Assalamualaikum...
Alhamdulillah majlis Pelancaran dan Perasmian AMAN Club sudah pun selesai semalam. Ana baru sahaja selesai kelas tutorial Pengantar Fiqh tadi. Balik ke bilik, ana drop sekejap kat blog ni. Update ape-ape yang patut. Actually sekarang ni fizikal tidak berapa sihat. Sejak akhir-akhir ni tak boleh nak bergerak aktif sangat. Itulah manusia, fizikalnya terbatas. Lebih-lebih lagi bagi perempuan ni. Tapi tak semestinya seorang nisa' tu lemah walaupun fizikalnya kurang sedikit berbanding kaum rijal ni.
Manusia itu memang terbatas fizikla dan akalnya kan? Sekarang ni pun ana mengalami sakit kepala dengan tiba-tiba. Migrain mungkin sebab kepenatan minggu lepas dan minggu ini dalam melaksanakan program AMAN tu. Berjalan ke sana ke mari.. Panjat blok ke blok, mane la tak penat dan sakit kepala. Tapi masa buat tu tak rasa pape pun. Yang terfikir hanya lah nak pastikan semua kerja jalan dan berjalan lancar.Sakit tu kena tolak tepi dulu la.. Lepas dah settle semua kerja mula lah terasa sakitnya kan. Alahamdulillah sebab dapat jugak jawab soalan test tadi walaupun baca last minutes (jangan tiru di rumah.huhu).
Sekarang ni jugak gigi ana sakit sebab gigi bongsu yang sedang memulakan tumbesarannya. Ya Allah kadang-kadang nak makan pun susah jugak. Tapi ujian sahaja, jadi kita buat tak tahu sudah. =). Sakit sket urut lah kan. Tak perlu nak mengaduh sangat tentang ujian Allah tu. Allah nak ampunkan dosa. Kan? Kalau tak sakit kite susah nak ingat yang Allah bagi penyakit tu. Jadi semoga pening kepala ana cepat pulih dan gigi ana tumbuh dengan sihatnya.. insyaAllah.. Jangan manjakan diri sangat. "Macho" kan.. =)..
Rasanya sampai disini sahaja coretan ana buat kali ini. InsyaAllah nanti ana update lagi dengan cerita baru. Oh ye.. insyaAllah nanti ana upload gambar Majlis Pelancaran AMAN semalam.. Ok la ye.. Nasi goreng dah ada depan mata menunggu tuannya untuk makan. =). teh ais yang best juga.. Perut pinta diisi dahulu. Esok puasa sudah.. Marhaban Ya Ramadhan...
Salam..
p/s : Kak Dila pulang ke bilik " Hari ni semua pensyarah ada perjumpaan dengan Datuk" . Apa yang ana fikirkan? hehehe
: Lepas ni nak buat entry tentang Ramadhan yang bakal menjelma pula... =)
No comments:
Post a Comment