expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

03 April 2011

BM yang menjadi fitnah..

Assalamualaikum…

Disana-sini ramai yang menyebut-nyebut tentang baitul muslim, indahnya hidup berbaitul muslim dan bukan lah sikap NI untuk membangkang perbicaraan baitul muslim dikalangan pemuda dan pemudi seangkatan NI. Namun begitu NI bersedih hati apabila konsep BM disalah tafsir lebih-lebih lagi kepada mereka yang berada di dalam gerakan islam. Entah la.. hati menjerit-jerit mahu sahaja bertanya apa sebenarnya mereka fahami tentang Baitul Muslim ni?? Bila sebut Baitul Muslim semuanya tersimpul malu. Apa kalian fikirkan? Kenikmatan? Cinta? Kebahagiaan?

Benar.. itu semua adalah rencah di dalam kehidupan berumahtangga. Namun adakah antum semua berfikir tentang BAITUL HARAKAH yang antum semua perlu bina? Ana sedih apabila melihat sahabat yang sebelum nikah merupakan seorang sahabiah yang menjadi tempat adik-adik bertanya masalah agama, seorang sahabiah yang berkobar-kobar semangatnya dalam perjuangannya. Namun bila sahaja dia bernikah, keluar kata-kata yang tidak enak didengar oleh adik-adik usrah. “Akak.. kenapa akak tu dah berubah? Adik rase takut nak damping akak tu.. rasa jauh.. akak jangan kahwin lagi ye.. adik masih perlukan akak dan bimbingan akak.. tidak mahu akak jauh dari kami kerana nikah..” Allah.. fitnah apa yang telah berlaku ini?? Diri ana mahu menegur, tapi layakkan ana kerana diri ini mungkin tidak memahami bagaimana kehidupan seorang zaujah itu. Ana hanya tersenyum dengan kata-kata adik usrah ana itu. Di dalam hati dan kotak fikiran masih ligat memikirkan apa yang terjadi sebenarnya. Adakah pernikahan itu membunuh jiwa murobbi seorang manusia kepada manusia yang punyai talian ukhwah dengannya?? Allahuakbar.. Ana cuba memahami tetapi semakin sesak dengan aduan adik-adik dan juga kadang-kadang datang jua perasaan mengapa kamu menjadi asing dari sahabat-sahabat??

Sahabat-sahabat..

Ana mungkin masih belum bernikah dan Alhamdulillah Allah membuka ruang kotak pemikiran ana untuk menyingkap erti baitul dakwah atau baitul harakah ini dengan seluas-luasnya. Melihat fenomena yang berlaku membuatkan ana berfikir, ana nanti bagaimana? Apakah kefahaman ana tentang BM yang sebenar? Adakah ana juga akan menjadi lesu selepas bernikah?? Allahuakbar.. diri ini bukanlah seorang yang hebat tarbiyyahnya.. diri ini seorang yang lemah dan iman pun banyak yang menurun darjatnya.. mengambil keputusan untuk lebih memahami Baitul Muslim dari aspek baitul harakah membuatkan diri ini lebih berfikir jauh daripada kenikmatan baitul Muslim itu sendiri. Ana mula terfikir bagaimana hebatnya tarbiyyah Handzalah dalam perjuangan sehingga sanggup meninggalkan isteri tercinta di malam pertama demi seruan jihad. Ana mula terfikir bagaimana tabahnya Asy- Syahid Imam Hasan Al-Banna apabila mendengar berita kematian anaknya tatkala sedang memberi ucapan tajdid di hadapan para pengikutnya. Hanya dibisik kepada sahabatnya agar menguruskan jenazah anaknya dan bukan kerana hilangnya sifat kasih sayang seorang bapa namun dalam bicaranya yang tenang itu menunjukkan betapa dia meletakkan pergantungan yang tinggi kepada Allah dan masih ada tokoh-tokoh yang lain juga sebegitu.. Bagaimana diri kita yang berbangga-bangga dengan laungan perjuangan?? Masih berfikir tentang nikmat kesenangan dunia??

Ya.. ana masih belum diuji dengan semua itu, namun ana hanya ingin menyampaikan kepada sahabat-sahabat agar menyusun dan perbetulkan niat dan kefahaman dalam membina baitul harakah itu sebaiknya. Andai ana diuji, peringatkanlah kerana tangan yang menaip ini lebih dekat dengan diri penulis ini sendiri. Telinga ini lebih dekat dengan mulut yang berbicara. Dan apabila sesuatu itu disampaikan nescaya diri juga turut diuji. Semoga sahabat-sahabat semua berfikir dan mengupas isu baitul muslim ini sebaiknya. Maaf andai tersalah bicara dan segalanya dari Allah, berserta Allah.. Wallahualam..

Akhir kalam dari penulis muda picisan…Nurul Islam..

No comments: