expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

25 December 2013

Tajdid Niat Menuntut Ilmu

Assalamualaikum.. 

Semoga sahabat-sahabat semua dalam penjagaan Allah hendaknya. InsyaAllah.. 

Dalam fatrah untuk menghadapi peperiksaan ni, memang semua student busy dengan study masing-masing.. Ada yang study sampai lewat malam.. ada yang rileks brother, brother rileks aje bila nak exam ni.. dan ada juga la gaya masing-masing yang lain.. 

Semalam, ada berborak-borak dengan seorang hamba Allah ni tentang keberkatan dalam menuntut ilmu. Perkara ni timbul bila kami berdua mula merasa ada sesuatu yang kami tidak dapat dalam menuntul ilmu di menara gading ni.. Kami mula bermuhasabah diri masing-masing.. Timbul satu persoalan, kenapa ye ramai graduan universiti dengan ijazah pengajian islam tak mampu nak  syarah kitab dan sebarkan pada orang lain plak ye?? Tapi kite tengok ramai je di kalangan pendakwah yang lahir dari institusi pondok atau yang dari sistem pembelajaran seperti di universiti al azhar ni, mampu jadi ilmuan agama yang baik.. kenapa ye?? Saya juga menilai persekitaran dan cara student pengajian islam yang lahir dari universiti di negara kita.. Hmm.. ramai yang mengejar ketinggian markah dan juga sekadar menyiapkan task untuk dapatkan markah berbanding menghayati nilai ilmu itu sendiri.. Ini sekadar pendapat saya..


Saya hanya ingin berkongsi pendapat dan cetusan rasa yang saya rasa kita semua patut muhasabah diri bersama.. Sepanjang saya menuntut ilmu, saya tidak pernah meletakkan target untuk dapatkan pointer yang tertinggi sebagai satu matlamat.. Kerana saya tidak puas sekiranya saya hanya mendapat pointer yang tinggi tapi hakikatnya saya tidak mampu untuk hadam dan fahami ilmu yang saya pelajari.. Bahkan tidak mampu nak sampaikan kepada orang lain.. Kepuasan saya adalah apabila saya dapat fahami ilmu itu dan mampu berkongsi dengan orang lain.. Bagi saya itu adalah kepuasan menuntut ilmu yang sebenar.. Kalau kita lihat ilmuan terdahulu pun, tidak ada diletakkan penanda aras bahawa seseorang itu berilmu tinggi adalah berdasarkan pointer atau markah semata-mata. Namun, untuk situasi sekarang, mungkin juga perlu untuk mengukur tahap kefahaman kita. Cuma, saya merasakan bahawa itu bukanlah yang utama. Saya tidak tahu bagaimana pula dengan sahabat-sahabat yang lain.

Tapi, adakalanya saya juga hampir-hampir terdoktrin dengan sistem tersebut sehingga saya rasa saya hanyalah seorang pelajar yang ingin menjaga kuantiti markah setiap pengajian berbanding kualiti yang saya inginkan dalam setiap pengajian yang saya tempuhi. Hingga menyebabkan saya rasa saya bosan dan hilang arah sebenar tentang tujuan saya menuntut ilmu. Itu yang menyebabkan datangnya sifat malas dalam diri dan sebagainya. Sebab matlamat yang sebenar sudah lari dari destinasi. 

Oleh yang demikian, saya merasakan perlunya kita cek balik niat kita dalam menuntut ilmu atas sebab apa. Saya rasa tak perlu nak dikesalkan sangat sekiranya kita tidak mendapat the highest score atau kita ni tak dapat markah yang tinggi-tinggi tapi kita tak faham ape kita belajar. Yang perlu dikisahkan adalah, adakah kita mampu untuk memahami dan menyampaikan pada orang lain.. Kalau tak mampu, maknanya kita masih gagal walaupun kita dapat pointer tertinggi melangit sekali pun.. 

Maka, jom sama-sama kita tajdid niat supaya kita belajar bukan untuk pointer yang menjadi matlamat utama.. tetapi supaya ilmu itu menjadi bermanfaat untuk diri kita dan juga orang lain.. wallahualam..


24 December 2013

Semester Pertama Yang Teruji

Assalamualaikum..

Dah nak dekat final exam untuk semester pertama bergelar pelajar degree di UKM.. Perasaan?? Bercampur baur.. sebab?? Banyak sangat perkara baru yang masih buat diri terkejut dan tak mampu nak ikut rentak dan cara belajar di universiti yang macam-macam orang di dalamnya.. Menangis tu dah biasa.. T_T.. ditambah pula dengan kesihatan yang sering tidak mengizinkan diri untuk melakukan kerja lebih daripada yang sepatutnya.. sampai saat sekarang pun, masih terasa ragu-ragu dengan keputusan sendiri sama ada mahu meneruskan pengajian ini atau pun tidak.. 

Kalau ikutkan hati, rasa lelah dan penat dah nak hadapi kehidupan dan kesibukan sebagai seorang pelajar.. faktor peningkatan usia?? Mungkin.. juga mungkin dah jemu dengan kehidupan student yang seakan-akan zombi.. Penat mengejar date due assignment.. penat mengikutkan kehendak subjek yang pelbagai.. patah semangat pun ada..

Tidak terasa keseronokan dalam menuntut ilmu.. kenapa ya?? Mungkin sebab persekitaran yang saling berlumba-lumba ingin mengejar pointer.. ingin mengejar kecemerlangan sekadar di atas kertas.. program sana sini yang hanya untuk mendapatkan markah HP.. Terasa semakin hilang identiti diri.. T_T...

Sungguh.. semester satu yang begitu teruji.. jauh dengan keluarga buat diri rasa lagi teruji.. Moga Allah berikan kekuatan hati.. kekuatan jiwa.. untuk kaki ini melangkah sekali lagi..

06 December 2013

Aku Seorang Pendusta

Assalamualaikum diucapkan buat seluruh makhluk yang mungkin sudah terlena dalam kepekatan malam.. dan juga buat mereka-mereka yang mungkin masih lagi menyelesaikan tugasan juga mereka yang mungkin sedang bersujud kepadaNya.. 

Malam ini.. tak bisa melelapkan mata usai daripada tugasan sebagai seorang hamba yang diberi tanggungjawab untuk menggalas tugas khalifah di bumi Allah.. tiba-tiba hatiku dijentik dengan perasaan malu.. mengingati bait-bait janjiku padaMu.. "Sesungguhnya aku berjanji untuk laksankan amanahku.. aku berjanji dengan namaMu akan memanfaatkan hidupku di jalanMu".. Aku terasa malu.. Terasa seperti diriku menipu diriku sendiri.. 

Aku bercerita tentang perjuangan.. ikhlas.. amanah.. pengorbanan.. namun atu terlupa dengan ruhiyahku.. yang penuh dosa.. penuh maksiat.. sama ada maksiat yang memang aku lakukan secara nyata atau mungkin bisikan halus yang tidak kusedari.. Bisikan halus yang mungkin membuatkan hati berbangga dan berbunga-bunga apabila disibukkan dengan perjuangan islam kononya.. hakikatnya kosong di mata Ilahi!!.. KOSONG!!.. 

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu

Aku berdusta dengan kata-kataku sendiri.. Namun aku bersyukur dijentik perasaan bersalah di dalam hati ini.. membuatkan aku mula menghitung diri dan berhati-hati dalam memelihara hati yang sering berbolak-balik ini.. Terima kasih aku ucapkan buat mereka yang menghadiahkan aku cetusan rasa untuk berjuang.. walaupun aku merasakan diriku penuh kelemahan.. Terima kasih Ya Allah masih lagi menjentikkan rasa untuk meluangkan masa berfikir tentang dakwah dan perjuangan walaupun sekelumit kuman yang adakalanya buatku menghitung-hitung untuk memikirkannya bersama sahabat seperjuangan dek kesibukan assignment dan kerja belajar yang berpanjangan.. Walaupun pada mulanya terpaksa, namun hakikatnya hikmah yang besar untuk buat kita sedar tentang amanah dan tujuan dilahirkan.. Disitulah kekuatan itu terbina.. Disitu jugalah kesedaran itu datang.. Itulah tarbiyah Allah yang kita perolehi dari sebuah perjuangan.. Nafsu tidak suka akan pengorbanan.. kerana ianya menyusahkan.. Namun paksaan itu perlu untuk mewujudkan keikhlasan..

Walaupun saban hari kita berdusta dengan Allah.. namun Allah masih pegang hati kita untuk meneruskan perjuangan.. Apabila kita terasa ingin menjauhi kesusahan dan lebih suka menikmati kesenangan, Allah masih memberikan rasa untuk merasai kepahitan walaupun dalam keadaan terpaksa dan diberikan hikmah yang besar yang membuatkan kita kembali ke pangkal jalan.. Itulah nikmat berjuang... Wallahualam...

Moga Aku Tidak Lagi Berdusta DenganMu Ya Allah..

Aku : Mungkin juga aku dan kamu..

26 November 2013

Reflection For Today

Assalamualaikum.. bangun pagi.. buka mata.. mandi.. solat.. dan teringat sesuatu status di facebook yang buat saya terfikir tentang hakikat diri ini bagaimana..

" Apabila kita sudah kurang membaca Al-Quran atau mungkin susah nak membaca Al-Quran, kita takut ada kesalahan yang kita buat sehingga Allah tak bagi izin untuk kita baca ayat-ayatNya"

Hmmm.. lama saya diamkan diri.. bukan membuka pekung di dada.. tapi kadangkala memang betul kan perkara macam tu terjadi pada kita??? Kita boleh sibuk buat assignment, meeting sana-sini, pergi program sana-sini, boleh layan movie, boleh buka facebook sampai pagi.. tapi.. nak buka dan baca al-quran?? tak punya masa.. T_T.. Kenapa ya?? Takut bila memikirkan Allah yang tak beri izin untuk kita baca ayat-ayat cintaNya.. Sungguh!! Menakutkan.. terasa sangat tersentak dengan status tersebut.. dan terima kasih yang tak terhingga buat yang menulis.. teguran dari Allah.. 

Bimbangnya kita sebagai hambaNya apabila Allah mula menyibukkan diri kita dengan kesibukan dunia sehingga kita merasakan membaca Al Quran itu tak punya masa.. Lemah benar hambaMu ini Ya Allah.. Tak punya masa untuk mengadu padaNya.. tak punya masa untuk berdua-dua denganNya.. Takut juga kalau-kalau Allah letakkan diri dan hati kita sebagai hati yang cintakan dunia.. Hubbun dunia.. Nauzubillahiminzalik...


Saya juga menghitung umur saya yang bakal menginjak ke angka 25.. banyakkah dosa? Banyakkah pahala?? Dari situ saya mula rasa sebak di dada.. Saya bertanya pada diri.. Ya Allah.. sempurnakah aku untuk menjadi hamba yang dicintaiNya?? Sempurnakah amalanku dan tanggungjawabku yang diamanahkan ke atas ku?? Semuanya di dalam dilemma.. Namun dalam masa yang sama ada bisikan yang menggoda supaya terus bersuka ria dan tidak perlu menjalankan amanah sebagai hamba sebaik yang mungkin.. dan dirasakan bahawa everything is hard for me!!

Sedang berjalan ke kelas, kepala menunduk melihat tanah.. (adakalanya hampir juga terlanggar orang). Audit diri.. muhasabah hati.. Teruknya aku...teruknya aku.. hampir juga air mata menitis.. kepala berfikir, bagaimana perlu diri ini mencuba untuk menjadi hamba yang terbaik buatNya.. Godaan terlalu banyak.. Hanya Allah yang tahu.. Istighfar panjang di dalam hati.. doa tak putus-putus.. Ya Allah.. ampunkan aku.. maafkan aku.. kerana apa??? TAKUT!! BIMBANG!! Takut jika Allah tak pandang dan biarkan diri terus hanyut.. Bimbang Allah tak sayang dan membuatkan diri ini sibuk dengan dunia hingga lupa padaNya..

Akhirnya, hamba ini sedar.. Banyaknya dosa.. Tekad dihatinya mahu menjadi wanita yang taat pada perintah agama.. walaupun dia tahu,, sukar.. cuma satu pintanya.. moga Allah mempemudahkan apa yang menjadi ujian hatinya.. menghilangkan kegelisahan.. memberikan ketenangan.. insyaAllah.. ameen..

18 November 2013

Ubat..Konvo..Ujian..

Assalamualaikum... Keifa hal sahabat-sahabat semua? Moga dalam perlindungan Allah selalu hendaknya ye.. Blogger tak berapa sihat sedikit ni.. batuk-batuk.. batuk sket aje.. Kafarah dosa.. Alhamdulillah Allah masih sayang walaupun sangat pahit untuk menelan ubat dan lepas sebulan batuk, baru la diri ini terkedek-kedek nak pergi Pusat Kesihatan UKM yang hanya sekangkang kera aje dari kolej.. sabar je la ye.. tak pasal-pasal kena buat x-ray dan ujian darah tadi.. esok baru tahu result ujian darah.. keputusan x-ray alhamdulillah normal je.. ni dah masuk kali kedua dah buat x-ray ni.. Habislah sel-sel dalam badan mati kena radioaktif.. ish..ish..ish..

Hari ini juga hari bahagia buat sahabat-sahabat saya yang berkonvo untuk degree.. terutamanya sahabat B.Ed TESL.. congrate semuanya.. Tikah dah konvo diploma bulan lepas.. dan sekarang still MOVING FOWARD lagi untuk continue my degree.. hope semua doakan saya ye.. nak sarung jubah degree plak.. hehe.. insyaAllah.. saya pasti itu akan jadi satu kenangan yang sangat indah buat hidup saya.. Bukan bermakna saya study untuk grad aje dan konvo then dapat segulung sijil.. Tapi saya bersyukur sebab saya mampu habiskan juga perjuangan saya ini yang mungkin tak sama dengan sahabat-sahabat seangkatan.. hehe.. moga saya mampu habiskan dengan terbaik sekali insyaAllah..


Tadi waktu makan ubat yang tak sedap itu.. saya terfikir tentang rahmat ujian yang Allah berikan kepada hambaNya.. Ubat yang kita makan memang tak sedap.. tapi kalau nak baik, terpaksa juga ditelan ubat itu untuk sembuh dengan izin Allah.. (bukan macam ada seorang tu yang tak mahu makan ubat, sampai saya dan kawan-kawan terpaksa hancurkan masuk dalam nescefe feveret die.. hehe)... same goes to ujian yang Allah berikan kepada kita.. Ujian itu menyakitkan..menyedihkan hati dan berbagai-bagai perasaan yang tak best datang bila diuji.. tapi untuk dapat kasih sayang Allah, sememangnya kita layak untuk diuji.. jadi bersabar lah dengan ujian yang mendatang.. Kuatkan pegangan dan pergantungan diri kepada Allah.. insyaAllah hati menjadi tenang dan tabah dalam mendepani hari-hari yang akan mendatang...

Saya doakan semua sahabat-sahabat serta adik-adik yang mengenali saya atau yang saya tak kenali sentiasa dipermudahkan Allah dalam kehidupan anda dan diampunkan oleh Allah selalu.. Moga kita sentiasa berada di dalam jalanNya dan disinari oleh nur dan hidayahNya... insyaAllah..


Ok.. setakat ini dulu.. jom sambung buat kerja yuk.. =).. sebelum tidur makan ubat lagi.. -_-!!





17 November 2013

Allah mengikat cinta hambaNya dengan ikatan ujian

Assalamualaikum.. jumpa kata-kata ni daripada wall suami kepada sahabatku yang baru sahaja diuji dengan kehilangan.. Dan both of them kulihat sangat kuat menghadapi ujian itu walaupun sudah masuk kali kedua berlaku dalam kehidupan mereka.. Mahu mencontohi mereka nanti.. ameen..

Aku tiba-tiba terasa terharu dengan kata-kata ini.. Aku melihat kata-kata ini dalam dua maksud.. pertama, dalam konteks perkahwinan yakni suami isteri.. Allah mengikat cinta antara suami dan isteri dengan ikatan ujian yang diberikan kepada pasangan itu.. tetapi dengan syarat, suami dan isteri menjadikan Allah sebaik-baik tempat bergantung dan tidak mengeluh dengan ujian yang datang.. Menjadikan ujian itu sebagai pengukuh ikatan dan membina jalan ke syurgaNya insyaAllah..

Dan yang keduanya pula dari konteks individu.. Allah mengikat cinta hambaNya kepada Allah dengan memberikan ujian supaya hamba itu kembali mengharapkan pergantungan kepadaNya semata-mata.. Hasbunallah wa nikmal wakil.. 

Aku benar-benar mengambil ibrah daripada ujian sahabatku ini.. aku harap sahabatku ini dan suami dapat bercinta hingga ke syurga.. bertuahnya mereka kerana dua bidadari mereka sedang menanti di syurga.. Benarlah kata  sahabatku itu.. Allah nak bagi suatu kegembiraan yang lebih besar dan diuji hambaNya terlebih dahulu untuk itu.. Terima kasih sahabat atas nasihat dan kata-katamu.. 

Untuk yang dah berumahtangga.. pasangan anda itu adalah teman yang boleh membuka jalan anda ke syurga.. jadi peliharalah rumahtangga anda sebaaiknya dan penuhi dengan ruh islami di dalam rumah tangga anda..


PEMILIK CINTAKU (HIJJAZ)


Oh pemilik cinta
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....

Oh Pemilik Hati
Sungguh Kau Maha mengerti
Lemah diri ini hidup bersendiri
Dirinya seperti cahaya yang menyinari
Indahnya bak bidadari...


Semua persoalan bertemu jawapan
Tiada lagi kebuntuan mengganggu fikiran
Kesyukuran ini melimpah di hati
Betapa agungnya kasih-Mu Ilahi(uhhhh....)

Oh pemilik hati
Betapa dapatku rasa
Indahnya bahagia yang mendakap jiwa
Dalam kesepianku Kau hadirkan dirinya
Peneman menuju syurga....

Benar ku akui
Jarang ku lafazkan
Kata-kata penghargaan atas pengorbanan
Namun hanya Engkau Maha Mengetahui
Betapa dirinya amat ku hargai...

Kekasih...
Kau penawar duka
Menjadi penguat dijiwa
Walaupun bertalu diuji
Dirimu tetap setia disisi

Oh Tuhan...
Kau yang Maha Tahu
Cintaku padanya tak pernahku ragu
Ku pinta kekalkan cintaku
Hanya bersamanya disyurga-Mu....

16 November 2013

Harus Dikawal Emosi Itu

Assalamualaikum... roomate pun dah selamat dibuai mimpi dan diri ini pula masih belum mahu melelapkan mata.. menerawang ke dunia maya.. dunia maya yang berwarna biru itu lah.. yang menjadi kegilaan ramai orang.. Agaknyee... Lastly baru teringat blog yang tak terusik lagi.. lalu akhirnya saya pun sampai di laman ini.. (huh.. susahnye nak buat ayat laa ni.. xtau ngapee...)

Bukan mahu membuka pekung di dada, tapi sekadara berkongsi cerita.. diriku tidak tahu bagaimana ingin menyelesaikannya.. Bagaimana ye nak kawal emosi yang mudah membara?? Hm2.. ayat dah macam pantun berbunga dan berirama.. Serius dah lama tak menulis dengan puitis, maka semakin hilang rentak bicara.. tapi aku tetap menulis walau ayat kelaut entah kemana.. huhu.. (apakah??)..

Mari menyusun kata sebaiknya...

Sebagai seorang wanita,sememanya emosi itu tidak dapat dipisahkan agaknya.. pendapat peribadi saya.. saya tak tahu dari segi psikologinya macam mana.. Yang pasti saya mungkin salah seorang wanita yang sememangnya tidak mampu mengawal emosi sebaiknya.. mudah tersentuh dengan hal yang remeh.. dan kemudian dengan tidak dijangka akan kembali ceria.. kemudian merajuk.. dan bermacam-macam lagi..

Saya merenung jauh ke dalam diri.. Apa puncanya?? Hmm.. saya melihat sahabat saya yang teruji dengan kehilangan yang sangat bermakna di dalam sebuah perkahwinan.. kehilangan anak sebanyak dua kali yang mana sudah bersama kandungan yang menjadi idaman seorang wanita bergelar isteri selama 6 hingga 7 tahun.. tenangnya kamu wahai sahabat menerima takdir ilahi.. saya berfikir bagaimana dia memperolehi kekuatan sedemikian rupa.. Dan saya mula mendapat jawapannya..

JAGA HUBUNGAN DENGAN ALLAH!!

Seorang wanita akan mempunyai kekuatan jiwa apabila hatinya bersandar kepada Allah semata-mata.. seorang wanita mampu menjadi penguat kepada orang sekelilingnya andai tali keimanannya teguh dan kukuh di dalam jiwa.. dan saya.. mungkin kerana saya tidak menjaga soal itu sehingga saya mengikut hawa nafsu dan emosi mengawal diri saya yang lemah ini.. ibrah daripada ujian sahabat, maka diriku mula mencari jalan pulang...

Wanita... jadilah seorang yang mampu berdikari dan mampu mengawal emosimu.. bagaimana caranya?? ikatlah hatimu dengan Allah.. ikat sekuat-kuatnya.. moga kita tidak terlepas dari kasih sayangNya..Moga dirku jua mampu menjaga dan mengawal emosiku.. wallahualam..

p/s: selamat malam..

10 November 2013

Berpaling Dari Allah~~ Astaghfirullahal'azim

Terasa begitu berat ujian yang datang berkali-kali.. Wahai Allah.. ku cuba untuk dekat denganMu.. Namun Engkau uji aku berkali-kali tiap kali aku mahu mendekataiMu.. Sudah banyak air mata ini tertumpah di pipi mengharapkan belas kasihanMu.. hampir berkali-kali tubuh ini rebah di tikar sejadah mengharapkan kekuatan dariMu.. 


Saat itu sang iblis menyuntik dengan bisikan yang amat dasyat.. membuatkan jiwa itu mula merajuk denganMu.. "Aku mahu dekatiMu tapi mengapa Kau mengujiku dengan kesakitan ini??". Soalan itu berkali-kali dituju.. Hingga hampir hilang pedoman dalam diri.. hampir sahaja akidah itu tercabut dalam hati.. Berkali-kali kematian dipinta kerana tidak sanggup menghadapi ujian dunia yang menyakitkan.. Segala nasihat di pandang sepi.. bahkan menyakitkan hati.. 

Mulut hanya berkata-kata.. namun masih ada secebis iman dan taqwa agar Allah membantu.. memberikan kekuatan yang semakin menipis.. kerna jiwa itu masih mengakui bahawa yang menciptakan adalah Allah yang Maha Khaliq.. Masih mahukan kasih sayang Allah.. masih mahu berada di dalam dakapan Allah.. Lantas air mata mengalir.. Mohon Allah berikan hati yang putih... jernih.. serta lembut untuk mendengar serta menerima tarbiyah lembut dari Allah swt..

Moga Allah terus memberikan kekuatan buat hambaNya yang kerdil.. hambaNya yang penuh dosa.. hambaNya yang penuh dengan debu-debu khilafan.. Ampunkan diriku yang pernah berpaling dariMu.. Ku mohon kekuatan menghadapi ujian yang mendatang...


JATUH BANGUN BY IN-TEAM


Duhai... Tuhanku
Jatuh bangun ku menghambaMu
Kadang cinta, kadang ku melupa...
Tega ku menyiksa hidup sendiri...

Duhai... Tuhanku
Untuk yang kesekian kali
Ku bersujud meminta kembali
Hati yang dipijar indah cinta Mu...

Tuhan...
Aku tanpa Mu, hidup ku menderita..
Sunyi hati, kelam jiwa bagai terpenjara

Tuhan...
Biar kan kini, aku dalam rahmatMu
Meski jatuh dan terbangun...
Ku tetap bertahan...

01 November 2013

Dah Bulan November Rupenye~

Assalamualaikum...

Kolej Ungku Omar makin sepi daripada penghuninya dan mungkin ada juga yang tidak pulang bercuti untuk midsem ni.. Sekejap betul masa berlalu dan saya pun tak sangka sudah 2 bulan berada di sini.. 2 bulan yang penuh dengan ujian dan rintangan.. hm2.. sekarang pun masih tak baik-baik demamnya.. cuma lebih better...

Malam ni insyaAllah akan bertolak ke Terengganu bersama-sama sahabat kelab Hujjah untuk program OPKIM di sana.. kalau ikutkan hati memang lah tak nak dah join-join program ni.. huhu.. mungkin rasa macam tu sebab tak sihat agaknya.. dan mungkin juga saya dah rasa puas hidup sebagai student dengan tempoh yang amat panjang!! Bukan mengeluh atau sedih dengan takdir Ilahi.. cume adakalanya saya terpaksa menjadi seorang yang bukan diri saya untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling.. T_T... 

Melihat sahabat sudah punya kerjaya sendiri, membiayai kehidupan sendiri, ada kereta sendiri, adakalanya saya terasa envy juga.. tapi cepat-cepat saya muhasabah diri.. kehidupan setiap manusia itu tidak sama.. Adakalanya saya rasa berseorangan sahaja.. (mungkin dah tiba masa berdua pula selepas ini).. Pemikiran dan cita-cita saya terbatas.. masih tidak jumpa mereka yang berkongsi cita-cita dan impian seperti saya sepertimana Sarah di KIPSAS.. 

Rindu pada keluarga yang membuak-buak.. serta rindu nak menjadi orang dewasa yang mengharungi kehidupan yang normal.. normal mengikut usia saya.. pernah juga terlintas mahu menukar mood pengajaran kepada PJJ.. Tapi saya takut saya xmampu untuk memenuhi masa tersebut.. Saya cuba untuk positifkan diri saya.. Moga Allah berikan kekuatan kepada saya..

Tadi saya agak tersentak bila baru sedar yang hari ini telah masuk ke Bulan November.. Ya Allah pantas masa itu berlalu.. saya menghitung.. nampaknya 17 Januari bakal menjelma lagi.. maka umur saya bakal meningkat ke angka 25.. 25 tahun.. saya merenung diri.. begitu banyak ujian buatku sepanjang 24 tahun ini.. Ku mohon ada sinar bahagia di awal 25 tahun nanti.. 

Bukan ingin membuka pekung di dada tentang ujian yang saya hadapi kerana saya tahu ada yang diuji lebih dasyat lagi daripada saya.. cumanya saya memohon agar saya terus kuat hadapi semua ini.. Jangan mengalah ika!! Just another 3 years... just another 3 years...

31 October 2013

Hampir Seminggu Belum Kebah Lagi

Assalamualaikum.. dalam keadaan tidak bermaya saya cuba juga untuk menulis.. mungkin sesiapa yang terbaca boleh suggestkan untuk saya berubat.. 

Sudah hampir seminggu atau mungkin lebih, demam saya masih belum pulih.. mungkin disebabkan cuaca yang tidak menentu di UKM.. saya tetap ke kelas seperti biasa dan cuba menahan sakit.. adakalanya tidak mampu menanggung.. balik ke rumah, demam kebah sekejap.. datang semula ke UKM, batuk pula menyusul.. kemudian selesama dan demam yang kejap datang dan pergi..

Ada sahabat mencadangkan agar berubat dengan perubatan islam.. kerana demam yang tidak menentu.. pening dan pernah juga pitam beberapa kali.. terutamanya jika saya keluar malam.. saya sendiri tidak tahu.. cumanya di bahu saya terasa begitu berat sekali.. mencucuk-cucuk.. dan adakalanya tubuh ini menggeletar.. sendi-sendi terasa sangat sakit.. saya fikir mungkin angin.. terasa mahu berbekam dan keluarkan angin.. tapi tak tahu nak pergi dengan ape.. 

mohon sahabat doakan kesihatan saya dan semoga saya cepat sembuh... kerana masalah kesihatan ini, banyak perkara yang saya tak mampu nak cover.. atau ikuti.. mohon kekuatan.. ~~


28 October 2013

Sometimes picture can tell everything~~



















p/s: seriously this post a little bit creepy.. i think.. Hmm..

Rasa Itu Mengganggu Rohaniku

Iffah memandang ke luar jendela di tengah kepekatan satu pertiga malam. Hatinya begitu sakit dan dia mengurut-ngurut dadanya yang sakit. Sakit bukan kerana penyakit tetapi sakit kerana batiniahnya terganggu. Hatinya yang selama ini tenteram telah diganggu dan bukan dia sengaja minta diganggu bahkan dia tidak menyedari bilakah saatnya perasaan itu telah menyelinap masuk ke dalam hatinya yang dahulunya hanya dia yang mengetahui. 

"Ya Allah.. mengapa Engkau berikan perasaan ini.. perasaan yang aku tidak mampu kawal.. jika benar perasaan ini untukku, aku tidak mampu untuk membiarkan ianya tanpa jagaanMu Ya Rabbi.. Aku bimbang Ya Allah kerana aku hambaMu yang lemah.. Aku mohon Kau ambil kembali.."

Berkali-kali juga airmata mengalir tanpa henti sambil mengurut dadanya yang semakin sakit apabila dia menyebut agar perasaan di ambil kembali. Mahu sahaja Iffah melarikan diri sejauh yang mungkin dari dunia ini. Menyembunyikan diri ke satu daerah yang sunyi. Hanya dia dan Allah sahaja menjadi saksi. Namun Iffah hanya seorang manusia biasa.

Kini perasaan itu masih bersarang di dalam hati dan adakalanya Iffah tersilap langkah kerana dia tahu dia insan lemah. Tiap kali dia tersalah langkah, dia menangis dan mengadu. YA ALLAH.. AKU LEMAH.. TOLONGLAH AKU.. Insan-insan di sekeliling tidak memahami bahkan Iffah merasakan dirinya dizalimi.. 


"Aku cuma mahukan satu lafaz yang menghilangkan segala resahku.. yang mengganggu ketenanganku.. Yang menjadi racun dalam tubuhku.. walaupun perasaan itu fitrah, namun aku tidak mampu menjaganya dalam keadaan ianya bukan hak mutlakku.. mohon difahami.. mohon difahami.."

Iffah bermonolog sendirian dan menangis lagi.. dia merasakan tubuhnya bukan miliknya.. hatinya sudah tidak difahami oleh dirinya sendiri.. Fikirnya andai untaian rasa itu telah tersimpul dengan namaNya, Iffah redha jika nyawa diangkat.. asalkan hatinya tenang dan gelisahnya juga lupus..Sungguh, rasa itu sangat mengganggu rohani Iffah.. walaupun saat Allah berikan nikmat, namun tak terasa olehnya nikmat itu dek rasa menanggung rasa sakitnya batin Iffah.. rohaninya..

Lalu Iffah masih mengharap dari Allah.. walaupun tubuhnya kini semakin lemah.. hatinya juga semakin lemah..

"Ya Allah.. ku pinta padaMu untuk lepaskan diriku dari bebanan ini.."

23 October 2013

Nampak Tenang Sedangkan Bergelora

Assalamualaikum.. Hari ini tarikh besar bagi warga UKM dan buat julung kalinya NI(Nurul Islam) bakal mengundi untuk PRK di bumi UKM yang melibatkan dua parti yakni GMUKM (Gabungan Mahasiswa UKM) dan juga pihak Aspirasi UKM.. diharapakan semua warga mahasiswa UKM dapat membuat pilihan yang terbaik bagi memimpin mahasiswa di sini.. NI masih tak pergi turun mengundi lagi.. InsyaAllah sebentar lagi..

NI masih lagi tidak sihat dan kepala terasa begitu ringan sehingga terhuyung hayang sahaja rasenye sambil menaip di keyboard ini.. NI tak tahu kenapa dengan fizikal NI, tapi mungkin kerana ujian yang NI hadapi sekarang ini.. Adakalanya NI mahu sahaja meluahkan sakitnya hati, bebannya jiwa, sedihnya dalam diri NI ini tentang apa yang NI hadapi. Tak perlulah NI ceritakan apa yang berlaku yang mengganggu gejolak jiwa NI ini. Namun yang pasti, ianya telah terlalu lama bersarang dalam diri.. 

Kita selalu menganggap seseorang yang kita nampak tenang dan gembira itu seorang yang tabah dan kuat dalam menghadapi kehidupan.. Kita nampak mereka mudah sahaja menyelesaikan apa sahaja ujian yang mereka hadapi. Hakikatnya, hanya Allah yang tahu sakit,pedih, jerih dan payah yang mereka hadapi untuk mendapatkan ketenangan di kala duka.. NI pernah mendengar adik-adik yang menyatakan NI beruntung kerana dimudahkan dalam urusan belajar, tak nampak pun stress waktu belajar dan macam-macam lagi.. NI hanya mampu tersenyum dan cuba untuk memberikan respon yang postif untuk adik-adik yang masih baru untuk kenali kehidupan dan NI sendiri juga masih baru mengenal cabaran dan dugaan menghadapi realiti kehidupan.. 

Itulah yang cuba NI berikan kepada adik-adik yang bertanya.. Cuba memberi manfaat kepada orang lain dan berikan semangat yang positif kepada adik-adik NI.. Namun hakikatnya, bukan
mudah untuk menggapai kejayaan dalam hidup.. Banyak kegagalan perlu di hadapi.. dan adakalanya kita perlu berlawan dengan ujian dalaman yang banyak mengganggu diri dan meruntuhkan semangat untuk belajar.. Satu contoh : Apabila seseorang itu begitu gigih belajar dan menuntut ilmu, namun tiba-tiba dia diuji dengan pemergian ibu ayah serentak.. dan kita tahu dalam keadaan itu momentum dan semangat kita pasti rebah.. namun bagaimana untuk istiqamah dan kawal diri serta lawan perasaan sedih dalam diri itu?? Ditambah lagi situasi berlaku tatkala Final Exam hampir tiba.. dan untuk melawan perasaan itu, tersangatlah payah.. Yang memerlukan kekuatan jiwa.. rohani dan juga mental..
tenangnya si itik berenang.. hakikatnya betapa sukarnya kakinya mendayung di bawah air..

Adakalanya, ujian yang datang juga mampu merencatkan perjalanan seseorang.. Semangatnya hilang dek bertahan dengan ujian yang begitu lama.. Apa yang terhidang di depan mata, dirasakan tiada makna.. Hanya mahu baring dan menanti saat habisnya dunia buatnya.. Dan mengharapkan Allah memberikan kekuatan seluas lautan buat dirinya yang makin hilang dari dunia.. terasa asing dari dunianya...

Akhir kata, NI doakan sahabat-sahabat yang teruji dapat menghadapi ujian dengan baik dan diberikan kekuatan oleh Allah selalu.. dan moga Allah mudahkan urusan NI juga.. Aku tahu jiwamu pernah patah, pernah goyah dek diuji dengan pelbagai rintangan.. walapun wajahmu mengukir senyuman bahagia... wallahualam..

20 October 2013

Hidup di Bumi UKM kini

Assalamualaikum.. Actualy tak tahu nak letak tajuk apa untuk entry kali ini.. Saya mohon maaf kerana membiarkan blog ini tanpa sebarang update.. Sedar tak sedar rupanya blog ini telah pun berusia hampir 5 tahun.. subhanallah.. banyak kenangan yang telah tercoret di sini.. Seronok juga membaca kenangan lama..

Alhamdulillah hampir sebulan 20 hari berada di bumi UKM dan kehidupan di UKM tidaklah banyak bezanya di KIPSAS.. Cuma mungkin taburan studentnya yang pelbagai.. Dan saya juga adakalanya orang tersalah anggap sebgai student master.. Alhamdulillah itu satu doa dari kalian..

Setelah saya berjaya menjejakkan kaki ke UKM sebagai student Degree, segala pahit getir sebelum ini dirasakan hilang begitu sahaja. Cumanya, mungkin masih terasa di dalam jiwa yang sensitif ini apabila melihat sahabat-sahabat sibuk dengan kerjaya dan rumahtangga.. InsyaAllah bakal menyusul dalam pembinaan rumahtangga pada tahun depan.. Mohon doa dari kalian semua ye dan InsyaAllah akan diumumkan kelak di blog ini.. 

Pertamanya, setelah menjejakkan kaki ke sini, pandangan pertama saya terhadap dunia varsiti ini sedikit sebanyak tersasar dari jangkaan asal saya.. bukan mahu mengkritik, namun mungkin faktor perbezaan cara berfikir menyebabkan saya dengan yakin menyatakan ada yang tidak patut dilakukan oleh seorang mahasiswa.. Wallahualam.. namun saya melihatnya satu bentuk proses pembelajaran hidup untuk memahami psikologi mahasiswa kini. Hm2. Tapi saya tetap suka akan Fakulti Pengajian Islam sebagai tempat saya menuntut ilmu. Terasa seperti berada di KIPSAS apabila berada di fakulti. Pertamanya mungkin cara pembelajaran yang lebih kurang sama. Keduanya pensyarahnya yang juga banyak membantu seperti pensyarah di KIPSAS. Dan ketiganya... BUDAK KIPSAS SANGATLAH RAMAI DI FPI.. hehehe... kami bagaikan satu keluarga di sini dan off course kami sangat rindu bumi KIPSAS..

Kehidupan di sini tidak banyak beza di KIPSAS, cumanya masa semakin padat dan kita perlu bijak untuk mengatur waktu diri sendiri. Dengan program, study, assignment, kelas dan macam-macam lagi. Semuanya kita perlu atur sendiri. Dan apa yang membimbangkan saya kini, tahap kesihatan saya di sini makin menurun agaknya. Tidak mampu lagi untuk terlebih aktif seperti sebelum ini. Sudah berapa kali saya pengsan dan mengikut nasihat doktor, saya kurang energy. Entah la.. saya mohon doa kalian agar saya sihat walafiat di sini. Adakalanya saya rasa saya cukup sihat untuk sertai aktiviti seperti sahabat lain. Penyudahnya saya yang jadi xbermaya dan collapse. Terpaksa memilih aktiviti dan berhati-hati menjaga kesihatan diri.

Hm2.. tidak tahu apa lagi mahu dibebelkan disini. Assignmnent berlambak tak disettelekan lagi. Dan masa begitu pantas berlari. Wah!! boleh buat pantun. Apa-apa pun saya ingin mengucapkan good luck kepada adik-adik di KIPSAS yang bakal menduduki final exam nanti. Akak ade je dapat jemputan untuk bagi motivasi ke KIPSAS, cuma tak comform lagi tarikhnya bila. (tidaklah layak untuk memberi motivasi, namun cuba berkongsi apa yang manfaat). Study elok2 dan jangan main-main ye..

Diingatkan juga, adik-adik jangan buang note merata-rata tau lepas exam. Tak baik.. Pelihara ilmu ye.. Ok la.. sampai disini dahulu.. Actualy saya agak pening dan tak bermaya sekarang. Sudah dua hari demam masih belum kebah. Mohon doa sahabat-sahabat.. Ok.. salam sayang dari saya.. wallahualam..

04 October 2013

Hadiah buat Mama dan Abah

Assalamualaikum.. Alhamdulillah diberi sedikit kesempatan oleh Allah untuk mencoret sedikit di blog tak seberapa ini.. Lama saya tinggalkan blog ini tanpa diusik walaupun minat untuk menulis itu masih lagi segar dan membugar di dalam diri.. Kesibukan sebagai mahasiswa membuatkan saya terpaksa membuat alasan untuk tidak menyinggah sebentar ke blog ini.. 

Alhamdulillah pada 30 September 2013 merupakan tarikh keramat dan kebahagiaan buat diri saya selepas berhempas pulas selama 3 tahun serta selepas peristiwa kegagalan yang sedikit sebanyak meragut masa depan saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang berhak mendapat pendidikan di dalam negaranya sendiri. Namun tidak mengapa.. rezeli Allah maha luas.. Alhamdulillah.. dan kini saya berjaya menyambung pengajian di peringkat ijazah di Universiti yang penuh bukit bukau ini dan mungkin agak kontroversi juga apabila tiba musim pilihanraya kampus yakni UKM.. Alhamdulillah.. 

Sekadar ingin berkongsi kenangan manis sewaktu Majlis Konvokesyen KIPSAS kali ke 12 dengan sahabat-sahabat sekalian dan moga menjadi motivasi buat diri saya yang lemah dan juga kepada sahabat-sahabat lain yang mungkin diuji lebih teruk dari diri saya sendiri... 

Sahabat.. kegagalan itu tidak bermakna kita tidak mampu bangkit untuk mencipta kejayaan yang lain.. dan ingatlah mendapat segulung diploma atau ijazah bukanlah pengakhiran proses pembelajaran dan ianya bukanlah kejayaan yang mutlak.. kejayaan yang mutlak adalah bilamana kita mampu mengamalkan ilmu yang kita ada dan memanfaatkan buat diri kita dan juga orang lain.. insyaAllah dan saya tujukan nasihat ini buat diri saya sendiri yang seringkali terlupa.. 

Buat mama, abah, adik-beradik dan juga saudara mara yang lain, terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi dan doa kalian telah membentuk diri saya yang sekarang.. Tak lupa juga buat sahabat dan khususnya para pensyarah yang sangat-sangat saya hormati.. Saya mengharapkan Allah memberkati semua yang sebutkan disini serta mereka yang mendoakan saya dalam diam.. terima kasih semua.. 

Saya tidak mengharapkan sebarang anugerah atau pujian melambung tinggi.. Tapi cukup saya dapat membuat kedua ibu bapa saya tersenyum dengan kejayaan anaknya ini. InsyaAllah saya akan cuba membahagiakan kedua ibu bapa saya selagimana Allah masih menempatkan mereka di sisi saya.. InsyaAllah...

Seterusnya.. sedikit gambar yang tidak seberapa... insyaAllah... 




















16 September 2013

Ceritera Bumi Pembukitan

Assalamualaikum..

Sudah lama tidak post di blog berkusam ini dan pagi ini terasa mahu update sesuatu...

Alhamdulillah sudah hampir masuk minggu ketiga berada di bumi pembukitan aka UKM.. Sepanjang dua minggu berada di sini, pelbagai ceritera yang berlaku yang membuka lembaran kehidupan satu persatu...

Hakikatnya keberadaanku di sini penuh dengan pancaroba.. hampir setiap hari juga air mata menitis di pipi dan kemuncaknya adalah semalam.. tarikh keramat.. tarikh perpisahan abadi seorang yang sering menemani jalan hidupku dengan seorang insan yang menjadi tempat dia bermanja yakni ibunya yang di panggil mak.. Aku terkedu...

Baru minggu lepas aku mendengar akan suara ibunya.. Sempat aku meminta maaf kepada ibunya atas khilafku.. Ibunya menegurku dan menasihatiku yang lemah ini.. Dan suara ibunya sememangnya terngiang-ngiang di telingaku saban hari.. Namun semalam, buatku terkedu.. Terkejut dengan berita di subuh hari..

"Enti.. mak ana dah meninggal.."

Aku hanya sempat membalas "Ha??" seolah-olah tidak percaya.. sahabat menenangkanku dan menyuruhku laksana tugasku sebagai hamba.. Solat subuh.. Aku masih tertanya-tanya tentang pesanan ringkas itu.. Selepas solat, aku capai telefon dan membuat panggilan..

"Assalamualaikum.. betul ke berita yang ana dapat ni?"

"ye.. enti.. mak ana dah xde.. ana kejut subuh tapi mak tak bangun".. suaranya sebak.. 

Aku menangis.. sahabat menenangkanku.. kami cuba menghubungi sahabat yang boleh menghantar kami untuk menziarah.. Sempat aku memberitahu kedua ibu bapaku yang juga terkejut dengan berita tersebut.. di fikiranku hanya bimbang perasaan temanku..


Aku sempat melihat arwah di kafankan hingga di kebumikan.. seolah-olah mimpi yang sedang berlaku.. Aku hanya memandang sahabatku yang cuba untuk tabah.. adik2nya yang juga kedukaan.. dan ayahnya yang paling sedih dan sebak kehilangan kekasih hati, permata dalam keluarga.. Aku lihat ketabahan temanku.. air matanya berkolam di mata.. saat hampir jatuh, dia terus menyeka.. Mungkin cuba untuk kuat demi adik2 dan ayahnya..

Buat temanku.. hanya doa yang mampu ku titipkan.. moga Allah berikan kekuatan.. Kehilangan akan berganti insyaAllah...

Mak cuma tidak bersama dengan kita di dunia tetapi sebenarnya bersama kita.. hanya alam yang membezakan.. Mak berpisah dengan kita untuk sementara waktu... 

Aku cuba untuk menjadi penguat semangatmu sepertimana kamu menjadi penguat semangatku di kala aku diuji...

Ya Allah rahmatilah ibu kepada temanku.. tempatkan beliau bersama bidadari-bidadari syurga dan bersama orang-orang yang beriman.. ameen...

15 July 2013

Perkongsian Buat Adik-Adik KIPSAS yang ingin menyambung Ijazah di IPTA

Assalamualaikum... 




Kaifa hal adik-adik serta sahabat-sahabat KIPSAS? Diharapkan semuanya dalam keadaan sihat dan sentiasa di dalam rahmat Allah swt. Seperti yang saya pernah katakan di MukaBuku sebelum ini, saya ingin kongsikan tips atau perkara yang perlu anda lakukan bagi mereka-mereka yang ingin menyambung pengajian ke peringkat ijazah di IPTA. Apa yang bakal diberitahu adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan antum semua boleh bertanya juga kepada pihak lain untuk maklumat lebih lanjut insyaAllah.

Semua sedia maklum bahawa permohonan UPU bagi lepasan STPM/Matrikulasi/Diploma dan Setaraf adalah pada bulan Mac pada setiap tahun. Jadi, banyak perkara yang adik-adik atau sahabat-sahabat perlu prepare untuk permohonan ini. InsyaAllah akan diberitahu kejap je lagik ye.. 

Ok.. let's start.. Perkara yang adik-adik dan sahabat-sahabat perlu prepare :

MALAYSIAN UNIVERSITY TEST (MUET)

Ok.. perkara pertama yang antum semua kena dapatkan adalah sijil keputusan MUET dan nak dapatkan sijil kene la amek MUET dulu.. Akak amek MUET waktu semester 5 kat KIPSAS pada bulan 3.. Kene alert dengan notice yang dikeluarkan oleh pihak akademik tentang tarikh permohonan untuk amek test ni atau google sendirik gune internet/wifi dan lain-lain ye... better adik2 jangan amek waktu dah last sem.. Nanti kalut plak nak tunggu result MUET tu sampai umah dalam keadaan nak mohon UPU.. Untuk keputusan atau band MUET ni, akak cadangkan adik-adik search dulu uni-uni yang adik-adik nak enter. Tengok minimum band yang dikehendaki bagi course yang adik-adik nak pilih. Sesiapa yang nak amek course Undang-Undang biasanya die nak Band 4.. Jadi, kene usaha betul-betul la ye.. Untuk UKM rasenye lagi rendah kot Band yang dikehendaki. Search jangan tak search. Kat UKM untuk amek Ijazah Pengajian Islam Syariah, Band 3 pun dah dapat masuk. ok? lagi satu, keputusan MUET ni ade expired date die tau.. Limit untuk 2 tahun sahaja tempoh sah nye.. 


ini contoh sijil muet



KEPUTUSAN SPM

Pemilihan kemasukan ke IPTA melalui UPU dipilih berdasarkan mata merit akademik dan kokorikulum pemohon. Dan markah merit yang dikira juga dilihat kepada keputusan SPM kite plus result PNGK kite untuk keseluruhan tahun pengajian. Jadi, result SPM pun dilihat ye.. Akak nasihatkan untuk adik-adik yang rasa result SPM mungkin rendah, boleh try amek semula SPM bagi subjek-subjek yang tinggi meritnye tu untuk memudahkan adik-adik dapatkan tempat di uni. Sebabnya kita bukan compete dengan budak-budak diploma yang nak sambung degree je. Kite compete dengan adik-adik lepasan STPM dan juga Matrikulasi. Sangat susah ye lepasan diploma nak dapatkan tempat. Tapi akak ada dapat info dari alumni UKM, yang menyatakan UKM lagi prefer budak-budak diploma. Tapi kite tak tahu maklumat tu betul ke tak. Jadi buat la ape yang patut untuk dapatkan tempat ye.. InsyaAllah.. bukan senang nak berjaya kan? huhu.. Untuk markah koko tu tak silap akak diambil berdasarakan apa yang kita isi dalam permohonan nanti. Haa.. yang tu adik-adik boleh baca buku panduan nak isi borang UPU online nanti yek.. ^^






KEPUTUSAN KESELURUHAN (TRANSKRIP)

Ok.. untuk hal tranksip ni akak rasa memang selalu problem untuk lepasan diploma bagi ambilan Julai untuk buat permohonan UPU berdasarkan pengalaman akak jadi MPP akademik dahulu sebab dapat aduan dari bekas pelajar masa tu. Sekarang ni, pihak UPU dah tak terima permohonan dari pemohon yang masih belajar macam tahun sebelum-sebelum ni. Tapi akak tak pasti lah kalau dah mohon then buat rayuan sebab keputusan final sem tak keluar lagi. Cumanya, nak bagitahu adik-adik Intake Disember agak beruntung sedikit sebab tak perlu tunggu lama selepas tamat belajar untuk memohon UPU.. Keluar KIPSAS bulan Disember dan ada masa 2 bulan lebih untuk dapatkan result semua sem sebelum permohonan UPU keluar.. Dan waktu nak mohon tu pun semua result kite dah dapat.. untung la sket kan.. huhu.. Kita takkan dapat tarnskrip penuh selagi tak konvo. Tapi kita boleh dapatkan draf transkrip dari pihak akademik KIPSAS untuk urusan permohonan UPU kite. Biasanya dalam seminggu atau dua minggu boleh settle. Draf transkrip boleh dimohon selepas dah dapat result final sem ye. Prosesnye, adik-adik kena pegi akademik, tulis nama untuk mohon draf transkrip, then pihak akademik KIPSAS akan mintak tandatangan ketua jabatan bagi mengesahkan draf tersebut dan semak kalau ada masalah atau tidak. Better adik buat tindakan ini segera untuk mengelakkan masalah yang tak dikendaki. Malang tak berbau ye. Macam yang berlaku pada akak, bila dah mohon draf transkrip, akak akademik call bagitahu Kod subjek bagi KOKO akak di sem 1 dan sem 2 tu sama. Haaaa.. tak ke nganga tu. Boleh menyebabkan kite kene amek balik tau subjek tu, tak boleh konvo. Menangis jugak la waktu tu. Nasib la tarikh tutup mohon UPU lambat lagi waktu tersebut. Dan alhamdulillah masalah tersebut dapat disettlekan dalam masa sebulan. Ok.. i repeat.. Sebulan.. hehe.. banyak prosedur dan akak hormati lah prosedur KIPSAS tu. At least problem akak settle jugak. But, adik-adik kene beringat dan buatlah tindakan segera.. jangan tunggu lama-lama yek.. Oh ye.. adik-adik boleh jugak guna slip result yang adik-adik dapat tiap-tiap sem tu untuk permohonan UPU.. Cume better cek dulu la dengan akademik sama ada betui ka dak result kite tu... ok?


SIJIL PENGIKTIRAFAN AKREDITASI MQA

Ok... sijil ni adalah merupakan satu pengiktirafan dari MQA yang menyatakan bahawa Diploma yang kite amek kat KIPSAS adalah disahkan oleh pihak MQA. Akak tak tahu la untuk tahun adik nanti ni pihak UPU mintak ke ta. Tapi tahun akak ade... adik-adik boleh bukak laman web ni http://www.mqa.gov.my/mqr/english/eCAkreditasi.cfm untuk amek slip atau cetakan akreditasi tu ye. Masa tahun akak, untuk tempoh pengajian bagi Diploma Syariah Undang-Undang tu pihak MQA tak baik lagi dan kat situ ditulis 2 tahun untuk tempoh pengajian. So,akak pegi KIPSAS untuk amek salinan sijil tu kat akademik dan lampirkan sekali dengan cetakan akreditasi yang akak amek di website MQA ni.  Untuk backup kalau ade ape-ape masalah. ok? Ape-ape pun, boleh je tanye akademik KIPSAS pasal akreditasi MQA ni ye.. Hehe.. 






SURAT PENGESAHAN TAMAT BELAJAR


Ok.. untuk surat pengesahan tamat belajar ni boleh mintak dengan akademik KIPSAS ye. Pihak UPU akan mintak surat ni dan nak kite sertakan waktu kite hantar dokumen-dokumen akademik kita ke tiap-tiap uni tu. Jadi, boleh mintak waktu adik-adik nak mintak draf transkrip tu.. ok?? ^^



Ok... setakat itu je kot yang akak boleh kongsikan.. kalau ade ape-ape nak ditanye, insyaAllah akak akan cuba bantu yang akak tahu ye.. Dan akak cadangkan adik-adik add page UPU kat Facebook untuk dapat sebarang maklumat ye. https://www.facebook.com/BPKP.JPT ok.. dah bagi link.. 

Untuk adik-adik Intake Julai bagi lepasan KIPSAS, sememangnya agak sukar sedikit untuk mohon UPU sebab result antum semua keluar lewat kan? Tarikh tutup permohonan UPU biasanya bulan 5 dan adik-adik semua habis belajar dalam bulan April tapi result keluar dalam bulan 6 atau 7 kan? Hm2.. boleh buat pilihan sama ada nak mohon tahun depan ataupun cuba lah buat rayuan kalau sempat. Akak pun tak pasti macam mana prosedurnye. Huhu..

last word, akak doakan adik-adik semua berjaya dan doakan akak juga yang bakal menjadi pelajar UKM pada bulan September nanti insyaAllah.. Belajar rajin-rajin ye.. Salah silap mohon maaf banyak-banyak.. kalau ada tersilap info, boleh bagitau ye.. ^^.. wallahualam.. 







08 July 2013

Bukan Mudah Nak Kendali Bahtera Yeop..

Assalamualaikum...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..  Dengan penuh rasa syukur saya menjemput saudara/saudari/sahabat handai/ guru-guru kami ke majlis kesyukuran bersempena pernikahan saya dan pasangan
  

Nurul Atika binti Rosli &; ..........


Ok... Ini bukanlah posting berkenaan dengan invitation wedding saya ye.. Sekadar gimik bagi post kali ini..

Saya menerima beberapa invitation wedding dari sahabat handai yang bakal mendirikan rumah tangga pada Syawal nanti... Mabruk alaikum saya ucapkan.. Kemungkinan besar tidak dapat menghadirkan diri.. ku kirimkan doa sahaj semoga jodoh kalian berpanjangan hingga ke syurga,, insyaAllah amiiin...


Post kali ini mungkin ada kaitannya dengan perkahwinan dan blog saya ini sejak ianya ditubuhkan sememangnya tak pernah lari dengan isu perkahwinan kan teman-teman? Tak mengapa lah.. sekadar meraikan kehangatan situasi bagi sahabat yang bakal berumah tangga dan menyejukkan hati yang gundah gulana mereka-mereka kerana masih menanti bila tiba jodoh masing-masing.

Sekadar memberikan pendapat berkenaan dengan perkahwinan melalui perspektif diri saya berdasarkan pengalaman sahabat-sahabat, keluarga sendiri dan juga pembacaan. Saya melihat perkahwinan ini sesuatu yang sangat memerlukan kekuatan mental untuk menanganinya. Bukanlah bermaksud dalam perkahwinan ini tidak memerlukan kekuatan dari sudut ekonomi, fizikal dan lain-lain. Tapi mungkin aspek mental itu lebih lagi diperlukan. Sebab apa? Saya melihat kebanyakan perkahwinan itu tidak berjaya kerana putus asa kerana pasangan tidak memahami, pasangan tidak bahagia kerana tidak tahan dengan sikap suami atau isteri disamping masalah yang melibatkan kewangan yang tak stabil dan lain-lain lagi.


Perkahwinan melibatkan komitmen dari dua belah pihak yang memerlukan kesefahaman. Dan kesefahaman itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibina. Perkahwinan itu sememangnya indah dan membahagiakan apabila dapat bersama dengan orang yang kita sayangi dan cintai. Namun kita perlu ingat, cinta sahaja tidak mampu membuatkan perkahwinan itu berjalan lancar. Kesefahaman itu memerlukan toleransi dan teknik komunikasi yang bijak untuk menyelesaikan sesuatu perkara. Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah kesefahaman dari aspek suami seoarang lelaki dan isteri sebagai seorang perempuan serta kesefahaman yang perlu dibentuk melalui dua individu yang berbeza. Bagi saya sendiri, untuk memahami kehendak diri diri sendiri serta membuat keputusan untuk sendiri juga adalah sesuatu yang sukar untuk dilakukan. Apatah lagi kita perlu membuat satu keputusan bersama yang melibatkan dua pandangan daripada individu yang berbeza. Maka disini perlunya kesabaran dan kekuatan mental untuk cuba memahami antara satu sama lain. Perbincangan tanpa rasa mementingkan diri itu perlu dan bagi wanita pula, kekuatan untuk mengawal emosi juga sangat perlu. Jika tidak, masing-masing memendam dalam perut sendiri. Sudahnya masing-masing rasa tak puas hati dan rasa sayang mula pudar dan berakhir dengan bergaduh kerana tidak sefahaman. Kalau berbincang pun, masing-masing tidak menjadi pendengar dan hanya ingin menang dengan pendapat sendiri.

Jangan macam ni ye...


Saya pernah bertanya dengan pengalaman sahabat-sahabat (kutip ilmu) berkenaan dengan hal ini. Bagaimana  mahu mendapat kekuatan mengharungi rumahtangga dengan pasangan dengan baik. Sahabat saya berkata, kuncinya adalah hubungan kita dengan Allah perlu kuat. Meletakkan pergantungan kepada Allah sepenuhnya. Fitrah wanita ini sememangnya Allah kurniakan dengan sikap sensitif dan punyai emosi yang boleh berubah-ubah. Jadi, untuk memandu emosi ini, wanita perlu memandu dengan akal yang bertunjangkan iman dan hidayah Allah. Hm2.. sesuatu yang sangat sukar untuk dilakukan dan perlu kepada mujahadah yang tinggi. Menjadi seorang isteri yang cool dan tenang dalam membina rumahtangga bersama suami sangat sukar bagi saya dan saya sangat respect kepada isteri-isteri yang mampu mendidik diri seperti itu. Saya teringat akan Ummul Mukminin Saidatina Khadijah yang menjadi penenang Nabi Muhammad di saat baginda terkejut dengan wahyu pertama. Cool dan tenang. Itu Ummul Mukminin dan kita juga tahu tentang Saidatina Aisyah yang juga punya sifat cemburu dan juga isteri-isteri nabi Muhammad yang lain. Kerana itu adalah fitrah yang Allah kurniakan. Namun itu bukanlah kelemahan.


Jadi.. bagi saya sendiri, perkahwinan itu bukan mudah untuk diharungi tetapi tidaklah saya tidak mahu bergelar isteri. Cumanya saya bimbang tidak mampu memikul beban dan tanggungjawab membahagiakan suami dengan baik kerana masing-masing tahu akan kelemahan masing-masing. Kan?? Disebabkan itu lah saya banyak mengkaji mengenai kaedah komunikasi dan cara memahami individu lain sejak dari sekarang. Kerana saya ingin mendidik diri saya untuk menjadi isteri yang cool dan tenang walaupun saya tahu sukar. Memang sukar untuk kita menjadi pendengar yang baik dan memahami berbanding kita meluahkan apa yang kita rasa pada orang yang mendengar.


Bagi yang mungkin pernah terbit dalam hati perasaan cemburu melihat sahabat-sahabat bernikah, saya cadangkan antum semua tidak melihat perkahwinan itu hanya bahagia kerana bergelar isteri semata-mata. Kerana di dalam perkahwinan itu memerlukan perjalanan yang panjang yang mana rasa cinta itu boleh berubah-ubah jika kita tidak pandai memelihara dan letakkanlah Allah sebagai tempat sandaran cinta. Perkahwinan ibarat bahtera yang adakalanya bakal dilambung ombak dan bergantung kepada pasangan tersebut bagaimana mahu kemudi bahtera. Jika tidak, bahtera boleh retak dan berkecai. Wallahualam.


p/s: Yang buat bertambah bahagia dan mendalam rasa cinta dalam perkahwinan apabila pasangan dapat menyelesaikan masalah yang berlaku antara dua pihak dengan baik dan saling mengaku kesilapan dan berusaha menjadi lebih baik bagi baitul muslim yang dibina. Sedangkan lidah lagi tergigit, apa lagi suami isteri. So, kemudi bahtera elok-elok ye.. hehe.. Peace ^_^V. 

Note: Pemilik blog tak kahwin lagi. Just sharing pendapat aje.. tq..





05 July 2013

Sebenarnya Allah Lagi Kenal Saya

Aku menyelusuri kehidupan ini yang dibentangkan dengan pelbagai onak ranjau yang beracun.. Satu persatu meracuni fikiran dan mencorakkan tindakanku.. Di satu lubuk hati yang dalam, jiwaku merintih memohon pertolongan Allah.. Ya Allah, aku takut dengan diriku sendiri.. aku takut aku terlepas dari peganganMu.. Aku takut Ya Allah.. Aku takut tindakanku yang tidak terkawal ini menyebabkan Kau murka.. Hati ini selalu menjerit dan menangis.. Tidak tahu mahu diluahkan kepada siapa keran aku yakin mereka tidak akan memahami.. walaupun mereka yang saban hari mendengar masalahku...

Di dalam lubuk hati yang jauh ini, aku ibarat seorang anak gadis yang dalam ketakutan dengan dunia ini.. Aku  yang sentiasa mencari jalan untuk menjaga iman dan maruahku.. semata-mata aku takut dengan azab Allah dan takut hilang redha Allah buatku.. Namun aku tak berdaya untuk menongkah segalanya sendirian.. Adakalanya aku memilih jalan yang salah semata-mata untuk mendapatkan apa yang aku mahu.. memelihara hatiku, imanku.. Kerana apa? Kerana aku terlalu takut.. jadi aku sanggup tempuhi jalan yang salah untuk matlamatku yang dalam.. Namun, niat itu tak menghalalkan cara.. Lantas aku mengeluh lagi.. menangis lagi.. Ya Allah bantulah aku.. fahamkanlah orang-orang disekelilingku tentang aku.. Aku yang Engkau kenali sebagai hambaMu.. Tolonglah aku..

Ya Allah.. matikan aku dalam iman.. berikan aku pengakhiran yang baik.. ampunkan aku... pelihara maruahku.. pelihara imanku.. jagalah aku... 



03 July 2013

PENGALAMAN BEKERJA BUAT AKU JATUH CINTA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Sudah hampir 6 bulan lebih saya bekerja sebagai kerani/setiausaha di sebuah firma guaman syarie dan pelbagai pengalaman yang saya perolehi.

Yang saya tidak akan lupakan adalah pengalaman dalam belajar dan menginsafi masalah-masalah masyarakat yang berlaku di luar sana. Betullah semua yang di dramakan di televisyen sememangnya terjadi dan bukan sekadar cerita. Berlaku di dalam masyarakat realiti sekarang.

Apabila saya diberikan satu fail oleh peguam untuk di dokumenkan, kadang-kadang saya mengeluh sendirian membaca kisah hidup mereka yang diuji dengan penganiayaan dan juga penindasan. Tak kurang juga masalah penggunaan Facebook yang disalah guna yang menyebabkan sebuah keluar berantakakan. Ya, itu realiti yang bagi kita fikir ianya adalah sesuatu yang pelik dan mungkin juga sesuatu yang kita tak selalu tengok dengan mata kepala kita sendiri. Hanya sekadar membaca di dada-dada akhbar tentang masalah seperti itu. Hakikatnya memang terjadi. Semuanya membuatkan saya insaf dan terfikir, beginikah masyarakatku pada zaman ini?? Saya juga terkejut dengan kes yang berkaitan dengan permohonan wali hakim atau sultan kerana dilahirkan sebagai seorang anak luar nikah, isteri yang berhubungan dengan lelaki lain hingga lupa tanggungjawab sendiri walaupun bekerja sebagai golongan profesional yang dianggap mulia. Paling menyedihkan apabila seorang suami memaksa isteri bekerja sebagai GRO buat mencari pendapatan sendiri. Subhallah.. itulah realiti yang berlaku di sekeliling kita di saat kita hidup dalam dunia kita sendiri. Saya tertunduk dan cuba menginsafi diri. Di saat itu, saya tetapkan niat di dalam diri, saya akan membantu memudahkan masalah masyarakat yang berlaku ini dalam bidang ini.. Biarpun saya tahu saya sendiri juga punyai masalah. Tapi masalah saya tidaklah sebesar masalah masyarakat yang berlaku di sekeliling saya akibat keruntuhan iman dan ceteknya ilmu agama di dalam diri.

Saya juga melihat situasi masyarakat pada masa kini yang sudah tidak segan dan malu lagi dengan isu mengandung sebelum bernikah bahkan ada yang membuat majlis gilang gemilang walaupun diketahui pengantin perempuan sudah berbadan dua. Saya tidaklah membantah perkahwinan tersebut, cuma ianya diraikan seolah masyarakat mengiktiraf perbuatan tersebut. Saya juga bimbang akan nasib anak yang bakal dilahirkan. Ibu bapanya tahu kah berkenaan dengan taraf anaknya? Berkaitan dengan perwarisan harta untuk anaknya itu? Walinya jika anak tersebut seorang perempuan? Dan banyak lagi..
.
Hakikatnya kepala ini tak henti-henti berfikir tentang masyarakat. Membantu dan memudahkan bagi yang perlu..

Oleh sebab itu saya begitu cinta akan jalan ini untuk menyedarkan ummah tentang aturan islam. Saya ingin bergelar peguam syarie yang membantu masyarakat dengan cara yang sewajarnya. Yang bersalah, disedarkan dengan hikmah. Yang teraniaya dibantu semampu boleh.

Minggu depan, keputusan upu bakal keluar.. Saya mohon doa sahabat2 moga saya dipermudahkan urusannya. Saya berjuang dengan cara ini.. Dan saya cinta akan jalan perjuangan saya ini.. Biiznillah... Wallahualam..

01 July 2013

Fikir Jauh

Kereta meluncur laju di tengah jalan raya.. DJ Sufian bersama temannya di IKIM rancak bercerita di Warna Pagi IKIM.. smartphone di on dan jari menyentuh application Facebook.. Hmm.. tak tahu nak taip status ape di usia ini.. Facebook makin dipenuhi dengan mereka-mereka yang mungkin lagi tidak sekepala kerana perbezaan fikiran dan aliran.. Tidak ada satu pun status yang mampu membangkitkan semangatku hari ini.. Cuma satu.. event invitation dari sahabat jauh.. owh.. nak kahwin dah rupanya Yana.. Hm2.. dan akhirnya Facebook di offline, dan mata terus memandang ke jalan raya yang luas.. kosong.. hmmmm...

Perasaan berbaur.. sahabat-sahabat seumurku makin lama makin ramai yang bakal punyai kehidupan sendiri.. punya degree, bekerja dengan degree yang ada, berkahwin bahkan ada yang sedang menanti kelahiran.. diriku seakan-akan mahu memencilkan diri dari dunia sahabat-sahabatku sendiri.. Kerana aku rasa jalan hidupku berbeda dari mereka.. Walaupun hakikatnya aku mahu menempuhi jalan yang sama seperti mereka.. tapi aku tetap rasa berbeza.. 

Menipu perasaan sendiri itu sudah pasti disaat sahabat-sahabat silih berganti bertukar status kepada married atau mother to be, aku cuba menyedapkan hati bakal bertukar status kepada student degree.. bukan aku tidak gembira dan tidak suka, tapi impianku masih tidak kesampaian barangkali. Selalu juga mata ini mengalirkan air mata tetapi aku seka secepatnya. Malu mungkin kalau orang tanya kenapa menangis? Sebab mahu bernikah.. argh.. mungkin kerana persepsi masyarakat sekarang ini membuatkan keinginan untuk bernikah itu sesuatu yang taboo untuk diungkapkan oleh seorang anak gadis sepertiku. 

Apa-apa pun yang aku fikirkan, aku mendoakan sahabat-sahabatku yang bakal melayari bahtera kehidupan masing-masing. Bagi diriku, pernikahan hanyalah satu benteng untuk memperkukuhkan imanku. Andai ajalku tiba di saat aku telah bernikah walaupun baru di akadkan, aku bahagia dan tenang menghadapNya. Moga Allah perkenankan.

Buat yang membaca, mungkin sedikit annoying dengan entry terbaru ini. La baksa, masing-masing punya pendapat sendiri. Aku cuma mohon doa dari kalian moga Allah kuatkan diriku selalu. Mungkin perasaan itu hanyalah ujian buat diriku yang lemah ini. Dan aku sedang sedaya upaya melawan ledakan hati yang menguji ini dengan sesungguh-sungguhnya. Aku cuma mahu menjadi seorang yang normal, tenang tanpa terlalu memikirkan soal hati sepertimana aku yang dulu. Telah ku cuba jauhkan rasa hati dalam diri, tapi aku tak mampu. Bahkan ia telah menyeretku menjadi seorang yang bukan lagi diriku. Mohon doa kalian. Wassalam..

29 April 2013

SPECIAL

Dia bertanya kepada temannya..

"Apa yang istimewa tentang diriku?"

Terkebil-kebil temannya memikirkan jawapan yang pada logik akalnya sangat subjektif untuk diterangkan.. Namun dikatakan juga..

"Kamu seorang gadis baik dan yang tak pernah berhenti untk menjadi lebih baik"

Dia terdiam.. dan merenung langit yang luas..

"Temanku... apakah aku juga istimewa pada pandangan Allah??"


.....


12 April 2013

Bahagia Bila Diuji


Assalamualaikum kepada semua teman-teman yang diberkati Allah sekalian..

Saya mulakan dengan sekeping doa..

“Ya Allah ampunkan dosaku.. ampunkan dosa kedua ibu bapaku.. ampunkan dosa adik-beradikku.. ampunkan dosa kaum kerabatku.. ampunkan dosa guru-guruku.. ampunkan dosa sahabat-sahabatku.. ampunkan dosa seluruh umat islam di dunia ini.. amen”

Sahabat-sahabat tersayang..

Mesti kalian biasa mendengar ujian itu tanda Allah sayang.. ujian itu kerna Allah mahu memberikan pahala dan pelbagai lagi hikmah di sebalik ujian yang Allah berikan kepada hambaNya yang dicntai dan dikasihi.. Dan kita sebagai manusia sememang sukar untuk menjadikan ujian itu sesuatu yang membahagiakan kerana kebiasaannya ujian yang datang itu membuatkan hati terasa sakit, mata mengalirkan air mata dan datangnya ia membuatkan kita dilanda kesedihan dan adakala juga membuatkan kita menyalahkan Allah... nauzubillah…

Saya tertarik untuk mengingatkan diri saya dan juga teman-teman bahawa ujian itu sebenarnya membahagiakan bagi mereka yang berfikir dengan akal yang waras dan juga iman di dada. Adakalanya kita sering terlupa apabila kita mencapai kebahagiaan, kegembiraan yang Allah berikan dan juga mungkin impian kita dikabulkan Allah dan kita fikir itu lah kenikmatan yang paling berharga. Sedangkan apabila kegembiraan itu datang, kita lagi perlu memperkuatkan safety kepada iman kita kerana manusia ini diciptakan dengan sifat lemah dan pelupa. Semakin diberikan nikmat semakin perlunya safety pada diri kita daripada godaan syaitan kerana pada waktu kita gembira, kita lupa siapa musuh kita. Kita fikir kegembiraan yang kita terima adalah segala-galanya. Sedangkan makhluk yang bernama syaitan itu sedang tersenyum dan merancang sesuatu untuk menggoda di saat iman kita lemah.



Saya teringat kata-kata seorang pensyarah saya tentang ganjaran pahala bagi orang yang dalam diuji dan juga orang yang dipermudahkan. Pensyarah tersebut berkata, pahala orang yang mengantuk di dalam kelas itu lebih ganjarannya berbanding orang yang segar bugar di dalam kelas. Saya terkasima. Bagaimana begitu? Pensayarah itu menyambung lagi. Apabila orang itu mengantuk dan cuba memaksa diri untuk ke majlis ilmu, mereka terpaksa berhadapan dengan ujian dan godaan syaitan supaya tidak ke kelas dan mereka berjaya menghadapinya dengan susah payah sekali. Kesusahan yang dihadapinya itulah ujian Allah yang meningkatkan darjatnya tanpa kita sedar. Bagi orang yang segar bugar di kelas, Allah tidak mengujinya dan dia tidak berasa susah untuk hadir ke kelas. Dia mendapat pahala menghadiri majlis ilmu tetapi dia tidak diuji dengan kesusahan yang mana itu merupakan satu advantage kepada kita sebagai seorang hamba. Allah menguji mengikut kemampuan hambaNya dan ujian itu tanda ampunan Allah dan juga sayang Allah. Saya tersenyum dan saya tahu orang yang diuji itu adalah lebih disayangi sekiranya kita melihat mengikut pandangan Allah. Bahagianya!!

Namun, sukar bukan untuk kita melihat dari sudut pandangan ilahi? Kerana itu lah kita harus sentiasa diingatkan bahawa ujian itu bukanlah menyiksakan bahkan adalah untuk keampunan. Bestnye!!




Tak dinafikan saya sangat cemburu melihat teman-teman yang sudah bernikah dan sudah beberapa kali saya menitiskan air mata. Kerana apa? Kerana saya tahu perkahwinan itu menjaga maruah dan nafsu syahwat serta gedung pahala. Buat diri ini yang penuh dosa, saya sangat takut dengan cabaran dan godaan syaitan yang menyuruh pemuda-pemudi melakukan maksiat. Saya khuatir apabila melihat di media-media banyak sungguh program yang menggalakkan maksiat sehingga kebimbangan saya akan terjebak membuatkan saya takut dan risau. Imanku ini hanya senipis bawang.. imanku ini hanya sekecil kuman.. imanku ini mudah dirobekkan.. kerna aku bukanlah Rabiatul Adawiyah.. Yang hanya mengabdikan diri kepada Allah.. Saya takut saya mati dalam keadaan saya pelaku maksiat.. Nauzubillah.. Dunia akhir zaman ini fitnahnya bangun tanpa dikejut dan tanpa dibantu.. Saban hari saya menangis kebimbangan.. bagaimana harusku pelihara maruah dan iman.. Dan saya juga turut ingin bernikah untuk menjaga iman.. Namun, Allah uji dengan halangan manusiawi yang saya tidak mampu mengawalnya.. Manusiawi yang menyatakan “kalau mahu berkahwin mesti ada wang.. mesti ada rumah..” Saya terkasima.. Bagaimana dengan imanku??? Tiada siapa yang memikirkannya.. Kerana iman itu bukanlah barang berharga di akhri zaman ini..  Di akhir zaman ini, orang hanya mampu bicara tentang iman, ihsan, islam dan sebagainya.. tetapi matanya tidak dapat melihat dan merasa itu semua.. Yang dinampaknya hanya wang dan harta.. benar kan??

Lantas saya berfikir tentang ujian itu tanda keampunan.. Membuatkan saya rasa Allah sayang akan hambaNya. Ya.. mereka yang berkahwin itu sudah mendapat pahalanya, sudah terjaga iman dan maruahnya. Namun satu perkara yang menjadi hak milik manusia sepertiku adalah, kasih sayang Allah, keampuanan Allah yang kekal sepanjang diri teruji sekiranya diri bersabar. Indah bukan?? Setiap kali hati sakit, ingatan hanya pada Allah. Kerna fitrah kita manusia hanya akan mudah mengingati Allah saat teruji dan mudah leka apabila diebri nikmat. Maka bersyukurlah bila diuji.

Itu cerita saya. Saya tahu ada adik-adik saya yang sedang belajar sering kecewa apabila usahanya di dalam pelajaran selalu sahaja kecundang. Apabila beliau mendapat keputusan, seringkali diutuskan pesanan kepada saya bahawa dia sedih dan kecewa kerana tidak berjaya seperti teman-teman yang lain. Saya katakana disini. Dik, kamu beruntung kerana diuji kerana Allah sedang mengampunkan dirimu. Kejayaan di dunia hanyalah untuk membuatkan manusia melihatnya. Namun keampunan dan kasih sayang Allah akan membuatkan Allah memandangmu tiap masa. Mana yang kamu pilih? Maka bersabarlah… saya mendoakan adik tersebut berjaya dalam pelajarannya.

Maka sahabat-sahabatku.. bahagialah bila diuji… =)