expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

06 March 2009

Mencari Ketenangan...

Alhamdulillah kerana telah dikurniakan ketenangan yang sungguh nikmat. Sambil mendengar bait2 lagu dendangan Hafiz Hamidun and Irshade, Taubat, buat hati ni bertambah sayu plak. Muhasabah diri dengan kekhilafan yang rasanya dah banyak ana lakukan. Hai.. terfikir tak kite sama ada Allah terima atau tidak taubat kite nie ye? Wallahua'alam. Semoga diterima taubat kite semua.

Kita selalu cepat lupa bile bergembira dengan sahabat2 handai, bergelak ketawa. Lupa bahawa kita telah diperhatikan olehNya. Tanpa sedari kita dah buat satu kesilapan yang Allah tak suka. Hai.. Tapi tak mengapa kerana Allah itu maha pengampun.. Tapi bile dah buat salah tue, kenalah cepat2 bertaubat dan jangan ditangguhkan kerana ajal itu bila2. kan?

Kat sini ana nak letak lirik lagu Taubat yang ana maksudkan tue. semoga dapat manfaat bersama...
Hati hiba mengenangkan,
Dosa-dosa yang kulakukan,
Oh Tuhan Maha Kuasa,
Terima taubat hamba berdosa,
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
terimalah, terimalah, terimalah,
taubatku ini
Telah aku merasakan,
derita jiwa dan perasaaan,
kerna hilang dari jalan,
menuju redhoMu ya Tuhan
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
terimalah,terimalah,terimalah
taubatku ini
Dihamparan ini ku meminta,
moga taubatku diterima..
Ku akui kelemahan diri,
ku insafi kekurangan ini,
kukesali kejahilan ini,
terimalah,terimalah, terimalah,
taubatku ini
"Allah matlamatku"

1 comment:

Unknown said...

assalamualaikum

ana pun tersentuh bila dengar lagu ni, memang berkesan sangat liriknya :)