expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

13 August 2010

Ceritera jeritan batinku..

Assalamualaikum..

Hm2… susah juga ya nak luahkan sesuatu yang terpendam dalam hati ini pada orang lain. Rasa malu yang menebal dalam diri dan jugak kadang-kadang tak mahu buat orang lain susah hati. Dan adakalanya memendam sebab tidak mahu menimbulkan satu isu yang boleh menimbulkan rasa atau perasaan yang tidak enak di dalam hati. Ya Allah.. susah benar untuk menyampaikan hasrat hati ini. Diluah mati emak dipendam mati bapak. Betul ke peribahasa tu? Entah la..


Sukar untuk menjelaskan sesuatu perkara yang kita rasa hanya kita dan Allah sahaja yang memahami. Akhirnya kita hanya memendam dan tiada tindakan yang mampu dilakukan selain daripada berdoa. Susah tau nak berbincang atau berharap pada manusia ni. Ada saja yang tidak kena sebab orang susah nak memahami diri kita yang menanggung kesakitannya. Manusia mudah judge orang itu dan ini. Ya Allah… Dia tahu apa yang diri ini rasakan sekarang. Dia tahu apa yang dikehendaki oleh diri ini sekarang. Diri ini tidak pernah putus asa daripada berharap padaNya. Ana tahu memang ambil masa untuk Allah berikan sesuatu yang terbaik buat diri ana. Tapi kadang-kadang hati ini tak mampu jugak nak menunggu. Dan kadangkala terhambur juga tangisan dalam hati ni. Menangis tidak berlagu jugak..


Ya Allah, ana tak mintak pun semua ni berlaku ke atas diri ana dan semuanya berlaku tanpa dirancang. Bukan tak cuba untuk menolak tetapi hati tetap juga begitu. Ya Allah apa sebenarnya yang Engkau ingin berikan kepada hambaMu ini. Kadang-kadang terasa sedih dan bersendirian juga bila mengenangkan masalh yang dihadapi. Bila diluahkan kepada pihak ini, maka diri ini disalah anggap pula. Diluahkan di pihak ini, dikatakan tidak sabar pula. Ya Allah.. bagaimana ana mahu menjaga hati semua orang sedangkan hati sendiri sedang sakit menanggung ujianMu. Hanya Engkau yang tahu kesakitan hati ini.


Sungguh.. Apabila tiba masanya ana akan beritahu apa yang ana rasai ini kepada mereka yang terlibat. Betapa ana ini menanggung satu bebanan perasaan yang sangat sukar untuk ditafsirkan. Saat itu, ana tak tahu lah bagaimana perasaan anda-anda semua. Tetapi diri ana akan menganggap itu sebagai slah satu mujahadah buat diri ini. Allah sentiasa menjanjikan kebahagiaan buat hambaNya yang bersabar bukan?


Ya Allah.. kepada siapa ana harus luahkan? Dan orang itu boleh memahami dan membantu ana menyelesaikan masalah ana ini. Bukan menghukum ana itu dan ini. Ya Allah.. ana berserah kepadaMu…



Usah ditanya mengapa aku menangis andai tiba masanya nanti..

Usah ditanya kenapa aku termenung dan sugul tatkala terkenang kisah-kisahku..

Kerana itu adalah ceritera dalam hidupku yang antum semua tidak tahu..

Hanya diriku dan Dia yang mengetahui segala isi hatiku..

Segala jeritan batinku…

Allah…

No comments: