Assalamualaikum…
Saya
masih kepenatan dengan kesibukan waktu siang tadi menjadi driver dan juga
berniaga untuk persatuan kami. Namun saya gagahkan jua diri ini untuk menulis
sesuatu yang menjadi perkara yang saya bimbangkan sekarang dan mungkin juga
bukan saya bahkan mereka yang mengerti erti perkahwinan dan telah melaluinya
dengan penuh mencabar.
Saya
teringat kata-kata seorang murobbi saya yang juga seorang senior saya, seorang
peguam dan juga seorang isteri. Dunia perkahwinan itu tak seperti yang kamu
bayangkan. Itu katanya. Saya rasa saya mengerti maksud ustazah itu tapi saya
tak tahu orang lain. Apa yang saya dapat tangkap ialah ustazah menujukan
kata-kata itu kepada golongan yang menganggap perkahwinan itu selalu indah.
Bersuami, punyai anak, hubungan yang halal, kemanisan dalam berumah tangga.
Hakikatnya saya memandang perkawinan itu jauh lagi. Perkahwinan itu ada sedikit
kemanisan pada awalnya, kemudian gelora yang kadang-kadang kecil dan
kadang-kadang besar yang boleh menyebabkan berlakunya konflik apabila dua pandangan
atau sikap yang berbeza tidak dapat disatukan, kemudian disertai dengan
tanggungjawab yang sangat berat, sehingga kita boleh terlupa bahawa kita harus
mencintai pasangan kita, dan sedikit kemanisan lagi bila sesuatu masalah dapat
diselesaikan bersama. Sekiranya perkahwinan itu seperti yang dianggapi oleh
ramai pemuda dan pemudi zaman sekarang ini, pada pendapat saya ramai yang akan
jemu kerana si isteri asyik mahu dibelai, sang suami pula pening kepala nak
melayan kerenah si isteri, kemudian asyik berpegangan tangan, bahagia dan
sentiasa seronok dalam rumah tangga. Berkejar-kejaran bak pelakon Hindustan.
Demi Allah itu semua khalayan. Sedar tak sedar diri sendiri sudah terkasima
dengan semua itu lalu jiwa memberontak mahu kahwin awal walau assignment
sendiri tidak mampu dilunaskan.
Saya
terkasima dan terkejut melihat satu gambar di facebook berkenaan dengan
ruang-ruang di antara jari seorang wanita. Disitu ditulis bahawa kenapa Allah
jadikan ruang-ruang itu adalah untuk dipenuhi dengan jari jemari suami kita
nanti. Lalu buat sang teruna dan dara dan juga mereka yang beragama mula
berkhayal. “Saya mahu ruang jari saya dipenuhi oleh bakal suami” “ saya menanti
seseorang yang bakal memenuhi ruang antara jari saya” Subhanallah.. mudah benar
ya kita terperangkap.. Di waktu sahabat saya menambah “ mane hadis kate macam
tu?” dan respon saya pulak “rasenye penah dengar pasal ruang antara jari ni cuma
pasal anggaran jarak hari kiamat dengan zaman nabi dulu.. itu ade le..” adakah
sahabat-sahabat semua pernah terkena? Berfikirlah secara rasional wahai sahabat yang saya sayangi.
Maaf
jika saya seperti menentang fitrah anda semua yang ingin dicintai dan
sebagainya dalam keadaan yang halal. Tetapi saya tidak menolak fitrah itu, saya
cuma menyampaikan satu pencerahan yang sekadar saya mampu supaya sahabat saya
sedar akan keadaan ini. Saya berbincang dengan seorang teman yang sudah
berkahwin yang melaluinya sendiri. Bukan dengan membuat penilaian saya sendiri.
Iye..
bukan tak ada kenikmatan dan kemanisan dalam perkahwinan.. tetapi berpadalah
dalam membayangkan atau mengimiginasikannya. Dan ditambah pula dengan pelbagai
ayat provokasi yang hanya akan menambahkan lagi bunga-bunga cinta kemaksiatan
di taman larangan. Sedar diri dari khayalan dan cuba mengkaji apakah
perkahwinan itu sebenarnya. Dan saya sarankan buat semua yang bakal mendirikan
rumah tangga agar memahami psikologi seorang wanita dan lelaki. Jika kita tak
kenal siapa itu wanita atau jejaka, masakan kita dapat mengenali pasangan kita
dan belajar memahaminya. Pemikiran seorang lelaki atau wanita itu adalah
perkara asas yang perlu diketahui sebelum kita menerokai pelbagai lagi
pemikiran pasangan. Dan saya juga menyeru agar sahabat-sahabat menyelami diri
adakah diri sendiri itu bertanggungjawab untuk diri sendiri. Cuba juga selami
erti perkahwinan yang sebenar. Bukan hanya asyik bercinta dan bercinta sehingga
terlupa dalam melayari bahtera ada jerung yang menunggu mangsanya. Hasil perbincangan
dengan sahabat saya tadi juga saya membuat kesimpulan secara saintifik bahawa
konflik rumah tangga adalah pengstabil dalam keharmonian rumah tangga yang mana
perlu diadunkan dengan mengikut kebijaksanaan setiap pasangan. Dan hasilnya
insyaAllah bahagia hingga ke syurga. Wallahualam.
Dari
diri yang belum berkahwin tetapi cuba memahami
dan belajar dengan mereka yang melaluinya.
1 comment:
Perkahwinan itu bukan suatu yang pasti tetapi kematian itu suatu yang pasti..
selamat beramal ^^
Post a Comment