Hidup kita ini biarlah memberi kebaikan kepada orang lain. Bukanlah menyusahkan kehidupan orang lain.Hmm.. kate2 ini ana selalu semat dalam diri ana tetapi kadangkala ana sendiri tanpa disangka dah menyusahkan diri ana yang selale memendam dengan niat tak mahu orang lain terasa dengan ana dan supaya orang lain bergembira. Ana silap sebab tak semua orang berfikir seperti yang ana fikirkan. Ada orang lebih suka agar orang lain berterus-terang dengan apa yang orang lain terasa dengan diri mereka sendiri. Dan ada orang yang lebih suka memendam seperi ana ini yang kadangkala buat hati sendiri sakit tanpa sebab. Susahnya juka diri ini seorang yang sangat suke memendam rasa. Kita sentiasa inginkan orang lain bahagia walaupun diri kita terluka. Tapi, kadangkala kita mengharapkan orang lain mengerti bahawa kita juga mengharapkan mereka juga berbuat sedemikian kepada kita. Hai… entahlah. Makin difikir makin maigrin ana nie. Tak pe lah.
Hmmm… sebenarnye ana banyak memendam sekarang ni yang tak boleh ana luahkan disini sebab kehidupan peribadi ana bukan untuk tatapan orang ramai. Ya Allah ana memohon seribu kekuatan dariMu. Mengape diri ana begitu mudah terasa sedangkan ana ini siapa sahaja untuk terasa dengan manusia makhluk ciptaan Engkau Ya Allah. Hati ana sering merintih kerana kelemahan ana ini yang ana rasa sesuatu sikap yang paling dibenci oleh diri ana sendiri tetapi sukar benar untuk dibuang. Ya Allah, jika ada sesuatu alat yang boleh buang sifat terasa ana ni,memang ana akan beli. Tetapi, sebenarnye itu adalah inner side kite. Kite yang control tapi kenapa ana tak kuat nak control? Ana tahu syaitan tengah berdekah2 ketawakan ana sekarang nie. Kalau la ana nampak je iblis2 tu, nak je ana bagi satu tumbukan yang padu kat muka dorang tu. Kenape kamu semua tak habis2 nak ganggu hidupku ha?!! Dalam solat kau ganggu kekhusyukkanku untuk berhadapan dengan Allah sampai mengalir air mataku ini. Bisilkan2mu itu buat ana terlantar kesakitan merindui ketenangan bersama Allah. Syaitan yang zalim lagi meyesatkan anak adam. Tunggulah engkau di hari kebangkitan kelak.
Ya Allah, tiap kali sujudku, aku pinta agar Kau peluki daku dengan selimut ketenangan beribadah kepadaMu. Ku pohon agar telingaku mendengar setiap bait2 kata surat cintaMu untukku. Aku rindu untuk bertemu diriMu. Aku takut untuk menongkah arus kehidupan didunia ini yang semakin ahri semakin menarikku leka dari mengingatiMu. Ya Allah biarlah dunia itu hanya di tanganku bukan dijiwaku. Ya Allah, begitu romantisnya cintaMu terhadap hambaMu tetapi kenape sukar benar kami menghargainya. Huhu… Ya Allah syaitan telah mentertawakan diriku, aku mohon kau gembirakan hatiku dan buatkanlah syaitan2 itu menangis melihatku untuk kubalas ketawa mereka kepadaku. Jahanam syaitan yang direjam!! Jahanam Taghut!! Aku benci kalian!! Kerana kalian aku tersiksa begini. Kerana kalian aku hampir hilang pedoman. Huhu.. Ya Allah aku lemah…
"Allah matlamatku"
No comments:
Post a Comment