expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

07 August 2010

Kuliyyah Helwi, Ummi, Taekwondo.


Assalamualaikum…

Pada petang Jumaat yang indah semalam ana berkesempatan bersama sahabat-sahabat seperjuangan menghadirkan diri ke Kuliah Helwi anjuran HELWI KIPSAS. Serius teringat Lujnah HELWI di IPGM Kampus Ipoh tempat ana membina kepimpinan diri dan juga merupakan tempat yang ana tidak akan pernah lupakan dari benak fikiran ini. InsyaAllah. Kenangan manis di Ipoh terlalu banyak untuk dikongsikan. Tak pe lah kita tinggalkan dahulu coretan berkaitan kenangan di sana pada coretan yang lain pula ye.


Sesi Tazkirah Nisa’ atau Kuliyah Helwi menjadi satu tempat pengumpulan semua muslimat KIPSAS bagi menghitung diri di samping mengaut ilmu berkaitan dengan muslimah sebanyaknya. Amat rugi sesiapa yang tidak mengikuti tazkirah ini. Apalah kiranya kita hanya duduk sebentar dalam majlis ilmu selama 1 jam kerana mendengar peingatan dan tazkirah yang dapat membuat kita muhasabah diri siapa kita ini daripada kita duduk di bilik, makan-makan, lepak-lepak, tidur, buka “muka buku”, berchatting dan sebagainya. Ambillah sedikit masa untuk member masa kepada diri atau secara khusunyan kepada rohani kita yang memerlukan sedikit makanan rohani buat bekalan diri. Ini bukan nak promote Kuliyah Helwi atau Tazkirah Nisa’ ye. Tapi memang nak ajak semua muslimah di KIPSAS terutamanya sedar tentang kepentingan tazkirah tu buat diri kita. Ingat slogan yang selalu dilaungkan oleh Pengerusi HELWI, Ukhti Kasurina yang bergema di telinga. Muslimat!! Power! Power! Power!. Kemudian diiringin dengan gema laungan muslimat yang lain. Terasa kekuatan muslimat yang menyelinap ke seluruh tubuh. Ya! Muslimat merupakan salah satu sayap dalam perjuangan dan jangan malu dan takut untuk berjuang. Tangan yang menghayun buaian mampu menggegarkan dunia. Takbir! Allahu Akbar!


Itu adalah sedikit sebanyak mengenai Kuliyah Helwi atau Tazkirah Nisa’ di KIPSAS ini. dan pada petang Jumaat semalam, Alhamdulillah sahabat kami Ukhti Sarah telah membentangkan satu tazkirah berkaitan tentang “IBU”. Agak tersentak juga kerana baru sahaja membincangkan tentang diri ini yang terlalu sibuk sehingga agak terlupa tentang bagaimana dengan abah dan mama di rumah dengan Ukhti Sarah tu.(tq Cik Sarah ku bayam). Maafkan anakmu ini. Bukan terlupa tetapi kerana terlalu banyak memikirkan dan melaksanakan gerak kerja kampus. Meeting setiap malam dan sebagainya. Alhamdulillah ana dah memohon kemaafan kepada ayah bonda dan menceritakan tentang keadaan ana disini.T_T. Banyak kali juga mama bertanya bila mahu pulang ke rumah sedangkan jarak kampus dengan rumah sangat lah dekat. Naik bas pun dah sampai. Bukan tidak mahu pulang, tetapi tidak berkesempatan. InsyaAllah bulan Ramadhan ini anakmu pulang.


Berbalik kepada sesi tazkirah pada petang itu, pelbagai slide ditanyangkan tentang pengorbanan seorang ibu. Air mata ana mengalir ke pipi. Tetapi disebabkan diri ini tidak mahu “kemachoan” nya tercalar(adui) jadi penulis hanya menunduk tanpa memandang ke kiri dan ke kanan. Nasib baik dalam DK tu gelap kalau tak orang nampak seorang hamba yang bercermin mata ini menangis bah. Malu2.. Tetapi ana bukan setakat menangis kerana pengorbanan seorang ibu tu. Ana menangis kerana terfikir adakah sempat ana bergelar seorang ibu atau UMMI. Bukan apa, ana nak sangat merasai nikmat menjadi seorang ummi. Seorang ummi yang bersusah payah menjaga anak-anaknya. Ana nak merasai perasaan yang mama ana rasa. Allah swt juga memuliakan seorang ibu dan ana teringin sekali menjadi seorang ibu. Bukan ibu kucing, tetapi ibu kepada seorang insan. Jadi? Sempat kah ana? Sempatkah diri ini merasai nikmat yang dirasai oleh seorang ibu? Wallahu’alam. Semoga ana sempat merasainya.


Masa amat mencemburui diri ana sekarang. Ingin sekali ana ceritakan kenapa ana ingin sekali bergelar seorang Ummi. Tetapi sekarang dah jam 8.00 am dan ana terpaksa bersiap untuk ke latihan taekwondo pada jam 8.30 am hari ni. Mahu bertukar menjadi muslimah ninja pula ni. Fleksible betul. Huhu.. nak jadi seorang ummi kemudian seorang ahli taekwondo (tali pinggang kuning calit hijau je pun). Camne tu??? Tak pe la.. InsyaAllah pada next entry ana akan ceritakan pula asbabun ana nak menjadi soorang UMMI. Penulis mahu mempersiapkan diri di medan taekwondo pula ni. Jaga diri semua… salam..^^

P/S : Tidak mahu menjadi muslimah 3K. Apa tu 3K? Katil, Kuliyyah, Kefe.. heheh…

No comments: