expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

08 September 2012

Perkahwinan bukan kisah dongeng


Assalamualaikum…

Saya masih kepenatan dengan kesibukan waktu siang tadi menjadi driver dan juga berniaga untuk persatuan kami. Namun saya gagahkan jua diri ini untuk menulis sesuatu yang menjadi perkara yang saya bimbangkan sekarang dan mungkin juga bukan saya bahkan mereka yang mengerti erti perkahwinan dan telah melaluinya dengan penuh mencabar.

Saya teringat kata-kata seorang murobbi saya yang juga seorang senior saya, seorang peguam dan juga seorang isteri. Dunia perkahwinan itu tak seperti yang kamu bayangkan. Itu katanya. Saya rasa saya mengerti maksud ustazah itu tapi saya tak tahu orang lain. Apa yang saya dapat tangkap ialah ustazah menujukan kata-kata itu kepada golongan yang menganggap perkahwinan itu selalu indah. Bersuami, punyai anak, hubungan yang halal, kemanisan dalam berumah tangga. Hakikatnya saya memandang perkawinan itu jauh lagi. Perkahwinan itu ada sedikit kemanisan pada awalnya, kemudian gelora yang kadang-kadang kecil dan kadang-kadang besar yang boleh menyebabkan berlakunya konflik apabila dua pandangan atau sikap yang berbeza tidak dapat disatukan, kemudian disertai dengan tanggungjawab yang sangat berat, sehingga kita boleh terlupa bahawa kita harus mencintai pasangan kita, dan sedikit kemanisan lagi bila sesuatu masalah dapat diselesaikan bersama. Sekiranya perkahwinan itu seperti yang dianggapi oleh ramai pemuda dan pemudi zaman sekarang ini, pada pendapat saya ramai yang akan jemu kerana si isteri asyik mahu dibelai, sang suami pula pening kepala nak melayan kerenah si isteri, kemudian asyik berpegangan tangan, bahagia dan sentiasa seronok dalam rumah tangga. Berkejar-kejaran bak pelakon Hindustan. Demi Allah itu semua khalayan. Sedar tak sedar diri sendiri sudah terkasima dengan semua itu lalu jiwa memberontak mahu kahwin awal walau assignment sendiri tidak mampu dilunaskan.

Saya terkasima dan terkejut melihat satu gambar di facebook berkenaan dengan ruang-ruang di antara jari seorang wanita. Disitu ditulis bahawa kenapa Allah jadikan ruang-ruang itu adalah untuk dipenuhi dengan jari jemari suami kita nanti. Lalu buat sang teruna dan dara dan juga mereka yang beragama mula berkhayal. “Saya mahu ruang jari saya dipenuhi oleh bakal suami” “ saya menanti seseorang yang bakal memenuhi ruang antara jari saya” Subhanallah.. mudah benar ya kita terperangkap.. Di waktu sahabat saya menambah “ mane hadis kate macam tu?” dan respon saya pulak “rasenye penah dengar pasal ruang antara jari ni cuma pasal anggaran jarak hari kiamat dengan zaman nabi dulu.. itu ade le..” adakah sahabat-sahabat semua pernah terkena? Berfikirlah secara rasional  wahai sahabat yang saya sayangi.

Maaf jika saya seperti menentang fitrah anda semua yang ingin dicintai dan sebagainya dalam keadaan yang halal. Tetapi saya tidak menolak fitrah itu, saya cuma menyampaikan satu pencerahan yang sekadar saya mampu supaya sahabat saya sedar akan keadaan ini. Saya berbincang dengan seorang teman yang sudah berkahwin yang melaluinya sendiri. Bukan dengan membuat penilaian saya sendiri.

Iye.. bukan tak ada kenikmatan dan kemanisan dalam perkahwinan.. tetapi berpadalah dalam membayangkan atau mengimiginasikannya. Dan ditambah pula dengan pelbagai ayat provokasi yang hanya akan menambahkan lagi bunga-bunga cinta kemaksiatan di taman larangan. Sedar diri dari khayalan dan cuba mengkaji apakah perkahwinan itu sebenarnya. Dan saya sarankan buat semua yang bakal mendirikan rumah tangga agar memahami psikologi seorang wanita dan lelaki. Jika kita tak kenal siapa itu wanita atau jejaka, masakan kita dapat mengenali pasangan kita dan belajar memahaminya. Pemikiran seorang lelaki atau wanita itu adalah perkara asas yang perlu diketahui sebelum kita menerokai pelbagai lagi pemikiran pasangan. Dan saya juga menyeru agar sahabat-sahabat menyelami diri adakah diri sendiri itu bertanggungjawab untuk diri sendiri. Cuba juga selami erti perkahwinan yang sebenar. Bukan hanya asyik bercinta dan bercinta sehingga terlupa dalam melayari bahtera ada jerung yang menunggu mangsanya. Hasil perbincangan dengan sahabat saya tadi juga saya membuat kesimpulan secara saintifik bahawa konflik rumah tangga adalah pengstabil dalam keharmonian rumah tangga yang mana perlu diadunkan dengan mengikut kebijaksanaan setiap pasangan. Dan hasilnya insyaAllah bahagia hingga ke syurga.  Wallahualam.

Dari diri yang belum berkahwin tetapi cuba memahami  dan belajar dengan mereka yang melaluinya.

1 comment:

Anonymous said...

Perkahwinan itu bukan suatu yang pasti tetapi kematian itu suatu yang pasti..

selamat beramal ^^