expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

21 March 2009

5 Uniques In KISAS..(^_^)

Salamunalaik...

Hmm.. kali nie Nurul nak bawak satu entry mengenai sekolah yang Nurul sangat rindui until now. Kolej Islam Sultan Alam Shah.. Bukan nak assobiah ye. Ayat yang sering digunakan oleh budak2 kisasian, assobiah. Huhu.. tapi sekadar ingin mengembalikan nostalgia disana. Bukan ana tak ingat pada sekolah-sekolah ana yang lain, tapi just nak ceritakan tentang specialnyer KISAS nie. Sekolah ana yang lain pun special jugak. Kalu sebut tentang 5 Uniques in Kisas mesti akan terimbau segala sejarah silam ana di sana. huhu.. Sebenarnye, sebelum dapt tawaran ke Kisas, ana tak pernah menyangka ana akan menjejakan kai di bumi waqafan tu sebab dengan result ana just 8A1B, rase macm tak layak je nak masuk kesana. Ye lah betapa ramainyer pelajar yang mendapat result PMR yang lebih cemerlang dari ana yang berlumba-lumba untuk kesana. Memang dah terkubur hasrat tu sejak dapt result dulu. huhu.. Tetapi tak sangka Allah bagi ana peluang untuk mendapat tarbiah dan menuntut ilmu di sana. Alhamdulillah. Syukur sangat.


Hmmm. berbalik kepada topik ana mengenai 5 Uniques in Kisas. Ape yang uniknyer Kisas ni eik? ok lah biar ana terangkan ok. Buat sahabat2 Kisasian yang lain, kalau ana silap boleh ;ah tegur ana nie sebab tak lah terer sangat bab history of Kisas nie tapi tarbiah die best. Heheh..






5 UNIQUES IN KISAS>>


  • TARBIAH

  • TEACHERS

  • FRIENDS

  • BI'AH SOLEHAH

  • UKHUWAH



Ha.. nilah die 5 keunikkan di Kisas yang serinng menjadi topik perbualan x-kisas di maner2 pun. (kat website iluvislam memang ramai warganegara Kisas. Hehe). Kelima-lima perkara inilah yang membuatkan hati ana masih melekat di Kisas sebab kat sini lah ana jumpe kelima-lima perkara nie. Kadang2 ana nak wujudkan semua nie kat tempat ana study sekarang, tapi setakat nie mungkin tak semua ana dapat. Huhu.. tang bi'ah solehah itu sukar sungguh untuk ku perolehi. huhu.. tak mengapalah yang penting dalam hati kita tue tetap terjaga. InsyaAllah. Jom kite tengok ape benda tarbiah, teachers, friends, bi'ah solehah and ukhwah nie ye. Kalau salah, betulkan ana.



TARBIAH

Hmm.. tarbiah is my lujnah at my campus. heheh.. Ok, Tarbiah nie dalam arabic dan in Malay nyer ialah didikan. Tarbiah di Kisas bagi ana sangat mantap sehingga diri ana cukup terkesan dengan pentarbiahan Kisas nie even ana tak sempat untuk mengikuti program pentarbiahan yang di kelolai oleh akak2 dan abang2 kisas nie dulu. Ana cume berkesempatan untuk menjadi fasilitator untuk Kem Penyelarasan Usrah je waktu Form 5(KPU) sebab waktu f4 ana masuk agak lewat dan waktu itu semua program untuk f4 dah siap dijalankan. Jadi, ana hanya mampu mendengar dari sahabat2 bagaimana susana program pentarbiahan tue. Dengar kate sangat menyeronokkan. hmm.. Agak cemburu jugalah ana nie. tapi tak mengapalah tarbiah yang sedikit itu mungkin mencukupi untuk ana. kat Kisas nie bantak sangat program yang namanya singkat2 macam kat uia tue. KPTI, KPU dan pelbagai KP lagi. KPTI tue Kem Pentarbiahan Islamiah dan KP tue, Ketua Pelajar. hehe.. Sahabat2 ana cerite yang waktu kem tue dorang diberi barang amanah untuk dijaga. Ana wonder jugak ape benda barang amanah tue. Rupe2 nye biskut. Fuh, camne nak jaga tue, Comform la pecah. Huhu.. Tapi sebenarnye akak2 tu nak sematkan dalam diri adik2 nie semua yang biskut tu macam agama kita yang perlu dipelihara dan jangan dimusnahkan. Hebatkan analogi mereka nie. Ana tabik spring lah. huhu.. Ana pun penah jugak la amek fail adik2 junior nie waktu KPTI dorang. Dah pegi letak merata-rata kan. Lagipun Kem Komander dorang yang suh amek yang jugak sahabat ana nie.Hmm.. corak tarbiah di kisas nie sebenranye bukanlah untuk saje2 tapi untuk diaplikasi oleh student2 kisas nie dan ana merasakan tarbiah disana sangat berguna bila ana dah keluar dari Kisas. syukur sangat. Huhu..


TEACHERS

Cikgu-cikgu kat Kisas ni sangat berdedikasi dan begitu jugak cikgu2 kat sekolah lain. Ala, jadi cikgu mestilah berdedikasi dalam mendidik anak bangsa kan? Cece, ana pun bakal guru jugak. InsyaAllah jadi cikgu yang baik.Hmm.. Guru2 disini sangat best dan sanggup berkorban untuk pelajarnyer. Ana adalah antara student yang agak lemah dalam subjek English even ana sekarang bakal guru bi. (hmm.. pelik tue). Teacher ana Madam Rohazila dah buat macam2 kat ana nie untuk improve English sampai ana sendiri pun kena denda dengan Madam. Huhu.. kenangan pahit yang mnejadi manis sekrang sebab first time dalam sejarah hidup ana kena denda depan semua students. (tak yah la citer denda ape kan. hehe). tapi madam ana ni tak jemu2 suntik semangat dalm diri anak muridnye yang degil nie. hehe.. Tiap kali habis kelas mesti belia ucapkan May God bless you. Huhu.. miss it so much. Then ustazah2 yang sangat berhikmah dalam menyampaikan ilmu dan nasihat yang berguna wat kami sume nie. Ustazah Nik Hazifah yang setiap kali beliau bagi nasihat dan tazkirah ana akan dengar dengan penuh minat sampai dah pengaruhi ana sekarang nie. Hehe.. Syukran ustazah. Guru2 disini ibarat umi dan abi kami yang kedua kalau di sekolah. Ana ingat lagi warden kami, Puan Rosnani yang tak jemu2 mengejutkan kami bangun sahur walaupun after that ana pun tumbang balik. heheh.. Kalau kat Kisas nie ader je ustazah dan ustaz yang kasyaf. Mean yang tahu je ape yang kite buat. Dasyat2. Macam kat al azhar tue, kan ramai pensyarah mereka yang hebat2 dalam mengi'rab nie. Kadang2 ana pun takut nak jumpe ustazah sebab takut nanti kena i'rab. hehe.Kata2 guru2 disini kebanyakan sangat masin yakni kebanyakannyer akan berlaku la. so, kena jaga tatasusila dengan guru2 dan adab dalam berguru tue. Penah je sorang ustazah tu citer yag beliau pernah cakap kat pelajarnye yang dia akan bernikah dengan sorang lagi sahabat muslimin ni. lepas sekolah, memang jadi. Huhu.. tapi kadang2 tu dah ditakdirkan Allah dan mungkin jugak kata2 seorang guru itu memang mudah termakbul. huhu.. (adakah my teacher dah oakan ana menjadi teacher juga?)




FRIENDS





Ini yang paling ana suke. Friends, sahabat, kawan dan teman. Ana mengenali erti persahabatan bermula di sini. Sebab ape, sebelum ana ke Kisas ana sangat sukar untuk mempercayai seorang sahabat. Hai memang kena duk hutan ana nie. Boleh dikatakan ana nie agak kurang self confident pada orang lain lah. Huhu.. bagaimana ana mengerti erti persahabatan itu apabila diri ana sentiasa ditegur, dinasihati dan dibahagiakan oleh seorang sahabat. Bagi ana semua orang sahabat ana. Masih teringat lagi pada sorang sahabat ana nie. Sabiha. (biha, rindu kat biha. asif letak name biha kat sini). Ana nie merupakan tuti dier coz Sabiha nie mentor ana dalam group study. Ana sangat sedih sebab tak dapat memahami apa yang dibincangkan sampai ana pun senyap je bile ditanye Biha. Sahabat ana sorang nie, berhentikan sesi study group and semua orang tumpu pada ana. tanye tentang masalah dan bagi sokongan pada ana. Wawa.. menangis ana bile teringat balik. ana tidak keseorangan. Setiap kali musim peperiksaan, kami akan menyokong antara satu sama lain. Walaupun ana nie agak pasif. Huhu.. sahabat2 kat sini memang tak jemu2 membantu sahabat2 mereka yang lain. Teringat plak telatah muslimat 5 Agama 12 yang kadang2 buat lawak tak kering gusi. hehe.. Rindu pada kalian semua semakin menebal. Yang pasti ana tak pernah rasa keseorangan sepanjang di Kisas nie. huhu.. syahdunye..

BI'AH SOLEHAH


Bi'ah solehah ataupun suasana yang baik kat Kisas nie memang sangt dititik beratkan. Kat kisas nie pergaulan antara muslimin dan muslimat sangat dijaga terutamanya dalam aspek muammalat. Kalau nak tahu, kat kisas ni ader satu term yang dipanggil 'Babul liqa' atau perjumpaan pintu. Muslimin dan muslimat akan berbicara di sebalik pintu tapi ana tak pernah buat pun sebab jarang sangat ana nie nak communicate dengan muslimin nyer. itu adalah budaya di Kisas. Tapi kadang2 orang slah faham sebenarnye kite kena hijab hati bukan pintu tu aje yang jadi hijab. Kalau pintu tue jadi hijab tapi hati tak terjaga, tak boleh jugak kan? Budaya senyum dan memberi salam sangat dititik beratkan antara muslimin dengan muslimin dan muslimat dengan muslimat. Solat jemaah setiap waktu dan jarang lah kalau ader yang nak wat solat sorang2 nie. Bukan ke solat jemaah tu banyak ganjarannye. Kan? Di Musolla al muqorrabin dan siti khadijah tu, pelbagai aktiviti kerohanian diadakan untuk mendidik hati2 pelajar disini. Segala2nya terjaga dengan baik dan ana rase masalah couple tak wujud pun di kisas nie. Budaya hormat menghormati antara satu sama lain dan adab islam tu memang wujud kat Kisas nie. Memang susah nak tengok muslimin dan muslimat berborak tanpa hal penting di sini. Huhu.. rindu betul suasana gitu. Terjaga sket hati ana yang lemah nie. Banyak sangat bi'ah yang baik kat sini dan ana harap ia tak kan lenyap sampai bile2. InsyaAllah. (tentang adab pergaulan dengan muslimin tu sampai sekarng ana kadang2 terikut nak wat babul liqa'. cume sekrang kena hijab hati. huhu). Ujilah iman anda bak kata Ustazah Nik hazifah.



UKHWAH

Ukhwah antara warga Kisas sangat erat until sekarang. Kalau tak caye, pegilah mane2 pun mesti jumpe dak2 kisas nie dan hubungan tu tetap mesra macam adik beradik walaupun tak same batch. Percayalah. hehe.. Bukan assobiah yer. Term yang paling popular adalah ukhwah mantap. Hehe.. pernah je ana ni ditanyer tentang seorang muslimin di Kisas dan ana tak kenal walaupun die batch ana. Terus di chop ukhwah tak setle. Bukan lah, ana memang tak kenali sangat muslimin Kisas nie. Huhu.. Asif.Ana pelajari term ukhwah nie di Kisas lah sebab sebelum nie memang tak tahu pun ape itu ukhwah just tahu perkataan saja. kalau jumpe dak2 kisas kat maner2 mesti banayk citer yang ingin diungkapkan sampai terlupa orang2 disekeliling sehingga di chop kisas ni cam assobiah je. Bukan begitu tetapi hubungan yang rapat tue lah yang telah mengikat kami. Hehe.. waktu cuti hari tue, ana ade pergi ke satu perjumpaan yang melibatkan ana dan kakak ana yang jugak kisasian. Then kat situ pun, kami berjumpe dengan sorang akh nie yang jugak kisas. Walaupun tak same batch, banyak betul hal2 kisas yang dibngkitkan sampai sahabat ana yang bukan kisas ni senyap je lah. huhu.. Asif2 . Tapi bukan itu yang hendak ditekankan sebenarnye. Yang ingin dikongsi adalah hubungan yang erat itu. Lagipun memang Allah s.w.t sendiri mwajibkan umat islam nyer berukhwah antara satu sama lain. jika hubungan yang di bina itu kukuh dan rapat, maka akan lahirlah kerajaan islam yang mantap. kan?Betulkan ana jika silap ye.







Ok lah. itulah 5 uniques in kisas yang ingin ana kongsikan. Kalau ana tersilap sudi2 lah betulkan ana ye. harap entry ana kali nie tidak mengguris hati maner2 pihak tetapi hanya mengembalikan nostalgia di Kisas. =). Ok lah. Setakat sini dulu ye. Buat teman seperjuangan kisasian, semoga kalian semua berjaya di dunia dan akhirat dan menjadi permata islam walau ape pun bidang yang antum ceburi. Hmm.. teringat tentang Gen50. Katenyer nak wat hospital gen kite and syarikat gen. Semoga menjadi kenyataan insyAllah. Jumpe lagi nanti dengan kejayaan di genggaman. salam(^_^)


4 comments:

farieha said...

kisas mmg unik la ika..miss KISAS so much!!!!

AiMaN said...

wah!~..ana baca p0n agak mengagumkan...ana dpt bayangkan suasana di KISAS..
kalau lah adik ana baca tentang 5 unik KISAS ni,tentu adik ana ada keinginan untuk pergi...
m0ga keukhwahan berterusan... :)

Din Paiman said...

Salam alaik

Biah Solehah = suasanan nasihat menasihati yang mencetuskan kepada usasana kedamaian.. rindunya ana pada suasana tersebut...

Seriously kalau ader org tny ana siapakah pemilik blog ini walaupun diberikan nama penuh, ana juga tidak igt...

bukan dikatakan assabiah kaum, tetapi itulah yg terjadi kat semua batch2 sebelum nih melainkan jika seseorag itu terkenal ngn kepimpinan dihadapan sahabat lain seperti BADAR, KP and etc..

semoga terus istiqamah dlm perjuangan


warm regards,
Dinpaiman
Mas'ul Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan
Rakan Masjid UTP

Nurul Atika Rosli said...

Hmm.. nampaknya ramai yang teringatkan Kisas disini. Ana juga begitu... huhu