expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

04 April 2011

hari bersedih part 2

Assalamualaikum.. Innalillahiwainna ilaihi raji'un...

Hari ni satu perkara yang besar juga berlaku kepada diri ana ni. Entah macam mana ana boleh salah tafsir jadual exam hari ni. Tapi ana dah tengok jadual untuk hari ni banyak kali dan ternyata memang subjek Undang-Undang Perlemnagaan Persekutuan dan Perbandingan.. Tapi... tibe2 tadi sahabat-sahabat ana semua cakap hari ni Kontrak.. Allahuakbar.. Ana memang tak baca apa-apa tentang Kontrak walau satu pun.. hanya mengharapkan pembacaan dan tumpuan belajar di dalam kelas sahaja semata-mata.. dan pagi tu juga ana tak bawak buku akta.. jadi dengan tenang ana pulang dan tengok balik exam.. Ternyata memang benar hari ini exam Kontrak.. Kenapa selama ni ana tengok subjek UPP?? Hmm.. Allah hijab pandangan ana untuk melihat sesuatu kebenaran.. pasti ada dosa yang sangat dimurkaiNya.. Allah.. astaghfirullahalazim...

Ana ambil buku akta kontrak dan berjalan dengan tenang ke tempat exam.. sambil-sambil tu ana selak la buku kontrak tu.. Tibe-tibe.. Allahuakbar.. sedar-sedar ana dah jatuh dalam longkang.. huhu... Ujian apa yang Allah timpakan pada ana ni.. Tadi ana sedar ada longkang di hadapan ana.. Tapi kenapa kaki ni tak sampai nak melangkah.. lebam kaki ana.. terhencot-hencot.. Tangan ana luka sedikit tergeser dengan tanah.. Lihat sekeliling dan memang takde orang pun yang melihat.. Ana bangun dan bersihkan tanah di tapak tangan.. Air mata mahu menitis.. tapi ana tahan juga..

Masuk ke dewan exam dengan sabar dan cuba tenangkan diri.. tapi tangan menggeletar bila nak tulis no matrik.. Allah.. sabar-sabar dengan ujian ni.. Tawakal dengan jawapan yang bakal diberi.. Alhamdulillah buku akta banyak membantu untuk menjawab soalan dan juga ingatan-ingatan terhadap apa yang telah dipelajari dalam kelas.. hanya itu talian hayat yang ana ada.. huhu.. Namun begitu, sememangnya jawapan yang diberikan sangat-sangat tidak memuaskan.. Yang islamic's part memang tidak tahu nak jawab sebab dah blur sangat-sangat.. Allah..

Bila pulang dari exam.. kaki melangkah ke bilik Kak Dila dan Sarah.. mengadu dan menangis.. Syukran sahabat.. menemani daku menangis.. Dan ana akan teruskan jua langkah biarpun ana tahu untuk semester ini pointer mungkin agak jatuh.. kepada Allah ana berserah dan moga Allah ampunkan dosa-dosa ana.. moga kesabaran ana ini dipandang olehNya.. Allah...

1 comment:

::muslihah zaki:: said...

Allahurobbi.. kalau tika terjatuh longkang, akak pula terhantuk pintu kereta semalam.. "itula yang jadi bila mata pandang pintu..tapi dlm kepala dok fikir dan fokus hal lain..".. masyaAllah.. salam prjuangan.. :)..