expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

12 April 2011

BIG SUPRISE!!??

Assalamualaikum sahabat-sahabat yang disayangi kerana Allah sekalian.. Alhamdulillah ana berjaya membuat capaian internet dari rumah melalui broadband kepunyaan my big brother kat umah ni.. Ada masa untuk post entry baru di blog yang usang ini. Dan empunya blog ini sudah mula rindu kepada studynya di kolej.. kesibukannya bermeeting.. suka dan duka waktu menuntut ilmu dan juga dengan kertas-kertas dan buku-buku yang agak penuh di meja study untuk buat assignment.. huhu.. Agak-agaknya bila dah grad dan dah tinggal dunia study mesti rasa lagi rindu kan?? Takpe la.. kita akan membudayakan budaya belajar dalam kehidupan seterusnya pula ye..

Hm2.. Big surprise?? Kenapakah? Limaza? Why? Sebenarnye ana terkejut bila buka television di rumah ni. Bukan terkejut sebab mama dan abah beli tv plasma ye? Atau beli home theater .. (sememangnya itu hanyalah membazirkan wang!!). Tapi sebab terkejut dengan program televisionnya. Okey.. ana memang dah lama tak bukak television melainkan hanya membaca di blog dan berita secara online sahaja di lappy ana yang comel dengan capaian stremix university di KIPSAS dan memang tak bukak langsung tentang berita artis paling hot atau artis bercerai dalam murai.com atau ape-ape sahaja yang berkaitan dengannya. Huhu.. jadinya, bila buka semua channel buat ana agak terkejut dan berfikir panjang serta terdiam seketika.. Hm2.. Tengok ada lagi program Akademi Fantasia, lepas tu ada pulak program Ada Berani Ke? 1 vs 0 (macam tu kot nama programnya), lepas tu program nyanyi-nyanyi ape ntah lagi. Huhu.. yang pasti ana tengok kebanyakan program disertai oleh remaja MELAYU macam ana dan kite semua yang dalam lingkungan ana.. Kemudian ada pula yang bertudung pun bergelek sakan dan seumpama dengannya.. Hm2.. Kemudian ada la program khas untuk negeri Sarawak sebab nanti akan ada PRU negeri Sarawak ( Mungkin PRU13 pun tak lama lagi dah.. SILA DAFTAR PEMILIH BAGI YANG LAYAK YE). Yang tuuuuu.. no comment.. ana ada pendapat ana sendiri tentang sistem kempen ni.. Belajar dalam Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan ada menyatakan di dalam Bahagian 8 mengenai PILIHANRAYA dimana perlu melantik satu badan BEBAS untuk mengelolai prosese PR berjalan dengan adil dan bersih.. Hm2.. Adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya.. hm2.. xnak comment panjang-panjang pasal pilihanraya ni.. sekadar nak apply apa yang ana belajar sahaja..

Berbalik kepada isu program television tadi.. Ana terfikir bagaimana bangsa MELAYU nak maju dengan disumbati program-program hiburan macam tu ye? Adakah kita hanya mengejar popularity yang ada turun naik dan kadangkala turun terus tak bangun-bangun tu? Dimana kesedaran kita tentang kepentingan ilmu dan apa perancangan kita untuk membina bangsa yang maju?? Majukah kita dengan lambakan hiburan yang melampau-lampau itu?? Majukah kita dengan budaya-budaya luar yang semakin memadamkam budaya dan adat resam melayu itu sendiri??? Kita melatah apabila hak Raja kita dipertikaikan.. Kita melatah andai agama kita di dihenjak2.. Kita marah apabila bahasa kita dipolitikkan.. Tetapi… Bangsa kita sendiri yang membawa budaya luar dan akhirnya budaya kita lupus ditelan zaman.. Bagaimana tu ye???

Hm2.. bimbang juga dengan pengaruh television ni kerana walaupun ibu bapa menjaga anak-anak mereka daripada gejala social di luar, di dalam rumah lagi banyak godaannya rupanya. Buka je tv dan terpampang depan mata filem lucah dan sebagainya.. Hm2.. Apa lagi kalau ibu bapa tidak memantau apa yang anak mereka tonton. Allah.. cabaran ibu bapa di masa hadapan (sambil tunjuk pada diri sendiri yang bakal jadi ibu nanti) lagi banyak nampaknya.. Huhu.. Teringat ada satu kes dimana seorang budak boleh melakonkan perbuatan lucah yang ditontonya bersama sepupu.. Huhu.. Bukan depa duk jadi lagu tuh sebab orang ajak atau kawan-kawan ajak.. tapi depa duk tengok cita tu.. huhu.. Kuat lagi pengaruh tv dari kawan-kawan nampaknya..

Apa-apa pun sahabat-sahabat semua, untuk mengawal dan menguasai arus globalisasi ni memang payah seandainya kita tidak berkuasa. Pada pendapat ana, untuk menghadapi segala fitnah akhir zaman ini hanya dua perkara sahaja.. AKIDAH DAN TARBIAH. Akidah itu adalah kekuatan agama dan juga tarbiah itu adalah didikan. Bagaimana nak mengukuhkan akidah dan tarbiah?? Bermula dengan diri kita sendiri terlebih dahulu.. Ingatkan sahabat-sahabat, nasihati adik-adik dan peliharalah diri kita dan keluarga kita daripada azab api neraka Allah yang amat pedih.. Bagi diri kita (yang umur mungkin dah nak dirikan rumah tangga) sebelum membina sebuah keluarga yang soleh, lihat diri kita, tarbiah diri kita terlebih dahulu. Dunia semakin mencabar dan cabaran buat kita berlainan dengan ibu bapa kita sebelum ini. Persiapkan diri anda untuk berjuang merentasi arus kemodenan dan kejahilan. Jangan difahami konsep Baitul Muslim itu cuma kehidupan yang membahagiakan semata-mata.. padanya ada tanggungjawab yang lebih besar menanti.. itulah tugas khalifah di dunia ini yang mana gunung sendiri hancur kerana takut kepada tanggungjawab yang besar itu. Namun kita manusia dengan angkuh menerimanya.. Jadi, fikir-fikirkanlah bersama.. Moga Allah sentiasa bersama kita..Wallahualam..


p/s : asif(maaf) entrynya agak berterabur ya..

10 April 2011

My sweet home..

Assalamualaikum semua yang disayangi... InsyaAllah NI akan pulang bercuti semester untuk tiga bulan selepas ni.. (actually itu secara officially la.. Rasanya tak rasa 3 bulan sebab sibuk dengan program MPP).. InsyaAllah blog ini akan di update sekiranya terdapat capaian internet ye..


NI baru je angkut-angkut barang tadi.. Penat sangat sampai peluh jantan pun keluar.. huhu.. Alhamdulillah cuaca tak panas.. Kejap-kejap hujan.. NI sedang tunggu kakak NI untuk pick me up ni.. Doakan kejayaan NI ye.. Sem depan dah masuk SEM II tahun 2 dah.. InsyaAllah bakal menamatkan pengajian diploma pada hujung tahun 2012.. Jadi NI akan mengundi mungkin sebagai zaujah orang atau pelajar degree.. (statement gempaq aje.. main2 je ye).. NI nak sambung belajar lagi selepas diploma ni.. Biarlah lambat sedikit dari sahabat-sahabat yang lain..


Ok la ye.. semoga sahabat semua dalam lindungan Allah selalu dan bagi mereka yang bakal menempuh final exam, bittaufiq wannajah NI ucapkan.. bagi yang bercuti semester, selamat bercuti dan jaga iman, amal dan akhlak ye.. Bagi yang berlatihan industri moga Allah permudahkan segalanya.. ok.. ampun maaf jka ada salah silap di sepanjang semester ini.. assalamualaikum...blogger-emoticon.blogspot.com

09 April 2011

Migrain.. Sakit.. huhu..

Assalamualaikum...


Semalam outing dengan adik-adik bilik dan lepas balik dan bersihkan diri apa semua, rasa pening-pening sedikit lepas solat.. Malamnya plak perjumpaan.. Pening itu semakin mencengkam jiwa dan mulalah rasa macam nak marah orang.. Dalam liqa tu plak ana kena brainstorm banyak benda.. Kepala semakin berdenyut-denyut.. blogger-emoticon.blogspot.comDan kalau ikutkan perasaan dah macam mr onion ni dah... nak fikir sakit kepala ni lagi.. fikir tentang isu nak di bincang lagi.. Allah.. ujian-ujian... MIGRAINKU SUDAH DATANG LAGI!!.. huhuh.. dah lama tak kena dan sebelum ini memang kerap kena lebih-lebih lagi kat maktab.. huhu...

Balik je bilik lepas habis meeting, kepala makin denyut-denyut.. tapi boleh steady lagi borak-borak dengan budak bilik... roomates nak tengok cite Alice in the wonderland kat laptop ni.. Ambe bagi la.. Letak tengah-tengah laman bilik.. Kepala makin sakit.. Last-last mata dah tak boleh bukak.. ubat sakit migrain adalah tidur.. huhu.. Me tidur dan tak sedar jam berapa budak2 ni habis tengok movie.. Mentang-mentang la dah nak habis sem.. Next week dah start cuti sem 3 bulan... Ana banyak perancangan waktu cuti ni.. huhu...

Argh... masih sakit lagi kepala ni.. huhu.. Ya Allah sembuhkanlah.. Ya Syifa'.. Ok la ye sahabatku.. kepalaku sudah pening.. mata mahu terkatup.. huhu... daaaa... assalamualaikum..

08 April 2011

2 vs 1.. huhu

Assalamualaikum dan salam hari jumaat semuanya...

Hari ni dah ramai yang nak pulang ke rumah masing-masing.. ana masih di kampus sebab malam Sabtu ni ada meeting MPP.. Kena stay la maknanya tu.. insyaAllah hari Ahad ana bakal pulang ke rumah yang hanya mengambil masa 45 minit jaraknya lebih kurang.. hehe...

Tadi ke bilik sahabat.. Ingatkan nak jumpe Kak Dila.. rupe-rupenye Kak Dila udah pulang dan pulangnya ke Sabah nanti.. huhu.. dop sempat nok jupo nge Kak Dila.. (kecek kelate doh..).. Yang ada di dalam bilik hanyalah si pengantin baru dan juga bakal ibu.. Adeih.. Ni semua orang yang udah berkeluarga ni.. hehe.. Puan Sarah dan juga adikku Yati( comel aura ibu mengandung).. Mereka berdua nak pulang petang ni.. Hai.. orang dah bersuami memang la kena pulang cepat.. yang single2 ni sesuka hati je ye balik lewat... tak perlu fikir panjang.. ada urusan kerja di luar terus aja setuju.. huhu.. Takpe la.. menikmati zaman bujang.. hehe...


Tibe-tibe adikku Yati mengenakan balik diriku ini.. "Ala kak ika.. memang la waktu bujang agak bebas.. nak ke laut pun boleh ye... Kami pun boleh ke laut.. bukan sorang-sorang.. berdua lagi.." Ha?? Huhu.. "Ana cuba pertahankan diri.. ala.. gi dengan mak pun berdua jugak.. (mempertahankan hujah walaupun rasenye memang tak kena pun dengan isunya.. huhu).. Yati sambung lagi... "Tapi kami dengan suami.. ada pelindung.. lain kak ika..".. erk.. errrrrr... (mati akal sudey).. Tangan ana menguis-nguis katil sebab tak tahu nak jawab ape.. huhu... Si Puan Sarah pun tergelak kecil melihat perilaku diri ini.. huhu..Takpe2.. huhu.. Ye la.. keduanya sudah merasai pernikahan itu.. memang patut pun mereka jawab begitu... huhu.. Kepala tertunduk dan semua orang senyap... huhu...

Kak Ika bile nak kahwin?? Yati bertanya.. Erk?? Kepala tertunduk lagi.. kedengaran gelak kecil Puan Sarah.. huhu.. kelu lidah tak tahu nak jawab.. terbayang tanggungjawab dan macam-macam lagi.. Akhirnya tersengih aja sambil tunduk malu.. Huhu.. malu dengan mereka yang berstatus zaujah.. Tak tahu kenapa kalau bicara tentang Nikah. hati jadi malu.. huhu.. kadang-kadang buat-buat tak tahu.. Padahal telinga merah sudah.. Bila orang bertanya tentang ilmu rumah tangga, teori memang ana pakar lah juga.. Hasil pembacaan sendiri.. Keluar semua fakta, hadis, petua orang tua, buku-buku, ustaz.. Lepas tu tersipu malu sebab sedar diri ini masih belum mengalaminya.. Setiap kali dibicarakan tentangnya, pasti ada ayat ini "erk.. ini teori je tau.. saya tak tak nikah lagi.. not base on experience.. huhu..".. Malu-malu.. Lebih-lebih lagi bicaranya dengan orang yang sudah bergelar zaujah.. Me ni siapa aja.. huhu... namun ku hanya menyampaikan apa yang ku tahu.. ( Puan Sarah dan adik Yati gelakkan ana tadi pasal ni.. huhu)..


Huhu.. Malu sudah... sampai sini dulu ya entrinya.. huhu... Assalamualaikum...


p/s : Doakan saja lah ye.. huhu

07 April 2011

Satisfaction..

Assalamualaikum semua..blogger-emoticon.blogspot.com... Hari ni tamat sudah semester NI yang ketiga di KIPSAS ni.. another 3 semester.. Buka lembaran yang baru depan sudah masuk sem 4 dah.. Cepat betul masa berlalu kan??? Tadi lepas jawab paper English III, memang tersenyum aja.. Kenapa ya?? Semalam nak tidur nangis-nangis.. hehe.. Biasalah hidup ini penuh cabaran.. NI berjalan sorang-sorang aja.. Lepas tu terus balik bilik.. Alhamdulillah segala pujian kepada Allah swt yang memberikan nimat masa lapang dan manfaatkanlah.. Rasa ringan sedikit kepala ni lepas dah habis satu sem.. huhu...
blogger-emoticon.blogspot.com... Masa yang lapang NI guna untuk upgrade sedikit blog NSI ni.. Dah lama dah rupenye NI dengan dunia blogger tapi tak lah seterer mane.. Pengisian pun tak la sepower mana.. asalkan dapat memberi manfaat pada diri sendiri dan orang lain.. Kadang-kadang NI tulis pengalaman hidup NI tu supaya orang lain dapat belajar dan NI gunakan medium blog ni pun untuk luahkan perasaan NI tapi ada batasannya lah kan..NI masoh lagi belajar erti kehidupan ni.. hm2..



Apa-apa pun sekarang ni NI tak sabar nak balik umah jumpa dengan anak saudara NI dan NI bakal dapat anak saudara yang kedua plak dari kakak NI yang baru bernikah tahun lepas.. Alhamdulillah makin ceria keluarga besar Encik Rosli dan Puan Rodziah.. hehe.. Dah lama kat rumah takde budak kecil.. Semua orang udah besar panjang... jadi bile ada budak kecil ni rasa macam bahagia je dapat dengar budak2 ni gelak ape semua.. NI pun suke sangat la nak layan sebab NI xde anak sendiri.. InsyaAllah nanti bakal ada juga if berkesempatan untuk berumah tangga.. Nak tengok anak dara aka anak saudara Cik NI tak? (kalau kat umah panggil Cik Ika)



Ini budak sedang tidur.. Nurul Ain Najihah.. Puting tu xmau dilepaskannya..


Okey la.. sampai sini dulu la ye... Doakan kejayaan NI ye.. blogger-emoticon.blogspot.comblogger-emoticon.blogspot.com

06 April 2011

Mengimbau zaman sekolah.. =)

Assalamualaikum.. tibe-tibe terimbau kenangan waktu sekolah.. huhu.. check kat folder ada gambar dolu2 punya.. =)




Muslimat 5 Agama 12.. masa ni tahun 2006.. dah lama rupenye.. macam baru je ambil spm minggu lepas..=)



Ini waktu f4 atau f5 ye?? huhu.. f4 rasenye.. di uitm waktu math's day.. lain ke dari sekarang??? hm2..




Ini waktu F5.. kami pergi tempat buat duit.. The Royal Mint xsilap nama tempat tu... entah kemana cenderamata yang dapat kat situ.. huhu



Batch Muslimat F5 Gen51.. mane ana ye?? jenuh nak cari.. kecik2 je semua muka.. huhu.. ana di tengah barisan kedua dari bawah.. cari-cari carilah...



Ini waktu F4 di kisas tahun 2005.. setting di kelas 4 agama 12 bahagian belakang kelas... 3 orang dari sahabat ana dalam ni dah pi ovc (tahun akhir dah kot).. yang lain dalam Malaysia aja.. =)



Ini waktu F5.. saksikan mimik muka tak puas hati kena bergambar sebelah muslimin.. huhu..



Ha.. ini nostalgia punya gambar.. warna pun dah old school aja... darjah 4 tahun 1999.. me baris kedua, dua dari kiri (kat gambar yang separuh je nampak orangnya tu.. huhu)




Ini?? Hehe.. waktu F3.. dekat Pantai Balok sebab ada program motivasi.. me duduk depan sekali.. yang agak skema itu.. yang tak lipat lengan baju.. yang bercermin mata.. hehe.. boleh cari??



Sekolahku

Album : Satu Tekad
Munsyid : Unic
http://liriknasyid.com


Bertahun lama aku meninggalkan
Laman sekolah yang penuh kenangan
Memori indah mengusik di jiwa
Suka dan duka dalam memburu cita

Masih terbayang kenakalan teman
Usik mengusik bersenda gurauan
Kini setelah kita berjauhan
Semuanya itu menjadi kerinduan

Tetap segar dalam ingatan
Kali pertama berkenalan
Senyuman mesra menyimpulkan
Tali persahabatan

Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan

Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Semuanya tak ku peduli

Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan

Hingga kini masih ku simpan
Kata semangat buat bekalan
Pesanan guru menyalakan
Obor penyuluh kejayaan

Dan di sinilah tempat ku berlari
Jatuh tersungkur bangun kembali
Biar diranjau onak yang berduri
Semuanya tak ku peduli

Terkadang cinta jadi permainan
Namun di situ ku temu iktibar
Makin ku sedar erti kehidupan
Tak semudah yang difikirkan

Oh sekolaku, kau amat ku rindu
Tempat bermula ku menimba ilmu
Jasanmu guru mendidik daku
Namamu harum di dalam ingatan
"You're my lovely school, I love you, I miss you"

04 April 2011

Perkataan Keramat

Assalamualaikum...

Sabar... Sabar... Sabar...

Perkataan keramat yang sentiasa dipegang walau apa pun ujian yang mendatang dan hadapi dengan tenang.. Memetik kata-kata yang dihantar oleh sahabat tersayang.. Ieha..

◕✿•.¸¸✿◕♥ ALLAHU RABBI ♥✿.¸¸.•´✿◕

☆¨¯`♥ Allah lah yg MEMBUATmu..
mampu utk TERSENYUM walau sedang menangis
mampu utk BERTAHAN saat dikau hendak menyerah
mampu utk BERDOA saat kau kehabisan kata-kata
mampu utk MENCINTAI walau hatimu 'hancur' berkali-kali
mampu utk MENGERTI walau tak satupun memberi ERTI...
Dan Allah jua yang memberi HARAPAN & DOA agar menjadi KENYATAAN..☆¨¯`♥


Subhanallah begitu rupanya Allah memujuk diri yang dilanda ujian.. Apabila kesabaran itu menjadi benteng diri.. InsyaAllah akan tenang menghadapinya.. Tidak dibiarkan diri ini sendirian.. Dikurniakan sahabat sejati sebagai wadah, tamsilan dan juga jalan bagi DIA menyampaikan kata-kata sayang buat diri ini.. Sesungguhnya setiap yang berlaku itu ada hikmahnya bukan?? Maka bersabarlah dengan ujian yang hadir bertubi-tubi di dalam kehidupan ini.. SABAR... ^^

hari bersedih part 2

Assalamualaikum.. Innalillahiwainna ilaihi raji'un...

Hari ni satu perkara yang besar juga berlaku kepada diri ana ni. Entah macam mana ana boleh salah tafsir jadual exam hari ni. Tapi ana dah tengok jadual untuk hari ni banyak kali dan ternyata memang subjek Undang-Undang Perlemnagaan Persekutuan dan Perbandingan.. Tapi... tibe2 tadi sahabat-sahabat ana semua cakap hari ni Kontrak.. Allahuakbar.. Ana memang tak baca apa-apa tentang Kontrak walau satu pun.. hanya mengharapkan pembacaan dan tumpuan belajar di dalam kelas sahaja semata-mata.. dan pagi tu juga ana tak bawak buku akta.. jadi dengan tenang ana pulang dan tengok balik exam.. Ternyata memang benar hari ini exam Kontrak.. Kenapa selama ni ana tengok subjek UPP?? Hmm.. Allah hijab pandangan ana untuk melihat sesuatu kebenaran.. pasti ada dosa yang sangat dimurkaiNya.. Allah.. astaghfirullahalazim...

Ana ambil buku akta kontrak dan berjalan dengan tenang ke tempat exam.. sambil-sambil tu ana selak la buku kontrak tu.. Tibe-tibe.. Allahuakbar.. sedar-sedar ana dah jatuh dalam longkang.. huhu... Ujian apa yang Allah timpakan pada ana ni.. Tadi ana sedar ada longkang di hadapan ana.. Tapi kenapa kaki ni tak sampai nak melangkah.. lebam kaki ana.. terhencot-hencot.. Tangan ana luka sedikit tergeser dengan tanah.. Lihat sekeliling dan memang takde orang pun yang melihat.. Ana bangun dan bersihkan tanah di tapak tangan.. Air mata mahu menitis.. tapi ana tahan juga..

Masuk ke dewan exam dengan sabar dan cuba tenangkan diri.. tapi tangan menggeletar bila nak tulis no matrik.. Allah.. sabar-sabar dengan ujian ni.. Tawakal dengan jawapan yang bakal diberi.. Alhamdulillah buku akta banyak membantu untuk menjawab soalan dan juga ingatan-ingatan terhadap apa yang telah dipelajari dalam kelas.. hanya itu talian hayat yang ana ada.. huhu.. Namun begitu, sememangnya jawapan yang diberikan sangat-sangat tidak memuaskan.. Yang islamic's part memang tidak tahu nak jawab sebab dah blur sangat-sangat.. Allah..

Bila pulang dari exam.. kaki melangkah ke bilik Kak Dila dan Sarah.. mengadu dan menangis.. Syukran sahabat.. menemani daku menangis.. Dan ana akan teruskan jua langkah biarpun ana tahu untuk semester ini pointer mungkin agak jatuh.. kepada Allah ana berserah dan moga Allah ampunkan dosa-dosa ana.. moga kesabaran ana ini dipandang olehNya.. Allah...

03 April 2011

Me in emo..emo..emo..

Assalamualaikum... Ndak tahu macam mana perasaan dan apa ndak difikir buat masa sekarang.. me in emo..emo..emo..emo...


sedang lagi study....study hard



Stress... huhu...stress



keliru kot....?...?


specky gurl...^^


Hai.. udah-udah la ye bermain wahai Nurul Atika Binti Rosli.. letakkan Allah sebagai matlamat dan bergembiralah....bye2... bye Assalamualaikum..

BM yang menjadi fitnah..

Assalamualaikum…

Disana-sini ramai yang menyebut-nyebut tentang baitul muslim, indahnya hidup berbaitul muslim dan bukan lah sikap NI untuk membangkang perbicaraan baitul muslim dikalangan pemuda dan pemudi seangkatan NI. Namun begitu NI bersedih hati apabila konsep BM disalah tafsir lebih-lebih lagi kepada mereka yang berada di dalam gerakan islam. Entah la.. hati menjerit-jerit mahu sahaja bertanya apa sebenarnya mereka fahami tentang Baitul Muslim ni?? Bila sebut Baitul Muslim semuanya tersimpul malu. Apa kalian fikirkan? Kenikmatan? Cinta? Kebahagiaan?

Benar.. itu semua adalah rencah di dalam kehidupan berumahtangga. Namun adakah antum semua berfikir tentang BAITUL HARAKAH yang antum semua perlu bina? Ana sedih apabila melihat sahabat yang sebelum nikah merupakan seorang sahabiah yang menjadi tempat adik-adik bertanya masalah agama, seorang sahabiah yang berkobar-kobar semangatnya dalam perjuangannya. Namun bila sahaja dia bernikah, keluar kata-kata yang tidak enak didengar oleh adik-adik usrah. “Akak.. kenapa akak tu dah berubah? Adik rase takut nak damping akak tu.. rasa jauh.. akak jangan kahwin lagi ye.. adik masih perlukan akak dan bimbingan akak.. tidak mahu akak jauh dari kami kerana nikah..” Allah.. fitnah apa yang telah berlaku ini?? Diri ana mahu menegur, tapi layakkan ana kerana diri ini mungkin tidak memahami bagaimana kehidupan seorang zaujah itu. Ana hanya tersenyum dengan kata-kata adik usrah ana itu. Di dalam hati dan kotak fikiran masih ligat memikirkan apa yang terjadi sebenarnya. Adakah pernikahan itu membunuh jiwa murobbi seorang manusia kepada manusia yang punyai talian ukhwah dengannya?? Allahuakbar.. Ana cuba memahami tetapi semakin sesak dengan aduan adik-adik dan juga kadang-kadang datang jua perasaan mengapa kamu menjadi asing dari sahabat-sahabat??

Sahabat-sahabat..

Ana mungkin masih belum bernikah dan Alhamdulillah Allah membuka ruang kotak pemikiran ana untuk menyingkap erti baitul dakwah atau baitul harakah ini dengan seluas-luasnya. Melihat fenomena yang berlaku membuatkan ana berfikir, ana nanti bagaimana? Apakah kefahaman ana tentang BM yang sebenar? Adakah ana juga akan menjadi lesu selepas bernikah?? Allahuakbar.. diri ini bukanlah seorang yang hebat tarbiyyahnya.. diri ini seorang yang lemah dan iman pun banyak yang menurun darjatnya.. mengambil keputusan untuk lebih memahami Baitul Muslim dari aspek baitul harakah membuatkan diri ini lebih berfikir jauh daripada kenikmatan baitul Muslim itu sendiri. Ana mula terfikir bagaimana hebatnya tarbiyyah Handzalah dalam perjuangan sehingga sanggup meninggalkan isteri tercinta di malam pertama demi seruan jihad. Ana mula terfikir bagaimana tabahnya Asy- Syahid Imam Hasan Al-Banna apabila mendengar berita kematian anaknya tatkala sedang memberi ucapan tajdid di hadapan para pengikutnya. Hanya dibisik kepada sahabatnya agar menguruskan jenazah anaknya dan bukan kerana hilangnya sifat kasih sayang seorang bapa namun dalam bicaranya yang tenang itu menunjukkan betapa dia meletakkan pergantungan yang tinggi kepada Allah dan masih ada tokoh-tokoh yang lain juga sebegitu.. Bagaimana diri kita yang berbangga-bangga dengan laungan perjuangan?? Masih berfikir tentang nikmat kesenangan dunia??

Ya.. ana masih belum diuji dengan semua itu, namun ana hanya ingin menyampaikan kepada sahabat-sahabat agar menyusun dan perbetulkan niat dan kefahaman dalam membina baitul harakah itu sebaiknya. Andai ana diuji, peringatkanlah kerana tangan yang menaip ini lebih dekat dengan diri penulis ini sendiri. Telinga ini lebih dekat dengan mulut yang berbicara. Dan apabila sesuatu itu disampaikan nescaya diri juga turut diuji. Semoga sahabat-sahabat semua berfikir dan mengupas isu baitul muslim ini sebaiknya. Maaf andai tersalah bicara dan segalanya dari Allah, berserta Allah.. Wallahualam..

Akhir kalam dari penulis muda picisan…Nurul Islam..

01 April 2011

Hari bersedih

Assalamualaikum...

Hari ni hari bersedih bagi NI dan lagu yang NI dengar dari Nasyid.fm ni pun seolah-olah membayangkan perasaan NI sekarang ni.. Entah la.. Bile jawab exam tadi rase sangat-sangat sedih.. NI tak dapat jawab dengan baik.. Ni keluar dari dewan exam tadi dengan kepala membayangkan wajah mama dan abah.. Allahuakbar.. tak tahu la nak cakap apa lagi.. NI diuji dengan amanah yang sangat berat untuk dipikul oleh NI untuk semester kali ni.. Sebenarnya NI selalu je rasa berat dan tertekan juga dengan tanggungjawab sehingga menyebabkan NI sendiri cuba untuk sembunyikan kesedihan tu dengan tidak mahu menunjukkan kesedihan tu pada sahabat-sahabat. Bukan nak tunjuk NI kuat tapi NI tahu sahabat-sahabat pun mempunyai masalah sendiri. NI tak boleh nak salahkan amanah ni jadi penyebab pointer NI turun ke atau NI ada masalah dalam study..

Ye.. benar NI semester ni banyak dugaan melanda NI tanpa memberitahu pada orang lain.. Masalah kesihatan NI sendiri yang tak mampu nak buat banyak kerja.. Selalu kepenatan dan kadang-kadang tertidur di dalam kelas.. Tak mampu nak bagi tumpuan dalam kelas dan banyak lagi.. Allah.. NI dilema dengan amanah seorang pelajar, pemimpin dan lebih-lebih lagi seorang anak sendiri.

Tadi telefon mama.. mama cakap NI ni ade fikir perkara lain ke? Macam mana boleh tak yakin bila jawab exam tadi.. Allahuakbar.. Fikir perkara lain?? Mungkin.. hidup NI bukan pada belajar sahaja wahai mamaku.. huhu.. Tapi mama ada bagi semangat supaya cuba lagi.. Cume NI sedih la kalau result tak berapa bagus macam sebelum-sebelum ni.. NI pernah mengalami kegagalan dalam hidup dan hakikatnya sangat perit untuk ditelan.. Allahuakbar.. tapi ditempuhi juga...

Tatkala ini airmata NI satu persatu menitis.. Mungkin inilah balasan Allah dan ujian buat NI.. Mungkin NI tak jaga hati dan masa NI sendiri.. Alhamdulillah Allah menguji NI sekarang untuk menyedarkan NI.. Niat kena betul-betul kerana Allah.. Tapi NI bersedih juga ni.. bukan lah NI sedih kalau xdapat the best dalam batch.. Tapi lagi NI sedih takut jadi fitnah dalam perjuangan NI.. Ya Allah.. bantulah hambaMu ini..

NI tak tahu mahu mengadu pada sesiapa.. jadi NI mengadu pada blog je ye... T_T... Sahabat-sahabat semua doakan NI ye biar berjaya dunia dan akhirat.. Takbir!!