan agamanya. Mungkin ada kelemahan pada dirinya tetapi itu semua adalah pinjaman Allah sahaja. Saya tidak memandang semua itu. Cukup dengan doa dan istikharah saya yang memberikan ketenangan dalam hati saat memilihnya. Berbalik kepada ucapan syukur bapa saudara saya tadi, baru saya mengerti mengapa begitu. Saya berkongsi cerita dengan sahabat-sahabat yang masih tidak bertemu dengan calon bakal zauj dan dihimpit dengan tekanan family dalam memilih calon suami. Rumit kata mereka. Sukar sekali. Saya kehairanan. Kenapa begitu?? Kemudian saya bermuhasabah diri.. Itulah ketentuan Allah swt. Tak semua orang memiliki jalan yang sama dan Allah menguji setiap orang dengan kemampuannya sendiri. Itulah jodoh. Bukan mudah utnuk mencari  seseorang yang memahami perjuangan , pengorbanan, jihad dan sebagainya. Bukan mudah mencari  seorang lelaki yang bertanggungjawab pada keluarga. Bukan mudah mencari seorang bakal suami yang mampu menggalakkan isterinya berjuang. Bukan mudah mencari seorang lelaki yang sanggup bertegas dengan seorang wanita yang dikasihi supaya kuat dalam mengahadapi dugaan dalam hidup. HAKIKATNYA BUKAN MUDAH MENCARI SEORANG LELAKI YANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP AGAMANYA!!


comel kucing ni..


Ajal..

Saya merenung ke langit sambil merasai udara dingin malam yang baru sahaj disimbahi hujan.. terfikir sejenak, bila ajal saya akan tiba.. dapatkah lagi saya merasainya esok, lusa atau hari-hari seterusnya?? Saya terbayangkan tubuh saya yang kaku dan dikafankan. Dikuburkan. Bagaimana diri saya ketika itu? Adakah di dalam keadaan berbahagia atau sebaliknya. Adakah kematian itu kerehatan buat saya atau pintu neraka buat saya. Satu persatu dosa terbayang di mata. Ya Allah ampunkan dosa hambaMu ini.. Ampunkan dosa sahabat-sahabatku, ibu bapaku. Hakikatnya hidup ini sementara dan akhirat kekal abadi. Dunia adalah ladang ternakan bagi akhirat nanti. Biarkan dunia ini hanya berada di tangan dan bukan di hati dan jiwa. Mengapa tidak mahu melaksanakan perintahNya sedangkan aku tahu siksaan yang bakal menunggu. Moga Allah ampunkan dosa kita wahai sahabatku.




Cukuplah saya bercerita sampai disitu. Moga penulisan ini mampu memberikan semangat untuk kita menjadi lebih baik. Moga Allah jadikan hati kita hati yang diperisai oleh iman dan taqwa. Moga segala titik hitam itu pergi jauh dan sejauh yang mungkin dari hati kita. Kita hanya mahukan hati yang bersih untuk dipersembahkan kepada Allah swt.. Allah swt sedang melihat hati-hati kita.. wallahualam..

p/s : Moga Allah limpahkan rezeki dan mempermudahkan urusan kami jua..

No comments: