Assalamualaikum…
kali ni saya update lagi.. Alhamdulillah.. semakin hari semakin diberi kekuatan
oleh Allah swt untuk menulis disini..
Nikmaaaat..
tapi… tak semua orang mahukannya.. Hm2.. macam mana tu ye? Bila kita menyebut
perkara yang berkaitan dengan nikmat sudah semstinga terbayang difikiran kita
nikmat makan, nikmat kerehatan, nikmat syurga, nikmat tidur dan semua jenis
nikmat tu pasti memberikan kesenangan dan keselesaan pada kita.. tapi nikmat
yang saya ingin bicarakan bukanlah nikmat yang menjanjikan keselasaan tetapi
nikmat yang nak tempuhinya perlu bersakit-saki dan penuh ujian..
Itulah
nikmat yang saya rasakan sekarang.. Bukan mahu berbangga dengan apa yang saya
ada tetapi hanya mahu berkongsi sebenarnya Allah swt itu bersikap adil kepada
makhlukNya. Saya rasa nikmat apabila diuji dan membuatkan saya rasa sakit di
dalam hati. Saya rasa nikmat bila Allah tak biarkan saya bersenang lenang di
dunia ini.. saya rasa nikmat bila Allah swt membuatkan saya menitiskan air mata
apabila menerima ujianNya. Kenapa nikmat?
Ianya
menjadi satu kenikmatan apabila ujian yang datang di twistkan kepada perkara
yang positif. Mujahadah nafsu daripada kemaksiatan di dalam hati dan tindakan
dapat dilalui dengan mudah apabila segalanya ditwistkan atau diterjemahkan
dalam perkara yang positif. Tatkala itu saya mampu tersenyum lebar biarpun
ianya menyakitkan apabila saya dipertemukan Allah kepada kenikmatan berada di
dalam jalan yang mana sunnahnya sangat mencabar..
Kadangkala
saya bimbang juga jika niat saya bermujahadah ini semata-mata untuk mendapatkan imbangan
daripada Allah swt. Lalu apakah cara yan
dapat saya kembali kepada niat agar ikhlas dalam jaan ini? Bermuhasabah Syuur
Allah mendetikkan di dalam hati perasaan begitu..
Akhirnya,
saya memohon kepada Allah swt agar memberikan nikmat yang saya perolehi ini
juga kepada sahabat yang saya sayangi kerana Allah swt. Segala-galanya saya
letakkan hanya kerana Allah kerana itu sahaja matlamat akhir buat kita semua
sebagai hambaNya. Allah yang maha mengatur segala sesuatu. Saya kini mampu
tersenyum di dalam duka dan moga Allah sentiasa memelihara hati saya agar saya
tetap di dalam jalanNya. Tiada apa yang saya pinta melainkan pengakhiran yang
baik.
Di
saat saya gagal, saya sedih, saya berduka ataupun saya kepenatan, saya tahu itu
semua tanda kasih sayang Allah buat saya..
ya Allah.. ku mohon agar diri ini tidak berpaling lagi dari hidayahMu..
sungguh!!
p/s
: Moga titik hitam itu makin hilang.. T_T.. Bukan untuk saya je.. untuk awak juga.. (BZ)
No comments:
Post a Comment