expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

13 March 2009

Tapak Tangan?

Assalamualaikum. Sekarang ni jam menunjukkan pukul 1.50 pagi dan mata ana masig=h segar di hadapan laptop kesayangan. Entah kenape matanya nggak mahu tutup. Ana menerawang di dunia maya mencari teman2 lame untuk di add ke dalam blogger list ana nieh. Hmm.. ramai yang dah pergi oversea dan yang dah bernikah pun ader. Alhamdulillah. Ana bile plak ye?. Hehe.. Tentang tangan nie, tadi di balai islam ana mendengar cermah daripada Ustaz Muhammad shah bersempena Maulidur rasul. Antara isi yang dikupaskan adalah mengenai mendekatkan diri pada Allah dengan hanya melihat tangan.Tangan? Kenape tangan. Ustaz menerangkan panjang lebar tentang tangan nie sampai ana ni begitu teruja mendengar setiap kata2 ustaz kerana begitu ta;ajub dengan ciptaan Allah.
Rasulullah menyarankan agar kita semua menjilat jari kite selepas makan. Kenape ye? Sebab, cube tengok tapak tangan kanan kite, ader tertera nombor 18 dalam bahasa arab dan dikiri pula nombor 81. Ustaz menyambung lagi bahawa di tangan kanan kite ader 18% enzim dan di tangan kiri pula ader 81% enzim( diwaktu itu, semua pelatih ternganga tanda bru tahu. hehe). Ustaz juga menambah, Rasulullah s.a.w membasuh jarinya dengan menyatukan kedua belah tangannya kerana penyatuan enzim2 ini tadi mampu membunuh bakteria.(wah.. lagi terpana diriku ini. Nabi Muhammad memang Profesor). Dengan melihat tangan jugak kita dapat melihat tanda kebesaran Allah yakni 99 nama Allah dengan menambahkan no yang ader kat tapak tangan tu, 18+81=99. Hebat betul ciptaan allah nie kan? huhu..
Itu cerita tangan yang berkaitan dengan cermah yang ana dengar. Selepas mendengar cermah, ana dan sahabat bersiap2 dan mengemaskan balai islam bersama Ajk makanan. Kasihan melihat kak nora yang kepenatan ke sana kemari menguruskan makanan bagi pelatih.Huhu. Sebelum pulang, ana dan sahabat2 ke pejabat ustaz Zakaria menemani sahabat ana untuk menambil tempahan barang HPA. nak dipendekkan cerita, mungkin ader hikmahnya kami semua menunggu di pejabat ustaz, kami diajar tentang ilmu i'rab melalui tangan. heheh.. Ana yang memang tak tahu ape2 pun nie sangt ta'jub untuk kali kedua bahwa dengan melihat tangan boleh mengetahui tentang penyakit yang kita alami. Hebat betul ciptaan Allah. Dan tidak terkecuali dengan i'rab ni dapt menilai kesuburan wanita. huhu.. tak pasal2 kena i'rab jugak tadi.Tapi ustaz diamkan aje. ana plak kehairanan and terus sorok tangan. Tak pe la, ustaz memang belajar. Kan best dapat belajar. tak pe la.
Kesimpulan nyer kat sini, just nak citerkan bahwa tangan kite ni memang banyak fungsinya dan dalm masa yang same dengan henya melihat tangan kita dapat berfikir tentang kejadian Allah. Baru je tangan, belum lagi anggota badan yang lain. Huhu.. memang sungguh hebat Allah s.w.t. Jadi untuk dekati Allah bukan setakat di tikar sembahyang, namun dengan melihat kejadian Allah jugak dapt mengingatkan kita pada Allah. Subhanallah. Semoga kita juga berada dikalangan orang2 yang ingin taqarrab ilallah..
Okeylah, ana pun dah rase nak pengsan dah. Asif kalau2 entry kali nie macm beterabur sedikit. Diri ini telah cuba untuk menyampaikan apa yang diperolehi untuk perkongsian bersama. Sharing is caring. heheh.. last but not least, selamat malam. Salam "Allah matlamatku"

4 comments:

ehsanhalim said...

anti menyebut:

" Dan tidak terkecuali dengan i'rab ni dapt menilai kesuburan wanita. "

eh, ye ke.dasyat nya tangan. Ramai yang cakap ceramah tu best. Rugi rasa xdapat dengar kerana sedang SBE di putrajaya.

Kalau melalui tangan pun orang dah dapat tahu macam-macam tentang diri seseorang, kalau melalui muka tak tau la macam mana.

patutlah orang alim dapat tau sikap seseorang hanya dengan tengok raut wajah orang je...

ni yang risau bila nak berjumpa dengan orang alim ni.

p/s: teruskan share apa yang penceramah tu sampaikan. ana nak tau juga.

Nurul Atika Rosli said...

Hmm.. insyaAllah jika ada kelapangan, ana akan sambung entry nie semula. Tentang tangan boleh melihat kesuburan tu dinyatakan oleh ustaz zakaria..

AiMaN said...

memang menakjubkan...
ana pernah mengetahui hal tangan ini,tapi ana kurang igt...
y ana tau,pabila kita menjilat jari kita selepas makan,kita akan dihindari dari 33 jenis penyakit...
wallahualam...

ana p0n hrp dpt perkongsian y lebih...

Anonymous said...

salam ziarah ika =)

jazakillah atas perkongsian..

sbelum ni dah pernah dengar tentang kesuburan melalui tapak tangan..

sebab tu nabi muhammad s.a.w pesan , kalau nak berkahwen bagi muslimin dia ada hak untuk melihat muka dan tapak tangan seorang muslimat.

pernah dengar juga yg wanita juga dapat tahu kesuburan lelaki melalui kaki mereka.

wallahua'lam