expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

31 August 2010

Diari Hidup 2

Manik-manik jernih mengalir di pipi di tengah kepekatan malam.. hati terasa disentap.. sakit Ya Allah.. Bukan mahu mengadu kepada pembaca-pembaca blog di sini.. Namun diri ini hilang tempat untuk meluahkan rasa hati.. rasa keseorangan dibiarkan.. la baksa.. ana masih ada Allah.. terasa nikmatnya berada di sampingMu Ya Allah..


Entah kenapa rasa sakit itu menikam jiwa.. tak mampu menahan air mata dari mengalir laju.. puas sudah diseka air mata itu.. tapi... kamu tetap keluar ye air mata.. kata seorang sahabat ana.. "kamu sudah besar, jangan menangis bila dilanda masalah".. namun sahabatku, diri ana dan air mata sukar sekali dipisahkan.. di saat ini juga air mata mahu gugur.. Allah..


Ya Allah.. ana penuh dosa.. jika ini tanda kafarah buatku yang Engkau berikan, ana redha..


Pagi yang hening ini, ana bersahur keseorangan.. makin terasa kesedihan dan kekcewaan yang mencengkam jiwa.. astaghfirullahalazim.. terasa benar ana keseorangan.. ingin diceritakan kepada sahabat rapat pun ana tidak mampu.. mungkin jika ana bercerita nanti, bukan diri ana yang bercakap tetapi air mata ini yang menceritakan segala-galanya.. betullah.. action speak louder than voice..


Ya Allah.. mengalir lagi kamu yang si mutiara halus... sudah-sudah lah tu keluar dari kilangnya..


Sudahlah diriku yang disayangi.. jika tiada makhluk di bumi ini yang menyayangimu, Allah tetap menyayangimu...


Salam..


p/s : berapa lama mahu menangis... tidak sedar sudah azan...

30 August 2010

Diari Hidup

Assalamualaikum..

Hari ni dah masuk 21 Ramadhan... Ada sesuatu yang membuat hati ini sakit. Sakit sangat-sangat sampai dah tak berdaya nak merayu dan berharap.. Hanya kepada Allah ana berharap.. 100% tanpa rasa ragu-ragu dan bimbang.. Biarlah Allah yang menetapkan segala-galanya.. Hm.. Ana tahu diri ana terlalu banyak kelemahan.. sangat banyak kelemahan dan kekurangan.. Tidak layak ana untuk meminta-minta pada manusia.. Sekadar menyerahkan segalanya kepada pemilik ana yakni Allah..

Ya Allah.. ana hanya ada diriMu.. Disaat ana kesedihan seorang diri.. disaat ana tiada penyokong di belakang ana.. di saat ana dibiarkan terkapai-kapai seorang diri.. Hanya Engkau Ya Allah yang setia bersama ana.. mereka boleh berkata-kata apa yang mereka suka pada diri ana Ya Allah.. namun ana tetap sematkan dalam hati bahawa Engkau akan senantiasa bersamaku walaubagaimanapun situasi diriku..

Ya Allah.. temani aku dalam tiap langkahku bilamana aku dibiarkan keseorangan...

Ya Rahman... kuatkan hatiku agar tetap tekad menyatakan Engkau sentiasa di sisiku supaya aku tidak menangis..

Ya Rahim.. Andai aku menangis kerana sedihnya diriku kerana manusia, ku pinta DiriMu hadir untuk menyapu air mataku dengan khabar gembira dariMu..

Aku tidak punya sesiapa melainkan diriMu Ya Allah... ameen...


p/s : mahu tidur.. mahu melupakan kesedihan di dalam hati.. mahu menangis dalam tidur.. mahu lena dalam dakapanMu ya Allah..

24 August 2010

Projek 15 Ramadhan 1431 Hijrah..^^

Assalamualaikum...

Tadi berjalan kaki ke masjid bersama kak dila dan kak leni.. Terpandang satu ciptaan Allah yang sangat cantik.. subhanallah... terasa macam diri ini sangat teruja memandangnya.. cantiknya kamu.. Berjalan-jalan sambil mata memandang ke langit... nasib baik la tak banyak kereta lalu-lalang.. "Kak dila.. tengok tu... cantiknyeeeee... sekarang dah 15 Ramadhan kan?? hehe.." Kak dila tersenyum je tengok budak sorang ni yang teruja amat tengok dia tu.. Teringat plak kisah Nabi Muhammad pernah membelahnya.. Hm2..

Lepas balik dari terawikh.. bertemu lagi kami dengan dia.. Wah.. cantiknye... Rase nak pegang je.. "Akak.. nanti tika nak buat projek besar kat tepi tingkap malam ni.. heheh".. lalu bila sampai bilik, dicarinye makhluk canggih berwarna silver di dalam laci.. Kemudian disingkap tingkap di tepi meja study.. tak kire.. projek ini mesti berjalan dengan lancarnya.. kak leni mencelah.. "tika skodeng sape tu??" Heheh.. budak ini sedang skodeng sesuatu yang cantik.. kalau orang tengah kemaruk cinta mesti punye nak ade kaitan dengan dia tu.. heheh.. diri ini macam mane?? erk.. no komen.. heheh

Lalu.. dengan segala susah dan payah.. dapat lah makhluk canggih tu snap picture ni... jeng.. jeng.. jeng...


Subhanallah.. cantiknyeeee...





^_^!!



Bulat penuh bulannya...



Ini setelah di zoom oleh makhluk canggih.. Tak berapa clear..




First time snap.. tapi jauh sangat.. nampak kecil saja..


Sekarang sudah 15 Ramadhan 1431.. kalau kite tengok berdasarkan ilmu tentang fasa-fasa bulan, memang sekarang bulan purnama.. jadinya, ikan-ikan banyak akan berenang di permukaan laut. Maka nelayan-nelayan akan memperolehi hasil yang banyak la dalam tempoh ini.. heheh... Alhamdulillah.. rezeki di bulan Ramadhan... Cantik kan bulan ni?? Siapa penciptanya?? tentulah Allah swt.. alhamdulillah masih dikurniakan pancaindera ini untuk melihat kebesaranMu Ya Allah...


p/s : tibe2 berangan nak tengok bulan dengan zauj nanti.. ^^.. berangan aje.. udah-udah la tu... adeih...

mahu sambung buat assignment dulu...

Bulan... qamar...

19 August 2010

Tidak layak buatku



Semalam tidak dapat melelapkan mata.. Memikirkan satu tanggungjawab yang tidak pernah disangka-sangka... Namaku disebut sebagai antara calon-calonnya.. Ya Allah.. benarkah ini?? Ya Rahman janganlah aku dipilih untuk memegang satu amanah yang berat itu.. Awal-awal lagi aku bertemu mereka menyatakan aku tidak layak.. aku tidak layak.. aku masih belum layak.. Air mata tertumpah di bahu sahabatku sambil meluahkan perasaanku.. Aku tidak layak wahai sahabatku.. dosaku menggunung.. aku masih belajar.. aku bimbang aku punca kejatuhan semua yang telah dibina.. Ya Allah..


Dan aku mendapat pesanan dari sahabat seperjuangan menyatakan bahawa tidak ada orang lain melainkan kamu.. Ya Allah jangan kamu katakan begitu wahai sahabatku.. Demi Allah jika aku diberikan amanah itu.. pada saat itu juga aku mahu melakukan solat taubat kerna dosaku sememangnya banyak.. dan tanggungjawab itu pula disertakan dengan amanah dimana jika aku tidak melaksanakan maka berdosa lah diriku.. Ya Allah.. aku tidak mampu..


Hampir ke pagi tetapi mataku masih belum boleh ditutup.. kepalaku masih ligat memikirkan tentang amanah yang berat itu.. Astaghfirullahalazim.. Aku tidak punya apa-apa melainkan aku masih belajar.. Kamu yang lain lagi hebat daripadaku.. Ya Allah aku mohon agar aku tidak diberi tanggungjawab itu..


Di subuh hening, usai solat subuh berjemaah, kudengan bunyi hujan rintik-rintik diluar.. aku melangkah ke balkoni.. memerhatikan langit dan kilauan lampu jalan dalam kesamaran subuh hari.. Subhanallah.. cantik dan indah ciptaanMu Ya Rahman.. Merasai kedinginan cuaca dan angin sepoi-sepoi sejuk membelai lembut wajahku.. dan tatkala itu manik-manik jernih mengalir dipipiku.. Ya Allah.. aku tidak mampu.. ampukan aku Ya Rahim.. Aku memandang ke langit hitam pekat.. Ya Latif, Engkau sedangkan memerhatikan hambaMu yang sedang berdukacita ini.. Bantulah aku untuk menggapai redhaMu.. Berikan apa yang terbaik buatku...


Tidak ada siapa yang dapat menyapu linangan air mata yang basah ke pipi.. Aku memandang ke langit dengan penuh pengharapan.. lalu kuseka sendiri air mata yang mengalir.. mengharapkan Allah memberikan petunjuk dan memandu setiap jalan kehidupanku.. mengharapkan sesuatu yang terbaik dari Allah buat hambaNya ini... wallahua'lam...

17 August 2010

nombor 7..


Salam..

Ana suka sekali dengan no 7. Kenape ye?? Sebab sejarah hidup ana bermula dengan nombor 17. Ada 7 jugak. No phone ana juga ada no 7. nak letak no kat sini?? Sememangnya tidak boleh.(macam ade peminat..huhu).

Hari ni umur ana sudah mencecah 21 tahun 7 bulan. 7 darab 3 sama dengan 21. Wah! ada 7 jugak la. hehe.. dan 7 bulan juga ada 7. Hari ni 17 ogos 2010 dan 7 Ramadhan 1431 Hijrah. 1431 Hijrah.. 4 + 3 = 7. hehe.. Hari ini memang hari 7 ana kot... suka nombor ganjil. Allah juga suka nombor ganjil. kan??

Eh? cuba kira huruf nama utama "kamu"?? hm2.. tujuh juga ya?? Apa makna itu? Wallahu'alam.. Sudah merapek disini..huhu..

No 7 nampak macho kan??? hehehe...

Adakah ada sesuatu yang akan berlaku yang berkaitan dengan no 7 ini?? hm2.. tungguuuuu... Serah pada Allah.. Usah percaya perkara yang mengarut. huhu..

Pagi tadi jam 7.30 pagi, terlupa ada perjumpaan dengan persatuan. huhu... 7.30 pagi.. ada no 7 jugak.. Kena alert selalu nih. terlupa meeting macam pelik je.. Tak buat reminder ke??

Ya Allah.. ape ana merepek ni?? Sebenarnye tak tahu nak tulis entry ape. tapi nak jugak post entry baru. Ustaz hasrizal cakap kalau tak de idea nak post ape2 di blog, tulis je ape yang kite nak.. hehehe... tengok2 dah panjang entry nye...

Ape-ape pun ana suka nombor 7... hehehe... sekian

salam ramadahan..

p/s : nombor 7 dan 3 ada kaitan dalam hidup cik Nurul Islam.. agaknye la.. =)

Suatu hari....



Suatu malam yang hening.. Seorang gadis berbual-bual dengan ibunya..


Gadis : Ibu. Bolehkah anakmu ini bernikah setelah tamatnya pengajaranku disini??


Ibu : Tidak boleh. Kamu harus menghabiskan pengajaranmu hingga ke peringkat yang ijazah.


Gadis : Ibu.. anakmu ingin menyambung pengajian sehingga ke akhirnya dan menunaikan impianmu. Namun benarkanlah aku bernikah demi keredhaanNya..


Ibu : Tak usah.. nanti kamu tidak mampu meneruskan pengajianmu. Tanggungjawab dalam pernikahan itu bukan mudah. Lagipun ada sahaja anak gadis yang bernikah diusia lewat demi menghabiskan pengajiannya dahulu


Gadis : Tapi ibu.. anakmu ini lain dari meraka. Anakmu ini mahu hubungan yang diredhaiNya..


Ibu : Tidak boleh.. habiskan pengajianmu dahulu..


Gadis : (sambil tersenyum). Tidak mengapalah wahai ibuku.. Anakmu akan terus berdoa agar Allah bukakan hatimu untuk merelakan anakmu ini bernikah dalam redhaNya. Di bulan Ramadhan ini bertambah berkat doanya. Mudah dimakbulkan InsyaAllah.. Lagipun anakmu ingin melakukan sesuatu yang baik disisi agamaNya..


Ibu: (Sambil mencuba melarikan wajahnya yang tersenyum)..Ibu tidak akan benarkan wahai anakku.


Gadis : tidak mengapa ibuku.. aku akan terus berdoa.. =)


Ibu : (mengalih topik perbualan).. Sudah.. ayahmu masih belum pulang dari masjid nampaknya..



p/s : bukan senang seorang ibu ingin melepaskan anaknya walaupun dia tahu sudah tiba masanya dia melepaskan.. =)

Yang penting… tindakan kita biar berhikmah dan berusaha dengan doa dan pertolongan dari Allah swt.. InsyaAllah berjaya..

Cerita di atas tidak ada kena mengena sama ada yang hidup atau sudah meninggal dunia. Mungkin ada kot sedikit dari pengalaman penulis.. hehehe… teeeetttt..

Salam..

Mata Rantai Perjuangan



"Kenabian akan berada bersamamu selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya


Kemudian akan tiba pula zaman Khilafah di atas Manhaj Kenabian selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya


Kemudian datang pula zaman raja yang menggigit (Malikun 'Aadhun) selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya

Selepas itu muncul pula zaman raja yang diktator (Malikun Jabariyyah) selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya

Kemudian akan hadir pula zaman Khilafah di atas Manhaj Kenabian...."


HADITH RIWAYAT AHMAD 4/275, ABU DAUD 4/211, AT-TIRMIDHI 4/503

13 August 2010

Ceritera jeritan batinku..

Assalamualaikum..

Hm2… susah juga ya nak luahkan sesuatu yang terpendam dalam hati ini pada orang lain. Rasa malu yang menebal dalam diri dan jugak kadang-kadang tak mahu buat orang lain susah hati. Dan adakalanya memendam sebab tidak mahu menimbulkan satu isu yang boleh menimbulkan rasa atau perasaan yang tidak enak di dalam hati. Ya Allah.. susah benar untuk menyampaikan hasrat hati ini. Diluah mati emak dipendam mati bapak. Betul ke peribahasa tu? Entah la..


Sukar untuk menjelaskan sesuatu perkara yang kita rasa hanya kita dan Allah sahaja yang memahami. Akhirnya kita hanya memendam dan tiada tindakan yang mampu dilakukan selain daripada berdoa. Susah tau nak berbincang atau berharap pada manusia ni. Ada saja yang tidak kena sebab orang susah nak memahami diri kita yang menanggung kesakitannya. Manusia mudah judge orang itu dan ini. Ya Allah… Dia tahu apa yang diri ini rasakan sekarang. Dia tahu apa yang dikehendaki oleh diri ini sekarang. Diri ini tidak pernah putus asa daripada berharap padaNya. Ana tahu memang ambil masa untuk Allah berikan sesuatu yang terbaik buat diri ana. Tapi kadang-kadang hati ini tak mampu jugak nak menunggu. Dan kadangkala terhambur juga tangisan dalam hati ni. Menangis tidak berlagu jugak..


Ya Allah, ana tak mintak pun semua ni berlaku ke atas diri ana dan semuanya berlaku tanpa dirancang. Bukan tak cuba untuk menolak tetapi hati tetap juga begitu. Ya Allah apa sebenarnya yang Engkau ingin berikan kepada hambaMu ini. Kadang-kadang terasa sedih dan bersendirian juga bila mengenangkan masalh yang dihadapi. Bila diluahkan kepada pihak ini, maka diri ini disalah anggap pula. Diluahkan di pihak ini, dikatakan tidak sabar pula. Ya Allah.. bagaimana ana mahu menjaga hati semua orang sedangkan hati sendiri sedang sakit menanggung ujianMu. Hanya Engkau yang tahu kesakitan hati ini.


Sungguh.. Apabila tiba masanya ana akan beritahu apa yang ana rasai ini kepada mereka yang terlibat. Betapa ana ini menanggung satu bebanan perasaan yang sangat sukar untuk ditafsirkan. Saat itu, ana tak tahu lah bagaimana perasaan anda-anda semua. Tetapi diri ana akan menganggap itu sebagai slah satu mujahadah buat diri ini. Allah sentiasa menjanjikan kebahagiaan buat hambaNya yang bersabar bukan?


Ya Allah.. kepada siapa ana harus luahkan? Dan orang itu boleh memahami dan membantu ana menyelesaikan masalah ana ini. Bukan menghukum ana itu dan ini. Ya Allah.. ana berserah kepadaMu…



Usah ditanya mengapa aku menangis andai tiba masanya nanti..

Usah ditanya kenapa aku termenung dan sugul tatkala terkenang kisah-kisahku..

Kerana itu adalah ceritera dalam hidupku yang antum semua tidak tahu..

Hanya diriku dan Dia yang mengetahui segala isi hatiku..

Segala jeritan batinku…

Allah…

11 August 2010

1 Ramadhan 1431 Hijrah



Assalamualaikum..

1 Ramadhan kembali lagi. Alhamdulillah kerana Allah swt masih memberikan peluang buat insan lemah yang penuh dosa ini untuk berhadapan denganNya. Masih lagi diberi peluang buat diri ini untuk memperbaiki diri yang terlalu banyak kekhilafan diri. Ya Allah.. rasa terharu yang amat bila terkenangkan nikmatNya.. Fahasbunallah wa nikmalwakil.. Diri ini selalu lupa dan alpa kepadaNya tetapi masih tetap Dia ingat diri ini dan menemani diri ini dalam setiap langkahku.


Ana tidak tahulah sama ada ana sempat untuk bertemu Ramadhan yang akan datang atau tidak. Namun ana berharap Ramadhan yang ana sempat ketemu ini dapat menjadikan ana seorang hambaNya yang benar-benar bersih. Ana tahu ana manusia yang tidak sempurna, namun biarlah ana melakukan segala-galanya yang terbaik demi mencari keredhaan Allah.


Ya Allah, semoga ana tidak mensia-siakan waktu yang ada ini walaupun sedikit. Semoga diri ana mendapat keampunan daripadaNya selalu. Dan semoga ana bertemu dengan malam al qadar yang penuh barakah. Ada cerita di sebalik Ramadhan yang lepas dalam hidup ana. Benarlah doa pada bulan ini sememangnya amat mustajab dan ana tidak akan pernah lupa kenangan dan kemanisan anugerah dariMu ya Allah..


Ya Allah sememangnya hambaMu ini tidak layak untuk meminta apa-apa dariMu. Namun kupinta agar hidupku sentiasa dipeliharaMu dan segala perancanganku dipermudahkan olehMu Ya Allah.


Ya Allah hanya Engkau yang tahu segala isi hatiku.. Segala sakit dan kesedihan hatiku yang sebenar-benarnya. Hanya Engkau yang mengetahui segala yang ada padaku zahir dan batin. Ku pohon sebenar-benar pengharapan agar diriku terpelihara Ya Rahman. Ku pohon agar Engkau sentiasa memandu jalan dalam kehidupanku ini…


Ameen… Semoga Ramadhan kali ini mampu mengubah diriku kepada yang lebih baik..

10 August 2010

Salam Ramadhan

kalau tak nampak boleh le klik.. huhu


Assalamualaikum...


Salam Ramadhan buat semua pembaca blog ana dan juga sahabat-sahabat seperjuangan tidak kira dimana jua anda berada. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan yang sebelumnya insyaAllah.. Ameen.. Mari raikan PESTA IBADAH ini... =)

Bakal Zaujku..


Setelah janji diikat..

Setelah istikharahku terjawab..

Aku memilihmu sebagai bakal pemimpinku..

Buat menemaniku dalam jalan perjuangan ini..

InsyaAllah..



Bakal Zaujku..

Kadang-kadang hati ini dijentik rasa sedih..

Tatkala diriku mengharapkan seseorang sebagai pemberi semangatku..

Namun ku tahu tidak selayaknya lagi buatku berfikir begitu..

Ku didik diriku supaya menjadi seorang bakal zaujah yang berdikari…



Tatkala aku melihat engkau bersama-sama temanmu…

Kadangkala aku cemburu mengapa engkau tidak melayanku semesra sahabat-sahabatmu??

Namun aku tahu, aku masih tidak layak untuk itu…

Tatkala aku melihat sahabat-sahabatku gembira bersama-sama teman hidup mereka..

Aku juga rasa cemburu dan kadangkala hati dijentik rasa rindu ingin meneruskan langkah perjuangan bersamamu..



Namun aku tahu bahawa semuanya itu perancangan dariNya..

Kadangkala aku cuba sedaya upaya melupakan ingatan terhadapmu dalam setiap langkah juangku..

Namun syaitan itu berbicara denganku dan membuat hatiku berbunga-bunga mengenangkan kamu..

Dalam setiap doa, ku panjatkan agar diri ini dan dirimu sentiasa berwaspada dengan hasutan syaitan yang membelengu..

Agar terpelihara setiap langkah kita menuju hubungan yang diredhaiNya..



Aku cuba mendidik diriku agar menjadi seorang yang tabah menempuhi hidup bersendirian..

Kerana aku tahu isteri pertamamu adalah perjuanganmu..

Ku didik hatiku menjadi seorang mujahidah yang kuat dan tidak mudah mengeluh dengan ujian..

Ku didik jiwa dan hatiku berjiwa seorang pejuang agamaNya..



Kadangkala aku mahu sahaja mengadu kepadamu betapa aku penat dan sedih dengan ujianNya..

Namun aku tahu lebih selayaknya aku mengadu kepada pemberi ujian ini.. Allah.. Empunya kita..

Aku sapu sendiri air mata yang mengalir di pipi tatkala merentasi jalan perjuangan ini..

Walaupun fitrahku tetap memerlukan dirimu..

Namun kukuatkan jua hatiku…



Biar aku pelajari semua itu kerana kita bakal bina sebuah keluarga juang..

Biar kudidik diriku menjadi isteri seorang mujahidin..

Biar kudidik diriku menjadi ummi anak-anak yang berjuang demi agamaNya..

Doakan diriku menjadi seorang serikandi, isteri dan ummi yang berjuang demi Islam…

InsyaAllah…

Ameen..