expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

10 August 2010

Bakal Zaujku..


Setelah janji diikat..

Setelah istikharahku terjawab..

Aku memilihmu sebagai bakal pemimpinku..

Buat menemaniku dalam jalan perjuangan ini..

InsyaAllah..



Bakal Zaujku..

Kadang-kadang hati ini dijentik rasa sedih..

Tatkala diriku mengharapkan seseorang sebagai pemberi semangatku..

Namun ku tahu tidak selayaknya lagi buatku berfikir begitu..

Ku didik diriku supaya menjadi seorang bakal zaujah yang berdikari…



Tatkala aku melihat engkau bersama-sama temanmu…

Kadangkala aku cemburu mengapa engkau tidak melayanku semesra sahabat-sahabatmu??

Namun aku tahu, aku masih tidak layak untuk itu…

Tatkala aku melihat sahabat-sahabatku gembira bersama-sama teman hidup mereka..

Aku juga rasa cemburu dan kadangkala hati dijentik rasa rindu ingin meneruskan langkah perjuangan bersamamu..



Namun aku tahu bahawa semuanya itu perancangan dariNya..

Kadangkala aku cuba sedaya upaya melupakan ingatan terhadapmu dalam setiap langkah juangku..

Namun syaitan itu berbicara denganku dan membuat hatiku berbunga-bunga mengenangkan kamu..

Dalam setiap doa, ku panjatkan agar diri ini dan dirimu sentiasa berwaspada dengan hasutan syaitan yang membelengu..

Agar terpelihara setiap langkah kita menuju hubungan yang diredhaiNya..



Aku cuba mendidik diriku agar menjadi seorang yang tabah menempuhi hidup bersendirian..

Kerana aku tahu isteri pertamamu adalah perjuanganmu..

Ku didik hatiku menjadi seorang mujahidah yang kuat dan tidak mudah mengeluh dengan ujian..

Ku didik jiwa dan hatiku berjiwa seorang pejuang agamaNya..



Kadangkala aku mahu sahaja mengadu kepadamu betapa aku penat dan sedih dengan ujianNya..

Namun aku tahu lebih selayaknya aku mengadu kepada pemberi ujian ini.. Allah.. Empunya kita..

Aku sapu sendiri air mata yang mengalir di pipi tatkala merentasi jalan perjuangan ini..

Walaupun fitrahku tetap memerlukan dirimu..

Namun kukuatkan jua hatiku…



Biar aku pelajari semua itu kerana kita bakal bina sebuah keluarga juang..

Biar kudidik diriku menjadi isteri seorang mujahidin..

Biar kudidik diriku menjadi ummi anak-anak yang berjuang demi agamaNya..

Doakan diriku menjadi seorang serikandi, isteri dan ummi yang berjuang demi Islam…

InsyaAllah…

Ameen..

No comments: