expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

29 March 2011

Sedang Mengkaji Sesuatu..

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua...

Alhamdulillah hari ini dah masuk hari kedua minggu exam ana.. Hm2.. Sempat lagi NI menjenguk blog ni sekali-sekala melihat komen dan juga pelawat blog ni.. Syukran kepada yang melawat ye..

Sekarang NI sedang membuat kajian mengenai Baitul Muslim dalam konteks pasangan yang berada di dalam gerakan Islam.. Ramai yang cakap NI ni asyik cakap pasal BM aje.. Nak kahwin dah ke? Persoalan itu dah jadi permainan dah bagi NI. InsyaAllah jika ada jodoh ade la tu.. Tapi fokus NI bukanlah kepada keindahan hidup berdua tu.. NI mahu membicarakan tentang sesuatu yang lebih mendalam daripada itu.. Macam kita tengok buah limau yang tak dikupas lagi.. Nampak sedap kan?? Tapi kita cube kupas kulit buah limau itu untuk mengetahui tentang isinya pula..

NI mungkin seseorang yang belum mengalami kehidupan BM tu tetapi NI nak tahu sangat kenapa lah ramai di kalangan muslimat yang aktif di dalam gerakan Islam sewaktu bujang tiba-tiba koma, lesu dan tak hidup terus apabila sudah bernikah walaupun pasangannya juga merupakan seorang yang aktif dalam gerakan Islam.. Itu yang NI nak kaji sangat-sangat...

Apabila ada adik-adik yang nak berBM, soalan pertama NI pada mereka ialah apa matlamat anda dan apa impian anda? Rata-ratanya semua menjawab masih belum fikir lagi.. tak tahu lagi.. tak fikir lagi.. Jadi.. macam mane nak bina BM kalau matlamat untuk diri sendiri pun ndak ketahuan lagi wahai adik-adik NI sekalian.. =).. Bukan tak bagi, tapi kena fahami dahulu konsep BM tu yang sebenarnya.. NI bukan seorang yang arif tetapi aplikasi daripada apa yang NI belajar.. Imam Hasan Al Banna pun menekan aspek faham di dalam bukunya Risalah Ta'lim...

Ok la.. NI nak study dahulu ni.. InsyaAllah nanti NI akan ulas dengan panjang lebar tentan ni ye.. salam..=)

28 March 2011

Final Exam Day 1....

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hari ini bermulalah final exam ana dan dimulai dengan subjek ASU2142 yakni Al Arabiyyah Lil Al Syariah.. Tadi exam dekat dewan utama yang sangat sejuk dan selesa. Mula-mula masuk ana terus menuju ke tempat duduk depan sekali. Kenapa depan sekali?? Sebab tak mahu terganggu dengan gelagat orang lain. Bila duduk di hadapan. xnampak apa yang orang lain buat kat belakang.. Kami exam sekali dengan budak tahun 3 Syariah Undang-Undang.. Bile pandang kiri dan belakang, kelihatan sahabat seperjuangan turut sama mengambil ujian pada hari ini. Cumenye subjek kami berbeza. Kelihatan buku-buku akta yang diletakkan di atas meja.. Huhu.. macam mane la ana nanti bile dah final year.. kecut perut jugak tengok kan.. Tu la life budak-budak law kalau nak tahu.. Belum lagi dah naik degree.. patutla budak law ni memang jenis ulat buku.. Buku akta, Perlembagaan dan macam-macam lagi.. huhu..


Bila tengok sahabat-sahabat di sisi rasa macam ada aura plak.. Rasa semangat nak berjuang bersama-sama.. Sebelum start jawab exam, kami berbalas pandangan dan tersenyum.. huhu.. macam dalam medan perjuangan tuh.. Best2.. Di dalam dewan utama yang besar tu kami bersama-sama berperang di medan ilmu dengan senjata kecil kami.. Ha.. kecil bukan sebarang kecil.. kecil tapi penulisan yang dizahirkan tu mantap-mantap insyaAllah..

Dalam kesejukkan tu ana dan sahabat-sahabat menjawab exam dengan sebaik mungkin.. Nasib baik ana pakai jeket dan memang dah agak memang Dewan Utama sangat sejuk air condnye.. huhu.. Boleh rase kejang tangan kadang-kadang tu.. Sesekali ana merehatkan tangan dengan dan menggosok kedua belah tangan.. Huhu.. Sejuk-sejuk.. otak pun macam nak beku sekali kot..


Waktu jawab exam tu rase lapar pun ade jugak. Tapi baru je lepas makan. Hm2.. memang otak memerlukan banyak tenaga untuk berfikir di petang hari.. Dengan menjawab bahasa arab lagi.. huhu.. Rase macam dah buat eksperimen ape je.. kejap2 belek paper ni, kejap2 pusing kertas lagi.. atas meja tu dengan kad matrik, slip exam, paper, alat tulis.. Tengok sebelah.. Allah.. lagi la.. dengan buku akta lagi nak belek.. dasyat2..


Alhamdulillah ana betul2 menggunakan masa sebanyak 3 jam untuk jawab exam hari ni.. lepas je keluar dewan, muka dah macam ape je.. macam ikan kekeringan kot.. Rase macam xdaya dah nak fikir sebab memang dah perah betul2.. Keluar dewan terus pergi kefe.. hehe...

Esok ade lagi paper.. Subjek Sistem Kehakiman Islam.. Semoga Allah permudahkan segalanya.. InsyaAllah.. Perjuangan di medan pelajaran.. jangan sampai kita membuat fitnah kepada golongan yang memperjuangkan agamaNya dengan study xjaga betul2.. jangan kita hanya semangat bercakap tetapi tanggungjawab sebagai pelajar tak jaga.. Dakwah no 1 tetapi ingat.. belajar bukan no 2.. wallahualam.. salam... =)

25 March 2011

Final Exam!!

Tampal-tampal... tampal jadual mee eating.. kerja-kerja.. huhu..


Assalamualaikum buat semua sahabat yang dikasihi kerana Allah Taala..

Sejak kebelakangan ni NI agak sibuk dengan pelbagai aktiviti dan buku untuk exam pun tak sentuh lagi.. Huhu.. semalam buat kerja sampai diri sendiri demam mengejut tapi alhamdulillah dah kebah dah pagi ni. Boleh pulak NI pergi tanya sahabat petua nak sembuh demam dengan cepat. Caranya dengan mandi air batu.. Tapi NI tak buat la.. Just mandi sejukkan kepala dahulu.. NI memang tak suke makan penadol kalau sakit. Hihi.. Jangn tiru cara NI ye.. Sekarang ni jadual makan NI pun tak berapa teratur sangat. Kadang-kadang tu just makan waktu tengahari je.. Bila malam dah penat nak makan dan selalunya memang NI kena bebel la dengan budak bilik. Nanti ada la yang suapkan tak pun belikan nasi sebab mereka tahu yang NI kadang-kadang bukan xnak makan tapi xsempat je.. huhu.. (kadang-kadang malas pi kefe.. sanggup berlapar)


Assignment2... Dah habis belajar, tak rase dah student's life ni tau.. hehe


Hari ni NI terlewat hadiri perjumpaan MPP dengan dato kat pejabat.. huhu.. Ni kes sebab demam dan juga berjaga sampai pukul 3 pagi semalam buat take home test.. huhu.. Datang je pejabat, meeting dah start.. NI dah bagitahu pada Cik Timbalan Presiden.. maaf sangat-sangat sebab memang tak berdaya dah.. Tu lah kehidupan NI sebagai YB iaitu yang busy... huhu... sekarang ni tengah mengadap laptop nak buat assignment dan juga ditemani dengan radix untuk memberi tenaga. Eh, bukan radix yang bagi tenaga tetapi Allah. radix tu tamsilan sahaja..


Medicine ni buat perhiasan je dalam loker.. hehehe... (xmakan pun.. huhu)


Ok la ye.. NI nak berhenti dulu disini.. Doakan kejayaan NI dalam final exam minggu depan dari 28 hingga 7hb April.. NI doakan sahabat-sahabat yang lain pun berjaya di dunia dan akhirat insyaAllah.. Sirru ala barakatillah.. wallahualam.. salam..=)

22 March 2011

Dakwah dan perjuangan bukan untuk mereka yang manja..


-Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
-Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
-Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
-Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
-Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
-Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk
mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,
-Yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain.
-Yang cepat mengalah,
-Yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-Yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-Yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.

-Dakwah bukan untuk orang yang ikut liqa’ hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
-Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
-Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
-Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
-Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang aircond dan laju.
-Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.

-Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
-Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
-Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.
-Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda,
orang yang sering beralasan ini,
dakwah akan terus berjalan. Islam akan tetap berjaya.
Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa dakwah Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.
Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda.
Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda.
Berbahagialah seadanya.

Saya menghitung diri.
Terlalu kerap menuturkan.
“saya busy..saya sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu.
“amanah ini bukan hak milik, tp anugerah dr Nya”


(dipetik daripada yahoo group HISMAT)
(dipetik daripada http://hismat-uiakuantan.blogspot.com/)

Daripada blog ni..

Perjuangan vs Peribadi

Assalamualaikum..

Di malam ini dan di waktu sejak kebelakangan ini, ana terasa sesuatu yang sangat pening untuk difikirkan. Jika dahulu, ana memandang pembinaan Baitul Muslim ini indah, dan ana mahu melaluinya dengan cepat. Tetapi kini entah mengapa ana berasa takut, bimbang dan buntu bila berfikir mengenai pembinaan Baitul Muslim ni. Allahuakbar.. nak bina baitul dakwah bukan mudah. Ana kini jelas bahawa ana inginkan pasangan yang benar-benar dapat menyokong ana di dalam perjuangan. Ana tak mahu kerana pernikahan ana menjadi mundur dan semakin uzlah dengan perjuangan. Sahabat-sahabat menyatakan kepada ana pemilihan pasangan itu penting. Apa ana harus lakukan ye?? huhu..

Walaupun masanya masih belum tiba, tetapi perkara-perkara sebegini harus difikirkan kerana setiap orang akan melaluinya insyaAllah dan ana mahu pernikahan ana itu pernikahan yang Allah redha dan bukan semata-mata untuk mengecapi nikmat kehidupan di dunia semata-mata. Nampak seperti ana seorang yang demanding kan dalam soal pasangan hidup? Tapi hakikatnya ana terlalu cintakan jalan perjuangan ana. Tak sanggup untuk diri ana tinggalkan ia walaupun sekecil zarah kerana apa? Kerana cinta ana kepada Allah swt itu melebihi cinta seorang suami yang bakal menghiasi kehidupan ana nanti.. Buat orang yang bakal menjadi suamiku, adakah anda sanggup menjadi cintaku yang kedua??? Sanggupkah anda melepaskan diriku untuk berjuang demi agamaNya atau kamu bimbang andai ana membiarkan anda sendirian tanpa belaian daripada seorang isteri buatmu?? Bimbangnya ana apabila memikirkan tentangnya. Antara kecintaan seorang suami dan perjuangan, apakah yang bakal ana pilih??? Allahuakbar..


Ana meminta nasihat daripada naqibah ana dan bercerita tentang kebimbangan ana ini.. Katanya pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga itu perlu jujur dan sebelum menerima seseorang untuk hadir di dalam kehidupan kita, perlu difahami dahulu apakah kehendak diri kita sendiri. Dan perlu juga difahamkan bahawa diri kita yang mereka ingin jadikan zaujah itu bukan wanita biasa tetapi seorang wanita yang menginfaqkan dirinya dalam perjuangan.. Berkerut dahi ana apabila memikirkan soal ini.. sukar sebenarnya membina baitul muslim dalam perjuangan ni.. huhu... Naqibah ana menceritakan suatu kisah sahabatnya dahulu di dalam liqa muslimat.


Ada seorang wanita ini yang bernikah dengan seorang pemuda yang aktif dalam perjuangan dan juga gerak kerja Islam. Suaminya telah mengenalkan wanita itu dengan perjuangan sehingga wanita itu benar-benar telah cintakan perjuangan Islam itu sendiri dan kehidupannya diinfaqkan kepada perjuangan tanpa melupakan tanggungjawabnya sebagai isteri. Suatu hari, wanita itu perlu ke pedalaman untuk berdakwah namun tiba-tiba suaminya berkata.. "Sayang, andai kamu keluar dari rumah ini, abang tidak redha pemergianmu ".. Suaminya berkata begitu kerana merasakan bahawa isterinya terlalu aktif dengan gerak kerja Islam dan si suami tidak mampu menerima perkara itu. Akhirnya dengan linangan air mata wanita itu berkata " Abang yang mengenalkan sayang dengan jalan ini dan akhirnya abang jua yang ingin menghalang perjalanan dan perjuangan sayang di saat cinta sayang terhadap perjuangan begitu mekar. Sayang minta maaf kerana melukakan hati abang dan sesungguhnya kecintaan sayang kepada Allah itu melebihi kecintaan sayang kepada abang" Lantas wanita itu keluar meninggalkan rumahnya dan si suami menangis dan memohon kemaafan daripada si isteri.. Allahuakbar.. tersentuh jiwa ana mendengarnya.. T_T..


Jadi bagaimana dengan ana? Payah bukan pernikahan yang luar biasa ini.. Naqibah ana menekankan lagi tentang kejujuran itu perlu.. Orang tengah yang mengendali pasangan yang ingin berbaitul muslim haruslah seorang yang benar-benar jujur dan thiqah supaya pernikahan yang ingin dibina itu tidak wujud suatu permasalahan yang sangat besar sehingga menyebabkan darurat yang sangat besar kepada kedua-dua pasangan.. Allahuakbar....


Moga Allah permudahkan perjuangan ana di dalam kehidupan di dunia ini... T_T. Sukar memutuskan sesuatu perkara andai wujudnya kepentingan peribadi dengan kepentingan Allah swt.. huhu.. Ana insan lemah..

20 March 2011

Pahit yang perlu ditelan..


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi Allah swt...

Ana tidak tahu untuk memilih yang mana satu.. Berhubung pun ada masalah, tidak berhubung wujud pula masalah salah faham antara satu sama lain. Kadang-kadang terasa mahu sahaja melarikan diri daripada permasalahan yang membelengu diri. Ana tahu diri ana bersalah dan telah menjelaskan mengenai kesalahan ana itu. Namun, masih berlaku salah faham sehingga ada yang terasa dengan diri ana ini. Tidak terniat di hati ini untuk menyakiti hati sahabat seperjuangan ana. Ana hanya berserah kepada Allah yang menguji hati-hati ini dengan kocakan dan ketidaksefahaman itu. Hanya Allah yang mengetahu mengapa dicampakkan perasaan-perasaan yang menyebabkan satu hubungan yang telah berjanji kerana Allah dan hanya mengharapkan semata-mata keredhaan Allah.


Sedih bukan seandainya ada sahabat kita yang terasa dengan kita dan apabila kita telah menjelaskan keadaan yang sebenar, masih ada perasaan terasa itu dihati sahabat kita sendiri. Mungkin inilah Allah nak menguji kejujuran dan keikhlasan hati-hati itu. Dimana kepergantungan kita kepada Allah swt dan dimana tahap kesabaran kita..


Kadanga-kadang ana terfikir mungkin ada perlunya ana menjauhkan diri agar sahabat itu berbahagia tanpa gangguan daripada diri kita sendiri. Tetapi sahabat ana menyatakan jangan kita lari dari masalah. Allah.. Tidak tahu mana yang harus ana pilih.. Ana sudah semakin hampir dengan final exam tetapi ada di kalangan sahabat ana yang terasa hati dengan diri ana yang tidak sempurna ini..


Syaitan sangat suka memecah belahkan umat Islam yang ingin melakukan kebaikan.. Moga hati-hati ini dijauhkan sejauh yang mungkin daripada godaan itu. Moga dikikiskan perasaan yang tidak baik di dalam hati-hati ini... Buat sahabat ana itu, ana memohon seinfiniti kemaafan sekali lagi dan sememangnya diri ana adalah insan yang banyak sekali khilafnya. Ana pinta semoga beliau meneruskan perjuangannya dan penulisannya. Jika ana adalah menjadi batu penghalang untuk perjuangan beliau, sanggup diri ini menjauhkan diri. Selebihnya ana menyerahkan kepada Allah taala yang memegang hati-hati ini.. wallahualam..

p/s : tulisan ini ditaip dengan penuh rasa rendah hati dan ikhlas dari hati.. sanggup ana telan kepahitan kerana yang pahit itu kebanyakannya adalah penawar bukan?? InsyaAllah, dengan bantuan Allah taala, semuanya akan dapat diselesaikan.. amiin...

Ku biar kalam berbicara
Menghurai maksudnya di jiwa
Agar mudah ku mengerti
Segala yang terjadi
Sudah suratan Ilahi

Ku biarkan pena menulis
Meluahkan hasrat di hati
Moga terubat segala
Keresahan di jiwa
Tak pernah ku ingini

Aku telah pun sedaya
Tak melukai hatimu
Mungkin sudah suratan hidupku
Kasih yang lama terjalin
Berderai bagaikan kaca
Oh teman, maafkanlah diriku

C/O :
Oh Tuhan
Tunjukkan ku jalan
Untuk menempuhi dugaan ini
Teman, maafkan jika ku melukaimu
Moga ikatan ukhwah yang dibina
Ke akhirnya

Aku tidak kan berdaya
Menahan hibanya rasa
Kau pergi meninggalkan diriku
Redhalah apa terjadi
Usahlah kau kesali
Mungkin ada rahmat yang tersembunyi

Sudah kembali..

Assalamualaikum sahabat-sahabatku...

Ana baru sahaja pulang daripada BTN.. Beg pun tak dipunggah lagi.. Hm2.. BTN.. Dalam kepala ana yang dipenuhi neuron-neuron ni sedang laju berfikir tentang nasib mahasiswa yang bagi ana sangat menyedihkan.. Ape-ape pun nanti kite cite ye.. Mahu berkemas dahulu.. Ehem2.. Selamat Pengantin Baru buat sahabat tersayangku Siti Sarah Bt Amijuddin dan suami.. Dan Ehem2 lagi.. PTPTN sudah masuh double.. jom bayar yuran pengajian k... Salam..

17 March 2011

Ku Dambakan RedhaMu by Devotees

Bagaikan hausnya bumi gersang,
Yang kering lantaran tidak disirami hujan,
Begitu sepinya dan rindu hatiku,
Bila cintaMu tidak bersemi..

Berjalan aku bagai kesesatan,
Di tanah Tuhan diriku ditinggalkan,
Tiada teman untuk ku mengadukan,
Resah hidupku ditimpa sesalan..

Aku dambakan, dambakan CINTA,
CINTA sejati yang kekal selamanya,
Biarpun pahit perjalanan meraihnya,
Demi redhaMu ku harungi jua..

Kerana CINTA lahir dari sanubari,
Biarpun perit menuju cintaMu,
Namun sedikit pun tidak menggoyah tekadku,
Biar diracun dunia,
Tidak ku gentar tempuhnya..

Ya Allah tidak ku sedari,
Selama ini cintaMu tidak pernah menyepi,
Rahmat kasih sayangMu yang tiada bertepi,
Setiap hambaMu tetap Kau sayangi,
Biarpun banyak dosa yang menghimpit diri ini,
Janji pada hambaMu tak pernah Kau mungkiri,
Maafkanlah.. Redhailah..

Aku bersaksi bahawa Kau sesungguhnya,
Tuhan yang agung pencipta segalanya,
Tempatku bermohon dan berlindung,
Dari kehinaan dan kemusnahan..


Assalamualaikum.. dimalam yang sunyi bertemankan buku-buku dan juga my lappy ana terjumpe lagu ni.. =).. best sangat dan buat ana tersenyum.. Cubelah cari lagu ni dan hayati liriknya.. Lagunya agak rancak dan memang xngantuk la dengar banyak kali sambil stay up study..

Actually hati sedang gundah gulana tapi xlah seteruk mana. Cumenye biase la.. Terdetik perasaan tu. Sekarang lagi sibuk dengan study dan juga nak susun balik Aman's Club kat sini. Esok plak kena pegi BTN.. Malas betul nak pergi sebab banyak kerja yang lebih auwla ana kena uruskan dengan sahabat-sahabat. Tapi kalau tak pergi kena bayar RM300.. (ini adalah satu ugutan.. hehe). Sahabat-sahabat yang lain kena banyak-banyak bersabar dan teruskan perjuangan ye..

Sekarang ni berat badan makin susut walaupun tak banyak.. Makan tak tentu.. Bukan sebab sedih ke ape ye.. sebab kesibukkan tu.. Tapi sesibuk kite pun tak setanding dengan sibuknya Nabi Muhammad.. Kan? Kadang-kadang xsempat makan pun sebab banyak liqa yang kena handle. Pagi sampai petang kuliah.. Lepas tu liqa dengan sahabat-sahabat Aman's Club.. Kemudian kadang-kadang membawa ke malam tu ada meeting MPP pulak. Dan bila balik bilik, jadi kaunselor tak bertauliah untuk adik-adik yang menanti di bilik.. hehe.. Tak pe lah.. semua benda yang ana buat tu mampu menyibukkan diri daripada fikir yang bukan-bukan. Biarlah ana jadi seseorang yang bermanfaat untuk orang lain bukan menjadi beban dan semuanya adalah insyaAllah demi redhaNya semata-mata.

Di dunia ni bukanlah tempat kerehatan buat kita sebagai seorang pejuang tetapi akhirat itulah kerehatan buat kite. Seringan-ringan ganjaran syurga yang Allah berikan ialah sebanyak 7 dunia bahkan mungkin lebih. Dunia yang satu ni pun dah rasa macam-macam nikmat apatah lagi berbilang-bilang. kan? Dunia adalah tempat kita sebagai pejuangNya menuai pahalan dan ganjaran Allah Taala. Dengan cara apa? Dengan melakukan amar ma'ruf dan nahi munkar dan berusaha menjadikan syariat islam itu ditegakkan di dunia ini. Meneruskan rantai perjuangan Rasulullulah saw.. Iqamatu al din wa siasatu al dunia bihi yang bermaksud BANGUNKANLAH ISLAM DAN TADBIR DUNIA DENGANNYA... wallahualam..=)

14 March 2011

Usrah : Nice to share.. =)

Rukun Usrah




Usrah Naruto (Usrah 7)


Oh, gembiranya Naruto!
Kerana dia ada usrah (keluarga) yang menyeronokkan.


Namun, kenapa masih ramai yang bosan dengan usrah?

Mungkin kita memahami bahawa usrah itu hanya perjumpaan mingguan yang di dalamnya ada pengisian majlis ilmu tetapi dalam jumlah yang lebih sedikit pendengarnya.


Walhal ia lebih daripada itu!


Apabila usrah dilihat seperti itu, maka ia tidak ubah seperti sebuah ceramah berskala kecil. Sesebuah usrah yang semacam itu tidak mungkin mampu membina keperibadian ahli usrahnya seperti ahli-ahli usrah Naruto.
Ia akan menjadi sebuah produk yang gagal di dalam pendekatan dan tidak jelas di dalam matlamatnya.


(Bayangkan Naruto hanya duduk bersimpuh mendengar tazkirah daripada naqibnya. Pasti dia tak mampu nak berlawan dengan geng-geng brutal.
Memalukan!)


Sesungguhnya, usrah adalah perkongsian. Manakala perjumpaan mingguan hanyalah salah satu daripada programnya.

Mengenai usrah Naruto, ia telah diketuai oleh seorang naqib.




Naqibnya, Hatake Kakashi merupakan antara naqib terhebat yang diiktiraf oleh Konoha (kampung Naruto)

Selain itu, naqib ini juga boleh dianggap sebagai naqib genius kerana berjaya menamatkan pengajian di Akademi Ninja pada usia 5 tahun dan menjadi Chunin ketika berusia 6 tahun.

Di sini kita lihat, Kakashi telah membentuk satu karisma yang hebat ke atas ana
k usrahnya pada peringkat awal!

Sedikit taaruf (pengenalan), yakni rukun usrah pertama dalam usrah Naruto yang dipimpin oleh Kakashi.

Usrah Naruto (juga dikenali sebagai Usrah 7) telah dibentuk oleh Genin yang terdiri daripada Uzumaki Naruto (うずまきナルト), Uchiha Sasuke (うちはサスケ) dan Haruno Sakura (春野サクラ).


Ahli-ahli usrah ini telah dipilih bagi mengimbangi kebolehan masing-masing.

Naruto, ahli usrah paling teruk dalam pasukannya mendapat manfaat daripada kecerdikan Sakura dan kecekapan Sasuke.
Sakura pula mendapat kebolehan bertarung daripada rakan-rakan usrahnya secara tak langsung manakala Sasuke mendapat faedah melalui taklim yang tak pernah putus daripada kedua-dua ahli usrahnya.

Nah, inilah tafahum (rukun usrah kedua) hasil didikan usrah.
Saling mengenali dan melengkapi.

Hasilnya?
Lahirlah kader-kader seperti Naruto yang mempunyai kefahaman ukhwah yang tinggi bagi menyelamatkan ahli usrahnya, Sasuke daripada terus diheret kegelapan.

Sasuke telah tercampak ke lorong hanyir kehidupannya dengan menyertai usrah lain (Akatsuki) yang terpesong perjuangannya.
Kerana sayang kepada Sasuke, api semangat Naruto sesekali tidak pernah
padam untuk menyelamatkan sahabat kesayangannya daripada terus lalai dan usaha mengembalikan Sasuke kepangkuan Usrah 7 tidak pernah putus.


Pelbagai misi telah dilakukan oleh Naruto untuk menyelamatkan Sasuke walaupun menemui pelbagai jalan buntu semata-mata kerana nilai ukhwah.

Inilah buah didikan usrah, kesan daripada kefahaman yang tinggi tela
h menyebabkan Naruto bersusah payah ingin menyelamatkan Sasuke yang timbul daripada dasar usrah ketiga iaitu takaful (saling tolong-menolong).

Dalam pemikiranku,
Adakah kita berada pada tahap usrah ini...?

Beruntungnya Sasuke kerana Naruto sangat sayang padamu!



Orang kampung Naruto


p/s : Credit to empunye artikel ni Khalief
Analogi yang terbaik punye... hehe




13 March 2011

Satu Tempat Kosong

Assalamualaikum…


Telah kusiapkan satu daerah paling sunyi…

Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri..


Bait-bait pusi lagu daripada kumpulan Kopratasa ini begitu menyentuh hati ana. Disaat itu ana rasakan dalam hati ini juga terasa juga kekosongan hati ini… Kadangkala tu ana merasakan bahawa ana memerlukan kekuatan daripada seorang lelaki bernama zauj. Terpulanglah kepada sahabat semua untuk menilai perasaan itu namun itu adalah fitrah setiap insan yang bergelar wanita di dunia ini. Terus terang ana katakana ana sememangnya boleh menghadapi penat lelah di kampus dengan pelbagai aktiviti dan gerak kerja Islam. Ana boleh memberikan kata-kata penguat untuk sahabat-sahabat muslimat semua di kampus. Namun jauh di sudut hati ana, ada seketul hati yang sangat memerlukan hati yang satu lagi untuk disatukan. Ana sendiri tidak tahu mengapa Allah berikan ana perasaan begitu dan diuji ana dengan menanti detik-detik itu. Allahuakbar.. Sakit, kecewa, sedih semuanya ada…


Disaat ana lemah sendirian, ana memerlukan kekuatan dan ana meminta kekuatan daripada Allah swt.. Namun dalam masa yang sama terasa fitrah untuk meluahkan segala kepenatan dan keluh kesah kepada insan bernama seorang suami. Allah.. Kenapakah begini.. Ku lemparkan jauh-jauh perasaan itu namun ianya datang kembali dan membuat hatiku kesunyian. Betapa ana menahan kesabaran untuk menunggu harinya tiba. Ana bermujahadah melawan emosi fitrah kejadian wanita yang memerlukan seorang suami dan seorang lelaki memerlukan seorang isteri. Kadang-kadang tahap ana melawan dan bermujahadah itu ana tidak mahu mendengar tentang pernikahan. Biarlah ana melupakannya buat sementara waktu agar terpelihara hati ini.


Tetapi ana begitu tenang apabila diuji dan dalam masa yang sama hati ini mencuba untuk mencari kekuatang dariNya. Disaat itu ana ketemu kekuatan dari Al Khaliq. Dan dalam masa yang sama juga hati tetap gundah gulana apabila perasaan itu datang. Allah.. Kosongnya hati ana ini seperti ana berjalan di tengah malam di atas jalan raya yang lengang.. Tiada siapa yang memimpin diri ana dan hanya ada Allah bersama ana. Sunyinya jalan raya itu dan begitulah sunyinya hati ana.. Biarpun ada sahabat di sekeliling tetapi tidak sama dengan apa yang ana rasakan. Berjalan keseorangan dengan mengharapkan pergantungan diri kepada Allah sepenuhnya. Ana melihat satu titik bahagia di hadapan dan itulah redhaNya.. Tetapi ana keseoarangan bertatih menuju ke arah Allah swt. Terasa mahu dipimpin diri ini. Dididik diri ini bersama-sama mendapatkan redhaNya. Seolah-olah tempang kaki ini berjalan keseorangan menempuhi segala ujian dan dugaan. Sahabat –sahabat ana ada di belakang ana yang menyokong tetapi tidak mampu memberikan ana satu kaki lagi untuk berjalan. Allah.. Jauhnya ana berfikir.. T_T…


Ana tidak mahu menulis dengan panjang lagi.. Menitis pula air mata murahan ana ni. Sudah beberapa malam ana tidur lewat pagi dan bangun di awal pagi. Badan sangat kepenatan dan memerlukan rehat yang sangat cukup. InsyaAllah ana akan cuba untuk bermujahadah dengan apa yang Allah letakkan kepada ana.. Ya Allah.. ana tidak meminta perasaan ini dan hanya Engkau yang memberikan kepadaku.. Moga Engkau pelihara ia dan sucikan kembali sesuatu yang tercalar kerana kelalaianku sendiri. Moga diberi kekuatan. InsyaAllah…



p/s : Ana ada impian yang ingin ana kecapi dan laksanakan.. Sempatkah???

Terdetik di hati.. huhu

Assalamualaikum...

Baru sahaja habis pertandingan nasyid... Masih belum makan lagi ni.. Dah tak jadi lapar.. Huhu.. kenapa? kenapa? huhu.. tak tahu nak cakap macam mana.. Kenapa la... hai.. payah la nak luahkan disini.. E...a.. ha... nak jerit kuat2 je perkataan tu.. Allahuakbar... Rindu? Teringat? Sayang? Ya Allah.... Lepas ni jangan provoke dengan kahwin lagi ye sahabat-sahabat.. tak tenang hatiku memikirkannya.. huhu.. nak nangis ke nak ape ni.. Gembira ke sedih ke ni... ape2 pun... welcome to the club buat somebody tu ye... huhuhuu.....

12 March 2011

Tidak layakkah aku mendapat bahagia??


Assalamualaikum...


Melihat sahabatku yang akan menempuhi hari-hari bahagianya tidak lama lagi membuatkan hatiku tersentuh. Tidak mengetahui apakah jenis perasaannya. cemburu? Sedih? Gembira? Entah.. Disaat itu juga ana letakkan tangan di dada menahan kesakitan yang amat sambil menahan air mata yang bersarang di dalam mata. Hampir-hampir jatuh ke pipi dan bagi sesetngah orang, ana seorang yang kememe. Tetapi bukan kememe persoalannya.. Hati ini Allah takdirkan begitu dan sukar sekali untuk ditafsirkan. Ana melihat sahabat ana itu. Tempat ana meluahkan segala luahan hati dan nanti akan menjadi milik orang. Seorang demi seorang sahabat yang menjadi tempat ana meluahkan perasaan membawa kehidupanmereka dan ana seorang sahabat yang tidak mahu membebankan sahabat yang lain yang mempunyai kehidupan yang lebih penting. Bak kata naqibah ana, kalau betul kita sahabat yang sejati, kita gembira dengan apa yang dia gembirakan dan kita tidak pentingkan diri sendiri dengan menganggap sahabat itu milik kita sahaja. Mungkin Allah mentarbiah ana supaya menjadi seorang yang cekal dan mampu menghadapi masalah bersendirian. Namun hakikatnya sangat perit sekali dan itulah jalan-jalan untuk mendapatkan kemanisan dalam kehidupan.


Disaat melihat sahabat-sahabat mendapat apa yang diinginkan, ana tertanya di dalam hati.. "Tidak layakkah aku mendapat bahagia?" Persoalan itu menerjah dengan tiba-tiba dan imanku mula menganalisa apa yang ana fikirkan itu. Hm.. Allah ingin memberikan ana bahagia namun untuk mendapatkan kebahagiaan diberikan jalan-jalan yang sukar untuk aku tempuhi. Mungkin bukan kebahagiaan di dunia tetapi kebahagiaan di akhirat seandainya ana bersabar. Allah.. besar sungguh tarbiyyahMu buatku.. Membina kekuatan dalamanku sebagai seorang wanita.


Bukankah diri ini yang sering meminta kepadaNya agar dijadikan seorang wanita yang solehah dan supaya Dia menjadi teman diri ini sepanjang masa. Bukankah diri ini yang berdoa agar Allah menyayangi diri ini setiap masa. Jadi, dikabulkan doa itu dengan mentarbiyyah dirimu supaya sabar dan tenang dalam ujian yang dihadapi. Allah itu maha adil dan tahu apa yang terbaik buat setiap hambaNya.. tidak diberi bahagia dengan mudah kerana syurga itu maharnya sangat mahal harganya.


Allah melatih diri ana dengan sifat sabar dan redha dengan apa sahaja yang berlaku dan walaupun dengan berendam air mata, ana mendapat kemanisannya apabila meletakkan Allah yang utama sebagai tempat bergantung dan Dialah yang telah memudahkan segala-galanya. Seringkali ana berfikir dengan cuba create situasi di dalam fikiran bahawa ana sedang dikecewakan dan sememangnya itu menyakitkan diri ana. Ana membayangkan bahawa ana berada di dalam kesukaran yang mungkin berlaku terhadap diri ana dan cuba untuk bertahan dengan kesukaran itu. mentarbiyyah diri dengan apa jua kekecewaan dan ana mencampakkan sejauhnya angan-angan yang membawa ana tenggelam dengan asyiknya dunia. Angan-angan yang membuatkan kosongnya jiwa ini. Semua itu bagi menguatkan diri supaya setia dan tetap bergantung kepada Allah swt..


Sekiranya ditinggalkan orang yang tersayang sekalipun tidak mengapa kerana Allah itu masih tetap dengan diri kita. Dan Allah jua yang mencampakkan perasaan sayang seorang teman itu terhadapmu. Tidak kita mengalami kerugian seandainya ditinggalkan atau dikecewakan manusia kerana Allah tetap setia berada denganmu. Namun amat-amat-amatlah rugi andai kita meninggalkan Allah kerana bimbang hilangnya manusia yang kita sayangi. Letakkanlah cinta Allah itu yang lebih utama dan nescaya hidup kita akan sentiasa bahagia dalam cintaNya..


Akhir kalam dari Nurul Islam buat sahabat semua... Cinta Allah tiada akhirnya.. Sayang Allah tidak bertepi... La tahzan andai diuji.. tetapi bersyukurlah andai diuji kerana itu tandanya ingatan Allah buat hambaNya.. Itulah tanda-tanda bahagia buat kita menanti di hadapan.. Itulah tanda doa-doa kita didengariNya... Bersabar dengan ujian dan sentiasalah jadikan Allah itu tempat sebaik-baik pergantungan... Senyumlah... =).. wallahualam..

11 March 2011

Flashback..=)

Assalamualaikum...

Me sedang berusaha keras buat assignment ni.. Banyak benda nak buat esok.. huhu.. tapi masih sempat lagi jenguk blog ini dan blog itu... Baca-baca blog sendiri dan sahabat.. Tibe-tibe senyum sendiri bila terkenang apa yang berlaku sebelum ni.. Flashback datang menderu-deru buat hati ni senyum memanjang.. hehehe... ape-ape je la ye cik Nurul Islam... Ok.. continue my work... daaaa... salam.. =)

09 March 2011

Kamu yang bernama MASALAH

Assalamualaikum...

Setiap insan di dunia ini Allah uji dengan pelbagai dugaan yang termampu olehnya. Dan setiap ujian itu adalah semata-mata untuk menguji tahap keimanan kita. Apabila ditimpa dengan masalah ada yang murung bila menghadapinya. Menangis tanpa henti dan ada juga yang lari dari masalah dengan cara yang tidak sepatutnya seperti bunuh diri, makan pil tidur, kurung diri, mogok, bersendirian dan macam-macam lagi. Ada juga yang dapat menghadapinya dengan tenang sehingga kita yang melihat dirinya merasakan seolah-olah dia itu tidak didatangi dengan masalah. Hidupnya ceria dan tersenyum selalu. Namun setelah dikaji dan ditanya kepada empunya dirinya, kita sendiri tak percaya betapa berat dugaan yang ditanggung.


Apa beza antara kedua-dua jenis manusia diatas? Yang membezakan mereka adalah keimanan dan kepercayaan serta kebergantungan kepada Allah swt yang mendatangkan ujian itu kepada hambaNya. Dan dimana tahap kita? Iman itu ibarat satu gelombang yang ada naik turunya. Jika kita belajar subjek Fizik sewaktu sekolah dahulu, masih ingatkah tajuk gelombang yang kita pelajari? Ada Frekuensinya.. adakala turun dan adakalanya naik.. Itulah iman kita. Berbalik kepada bagaimana kita menghadapi masalah adalah bergantung kepada keimanan kita. Allah mahu menguji tahap keimanan kita dan bagaimana penerimaan kita terhadap ujian yang didatangkan. Adakah iman itu menjadi benteng yang kukuh ataupun hanya sekadar senipis embun yang mudah sekali dirabikkan. Kita koreksi diri.


Kadangkala apabila kita menghadapi masalah, hati kita sakit menahan perasaan. Ditahan rasa menangis dan juga kecewa di hati. Ditambah pula kita merupakan seseorang yang diharapkan oleh orang lain dan masa kita lebih untuk manfaat orang lain. Kita infaqkan seluruh tenaga dan masa untuk perjuangan sehinggakan masalah orang lain di dahulukan untuk di atasi sedangkan diri sendiri mencari kekuatan sendiri untuk teruskan langkah. Menjadi sepohon pokok yang meneduhi orang lain yang kepanasan. Kerana kita percaya insyaAllah segala pengorbanan itu akan dibantu oleh Allah. Kita percaya akhirat itu yang lebih kita kejarkan berbanding di dunia. Biarlah derita di dunia asalkan nikmat di akhirat kelak insyaAllah akan dibantuNya. Percaya bahawa setiap masalah yang timbul ada jalan penyelesaian.. wallahualam..

This feeling...

Assalamualaikum...

This feeling...
Make me feel sick each days..
This feeling..
Make me can't focus what i'm doing..
This feeling...
Make me to be strong and put trust in Him..
Sometimes this feeling make me cry..
Pretend to be that i'm ok..
But when i'm alone, i'm crying deep in my heart..
I'm naqibah, i'm da'i, i'm qiyadi...
But He give me this feeling..
Because He knows that i can conduct it..
And it is not easy for waiting ...
waiting for that day.. The day that given by Him..
InsyaAllah... i will wait for it..
And continue our journey in in this way for Mardhatillah..
To become His Devotees...

07 March 2011

Ku tahu ianya indah.. tapi... Allah..

Assalamualaikum...

Sahabat ana sedang mendengar Kuliyyah tentang kelebihan berkahwin.. Siap ada yang bernikah waktu belajar dengan hujah dan dalil sekali.. Dekat FB plak sahabat-sahabat ni duk perli-perli la Justify Fullpulak pasal kahwin.. Huhu.. Lalu ana ambil inisiatif dengan memasang headset di telinga dan pasang lagu nasyid Rabbani kuat2.. Allah.. benar-benar teruji dengan perasaan atau keinginan kepada pernikahan ni.. Bukan ku tak mahu.. Tapi hanya Allah yang tahu apa masalah yang berlaku dan mengapa Dia masih belum memudahkannya.. kan? Jadi bersabarlah walaupun teruji dengan perasaan-perasaan nak kahwin apa semua tu.. Seruan dah sampai tapi masih belum dipermudahkan. Ada la tu yang ingin disimpan olehNya buat hamba-hambaNya yang disayangi..


Ana tahu pernikahan itu mampu memberikan kekuatan buat ana untuk meneruskan perjuangan dengan adanya kata-kata semangat dan kekuatan daripada seorang rijal yang bergelar suami yang juga seorang mujahidin di sisi. Baru-baru ini dapat msg daripada Ustaz, katanya enti ni kena bernikah ni.. biar dapat kekuatan daripada zauj.. Allah.. tak tahu nak cakap ape.. hanya mengelak je lah.. Simpan elok-elok apa yang dirasai dan biar Allah yang tentukan.. Sana kahwin.. sini kahwin.. Allahuakbar.. sabar-sabar.. Fokus apa yang penting sekarang ye..



Sahabat tersayang pun dah nak bernikah 19hb ni.. tahniah Sarah ye.. Ana gembira dengan pernikahan enti.. Kadang-kadang ana ni jadi tempat kaunseling buat sahabat-sahabat yang mengalami masalah dalam pembinaan Baitul Muslim.. Baik sahabat yang jauh nun di UK sana ataupun di KIPSAS sendiri.. Huhu.. Diri sendiri pun tak kahwin lagi tau.. apa yang ana sampaikan tu hanyalah hasil kajian ana dengan pemerhatian ana pada masyarakat sekeliling dan termasuklah keluarga ana sendiri. Kadang-kadang tu ana buat research sendiri juga dengan bacaan mengenai sifat lelaki dan perempuan.. emosi, pemikiran dan sebagainya.. Jadi apa yang ana faham dan tahu ana sampaikan.. Huhu.. bacaan tu untuk diri sendiri juga la kan..


Dalam penjagaan anak-anak pun ana ambil tahu.. Tentang pemakanan untuk anak-anak.. pentarbiahan anak-anak.. Allah.. tak tahu la kenapa ana jadi agak arif tentang teori pasal kekeluargaan ni.. huhu.. Didikan keluarga dan juga nasihat mama ana sendiri pun main peranan juga... Ana ni suka dengar nasihat orang-orang tua.. kadang-kadang tu ana dengar je apa yang nenek ana cakap pasal keluarga dan macam-macam lagi.. Bukan senang tau nak dapat ilmu yang tak de dalam buku ni.. huhu.. terlebih sudah ana ni..


Sekarang sudah lega sedikit perasaan tu lepas dah menulis ni.. Jadi boleh la ana nak sambung study.. Alhamdulillah.. maaf andai ada tersilap kata dan bahasa.. Apa yang baik jadikanlah tauladan dan mafaatkan.. Yang tak baik jadikan sempadan ye.. doakan kehidupan ana selalu.. Salam sayang buat sahabat semua.. salam.. =)

06 March 2011

Sweet Home..

Belajar edit guna Photosnap.. hm.. memikir masa depan..


Assalamualaikum sahabat-sahabat tersayang..


Alhamdulillah kita masih diberi nikmat oleh Allah swt untuk terus beribadah dan mengejar redhaNYa.. Alhamdulillah.. Hm2.. ana ni sudah terikut-ikut cara mc di KISAS dulu waktu perhimpunan tiap-tiap pagi.. hehe.. Ape ana nak tulis kali ni ye? Assignment ade je depan mata tapi kali ni sangat bersemangat pula nak menulis diblog kesayangan.. kepada siapa lagi nak meluahkan apa yang dirasai kalau bukan kepada cik blog yang ana sayang sangat2.. Dah hampir 3 tahun kita bersama. Kan2??


Ana baru sahaja pulang dari home sweet home.. Actually jam 4 tadi dah sampai ke kolej.. Baru sempat menulis pada waktu sekarang walaupun assignment masih tersusun di atas katil dan di atas rak buku.. Dapat balik umah dan mengadap mama, abah, Hamdan dan juga Najihah comel dah cukup membahagiakan dan menenangkan. Balik rumah sebab nak redakan tekanan dan kesibukkan di kampus sebenarnye.. Huhu.. walaupun ada program Minggu Syariah dan Undang-Undang, ana terpaksa balik juga sebelum apa-apa berlaku.. heheh.. alasan je tu.. sebenarnya ana homesick.. Rumah dekat je tapi xdapat pulang sebab sibuk.. dapat balik umah memang sangat best bila borak-borak dengan mama.. pandang wajah mama.. love you mama.. Dapat gelak-gelak dengan Najihah my anak sedara.. dah besar dah die.. pandai gelak-gelak..


Najihah yang makin berat dan suka senyum sambil tengok orang bercakap.. hehe..



Banyak berita yang mengejutkan dan juga yang buat ana terkilan juga sepanjang di rumah.. Huhu.. Bila balik rumah tu sempat juga ikut mama, ayah,wan, cik ma dan Asiah pergi buat terapi.. Terapi elektrik.. waaa.. sesuatu yang baru bagiku.. tapi overall memang seronok sebab just duduk atas kerusi je yang ada lapik untuk aliran elektrik.. Bukan kena kejutan elektrik tau.. tapi terapi macam Al Jabbar tu.. Siap dengar sesi kaunseling kesihatan dari empunya produk tu.. free je.. InsyaAllah mama dan tok ana pakat nak beli alat tu sebab beri kesan yang positif untuk mereka.. Ye la.. mama, ayah dan wan kurang sihat.. huhu.. moga Allah berikan kesihatan yang baik buat mereka..


Ayah yang sudah semakin sihat.. New photo after back from doing Hajj.. Love him.. Kucing suma jadi gemuk lepas ayah n wan pulang.. hehe



Hari Sabtu, Hamdan pergi ke Karnival Jom Masuk U.. Memang banyak la pamplet yang dibawa pulang.. Ana pun baca la tentang UPSI.. Huhu.. sangat terkilan bila dapat tahu UPSI ada tawarkan Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak.. Untuk 6 semester.. Guna result SPM.. Huhu.. Kenapa dah separuh jalan ana ni kolej swasta baru ada tawaran ni?? Dulu ana dah check di UPSI tu untuk program diploma.. memang tak de.. Mama dan Abah sarankan ana mintak je.. Sekarang ni memang tawaran tu terbuka lagi.. Tanya dengan Kak ida, she said that just continue what i'm doing rite now and then sambung la ke UPSI.. Buat Ijajoh.. Tu loghat dia after married with Terengganu's people.. hehe.. Makin pekat la pulok.. Sempat lagi tu mengadu penat jadi wife sambil kerja.. dengan keje koloh lagi.. dengan jadi surirumoh lagi.. Kak ida rase macam kejutan budaya la dik ka.. (hehe.. she's wrote like that k..) Ana just mendengar aje la sambil membuat analisa.. me nanti macam mane ye?? I can't predict what happen next but i know it is not easy.. easy as A,B,C... huhu.. Start learning rite now ye Nurul Atika..=(..



Then walaupun ana kat umah, msg dari sahabat-sahabat di KIPSAS bertalu-talu.. ada tanya pasal usrah, pasal kerja umah, pasal masalah muslimat.. Hm2.. Dimana-mana kita berada, ingat kita ada tanggungjawab pada orang lain juga.. membantu untuk mempermudahkan orang lain.. See dekat sebelah blog ni? Bermanfaat untuk orang lain.. Read, Learn, Understand and Practice it.. =).. kadang-kadang tu mata dah nak terpejam pun duk balas msg sahabat-sahabat.. kadang-kadang tu xsedar.. bangun pagi esok dah ade msg2.. Pastu Hp bawah bantal.. heheh.. i'm sorry.. huhu... dah tahu kita salah, kite call la sahabat kita yang ada masalah tu kan.. Hulurkan bantuan.. InsyaAllah kita pula akan dipermudahkan nanti oleh Allah..


Najihah tengok tv sorang-sorang cite Mickey Mouse... Huhu... Puting tu xmau lepas na..



Hari ni plak dah kena pulang ke kampus.. adush.. malas juge nak balik ni.. nak tinggal umah.. kucing.. semuanya la.. Najihah off course.. Tapi tanggungjawab harus dilaksanakan.. Hari yang sama juga, my big brother Hamdan dipanggil oleh Cikgu Razali ke SMKAP untuk urus program dengan F6 di SMKAP bersama Shamsul sahabatnya.. He went to Karnival tu ma'a Shamsul dan Iqbal.. Dorang ni memang baik dan kamcing.. Erat Ukhwahnya.. Huhu...Sebelum nak pergi tu siap tanya mama boleh pegi ke tak.. pastu belanja mama sebab takut mama marah die kena pergi SMKAP lagi.. heheh.. adik sape la ni.. Budak baik.. Moga Allah mudahkan langkah Hamdan adikku...



Bila terkenangkan waktu cuti yang ana habiskan di rumah, teringat kata-kata mama dan abah tersayang... Ika teruskan belajar walaupun lambat.. bak kata Hamdan.. Pulun sampai habis.. memang semangat habis ana.. sempat juga ana tanye mama.. "mama, kenapa ramai kawan-kawan ika waktu sekolah rendah dulu nak kawen?? mereka tak nak belajar ke?? Mama pun jawab... "Nak buat macam mana mereka tak nak belajar dan mungkin mak ayah mereka tak berapa menyokong dalam belajar... kalau mama nak ikut macam tu, mama dengan abah tak amek kesah pasal belajar anak-anak mama.. tapi kita ada matlamat tertentu untuk anak-anak" Huhu.. berwawasan tak mama ana?? Terbaik punye!!.. hehe.. Itu untuk situasi merek yang rasa belajar just sampai spm.. lepas tak buat ape2.. terus kawen... memang bagus sebab nak elak maksit dan dah sampai jodoh mereka.. tapi ana dan adik beradik ana memang dah diterapkan budaya ilmu sejak kecil.. kami pun memang lebih suka begitu.. Hehe....



Wah.. ana dah buat satu assignment lengkap ni.. okey la sahabat-sahabat semua.. perjalanan ana masih jauh.. doakan ana ye dan juga family ana.. Semoga sahabat-sahabat yang lain juga mendapat lindungan dariNya dan dipermudahkan Allah selalu... Salam...


P/S : Jom buat assignment!! ^-^/

04 March 2011

Corat-coret lagi..

Assalamualaikum my dear blog and off course my dear readers..


Kali ni ana cuma mahu menulis dengan suasana yang sempoi dan santai sahaja. Hm.. tak tahu nak mulakan dari mana tetapi yang pasti fokusnya lebih kepada kesibukkan ana dengan aktiviti-aktiviti kampus yang memang memenatkan. Tapi itulah sunnah seorang pejuang dimana masanya banyak dihabiskan dengan gerak kerja islam dan pelbagai aktiviti yang boleh membantu untuk memenangkan islam dan dalam konteks ana di kampus dengan aktiviti yang boleh mempertingkatkan biah islam di sesuatu tempat itu dengan sahisah pelajar yang mengikut akhlak islam.

Semester ini ana diuji dengan kepimpinan dimana ana diberi amanah untuk memegang jawatan yang sudah semestinya siang dan malam dipenuhi dengan aktiviti sama ada meeting atau pun gerak kerja. Dan sudah semestinya juga ana diuji dengan pembahagian mJustify Fullasa untuk study. Lebih-lebih lagi fizikal ana yang kurang sihat ini membataskan diri ana untuk terlalu aktif dan kadang-kadang perlukan rehat yang panjang. If not, pengsan la jawabnya.. Hari ni sepatutnya ana ada appointment dengan klinik tapi tak sempat pun nak pergi. Nak balik rumah jenguk mama dan abah pun susah walaupun rumah dekat. Tapi insyaAllah esok ana akan pulang ke rumah untuk memberi masa kepada family.. Ape2 pun family first ye.. Hm2.. mungkin ini adalah tarbiyyah buat ana untuk ke stage yang seterusnya dalam maratib amal tu.. ke macam mane ye sahabat-sahabat? Itu yang ana perhatikanlah..



Sebenarnya ana ada banyak benda yang nak diluahkan sama ada dari segi peribadi atau tak peribadi. Cumenya ana tak rasa nak dikongsikan disini dengan sahabat-sahabat sebab ada masalah yang terlalu peribadi. Nak bercerita pada sahabat-sahabat yang terdekat pun ana masih tidak mampu. Hanya berbicara dalam hati dan berdoa kepadaNya sahaja. Dan ana mungkin nampak agak sedikit berdiam diri sejak akhir-akhir ni. Kita perku jadi seorang yang walaupun dilanda masalah, kita mampu hadapi dengan tenang. insyaAllah ada jalannya. Jangan risau.. tapi itu ana lah. Ana memang kadang-kadang suka bercerita masalah kepada orang kerana sekurang-kurangnya dapat meluahkan apa yang ada di dalam hati. Cuma sejak akhir-akhir ni sangat payah untuk bercerita. Mungkin Allah sedang memberikan kekuatan pada diri ini.. Ameen..




Kadang-kadang bila masalah tu datang, ana termenung jap kemudian ingat yang semua masalah boleh disettlekan.. Orang yang berjiwa besar akan memandang setiap masalah itu kecil sahaja. Allah kan ada.. =).. Kadang-kadang juga selepas solat dan berdoa ana kan duduk sebentar dan berfikir tentang masalah yang ana hadapi. Masa tu ada la jugak air mata menitis tapi kuatkan diri dan motivate diri sendiri agar menjadi orang yang tabah.. maka disapu air mata itu dan teruskan langkah.. Don't be sad.. =).. kan?


Hm2.. setakat ni dulu entry kali ni.. ana nak siapkan assignment dan doakan ana punye test Sistem Kehakiman Islam esok.. huhu.. tak baca ape2 lagi nih.. Aktiviti banyak.. tenaga terhad.. kena juhud lebih untuk study.. =)... kepada yang masih stay up, selamat study.. kepada yang dah tidur, gud nite... kepada yang tengah main game, main2 juge.. tapi jangan over limit ye... hehe.. kepada yang berFB.. gunakan FB supaya bermanfaat untuk islam.. Dan buat blogger picisan macam diri ana ni.. selamat menulis.. assalamualaikum... =)