expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

13 March 2011

Satu Tempat Kosong

Assalamualaikum…


Telah kusiapkan satu daerah paling sunyi…

Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri..


Bait-bait pusi lagu daripada kumpulan Kopratasa ini begitu menyentuh hati ana. Disaat itu ana rasakan dalam hati ini juga terasa juga kekosongan hati ini… Kadangkala tu ana merasakan bahawa ana memerlukan kekuatan daripada seorang lelaki bernama zauj. Terpulanglah kepada sahabat semua untuk menilai perasaan itu namun itu adalah fitrah setiap insan yang bergelar wanita di dunia ini. Terus terang ana katakana ana sememangnya boleh menghadapi penat lelah di kampus dengan pelbagai aktiviti dan gerak kerja Islam. Ana boleh memberikan kata-kata penguat untuk sahabat-sahabat muslimat semua di kampus. Namun jauh di sudut hati ana, ada seketul hati yang sangat memerlukan hati yang satu lagi untuk disatukan. Ana sendiri tidak tahu mengapa Allah berikan ana perasaan begitu dan diuji ana dengan menanti detik-detik itu. Allahuakbar.. Sakit, kecewa, sedih semuanya ada…


Disaat ana lemah sendirian, ana memerlukan kekuatan dan ana meminta kekuatan daripada Allah swt.. Namun dalam masa yang sama terasa fitrah untuk meluahkan segala kepenatan dan keluh kesah kepada insan bernama seorang suami. Allah.. Kenapakah begini.. Ku lemparkan jauh-jauh perasaan itu namun ianya datang kembali dan membuat hatiku kesunyian. Betapa ana menahan kesabaran untuk menunggu harinya tiba. Ana bermujahadah melawan emosi fitrah kejadian wanita yang memerlukan seorang suami dan seorang lelaki memerlukan seorang isteri. Kadang-kadang tahap ana melawan dan bermujahadah itu ana tidak mahu mendengar tentang pernikahan. Biarlah ana melupakannya buat sementara waktu agar terpelihara hati ini.


Tetapi ana begitu tenang apabila diuji dan dalam masa yang sama hati ini mencuba untuk mencari kekuatang dariNya. Disaat itu ana ketemu kekuatan dari Al Khaliq. Dan dalam masa yang sama juga hati tetap gundah gulana apabila perasaan itu datang. Allah.. Kosongnya hati ana ini seperti ana berjalan di tengah malam di atas jalan raya yang lengang.. Tiada siapa yang memimpin diri ana dan hanya ada Allah bersama ana. Sunyinya jalan raya itu dan begitulah sunyinya hati ana.. Biarpun ada sahabat di sekeliling tetapi tidak sama dengan apa yang ana rasakan. Berjalan keseorangan dengan mengharapkan pergantungan diri kepada Allah sepenuhnya. Ana melihat satu titik bahagia di hadapan dan itulah redhaNya.. Tetapi ana keseoarangan bertatih menuju ke arah Allah swt. Terasa mahu dipimpin diri ini. Dididik diri ini bersama-sama mendapatkan redhaNya. Seolah-olah tempang kaki ini berjalan keseorangan menempuhi segala ujian dan dugaan. Sahabat –sahabat ana ada di belakang ana yang menyokong tetapi tidak mampu memberikan ana satu kaki lagi untuk berjalan. Allah.. Jauhnya ana berfikir.. T_T…


Ana tidak mahu menulis dengan panjang lagi.. Menitis pula air mata murahan ana ni. Sudah beberapa malam ana tidur lewat pagi dan bangun di awal pagi. Badan sangat kepenatan dan memerlukan rehat yang sangat cukup. InsyaAllah ana akan cuba untuk bermujahadah dengan apa yang Allah letakkan kepada ana.. Ya Allah.. ana tidak meminta perasaan ini dan hanya Engkau yang memberikan kepadaku.. Moga Engkau pelihara ia dan sucikan kembali sesuatu yang tercalar kerana kelalaianku sendiri. Moga diberi kekuatan. InsyaAllah…



p/s : Ana ada impian yang ingin ana kecapi dan laksanakan.. Sempatkah???

No comments: