Kematian itu pasti…
“nenek ana sakit tenat di rumah ana enti…”
Malam tu ana dapat msg dari sahabat ana tentang neneknye. Entah mengapa terimbau kenangan silam yang melibatkan pemergian seorang yang agak rapat dengan ana.
Arwah Mohd Rasulludin bin Bakri… semoga rohmu dicucuri Allah adikku..
3 tahun yang lalu…
“kak ika buat ape tu?” Rasul bertanya kepadaku dengan begitu ramah sekali. Waktu tu ana akan menghadapi peperiksaan sijil khas kolej dan oleh kerana itu terpaksalah melaksanakan tugas ana as student untuk belajar waktu itu. Pagi tu di rumah nenek ana sibuk dengan persiapan untuk majlis menyambut menantu Ayah Su ana.
“Rasul, kenape makan banyak sangat nieh?” Seloroh ana bile melihat sepupu ana yang dari tadi tak berhenti makannye. Tapi ana tak kisah sebab die pun lelaki dan sedang membesar.
“Kak ika, hamdan mane? Rasul nak jumpe die. Nak dengar die ngaji al quran. Hamdan masuk tilawah kan?” Ana tersenyum mendengar kata2 Rasul yang juga mewakili sekolahnye dalam tilawah. Memang suaranya sedap tapi sayang ana tak pernah mendengar dia bertaranum. Tak mengapalah. Mendengar suaranya melaungkan azan sudah mencukupi. “Hamdan kat rumah lah Rasul. Dier tak nak keluar rumah sebab banyak kerja katanya. Nak exam plak tue.Petang nanti die datang lah tu ngan Pak Ngah”
Diberanda rumah nenek ana, ana berbual denga sepupuku itu. Saja melihat2 handsetnye. Hai ana pun tak der hp sendiri lagi. Tak pe lah dorang ni berduit. Hehe.. ana melihat msg dari papa dan mama nya. Tak de ape pun yang pelik. Tapi Rasul cakp dier suke dengar lagu Pergi Tak Kembali dari Rabbani. Ana hanya tersenyum.
Petang itu…
Ana sibuk membalut telur untuk tetamu pada majlis esoknyer. Rasul berada di sebelah ana sambil memerhatikan kami semua yang perempuan membalut telur dengan bungkusan yang sedia ada. Azan maghrib telah berkumandang. To kana yang ana panggil ayah menunaikan solat berjemaah bersama tok chi kana dan pak cik ana. Ana solat agak lewat sedikit kerana semua saudara mara memenuhi bilik solat di rumah nenek ana tu.
“Kak ika, rasul nak balik umah. Nak mandi dan solat”
“Hmm.. solat jelah kat sini. Dah gelap ni Rasul. Nak balik ngan sape?”
Rasul berlalu ke dapur sambil mencari tok ki nyer. Ana tak mendengar suaranya lagi…
“Pak Mat! Cucu pak mat eksiden ngan lembu kat depan kedai cik ngah tadi!!”
Terkejut ana mendengar kekecohan diluar rumah disertai tangisan daripada wan ana. Ya Allah…
Ana termenung sendirian. Nasi tak dijamah oleh ana. Mengenangkan perbualan terakhira ana dan Rasul sebentar tadi… Rupa2nya mama ana sempat memangku kepala Rasul selepas eksiden tadi. Sedih apabila mengenangkan. Malam itu suram dengan peristiwa itu.
Keesokkannya..
"Mama… ika nak pergi lawat Rasul kat hospital." Air mata ana bergenang lagi tanpa ditahan. Disuruh makan, ana tidak mahu. Lagi laju selepas menerima berita bahawa dia semakin kritikal. Hamdan, adik ana pasrah dengan berita yang akan diterima walaupun dia tidak berkesempatan untuk berjumpa dengannya. Ana lihat adik ana itu ke bilik solat dan menunaikan solat sunat. Hati semakin tersentuh. Pada waktu malamnya, mama ana meminta agar Ayah Su ana dan Mak Su ana yang merupakan pengantin baru pada hari tu untuk dibawa ke wad icu. Terlihat sebujur jasad di pembaringan. Hmm.. Semoga engkau cepat sembuh. Ana pulang ke Kisas agak lewat daripada biasa. Sahabat2 ana di Kisas mula risau dan mendoakan semua berjalan lancar. Hari seterusnya ana perlu pulang ke Kisas.
“ Mama, macam mane Rasul?”
‘…Hmm.. sabar la ika.. Allah lebih sayangkan Rasul…”
Gangang telefon diletakkan setelah memberi salam kepada mamaku. Air mata mencurah2 tanpa dapat ditahan. Segala kenangan silam tergambar di mata. Ana merebahkan diri di katil sambil menelekupkan muka ke bantal. Ya Allah… cucurilah rohnya.. Sahabat2 ana datang menenangkan ana yang agak lemah di waktu itu. Dunia terasa gelap seketika. Malamnya, ana sedekahkan yassin buatnya dan solat ana dibasahi air mata yang mengalir tanpa henti. Peperiksaan Sijil Khas Kolej tak dapat ana jawab dengan baik kerana terkenang akan arwah. Ana menjawab dengan tangisan.
“ Ika jangan nangis, nanti dia kan tersiksa..” Sahabat ana menasihati. Hmm.. benar katamu wahai sahabat.. Ana mengesat sisa air mata yang masih berbaki..
Kini, genap tiga tahun engkau pergi adikku..
Kak ika harap dirimu berada di samping roh2 orang yang soleh..
Sesungguhyan kak ika juga akan menjejaki dirimu dik…
Wallahua’lam
~~<@
ana dapat berita dari papanye selepas 40 hari pemergian arwah, papanya bermimpi berjumpa dengan arwah dalam keadaan yang sangat bersih dan kacak. Kuburnya terbentang luas. Subhannallah. Semoga itu petanda yang baik untukmu.. Al fatihah..
"Allah matlamatku"
No comments:
Post a Comment