expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

07 March 2009

Penapis kecil ana..



"Mama tak suke kamu pakai!"


Satu tusukan kata2 terus menusuk kedalam hati ana bile mendengar kata2 mama itu. Ana tahu mama dan abah bimbang denga keselamatan ana bile ber'filter' nie. Tapi hatiku tetap yakin dengan niat ana ini. Sudah 2 bulan ana setia bersamanya kemana saje ana pergi. Pergi makan di kedai, berjalan2 di pasaraya bersama sahabat2 ana, makan bersama sahabat non-muslim. Mereka semua dapat menerimaku seadanya malah ada yang bertanya denganku tentang filter nie. Ana tak rasa didikriminasikan pun malah semangat ana untuk teruskan perjuangan islam tu makin berkobar. Dengan cara ini, ana dapat memberi pemahaman kepada semua sahabat ana yang islam itu bukan extream!! Tapi kenape pemakaian ana ini dipanggil extream?!! Semuanya gara2 orentalis yang sengaja melabelkan golongan yang ingin memperjuangkan islam ini extream supaya masyarakat takut untuk dekati mereka dan ana tidak akan biarkan semua itu terus berlaku..


"ika dengar tak mama cakap nie? Abah pun dah sedih tu.."


Serta-merta air mata kesedihan mula membasahi 'filterku'. Dari setitis kepada entah berapa ml pun ana tak tahu. Ana terdiam seribu bahasa bile mama berkata begitu. Perbualan di telefon hanya menjadi satu hala. Setiap kata2 mama, ana dengari dan bertambah laju pula kilang air mata beroperasi. Satu demi satu sedu berbunyi dari dada ana.. Sahabat ana disebelah mula terkejut dan menenangkan diri ini. Memang mereka tak sedar sebab tak nampak ana dah berjujuran sejak tadi. Diri ini ingin bersuara, tapi tersekat pula suara ana dikerongkong. Huhu.. tak dapat untuk diteruskan lagi kata2.Di dalam hati berdoa, Ya Allah lembutkanlah hati kedua ibu bapaku..


Selepas solat asar, air mata berjujuran kembali.. hati ini semakin pedih dan mencari2 kekuatan diri. Ya Allah, tolong hambaMu ini yang lemah. Bukan aku tidak mahu mendengar kata2 ibu bapaku. Tapi hatiku kuat mengatakan bahawa ini jalanku dan pilihanku. Ku mohon redhoMu dan redho kedua orang tuaku. Adakah jalanku ini salah? Hatiku bermonolog lagi. Telekung sudah basah lencun dengan air mata ana yang memang bergelen2 ni.




Penyokong Kuat Ana...
... Salam adik...
... Salam. nape?...
...mama ngan abah marah lagi ke?....
... tak dah...
....pastu?...
...pastu ape?...
...ika boleh pakai ke?...
...hmm.. tak boleh rasenye...
...huhu.. dah bile ika boleh pakai?...
...tak tahu la.. tapi pakai je kat maktab tu. Itu hak peribadi..
... tapi, mama dan abah marah.. camne?...
... tak pe..yang tu tak pe.. macam pakai serban jugak. Orang susah nak terime.. cikgu hafizah kat sekolah pun pakai. Tapi waktu ngjar die bukak. Takde masalah pun..( cikgu hafizah nie ajar kimia kalau tak silap)
... cakap kat mama dan abah ika minta maaf..
... k, salam..
Rasenye, perbualan ana dan adik ana nie dah gambarkan segala2nya. =).. syukran adikku yang sentiasa menyokong kakakmu ini.. Memang adik ana mengetahui apa yang tersirat dihati ana tiap kali memandang muslimah2 'ninja' nie. My bodyguard ni akan senyum dan galakkan ana untuk teruskan niat ana tue. huhu.. Dia lah adik and abang ana. Sebab ana takde abang. Oleh kerana adik ana nie besar cam ayah orang, so takde beza pun. Hati ana berbunag riang kerana ada yang menyokong dari belakang.
Baitul Muslim ana?
Tibe2 sahaja ana terfikir tentang kehidupan ana akan datang. Hmm.. adakah bakal suami ana akan terima keadaan ana nie? hmmm...
Yang pasti ana akan buat bakal suami ana bangga kerana memperolehi isteri yang akan menjadi sayap kiri perjuangan nya yang akan melengkapi hidupnya. InsyaAllah..

"Allah matlamatku"

5 comments:

mujahid_crystal89 said...

Hm..no comment.

Familiy...

Such a difficult one to filled everybody's heart with a word.

Allah always be with u..

menTibangLaut said...

sudah brg pasti ada pihak yg meniup semangat nti dr belakang,keep up ur effort n put ur full trust towards Allah..

juz satu ja nk pesan, jgn smpe benda yg dikhilafkn ini mmpu mngundang kemurkaan dr ibu n ayh..

kalu mmg ada dalil yg btol2 wajibkn, cm kes solat, xslh kalu kta inkar ngn larangn parent 2,sbb mmg bnda 2 wajib wat,tp kes nti nih, ada khilaf dlm pemwajiban pemakaiannya,terserahlah kpd nti,u know urself btter than others know, may Allah bless u..

nwy,thumbs up to u..!!~

Nurul_Islam said...

Syukran to those who left their comments about my entry. Anyway, alhamdulillah coz my parents insyaAllah will accept my decision but balik kampung nanti kena berbincang dengan panjang lebar lagi..It's ok. Setiap yang berlaku pasti ade hikmahnya. Anwy syukran again

Martha said...

sabar tak hanya ketika kita mengalami musibah , sabar ketika beristikomah dalam satu amalan juga tak kalah pentingnya. di situlah kekuatan amal. saat ada ujian yang datang ketika kita mengamalkan agama ini. seorang anak kecil di perancis pernah di paksa oleh ibu guru nya tuk lepaskan jilbab nya tetapi anak itu tetap dengan pendirian nya, ibu guru bertanya"bagaimana ibu dapat melepaskan jilbab yang kau kenakan, rayu Ibu guru .."
Anak itu menjawab "Ibu guru ambil ibu punya pedang tebas leher saya, hanya dengan cara itu jilbab ini akan lepas.."
seorang anak kecil yang di biasakan dalam lingkunagn dawah dan talim dalam rumah tangga akan muncul roh agama dalam diri nya. semoga kita dapat bagian dari pelajaran kisah diatas amin...

*f@ryh@* said...

ika..tabik spring arr mmpu jaga smua mutiara yg ika dapt smpai ke tahap ni..papepun u know the besr for u urself..fikirlah la yg terbaik, ieha stuju ngan menTibanglaut pnye suggestion n opinion..