expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

14 March 2011

Usrah : Nice to share.. =)

Rukun Usrah




Usrah Naruto (Usrah 7)


Oh, gembiranya Naruto!
Kerana dia ada usrah (keluarga) yang menyeronokkan.


Namun, kenapa masih ramai yang bosan dengan usrah?

Mungkin kita memahami bahawa usrah itu hanya perjumpaan mingguan yang di dalamnya ada pengisian majlis ilmu tetapi dalam jumlah yang lebih sedikit pendengarnya.


Walhal ia lebih daripada itu!


Apabila usrah dilihat seperti itu, maka ia tidak ubah seperti sebuah ceramah berskala kecil. Sesebuah usrah yang semacam itu tidak mungkin mampu membina keperibadian ahli usrahnya seperti ahli-ahli usrah Naruto.
Ia akan menjadi sebuah produk yang gagal di dalam pendekatan dan tidak jelas di dalam matlamatnya.


(Bayangkan Naruto hanya duduk bersimpuh mendengar tazkirah daripada naqibnya. Pasti dia tak mampu nak berlawan dengan geng-geng brutal.
Memalukan!)


Sesungguhnya, usrah adalah perkongsian. Manakala perjumpaan mingguan hanyalah salah satu daripada programnya.

Mengenai usrah Naruto, ia telah diketuai oleh seorang naqib.




Naqibnya, Hatake Kakashi merupakan antara naqib terhebat yang diiktiraf oleh Konoha (kampung Naruto)

Selain itu, naqib ini juga boleh dianggap sebagai naqib genius kerana berjaya menamatkan pengajian di Akademi Ninja pada usia 5 tahun dan menjadi Chunin ketika berusia 6 tahun.

Di sini kita lihat, Kakashi telah membentuk satu karisma yang hebat ke atas ana
k usrahnya pada peringkat awal!

Sedikit taaruf (pengenalan), yakni rukun usrah pertama dalam usrah Naruto yang dipimpin oleh Kakashi.

Usrah Naruto (juga dikenali sebagai Usrah 7) telah dibentuk oleh Genin yang terdiri daripada Uzumaki Naruto (うずまきナルト), Uchiha Sasuke (うちはサスケ) dan Haruno Sakura (春野サクラ).


Ahli-ahli usrah ini telah dipilih bagi mengimbangi kebolehan masing-masing.

Naruto, ahli usrah paling teruk dalam pasukannya mendapat manfaat daripada kecerdikan Sakura dan kecekapan Sasuke.
Sakura pula mendapat kebolehan bertarung daripada rakan-rakan usrahnya secara tak langsung manakala Sasuke mendapat faedah melalui taklim yang tak pernah putus daripada kedua-dua ahli usrahnya.

Nah, inilah tafahum (rukun usrah kedua) hasil didikan usrah.
Saling mengenali dan melengkapi.

Hasilnya?
Lahirlah kader-kader seperti Naruto yang mempunyai kefahaman ukhwah yang tinggi bagi menyelamatkan ahli usrahnya, Sasuke daripada terus diheret kegelapan.

Sasuke telah tercampak ke lorong hanyir kehidupannya dengan menyertai usrah lain (Akatsuki) yang terpesong perjuangannya.
Kerana sayang kepada Sasuke, api semangat Naruto sesekali tidak pernah
padam untuk menyelamatkan sahabat kesayangannya daripada terus lalai dan usaha mengembalikan Sasuke kepangkuan Usrah 7 tidak pernah putus.


Pelbagai misi telah dilakukan oleh Naruto untuk menyelamatkan Sasuke walaupun menemui pelbagai jalan buntu semata-mata kerana nilai ukhwah.

Inilah buah didikan usrah, kesan daripada kefahaman yang tinggi tela
h menyebabkan Naruto bersusah payah ingin menyelamatkan Sasuke yang timbul daripada dasar usrah ketiga iaitu takaful (saling tolong-menolong).

Dalam pemikiranku,
Adakah kita berada pada tahap usrah ini...?

Beruntungnya Sasuke kerana Naruto sangat sayang padamu!



Orang kampung Naruto


p/s : Credit to empunye artikel ni Khalief
Analogi yang terbaik punye... hehe




No comments: